
Sebagai rakyat sebuah negeri / negara yang mempunyai raja, terkadang timbul keinginan di lubuk hati saya untuk tahu di manakah agaknya sultan-sultan dan raja-raja Melayu berada semasa rakyat jelata berhempas pulas mempertahankan hak dan kedaulatan agama, bangsa dan negara?
Saya tidak mempersoalkan kedaulatan undang-undang dan taat setia kepada raja dan negara.
Sebagai pembayar berbagai jenis cukai yang mana sebahagian daripadanya digunakan sebagai bayaran gaji, berbagai jenis alaun, berbagai jenis kemudahan dan berbagai jenis bayaran lain kepada raja-raja, saya berhak untuk mengetahui di manakah Sultan dan Raja-Raja saya semasa agama, bangsa dan negara saya dalam keadaan yang memerlukan perhatian, pandangan dan bantuan mereka.
30 tahun yang lalu semasa saya masih di sekolah rendah, saya pernah bertanya kepada guru saya,
“Apakah kerja Sultan- Sultan kita?”.
Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat jawapan yang boleh saya beri markah 100% tepat.
Bukan kerana saya tidak mahu beri markah 100%, tetapi kerana saya sendiri masih samar-samar dan tertanya-tanya apakah sebenarnya kerja sultan-sultan dan raja-raja saya.
Kerja sultan dan raja-raja yang saya tahu kerana selalu terbaca diakhbar hanyalah ; Sultan so and so menang pertandingan golf persahabatan, Sultan so and so buat lawatan ke luar negara, Sultan so and so mencemar duli dengan mengadakan lawatan ke Pasar Tani, Sultan so and so berangkat ke luar negara untuk mendapat rawatan kerana selsema yang berpanjangan.
Oleh yang demikian, saya terlalu hendak tahu di manakan Sultan dan Raja-Raja Melayu berada semasa saya dan rakyat Malaysia sibuk dan bimbang dengan segala jenis aktiviti pemimpin politik Melayu yang leka dan lalai serta asyik bercakaran sesama sendiri?
Kalau saya tidak dapat jawapannya, saya bimbang generasi saya akan datang tidak akan bertanya soalan yang pernah saya tanyakan kepada guru saya 30 tahun lalu kerana pada itu telah tiada lagi sultan dan raja.
18 comments:
Ini satu isu yang sensitif nak nak pula di masa kritikal seperti sekarang. Ramai antara rakan2 kita yang lain di malaysia ini yang sudah mula mempertikaikan kuasa raja dan sultan. Belum masuk isu Islam sebagai agama rasmi lagi... Jadi diharap kita orang melayu pun janganlah pula bersikap begitu...
Mungkin bermain GOLF adalah pekerjaan tetap mereka..
Salam isyak,
Saya menjunjung kasih ke bawah Sultan dan raja Melayu.
Kerana ini satu isu sensitiflah maka saya bertanya dengan penuh rasa tanggungjuwab, agar cucu cicit kita nanti masih sempat hidup dalam negara berRaja dan bersultan.
Saya bimbang 50 atau 100 tahun lagi mereka hanya dapat melawat muzium raja.
............
Salam saudara eddieputra,
Saya juga kurang pasti, mungkin juga.
.................
Tolong buat laporan polis berhubung Dr. M menghasut ahli UMNO keluar UMNO di bawah AKTA HASUTAN dan pastikan beliau dan sekutunya masuk ke ISA pula...
Kita lihat apa yang si Akbar buat pada Dr. M pula... Tolong ye... Balasan bagi perbuatan dan penganiayaan beliau terhadap DSAI...
Tolong...
Saya turut bersimpati. Raja dan Sultan baik TYT menurut perlembangaan tidak boleh campur tangan dalam urusan pentadbiran Negara / Negeri.
Tugas Kebawah Duli Sultan dan Raja Raja Melayu termasuk TYT hanya menanda tangani Rang Undang Undang yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Negeri. Rang Undang Undang tersebut berkuatkuasa walaupun Kebawah Duli Tuanku gagal menandatangani nya setelah beberapa bulan.Jadi tanda atau tidak tanda tangani Rang Undang Undang tersebut tetap digunapakai setelah beberapa bulan.
