Followers

Sunday, March 30, 2008

Abdullah Badawi Pengkhianat Negara.

Mengapakah Abdullah Ahmad Badawi benar-benar mahu Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu sehingga "memaksa" kesemua 22 ADUN UMNO untuk menanda tangani satu perjanjian untuk terus berdiri memberikan sokongan kepada Idris Jusoh?

Kerajaan Pak Lah + Kamaluddin + Khairy + Patrick Lim atau dikalangan ahli keluarga, dia dikenali sebagai Patrick Badawi.

Patrick inilah yang mengurus tadbir duit ikhsan minyak yang dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Terengganu yang berjumlah Rm1.2 billion setahun. Patrick Badawi adalah Ketua Jurutera F1 bagi Ferrari yang gemar ke Seri Perdana untuk berpelisiran dengan PM.

Patrick Lim adalah bapa saudara kepada Azrene Abdullah, isteri kepada Kamaluddin, anak PM Malaysia. Patrick Lim lah orang yang bertanggungjawab membawa Monsoon Cup dan Taman Islam Hadhari di Terengganu atas alasan membangunkan Terengganu walau pada halnya, untuk mengaut keuntungan kepada Kerajaan Tiga Beranak.

Patrick Lim juga bertanggungjawab membawa segala bentuk keraian, hiburan dan maksiat ke Seri Perdana supaya Kerajaan tiga Beranak sentiasa gembira dan leka. Maka itu sebabnya mengapa Abdullah berhempas pulas inginkan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu, dan masih memegang jawatan Perdana Menteri disamping mengekalkan Menteri Kewangan. Semuanya untuk Patrick Badawi, manusia keparat yang menjadi kroni keluarga Abdullah.