Followers

Wednesday, July 30, 2008

Celaru sungguh Polis Malaysia

Beberapa insiden yang berlaku dalam negara masakini semakin menjelaskan kecelaruan, ‘double standard’ dan cubaan mengelirukan rakyat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Visi dan Misi Polis Diraja Malaysia:Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Musa dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September 2006. Mula berkhidmat sebagai Inspektor Pelatih pada 1969 di Maktab Polis Kuala Kubu Baru dan menjadi Inspektor Siasatan Khas pada 1970 di IPD Melaka Tengah.Antara Amanat beliau semasa dilantik menjadi KPN
"Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya ".
Ini pula laporan daripada Malaysiakini pada 29 July 2008 dalam berita bertajuk

“Jangan ganggu siasatan polis”.


Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini memberi memberi amaran kepada mana-mana pihak, termasuk penulis blog supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan menyiarkan bahan atau maklumat yang tidak sah.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang sengaja ingin mengganggu siasatan polis. Biar polis yang buat kerja dengan teliti," katanya.

Ismail berkata sejak siasatan kes liwat terbabit dimulakan terdapat beberapa pihak yang cuba membuat spekulasi dan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan kes terbabit.

"Kita ingin selesaikan kes ini dengan segera. Pegawai yang menyiasat kes ini tidak putus asa mencari petunjuk baru. Polis sedang lakukan yang terbaik dan kami amat perlukan kerjasama daripada semua pihak," katanya.

Polis juga sedang berusaha mendapatkan beberapa keterangan dan petunjuk penting dalam menyelesaikan kes itu, kata Ismail.
PERSOALANNYA SEKARANG.

1. Ikhlaskah Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara bila beliau berkata " Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya ". Ikhlaskah kamu wahai Musa bin Hassan dengan kata-kata kamu itu?, atau kamu cuma berlakon dalam cubaan menipu?.

2. Orang ramai telah membantu polis untuk mendapatkan petunjuk baru kepada siasatan kes liwat Saiful Bukhari dengan pendedahan laporan perubatan oleh Hospital Pusrawi, kenapa pula ianya dianggap sebagai mengganggu siasatan polis?

3. Bila berlaku kes orang hilang, pihak polis akan mengedarkan risalah gambaran lakar suspek kepada orang ramai dan meminta orang ramai mengedarkannya sebagai langkah membantu siasatan polis. Dalam isu siasatan kes liwat Saiful ini, bukankah dokomen pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Pusrawi yang didedahkan itu sebagai bantuan orang ramai kepada polis?

4. Musa Hassan dalam amanatnya berkata, "bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya". Betulkah polis ikhlas, jujur dan amanah apabila memberkas Datuk Seri Anwar Ibrahim satu jam sebelum masa yang ditetapkan untuk beliau hadir ke IPD Kuala Lumpur baru-baru ini?.5. Jujurkah polis apabila membiarkan Khairy Jamaluddin berdemontrasi di depan kedutaan asing sedangkan bila rakyat miskin yang tertindas berhimpun secara aman menuntut keadilan, polis membelasah dan menghujani mereka dengan semburan gas pemedih mata?. Jujurkah ini namanya?. Betulkah ini namanya?. Beramanahkah ini namanya?.

6. Lumrahnya seseorang penjawat awam apabila berada dalam siasatan kes jenayah besar akan digantung tugas mereka sehingga kes mereka selesai. Kenapa bila Musa Hassan dan Gani Patail yang sedang dalam siasatan kes jenayah penipuan bahan bukti masih meneruskan tugasnya?. Jujurkah ini namanya?. Betulkah ini namanya?. Beramanahkah ini namanya?. Bukankah ini ‘double standard’ namanya?. Bagaimana mungkin masyarakat dapat mempercayai ketelusan dan kejujuran penyiasatan polis dalam kes ini.

