Apa yang terjadi terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin menggambarkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan jenayah sekiranya seseorang yang tidak menyokong kerajaan BN membuat apa-apa laporan tentang salah laku pemimpin kerajaan BN terutamanya dari kalangan UMNO.

Sesuatu yang amat memalukan dalam kes ini, orang yang dituduh melakukan kesalahan tidak dihadapkan ke mahkamah, sebaliknya orang yang melaporkan sesuatu dengan perakuan bersumpah agar siasatan telus dilakukan, telah tidak dikendalikan dengan terbuka dan meyakinkan.
Sekiranya pada anggapan Datin Seri Rosmah Mansor bahawa dia telah difitnah oleh Raja Petra, kenapa tidak beliau sendiri selaku yang ampunya diri menyaman Raja Petra di Mahkamah Sivil?.Budaya yang berkembang di negara Malaysia tercinta ini sekiranya dibiarkan berterusan akan memusnahkan terus keyakinan rakyat terhadap cara pengurusan dan tindakan polis serta jabatan peguam negara.
Apakah dengan penafian secara lisan atau melalui sidang akhbar oleh Rosmah Mansor ada suaminya sudah memadai untuk membuktikan bahawa beliau bebas daripada pertuduhan yang dibuat secara bersumpah oleh Raja Petra?
Sekiranya inilah perundangan baru di Malaysia, maka dimasa akan datang sesiapa saja yang melakukan kesalahan, waima kesalahan membunuh sekalipun boleh tidak didakwa sekiranya orang itu membuat penafian terbuka atau memanggil sidang akhbar untuk menafikan pertuduhan terhadapnya.
Insiden pencabulan janji oleh polis dalam agenda penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah secara jelas, bertulis dan terakam membuktikan kegagalan pihak polis menyakinkan kepada rakyat tentang ketelusan dan tahap profesionalismanya dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.Sabagai rakyat biasa, saya amat berharap institusi penguatkuasa terutamanya PDRM dapat menerapkan budaya kerja yang lebih sopan dan berperikemanusiaan.
Ucapan, pendekatan dan tindakan penjawat awam diperhatikan oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.
Segala jenis tindakan yang bertentangan dengan prinsip keadilan untuk semua akan mengundang malapetaka dan bencana kepada negara dan generasi akan datang.
Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia semoga negara ini akan menjadi nusa yang terbaik buat generasi kita akan datang. Samada pengamal politik, penjawat awam atau rakyat terbanyak, marilah kita sama-sama membina ke arah negara Malaysia merdeka yang bebas daripada segala penipuan dan kezaliman. Jadikanlah rakyat sebagai tunggak kedaulatan negara – Kerajaan Rakyat.
Bersama-samalah kita membentuk budaya penuh ketelusan dan keadilan bagi Malaysiakini.
12 comments:
Salam sedara blogger...
Beginilah keadaan bila sistem perundangan Islam yang lengkap, yang tertulis didalam Al-Quran digantikan dengan sistem perundangan sekular yang dibuat oleh manusia, yg sama sekali akan ade flaw dan cacat celanya....
Sebab kedua-dua SD yang terkenal tu dibuat berdasarkan 'hearsay'. Maknanya takde bukti kukuh benda tu terjadi. Kalau Bala dan RPK tu menipu dalam SD mereka, tak siapa yang tahu.
I'm In The Mood To Fcukup The Government !!
Bee End(N) !!
Tolog beri laluan ye. Ii bukan masalah undang-undang Islam atau tidak ya. Ini masalah orang yang tidak ikhlas memngikut undang-undang! Yang anihnya ini orang islam sendiri yang lakukan. Jika orang bukan Islam lakukan ornag seperti anda akan terus menuduh...'kerana itu orang kafir punya kerja'. Tolonglah buka mata dan hati. Orang akan buat apa yang dia suka tak kra agamanya.Jika tak bermoral dan tidak 'takut' kedada ajaran agama bagitulah jadinya. Tiada agama yang ajar perkara yang salah atau tak bermoral.
