Siapalah Ezam Mohd Nor kalau hendak dibandingkan dengan Tun Mahathir atau Datuk Seri Anwar Ibrahim!!!.
Ezam setaraf je macam mana-mana ahli UMNO yang baru dipilih menjadi ketua cawangan. Harapkan cakap menggegar bumi, tapi semutpun tak mati.
Ezam kalah dalam pru-10.
Ezam tidak bertanding dalam pru-11.
Ezam tidak bertanding dalam pru-12.
Ezam gagal buktikan 6 kotak rasuah yang disentimenkan.
Ezam gagal jadikan GERAK sebagai pemantau kegiatan rasuah.
Ezam terserlah semasa zaman reformasi, kerana apa? Kerana semasa itu keadaan tidak menentu. Ezam mengambil kesempatan daripada keadaan yang huru-hara itu.
Ambil kesempatan daripada kelompok atau keadaan yang lemah dan sedang kucar-kacir adalah tektik dan kehebatan sebenar Ezam. Sikap ini adalah opportunis namanya.
Saya malas nak ulas banyak tindak-tanduk manusia yang perjuangannya berpaksikan kepada kebendaan dan hasad dengki semata-mata serta bersikap opportunis.
Kalau Tun Mahathir gagal dan mengaku kalah dalam perjuangannya untuk membetul dan memperbaiki UMNO, siapalah Ezam Mohd Nor yang cakapnyapun masih meniru gaya dan nada Datuk Seri Anwar, bekas bosnya.
Ezam tidak dikenali semasa Datuk Seri Anwar masih di dalam UMNO. Dia hanya nampak hebat dikalangan kelompok yang lemah.
Semasa UMNO masih segar, Ezam tenggelam. Bila parti KeADILan masih mentah dan masih baru, Ezam nampak terserlah. Bila PKR segar dan berdiri hebat, Ezam tenggelam dan tertinggal.
Sekarang UMNO sedang nazak, Ezam muncul dengan harapan dapat menonjolkan dirinya dikalangan kelompok UMNO yang lemah.
Jelaslah Ezam hanya kelihatan hebat dikalangan mereka yang lemah dan hampir pupus.
Justeru, Ezam tidak hebat dikalangan orang yang hebat. Dia hanya nampak hebat dikalangan orang yang lesu, lemah dan hampir pupus.
Dalam keadaan UMNO yang sedang nazak sekarang ini, jangankan Ezam Mohd Nor, waima Pembelit bin Penipu pun yang ingin mengumumkan kembalinya ia kepangkuan UMNO pasti akan mendapat perhatian dan sokongan Perdana Menteri. Kerana apa?, kerana dengan cara itu UMNO dapat peluang menipu lagi kononnya masih ada orang yang ingin menyertainya.
Itu cerita Ezam dengan retorika setaraf ketua cawangan UMNO.
Sekarang kita kaji apa sebenarnya UMNO? Orang yang paling layak untuk melakarkan wajah UMNO pastilah orang yang paling lama mendapat tempat dan sanjungan dikalangan ahli-ahli UMNO sehingga dia bertakta selama 22 tahun sebagai presiden parti itu, dan dia ialah Tun Mahathir.
Kata Tun Mahathir:
Sebenarnya sejak saya melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai
Perdana Menteri, UMNO tidak pernah layan saya sebagai ahli UMNO, jauh sekali sebagai bekas Presiden UMNO.
Menteri-Menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO dilarang berjumpa dengan saya atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya mungkin berucap.
Menteri yang saya lantik dahulu, sekarang mengeluar kata-kata kesat kepada saya.
Ahli-ahli UMNO tidak dibenar hadir apa-apa majlis di mana saya akan berucap, dan mereka pun patuh akan arahan ini.
Ahli Bahagian Kubang Pasu yang saya menjadi ketuanya selama 22 tahun diarah dan disogok dengan wang supaya tidak mengundi saya sebagai wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO 2006. Dan saya pun kalah.
Timbalan Perdana Menteri pun tidak dibenarkan berjumpa saya sehinggalah saya dedah perkara ini.
Ada juga pemimpin UMNO yang mencadangkan saya disingkirkan daripada parti.
Saya keluar dari UMNO kerana kepimpinan UMNO sudah membawa parti keramat ini dan Kerajaan pimpinan UMNO keluar dari landasan asal perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.
Parti UMNO tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. UMNO juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri.
Barisan Nasional dan UMNO kehilangan pengaruh di kalangan pengundi.
UMNO tidak lagi dihormati oleh Raja-Raja Melayu dan bermacam-macam lagi.
Saya percaya bahawa Dato Seri Abdullah bukan sahaja sudah rosakkan UMNO tetapi akan terus menghancurkannya, dan saya percaya ahli dan pemimpin UMNO yang lain tidak berani membetulkan UMNO.
Saya sedih kerana ahli-ahli UMNO rela terima segala perbuatan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Malaysia dihina oleh negara-negara lain termasuk negara-negara OIC (Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam – Organisation of Islamic Conference) dan NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – Non Aligned Movement).
Daripada negara yang menjadi contoh kepada negara membangun lain kita sudah dianggap sebagai negara sekutu Amerika Syarikat.
UMNO tidak lagi berani menegur kejahatan Barat, sebaliknya UMNO membisu.
Selagi Dato Seri Abdullah memimpin UMNO, pengundi-pengundi UMNO dan penyokong UMNO tidak akan kembali menyokongnya walaupun mereka tidak akan mengaku secara terbuka pendirian mereka dan undi mereka pada parti lawan seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008.
Thursday, May 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ezam tali barut KJ .. sama2 berok haha
Kehilangan Ezam dan rakan rakan nya Dan memilih masuk UMNO bukan bererti perjuangan untuk menuntut keadilian sudah berakhir.
Saya bersetuju dengan satu soalan bahawa siapa EZAM dibandingkan dengan TUN MAHATHIR DAN SANUSI JUNID. Keluar UMNO beramai ramai walau pun mereka tidak melahirkan secara bertulis.
Perjuangan tetap berjalan seperti biasa. Undi tetap untuk PKR selagi Pak Lah jadi PM Malaysia.
Ahli UMNO adalah gulungan DESPERADO jika mereka menyukung EZAM bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.Ini adalah ajenda EZAM dan Rakan Rakan.Satu ajenda LICIK sikap menanggok diair yang keruh.
EZAM dan Zaid Ibrahim tidak ada beza. Selepas ini Ezam MEMUHUN nak jadi SENATOR dan dilantik pula jadi Timbalan Menteri DAN SELEPAS ITU dijadi ayam sabong UMNO dalam Parlimen.Keduduk Tim.Menteri akan MENYEDIA kemudahan untuk Ezam menjelejah seluruh Negara dalam kempen memburukkan pihak lawan.
kita tunggu dan lihat.
Ezam nampaknya dah mula bermain kata2, segala sumpah keramat sesama kita dahulu dia dah mula pusing, dah mula tunjuk gaya macam geng2 UMNO yg lain, inilah gayanya bila orang dah lupa jasa baik mereka2 yang pernah sama2 membantu beliau ketika sama2 mengharungi susah dan derita ketika ditindas dahulu
Post a Comment