Followers

Sunday, July 20, 2008

Confirmed Najib Berbohong

Dua pendedahan ini semakin menyakinkan rakyat bahawa konspirasi politik peringkat tertinggi memang wujud untuk mengaibkan dan menghalang kemaraan pemimpin rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap di hadapan lebih 5,000 orang, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis.

"DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar.
Tulisan di bawah menjelaskan dan menyakinkan rakyat bahawa sememangnya ada sesuatu yang berbau PENIPUAN telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak dalam hubungannya dengan pemuda yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika anda alami renjatan emosi, jumpa Datuk Seri Najib
Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Parcel A yang menempatkan pejabat-pejabat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Negara, antara lain, di Bangunan Perdana Putra. Datuk Seri Mohamad Najib bin Abdul Razak, TPM yang berpejabat di Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Bukan mudah nak jumpa tanpa urusan rasmi dan temujanji terlebih dahulu.


Baca kisah khianat, dusta, zalim di pejabat Najib. Adalah lebih sukar untuk menemui beliau di kediaman rasminya yang di kawal ketat. Seseorang itu tidak boleh sesuka hati pergi ke kediaman rasmi TPM untuk menemui beliau.

Menteri Kabinet juga tidak dengan senang sahaja boleh menemui TPM tanpa terlebih dahulu membuat temujanji.

Setelah Najib dilantik TPM, saya pernah hanya sekali ke pejabatnya di Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra pada tahun 2004 untuk menyerah teks ucapan sempena salah satu majlis Rumah Terbuka Malaysia yang dihadiri oleh beliau selaku wakil Perdana Menteri. Pada waktu itu saya bertugas di Pejabat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang berpejabat di Kuala Lumpur. Semasa berkhidmat di JPM sebelum itu, saya berpejabat di Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra (satu aras di bawah pejabat TPM) dan tahu mengenai kawalan keselamatan yang ada di JPM.

Oleh itu, saya hairan bagaimana seorang anak muda yang kononnya "traumatized" atau mengalami satu kejutan yang amat teruk dan renjatan emosi akibat kononnya di liwat oleh mantan TPM boleh dengan senangnya menemui Najib di kediaman rasminya yang dikawal ketat iu.

Adakah ini bermakna bahawa sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mengalami masalah yang sama boleh dengan mudahnya pergi sama ada ke JPM atau ke kediaman rasmi TPM untuk mengadu dan meminta bantuan seperti yang dilakukan oleh pemuda berkenaan?
Sudah tentu tidak boleh! Tetapi itulah alasan yang diberikan sendiri oleh Najib kepada pihak media yang ingin tahu kenapa pemuda berkenaan menemuinya. Sekiranya apa yang diucapkan oleh Najib itu benar dan betul, maka rakyat Malaysia yang mengalami renjatan emosi atau "traumatized" atas apa alasan sekalipun, pergilah mengadu kepada Najib sama ada di pejabatnya atau di kediaman rasminya di Putrajaya.

Saya tidak ingin menyentuh mengenai tuduhan liwat kerana ia sedang di siasat oleh polis. Saya melihat alasan Najib tentang kenapa pemuda berkenaan menemui beliau agak meragukan kerana saya tahu bukan senang untuk memasuki sama ada Kompleks JPM (Perdana Putra) ataupun kediaman rasmi TPM.

Saya pernah bertugas di Bangunan Perdana Putra dari tahun 2000 hingga 2004 dan tahu bahawa bukan mudah untuk orang ramai memasuki kompleks itu tanpa kebenaran atau mempunyai urusan rasmi yang ditetapkan lebih awal. Seseorang yang ingin memasuki kawasan Bangunan Perdana Putra perlu mendapat pas keselamatan dari Bilik Pengawal yang dilengkapi pintu pengesan logam dan kamera tv litar tertutup. Pihak keselamatan tidak akan mengeluarkan pas keselamatan sebelum mendapat pengesahan daripada pejabat yang hendak dikunjungi. Selepas mendapat pengesahan barulah pas keselamatan diberikan. Ini bermakna bahawa seseorang itu perlu membuat temujanji atau dijemput atas urusan rasmi dan tidak boleh sesuka hati meminta pas keselamatan untuk masuk.
Kawalan keselamatan adalah ketat.

Kawalan yang ketat juga dilaksanakan di kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Sesiapapun tidak boleh masuk tanpa kebenaran atau temujanji terlebih dahulu.

Oleh itu, bagaimana seorang pemuda yang "traumatized" begitu mudah memasuki kediaman TPM untuk mengadu dia diliwat. Kenapa perlu mengadu kepada TPM sedangkan TPM berkata dia tidak mengenali pemuda itu?

Sekiranya begitu mudah untuk menemui TPM di kediaman rasminya, maka eloklah bagi rakyat Malaysia yang mempunyai masalah supaya berduyun-duyun ke kediaman rasmi TPM untuk mengadu dan meminta pertolongan.

Pendek kata: Jika anda alami renjatan emosi akibat daripada melalui sesuatu pengalaman yang amat perit, menakutkan, mengejutkan dan amat memeranjatkan, jangan bimbang, pergi ke Putrajaya dan temuilah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib bin Abdul Razak.

Itulah mesej yang disampaikan sendiri oleh Najib melalui media elektronik dan media cetak. Bagi pihak rakyat Malaysia yang teraniaya dan yang "traumatized" saya panjangkan ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Mohamad Najib bin Abdul Razak atas kepedulian anda.