Disamping itu tugas Duli Tuanku adalah lambang kebesaran Negara , menanda tangani watikah perlantikan dimana perlu.Tugas kedua ialah menghadiri Majlis kebesaran,bersukan,melawat keluar Negara dan lain lain nya. Mengumumkan tarikh Puasa , Hari Raya Adil Fitri dan Adha. Dan banyak lagi tugas tugas "ceremonial" termasuk Mesyuarat Raja Raja Melayu yang diadakan setiap Tahun.
Ini adalah hasil dan buah kemerdekaan yang harus rakyat terima.Tetapi malangnya kuasa kuasa Raja dan Sultan sudah mula pupus oleh Kerajaan yang telah memerintah Negara kita selkama 62 tahun.Kini peranan mereka hanya berbentuk "ceremonial".Kuasa pentadbiran telah melebihi kuasa Raja dan Sultan sehingga berlaku kekelutan di Perak , Perlis dan Terangganu dalam proses perlantikan Menteri Besar di Negeri tersebut.
Alhamdullillah.Kemelut tersebut ditangani dengan bijak oleh Kebawah Duli Raja dan Sultan. Dengan kata pendek "Ketuanan" Melayu adalah pada Kebawah Duli Sultan dan Raja bukan "Kris" sepertimana yang dilaungkan oleh Hishamuddin dan Khairi Jamaluddin (DDIIN x 2) satu ketika dulu.
"Kris" UMNO bukan lagi kris asli dan ianya diperbuat dari kayu.Kris yang kurang tajam dan rapuh itu tidak lagi menjadi lambang untuk dihormati oleh kawan dan lawan.Ketuanan melayu adalah pada Raja dan Sultan maka jangan keliru atas slogan UMNO / BN.
Sekarang Doktor sudah punya lesen untuk membunuh pesakit. Kita bising.Tetapi lesen terima "Rasuh", Lesen jadi "angkuh" , Lesen wujud "Kroni" , lesen "Tidur", Lsesn "Tipu dan putar belit" dan sebagainya harus dibasmikan. Lesen lesen ini yang buat Nagara jadi kucar kacir. Kerajaan yang meluluskan lesen lesen ini harus kita singkir.
DAULAT TUANKU.
http;//suarakenyalang.blogspot.com/
kenapa dulu kita ada sultan melaka? kenapa sekarang dah tak ada? kenapa orang pahang pulak jadi TYT melaka? orang melaka tak de ke? ini semua kerana orang melayu lemah! pemimpin melayu lemah!
xdek sensitif pun sbnrnya, aku rase ade sultan ke xdek sameje, biar xkenal sultan jgn lgsg xkenal tuhan... biarlah menjunjung kasih thdp Allah tuhan punya kerajaan alam yg luas... berdoa kita diakhir khutbah utk raja dan sultan namun tatkala kita sengsara, hanya ucapan simpati itu shj, istana gadang dipersembahkan utk tatapan rkyt, byk yg hinggap dr yg dihuni, alangkah baik dijual dan wang hasil jualan digunakan utk bantu rkyt yg sengsara... tdk pon jdkan rumah utk anak2 yatim... aku suka mereka menderma, tatkala tiba bulan puasa, hari raya dan mcm2 hari lg... tp kan beik klu die slalu menderma hari2 menderma, mcm tuan guru serambi mekah, rumah x gadang mcm istana, berbaju pagoda berkein pelikat bertemu rakyat jelata... gaji separuh potong utk rakyat juga...
p/s: yg dpertua negeri tuttt, den br dpt mail ttg pkhwnn fmly mereka, na'uzubillah, doa rkytnya utk kaum kerabat yg keparat...