7. Raja Petra Kamaruddin telah membantu polis dalam siasatan kes berprofil tinggi ‘Pembunuhan Altantuya’ dengan perakuan bersumpahnya. Mengapakah mereka yang terkait dalam perakuan bersumpah itu tidak disiasat dengan telus, sebaliknya orang yang membantu siasatan pula yang didakwa?.8. Jujurkah dan bertanggungjawabkah polis membiarkan seolah-olah mengizinkan Adnan Yaakob, Menteri Besar kerajaan UMNO Pahang menggayakan aksi lucah dikhalayak ramai?, sedangkan sekiranya rakyat miskin yang melakukannya polis tidak akan berlengah, terus saja menunjukkan kehebatan dan ketangkasannya menangkap dan menghukum rakyat miskin tersebut.

Apakah ini kejujuran namanya? Apakah ini yang dinamakan polis berlaku adil??. Ingatlah wahai Musa bin Hassan, ini kezaliman namanya. Ini penindasan namanya. Ini ketidakadilan takrifannya. Ini 'double standard' istilahnya. Ini adalah pengkhianatan kepada amanah Allah maksudnya. Ini adalah perbuatan hina dan menjijikkan yang menyebabkan rakyat Malaysia semakin membenci kamu.
Kepada Musa Hassan dan Gani Patail serta semua pembaca, saya ingin mengingatkan diri saya dan kita semua, hayatilah ayat Allah dalam surah Ibrahim ayat ke tiga yang bermaksud:

“Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.”

Allah berfirman lagi dalam Al Nahl ayat ke sembilanbelas bermaksud:

“Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.”

Akhirnya semoga kita mendapat apa yang telah Allah janjikan di dalam Al Quran ayat ke sembilan Surat Al Maaidah, maksudnya:

“Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.”

Salam takzim
Kerajaan Rakyat.

15 comments:

penyokong dalam diam said...

askum,saudara.
sye seorng penjawat awam..
ape yg saudara katakan td memang
benar,tp di dalam pasukan,siapa lah sye untuk menentang sebarang arahan daripada pegawai atasan,kdng2 diri terasa berat,untuk melakukan sesuatu
tugas yg tidak benar..tp apa bleh buat,,sye cme manusia biasa..
smoga tulisan saudara akan dapat menyedarkan semua golongan masyarakat
daripada di tipu...TAKBIR!!!!!

penyokong dalam diam said...

askum
saudara..
sye seorng penjawat awam,
kata2 saudara ini ade betul nya..
TP dalam melaksanakn tugas,kdng2
kte trpaksa akur dgn arahan pegawai atasan ,wlaupun
diri rasa tramat berat sekali untuk
melakukan..salam refomarsi dari sye.
takbirr!!!!

Anonymous said...

polis Malaysia memang memalukan!

orang Islam said...

Allahu akbar!
semoga pandangan bernas saudara kali ini akan dapat menjadi titik tolak kepada lahirnya sebuah kesedaran dan keinsafan kepada semua insan yang berhati nurani untuk kembali menghayati nilai2 ketamadunan yang sebenar dan menolak budaya berpolitik songsang yang semakin menular, membarah dan membusuk dalam sebuah negara yang pada asalnya sudah merdeka tapi kemudiannya terjajah semula oleh penjarah2 kuasa yang angkuh, tamak dan tidak berperikemanusiaan itu.

Ya Allah!
selamatkanlah kami semua dari ketidakadilan ini. Amin.

AnakMudaParlimenBatu said...

Inilah dikatakan iman tidak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertakwa. Kalau ayah beriman, tidak semestinya anaknya akan ikut. Sedih sunggu dapat anak semacam ini.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

sang tang kui said...

apa boleh buat? Ini budaya malaysia sejak zaman mahathir !

LAT said...

PDRM berlagak lebih teruk daripada International-Gangster-MAFIA, mereka diupah dengan income tax monies paid by RAKYAT tetapi hanya provide absolute protection to UMNOputera sahaja ! Legal monies pay for IILegal Means.