Posted by Syed Imran at Monday, July 14, 2008



12 comments:

kulatlapok said...

salam KERAJAAN RAKYAT,

RAKYAT MASIH DITINGGALKAN EMOSI KEMUSYKILAN ...BANYAK PERKARA KERAJAAN (BUKAN KERAJAAN RAKYAT) MASIH TIDAK DAPAT MENYAKINKAN RAKYAT.

1. SALINAN REPOT POLIS YANG DIBUAT OLEH YANG KATA KENA SONDOL TU SEHINGGA KINI DSAI TIDAK DIBENARKAN MENDAPATKANNYA.

2. SALINAN REPOT YANG DIBUAT OLEH RAJA PETRA BOLEH LAK SI ROSMAH TU DAPAT SALINAN (TU YANG KATA FITNAH TUU)KESIAN DIA LAK YANG KENA..

3. NAKKAN SAMPLE DNA DSAI..PAKLAH KATA DAHLAMA TAK LEH PAKAI(TENGOK POST CENDAWAN)...PENASIHAT PAKLAH MEMBIARKAN PAKLAH MEMBUAT KENYATAAN BODOH..SEDANGKAN DNA BOLEH DIBUAT WALAUPUN DAH BERIBU TAHUN MACAM FIRAUN DAH...

4. KATA TAK PERNAH JUMPA BUDAK YANG KENA SONDOL...TETAPI DALAM PRESS CONFRNCE..DAH TERLEPAS CAKAP BUDAK TU LAK DATANG KAT DIA MENGADU..TEMPAYT LAIN TAK LEH LAK MENGADU...PEGI LAH MENGADU KAT JAWI..BEBAL

5. BETUL KATA KERAJAAN RAKYAT..UNTUK KE PEJ. TPM KAWALAN BEGITU KETAT..TAPI SISINDOL NI SENANG AJE PEGI..(MEMANGLAH KALU DAH BUAT APPOIPMENT)

6. DSAI KATA KENA BOGELKAN..TAPI DR. PEREMPUAN TU LAK NAFIKAN..DR. TU ADE KE DALAM BILIK PMERIKSAAN TU? KONON NAK MMEMPERTHANAKAN STAFFNYA LAH TU..

WALLAHUALAM.

Anonymous said...

Bagi Si Najis tu, bohong ni perkara biasa bagi dia. Yang penting dia dah lama mengidam nak jadi orang No.1 negara. Bini dia lagi le mengidam..itu sebab siapa yang cuba nak jatuhkan suami..bunuh pun dia sanggup. Si Nazir tu pun nampaknya dah tak sebulu dengan abangnya disebabkan kakak iparnya. Apa nak jadi Malaysia ni. Dari negara sampai le anak-beranak habis huru-hara dibuat angkara fitnah..Itulah bahayanya fitnah.

Anonymous said...

Kejap lagi TPM akan melancarkan NGO untuk budak-budak yang kena sodomee; mereka akan diberi perlindungan sepenuhnya termasuk tempat tinggal (halfway house/safe haven), khidmat guaman percuma, makan minum percuma dan yang paling penting, khidmat kaunselling TPM sendiri yang tak ternilai harganya! Lepas tu akan diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran, walaupun dah drop-out dari mana-mana IPTA!!

azisirikit said...

Walau apa pun, kes Mongolia tu jangan dilupakan. Tangkap pembunuhnya. Walau lagi 50 tahun, rakyat akan tunggu. Jangan jadi macam kes Norita Samsudin tu.. senyap sampai sekarang. Pembunuhnya tak dapat tangkap. Pelik!

CHee XtheMan said...

BINGGO !! Hit the jack pot

Indeed is a house of mother of all lies

LAT said...

LIES shall be EXPOSED and TRUTH shall stand the test of time !Mineral Water bottle can be RECYCLED but "Sodomy 1998 fabricated by Tun Dr.M" want to be recycled by Datuk Najis as "Sodomy 2008" ! New Director with old distorted script !

tangansotong said...

Selagi kes ni tak diselesaikan, jangan asyik buat andaian dan spekulasi je.. Tu yang susahnya jadi rakyat ni. Bila ada kes2 macam ni, pening kita nak fikir sebab benda kita tak nampak sendiri dengan mata kita sendiri... Tu yang macam2 andaian yang timbul. Mana yang anti kerajaan dah tentulah kritik kerajaan. Yang anti pembangkang pulak kritik pembangkang..

Master Yoda said...

Salam sedara blogger...

Tuk tangansotong...

Skang zaman alaf baru, rakyat marhaen kat Malaysia ni dah bleh berpikir dengan bijaknye.....Boleh buat telahan,analisis dan lain2...

Jika komen dr pemerintah2 tu dok belit sana sini, kite pon blh piki yang depa ni kuat kincing rakyat...

SuaraSelatan said...

Salam Perjuangan,

Betul apa yg Master Yoda sebutkn. Bila dtg satu2 berita tu kita kena periksa betul2, kaji betul2, dptkn sumber2 yg sahih barulah dibuat andaian bagi mengelakkan fitnah.

Kalau dah jelas fakta2 yg diberi begitu meragukan di samping tiadanya penjelasan susulan, bohong le namanya!

Kalau kita cuma dapat hanya dari satu sumber berita saja maka jadilah kita macam orang2 UMNO yg bodoh sombong.

Bukankah dalam UMNO ni ramai pemimpinnya yg macam tu!

alifreyes or said...

rakyat takkan tertipu kali ini..

optional said...

Sudah lah tu Anwar, cukup2 berdrama tu, bosan dah tengok. Tak payah lah tertipu dengan drama Anwar ni. Bukan boleh percaya sangat dia ni. Cakap berbelit2.

Anonymous said...

optional..kalau lu ada problem boleh jumpa najib terus...boleh kaotim...