Kenape kita nk kena pikirkan sgt psl Raja2 melayu nie, kita kena ingat balik pada sejarah khususnya semasa British nak ishyitiharkan Malayan Union dulu, pihak British ugut Raja2 Melayu yang mereka akan turunkan takhta raja2 kalau tidak tandatangan sbg tanda keizinan mereka, hanya kerana mereka terlalu sayangkan takhta mereka sanggup mereka menggadaikan maruah bangsa Melayu kepada British tak psl2 orang2 melayu dibawah pimpinan Dato'Onn kene berhempas-pulas perjuangkan nasib org melayu supaya bubarkan Malayan Union, Rasanya Raja2 Melayu sekarang ni tak ingat kot psl peritiwa tu, Sebenarnya banyak lagi kesilapan yang dah dibuat oleh Raja2 Melayu kita kalau kita tengok pada sejarah negara kita ni, jadi senang citer lu orang pikirlah sendiri....
sultan dan raja tak perlu ada kat malaysia niee..buang karan dan duit rakyat je..kita kerja dia kaya..banyak cantek punye muke..tak caya tanya orang melayu lain tak ramai yang suka sultan/raja//
setiap manusia itu daripada tanah...tiada bezanya raja atau pengemis!yang membezakan mereka hanyalah amalan mereka...
jika raja ialah ketua agama islam,dimanakah mereka bila umno mengatakan hukum allah tidak relevan sedangkan quran adalah petunjuk untuk sepanjang zaman?menolak walau satu ayat dari quran menurut jumhur ulamak adalah kafir!!!inikan pula satu hukum!!!kenapakah ketua agama islam boleh bersekongkol dengan golongan yang menghina hukum islam!!!kenapa kamu sibuk berbaris pagi dihari maulidur rasul jika menolak hukum yang disampaikan rasul?
takutlah kamu akan allah...kita semua akan ditanya dihari akhirat nanti...
para nabi dan rasul akan ditanya apakah kamu telah menyampaikan?ya kami telah menyampaikan...
rosmah/permaisuri2/puteri dan para wanita akan ditanya apakah kamu menutup aurat sebagaimana tertulis didalam quran???
para pemimpin/raja akan ditanya apakah hukum yang kamu laksanakan?apakah hukum allah atau hukum manusia....
adakah para pemimpin/raja kita akan jawap...hukum british ya allah kerana kami rasa hukum quran tak sesuai dan tak relevan dengan masyarakat 1 malaysia yang berbilang kaum.... ingatlah 'semua' bahawasanya azab allah sangatlah pedih....nauzubillah.....
malangnya melayu asyik diingat jgn derhaka pd raja/sultan....asyik2 derhaka,x buat ni derhaka x buat tupun derhaka....tapi derhaka pada Allah kita leka tak nampak, malang melayu memanjang patutla susah nak majum,raja pulak x tau agama. Melayu akan mulia jika Islam digenggam.
aku tak halalkan duit yang digunakan untuk membina istana dan membeli kereta mewah oleh raja.ingat semua itu duit rakyat.Raja yang dah kaya pun nak lagi kekebalan undang2.Rakyat miskin kadang2 dihukum mati kerana dituduh mengedar dadah.apa punya taik.Mungkin ramai yang tidak bersalah telah dihukum.
sultan tidak berhak menghalang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Negeri kerana itu adalah hak rakyat.Zaman raja berkuasa mutlak seperti raja Melaka dulu telah berakhir.Apa gunanya pilihanraya dan demokrasi jika keputusan perbahasan boleh dihalang hanya oleh seorang raja yang berkepentingan.Ini boleh menjurumuskan negara ke arah kuku besi atau tidak demokratik.
kerja sultan adalah mengabiskan duit rakyat jelata.. enough said..
waktu Nabi jadi ketua kerajaan,,Baginda anggap diri sebagai raja ke??
KERJA RAJA YANG AKU TAHU MAKAN,SUKAN,DAN TEKAN.
KERJA RAJA YANG AKU TAHU MAKAN,SUKAN,DAN TEKAN.
saya sebagai rakyat biasa masih lagi merasakan perlunya payung RAJA RAJA, tapi raja yang macamana? itu persoalannya. saya mengharapkan RAJA RAJA yang berkeperibadian seumpama UMAR ABDUL AZIZ , SULTAN MUHAMMAD FATEH. tapi masih adakah RAJA RAJA yang seumpama itu???????
Post a Comment