Thursday, May 22, 2008

Musa Hitam - Khianati Parti, Bangsa dan Tanah Air


Tun Musa Hitam telah akhir-akhir ini menjadi JURU Cakap kepada kerajaan kepimpinan Abdullah Haji Ahmad. Setiap kritikan terhadap Abdullah, akan ada sahaja Musa Hitam cuba mempertahankan Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang terbukti GAGAL.

Beberapa hari sebelum pilihanraya, Musa Bin Hitam dengan BONGKAK mengatakan bahawa PRU ke 12 adalah pilihanraya Abdullah Hj Ahmad. Malangnya telahan Musa Hitam sama sekali TERSASAR. BN dan UMNO alami TSUNAMI Politik dan secara tiba-tiba MUSA Hitam hilang dari RADAR politik Malaysia buat sementara waktu mengubat MALU dek TELAHAN beliau yang TERSASAR.

Hari ini Musa Hitam bersuara lagi, KONONNYA , dengan Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO, maka terkeluarlah "DURI dalam DAGING " di dalam UMNO selama ini.

Jika Tun digelar duri di dalam daging UMNO, maka apa yang selayaknya buat Musa Hitam?
• Pencacai kepada Abdullah Hj Ahmad?
• Pengkhianat Negara?
• Pengkhianat kepada Parti?
• Pengkhianat kepada Agama, Bangsa dan Negara?

Musa bin Hitam merupakan Ahli Lembaga Penasihat Iskandar Malaysia. Demi menjadikan idea Vincent Lim satu kenyataan demi "Singapura Raya", Musa bin Hitam ini telah mencadangkan agar, HAK HAK serta KEISTIMEWAAN BUMIPUTRA di Iskandar Malaysia di MANSUHKAN.

Apa jaminan Musa bin Hitam ini yang sanggup mengadai HAK MUTLAK MELAYU seperti yang termaktub di dalam KONTRAK SOSIAL ini demi membawa pelaburan SIngapura?

Musa Bin Hitam ini juga merupakan salah seoarang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat majoritinya milik TEMASEK iaitu UM Land . UM Land ini terlibat di dalam pembangunan hartanah di Iskandar Malaysia antaranya di Seri Alam Pasir Gudang. Apa tiadakah KONFLIK antara beliau sebagai Ahli Lembaga Penasihat Iskandar Malaysia dengan jawatan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat majoriti MILIK SIngapura ini.

Mungkinkah pada masa terdekat ini kita akan menyaksikan lebih banyak tanah-tanah di Iskandar Malaysia ini akan terlepas kepada syarikat majoriti milik MUSUH kita?

Sesungguhnya Musa HItam telah mengkhianati Negara , Agama , Bangsa serta Tanah Air dengan bersekongkol dengan Singapura dan MENGIAKAN sahaja segala KEBOBROKAN Abdullah Haj Ahmad dengan imbuhan-imbuhan sebagai Pengerusi antaranya sebagai Pengerusi HArtanah terbesar dunia iaitu Sime Darby.

Demi Jawatan, LABA dan peluang membalas DENDAM, beliau sesungguhnya layak di gelar PENGKHIANAT kepada UMNO.

Written by muar
(UMNO Johor)

2 comments:

AnakMudaParlimenBAtu said...

Sewajarnya dilihat Tun Musa Hitam sebagai pengampu, apa yang dia buat untuk UMNO dan rakyat Malaysia kini. aku sebagai generasi muda hanya kenal Tun Mahathir sahaja tetapi tidak TUN MUSA.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Kerajaan Rakyat said...

Saudara anakmuda,

Kalau Dollah Badwi dan Khairy kera penjual hak dan maruah negara, maka Musa anak Hitam adalah antara perancang utamanya.

menlenyapkan musa bererti membantu memertabatkan bangsa

Salam takzim