Tak kira apa undang-undang yang amalkan adalah manusia. Anda boleh jamin tiada kontraversi dalam perundangan Islam, yang juga banyak 'bias'nya termasuk di Arab Saudi.
Cuba beri pandangan praktikal jangan salahkan sistem tetapi cara amalan/ perlakuannya!!
Saudara Zarm,
Cuba lihat pandanga penguam dari segi 'hearsay'. Bukan semua tak boleh diguna pakai.Rujuk Blog saudara Haris.
Kalau pun benar kandungan SD itu tidak benar, kenap tidak saja pihak terlibat saman mereka. Banyak peruntukan dalam undang-undang yang bolehkan perkara ini.
Adakah anda akan diam sekiranya ada ornag tuduh anda mencuri atau membunuh orang secara bertulis? Kenapa orang yang dilibatkan tak membuat perkara tersebut?
Satulagi harus kah seorang individu yang dilibatkan dalam SD itu gunakan sistem Polis Di Raja Malaysia dan sistem negara ..walaupaun ianya VVIP untuk menyaman ornag yang keluarkan SD.
Buakankah ini hal peribadi? Pendik kata kenapa DPM atau isteri beliau tidak terus saman RPK. Tak ada orang yang ' above the law'....
Fikirkan sebelum menuduh SD itu palsu semata-mata
Pak Dollah have to do something if he is not CHICKEN.
DSAI have to make the move now or never.. Then get throw those SOB in Kamunting and probably including all their offsprings so that there would be no SOB politician in Malaysia anymore.
That are the only two options available..
ZAM BANGANG
ZARM BANGANG DAN BIUL
Kagum dengan ketahanan dan jati diri DSAI, bersaorangan berdepan dengan satu jentera kerajaan dan kumpulan orang-orang yang tidak diyakini lagi. Begitu kejam sekali manusia-manusia ini sehingga sanggup melakukan suatu yang tidak terfikir akan dilakukan semula kemudian menggerakkan seluruh jentera media yang ada untuk menusuk keyakinan orang ramai terhadap DSAI, mempermain dan mempersendakan pemikiran orang ramai sehingga orang ramai sendiri tidak yakin dengan pendirian mereka sendiri dan berfikiran rasional sebaliknya megelembongkan sentimen negatif yang tidak rasional dan ketamakan peribadi.
Rasa pelik juga dalam dua kes ini, kes DSAI, orang yang membuat lapuran lepas dan bebas, dan dalam kes Raja Petra, orang yang membuat lapuran pula yang ditangkap. pelik..pelik...pelik..Apa nak jadilah dengan Malaysia ni.
Kes RPK nie macam drama ulangan jek ... Maksud saya kes seorang rakyat biasa cina (masa tu la) dengan seorang menteri melayu... Bela mangsa rogol bawah umur ... Last2 mangsa kena perap entah kat mana ... Pembela masuk ke dalam...
Camana tu??
p/s - Case happened during UMNO Golden Era (sama jek dari dulu sampai sekarang.Tak kira sape kat atas sekali)
Salam semua,
Terima kasih atas kunjungan dan titipan minda.
Master Yoda,
Semoga kita dirahmati Allah.
…………….
Zarm,
Mungkin Bala dipaksa menipu dalam SD beliau yang kedua. Itu besar kemungkinannya.
……………
Nacimento,
I’am with you. Bravo!!
…………..
Anon 6:42 PM,
Saya setuju dengan pandangan anda.
…………..
Anon 6:57 PM,
Pray the best for Malaysia. With the people support, DSAI will be in Putrajaya soon.
………….
Anon 8:33 PM,
Semoga Allah memberi kekuatan kepada DSAI dalam menghadapi cabaran ini.
…………
Anon 9:17 PM,
Inilah budaya kebinatangan yang dianuti oleh BN
…………
M’steen guy,
Benar tu, si Rahim lepas. Si Makmur sembunyikan budak tu kat klinik dia. UMNO tetap umno – haprak dan jijik.
…………..
Terima kasih semua atas cacatan minda kalian.
Salam takzim
Post a Comment