Anonymous said...

Polis M'sia is equivalent to the Police of Zimbabwe or maybe even worse. Instead of protecting the rakyat, they're sucking umno balls. Memalukan dan menjijikkan. In Musa Hassan, we've the lowest standard ever for an IGP. Malaysian police is a shame!!

Osman Jelani

Anonymous said...

jom kita p tanya jalaludin hassan kenapa dia jadi begitu?..entah2 jalaludin hassan penyokor kuat pkr dalam senyap..mana tahu ye tak?

mountdweller said...

saya merasa sedih dan sama terhina bila pasukan polis telah menjadi alat dan bagak. saya rasa terhina sama bila arwah bapa angkat saya adalah bekas seorang ketua inspektor, adik saya juga seorang anggota polis begitu juga dengan kakak ipar saya. pendek kata saya dikelilingi oleh anggota polis.

saya menyeru semua anggota polis, jangan jadikan diri anda musuh masyarakat dan kuda tunggangan samada kerajaan atau orang-orang atasan yang jelik pekertinya. kita semua akan disoal dan akan dibicarakan di mahkamah Allah nanti akhirnya.

Master Yoda said...

Salam sedara blogger...

Akhir2 ni, kekdg bile lalu dpan balai polis atau terserempak ngan polis, ade gak terpiki dan teringin gak nak tgk pape statistik yang blh tunjukkan betape efisiennye polis Malaysia ni.....

Nak tgk diorg ni ranking ke berape di dunia.......

Hmmm....????

Anonymous said...

askum semua..
apa yg terjadi skrg adalah kerana sifat jahil lagi bongkak si sang penguasa.
tak kiralah siapa pun mereka itu,bila sifat 'beraja dimata,bersultan dihati' menguasai diri,inilah yang akan terjadi.
apa pun,kita harus juga melihat faktor2 yang menyebabkan berlakunya keadaan ini.
semuanya adalah kerana kesalahan kita yang memberi kuasa kepada sidurjana2 ini.
kepada mereka yang telah memberi mereka kuasa,kalian sebenarnya telah mengkhianati diri dan seluruh rakyat malaysia.
kerana kesilapan kalian yang memberi kuasa kepada sidurjana2 ini,orang lain turut sama dibebani permasaalahan ini.
sedarkah kalian akan semua ini???
aku sedih,sedih bila memikirkan masih ramai saudara2ku yang masih 'jahil' menilai kedudukan sekarang.
sedih bila memikirkan bangsaku yang terus-menerus membiarkan diri diperkotak-katikkan si durjana2 yang menzalimi bangsa sendiri.
dimanakah akal yang ALLAH kurniakan terhadap kamu??

Aminlife said...

Salam...

Saya Bangga dengan Angkatan Tentera Malaysia, Tetapi TIDAK pd Polis Diraja Malaysia

ceria! said...

polis..

mereka ni ada yang baik dan ada yang jahat.biasa la tu.pegawai bawahan hanya mengikut arahan orang atasan.tapi kita jangan nafikan pulak kerja-kerja mereka yang bagus.ramai yang cedera dan ada juga yang mati ketika menjalankan tugas.

polis yang jahat kita banteras,polis yang berkhemah kita sokong!

Anonymous said...

RAKYAT MALAYSIA SEMUA,

SAYA SEORANG ANGGOTA POLIS,SAYA MENJALANKAN KEWAJIPAN SAYA SEBAGAI SEORANG ANGGOTA POLIS YANG DIAMANAHKAN OLEH PIHAK ATASAN,SAYA MENYARA KELUARGA SAYA DENGAN PEKERJAAN INI SAMA SEPERTI RAKYAT MALAYSIA SEMUA,JANGANLAH ASYIK MENUNDING JARI SESAMA BANGSA DAN MENFITNAH SESAMA BANGSA DAN AGAMA....