Followers

Sunday, June 15, 2008

Ketua Polis Negara Tolong Jawab

Sekiranya hal ini benar-benar berlaku, hanya dua perkara yang dapat dirumuskan; samada Jabatan Polis Bodoh dan Bebal atau Ada Agenda Rasuah.

Balai Polis di rumah kedai? Ini sememangnya suatu idea yang menarik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani masalah jenayah di Malaysia. Dengan meletakkan satu balai polis di premis kedai di kawasan kediaman utama di seluruh Malaysia, orang awam merasa lebih selamat dan semoga jenayah dapat dibendung.

Tetapi apa yang menjadi pertanyaan kepada saya ialah apabila membaca kos sewa satu balai polis di Johor Bahru yang menyewa premis kedai dengan kadar sewa RM26,000 sebulan… Wow!! ini bersamaan dengan RM312,000 setahun!! Itu baru satu balai polis.. bagaimana jika sepuluh, seratus, seribu atau sepuluh ribu balai polis di seluruh negara yang menyewa premis-premis kedai seperti ini? Berapa banyak lagi kos yang terpaksa dikeluarkan semata-mata untuk bayaran sewa yang sepatutnya boleh disalurkan kepada perkara-perkara lain.

Baca seterusya di sini.

5 comments:

Aminlife said...

Salam...

3x ganda tahun jumlah yang dibayar sudah tentu mampu memilik sebuah banguan sendiri.Memang tidak dinaifkan keperluaan mengwujudkan Balai polis di setiap pekan kecil dan didalam bandar langkah yang proaktif membendung jenayah. Tapi dimana logik nya jika Wang sewa bulanan itu dibayar sebegitu banyak. Menjadi tanda tanya saya disini. Adakah Balai Polis(bangunan yang disewa)akan ditutup,berpindah,entah kemana) apabila tamat kontrak sewa atau pemilik asal berhak menuntut semula bangunan yang telah disewakan itu?.Pendapat saya Balai Polis harus menjadi bangunan yang kekal(aset PDRM).Sejumlah "RM" boleh digunakan untuk tujuan kebajikan anggota dan keluarga.

man_helang said...

salam KR...

sememangnya pemimpin kita (tak kiralah ahli politik mahupun penjawat awam lain) adalah dr kalangan yg kurang otak...tak reti berfikir, mereka selalu mengambil jln mudah dlm menyelesaikan masalah...tetapi impaknya kita yg kene tanggung bersama...

Kerajaan Rakyat said...

Salam saudara Amin,

Terima kasih atas kunjungan. Saya amat yakin terdapat unsur najis rasuah dalam isu ini.
........

Saudara man_helang,

Terima kasih atas kunjungan.

Samada pemimpin politik maupun penjawat awam kurang mengerti tuntutan keikhlasan dan kepertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas, maka inilah yang akan terjadi.

Salam takzim
kerajaan rakyat

semut said...

polis malaysia..rasuah no 1..
tangkap rakyat buat protes secara aman..
tangkap blogger yg cuba menegakkan keadilan..
itu memang pakar..

kalau serbuan dadah pulak asyik2 tunjuk bertimbun dadah.. tapi siapa dalangnya? mana muka2 tokan2 besar?

tapi kalau kes bunuh..
kes culik.. kes ragut.. berapa kes je yg selesai?

jawabla polis anjing keranaan..jawab!

Nazri said...

kenapakah tindakan polis yg begitu bersungguh-sungguh untuk menangani masalah jenayah negara telah mendpt bantahan drpd golongan tertentu?aku cukup heran apabila kadar jenayah tinggi, PDRM telah dipersalahkan.Dan apabila PDRM serius nak membenteras jenayah pun, PDRM mendpt kutukan dan cacian.kesian sungguh dgn Datuk Seri Musa Hassan, jenayah meningkat pun kena kutuk dan nak membenteres jenayah pun kena kutuk.walau bagaimanapun, SEKALUNG TAHNIAH harus diucapkan kpd PDRM krn begitu bersungguh utk menangani masalah jenayah yg semakin hari semakin meningkat.