Golongan Melayu seperti inilah yang biasanya, dalam manis bibir bicara, hatinya celaka, ramai yang tidak menyangka, sehingga segalanya habis ternoda.
Abdullah Badawi adalah antara pengamal tutur indah bicara kata yang disokong puak yang celaka sehingga pembohongannya tidak disangka.
Dalam syahdu Dollah berpuisi.
Al Ghazali yang ia cari.
Hey Abdullah Badawi,
Belum puaskah kau menipu mencuri?
Mencuri hati rakyat kau sendiri.
Bukan bakti yang kau taburi
Tetapi hati rakyat kau kaburi
Dengan janji yang tidak kau tepati
Bicara mu manis tapi janji dicemari
Demi nafsu kau dan keluarga sendiri
Kepada rakyat kau tiada simpati
Berbohong, merompak dan mencuri
Kau biarkan rakyat hidup sendiri
Tanpa sedikit rasa simpati
Walau cukup bukti diberi
Bahawa kau memang mencuri
Tidak kira siang atau dimalam hari
Kau buat pekak bertelinga tuli
Kesengsaraan rakyat tak kau peduli
Kini kata manis kau taburi lagi;
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa supaya semua pihak bertindak menghentikan perbuatan individu dan kumpulan yang menyalahgunakan nama Tuhan dan mentafsirkan ajaran agama secara sempit bagi menghalalkan kekejaman dan keganasan.Hello Abdullah Badawi, manis bibir kau melafas kata-kata. Mungkin ramai tergoda, pastinya itu segelintir kaum umno yang celaka.
"Kita jangan mengaku kalah atau kecewa untuk berhadapan dengan mereka yang cenderung melakukan sesuatu yang akan menyebabkan berlaku peperangan serta kezaliman dan ini perlu menjadi perjuangan kita sehingga ke akhir hayat," katanya.
Beliau berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Agama Dalam Pencarian Kedamaian dan Keadilan Sejagat anjuran Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.
Abdullah Ahmad Badawi berkata, golongan pelampau ini yang wujud sejak zaman dahulu lagi telah menyelewengkan ajaran agama semata-mata bagi mencapai matlamat politik dan keuntungan peribadi.
Dalam manis bibir kau gariskan empat langkah bagi menghapuskan tafsiran sempit itu.
1. Merombak kurikulum agama di sekolah dan universiti supaya lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai baik yang dikongsi secara bersama. "Kurikulum baru agama ini perlu digunakan untuk mendidik pelajar supaya menghormati maruah manusia lain dan bukannya fahaman sempit untuk menindas orang lain," kata kau.
2. Memastikan cendekiawan agama mendekati masyarakat bagi menerangkan ajaran yang memberikan penekanan kepada keadilan dan keamanan.
3. Wartawan dan pengamal media memainkan peranan memperluaskan nilai-nilai positif setiap agama yang bersifat sejagat.
4. Melaksanakan nilai-nilai positif agama ini di peringkat pentadbiran kerajaan sehingga kepada urusan mengurus keluarga.
"Usaha ini telah dibuat menerusi pelaksanaan konsep Islam Hadhari sejak saya memerintah negara lima tahun lalu yang juga bertujuan menghapuskan sikap prejudis sesetengah individu yang menganggap agama tidak harus dilibatkan dengan kehidupan harian,"
Hey Abdullah Badawi,
Bahasa saya tidak indah untuk kau dengari.
Tapi saya tak mencuri seperti yang kau amali.
Kau bicara tentang Islam Hadhari
Tetapi hak rakyat kau beri kepada Khairy,
Kau kata kurikulum harus diperbaharui,
Supaya maruah manusia dihormati,
Apakah kau tidak sedari,
Selama ini kau sendiri yang mencemari,
Fahaman sempit yang kau tuturi,
Kononnya agar rakyat tidak ditindasi,
Itu semua adalah ilusi
Yang kau adakan sendiri
Demi kepentingan kau dan Khairy,
Kau turut bicara tentang keadilan sejati
Cukuplah Abdullah Baawi,
Jangan kau menipu lagi
Rakyat muak pada apa yang kau tuturi.
Kau bicara tentang keamanan yang dicari,
Tetapi demokrasi telah kau kotori
Kau bicara agar media punya nilai murni
Tetapi media perdana menipu disiang hari,
Kenapa tidak kau teguri?
Kau biarkan penipuan terus digemari
Apakah itu ajaran Islam Hadhari?
Mengikut telunjur bapak menteri
Kerana mereka juga turut mencuri,
Harta rakyat dan negara sendiri,
Puas rakyat berusaha dan mencari,
Untuk mendidik anak dan generasi,
Dengan keringat mereka sendiri,
Ke gunung didaki ke lembah dituruni,
Terlukanya hati apabila disedari,
Harta mereka digadai dan dicuri,
Oleh golongan kononnya Islam Hadhari.
Kau bangga memerintah negeri,
Tak cukup lima, minta dua tahun lagi,
Agar kau dapat terus membohongi.
Hey Abdullah Badawi,
Akan tiba masanya nanti,
Kehampaan rakyat tak dapat dibendungi
Rakyat bangkit menentang bapak menteri,
Tanpa mengira siang atau malam hari,
Segala halangan akan ditempohi,
Biar terluka atau tubuh dicalari,
Walau benteng batu yang memagari,
Rakyat kan tetap bangkit bangun berlari,
Tangan rakyat boleh kau gari,
Waima darah menitis ke bumi,
Kami kan bangkit menendang menerajangi,
Segala pengkhianatan yang kau dalangi,
Perundangan telah kau cerobohi,
Kezaliman jua yang kau teladani,
Hey Abdullah Badawi,
Maruah rakyat jangan kau cabari,
Segala dusta kau rakyat telah sedari,
Kuasa mu meniti hari,
Kau bakal terhumban bersama Khairy.
KERAJAAN RAKYAT
8 comments:
tahniah bro...mari sam2 kita jahanmkan si khairy babi dan dolah babi tu....
Kerajaan yang dibentuk selepas PRU lalu merupakan hasil undian rakyat sendiri. Majority yg mereka raih tu bukan setakat dua atau tiga kerusi, tetapi sebanyak 50 lebih kerusi. Semua pihak diberi peluang untuk berkempen dan bertanding. Tetapi BN yang menang, Pakatan pula menang sebanyak lima negeri. Itu lah keputusan yang harus kita hormati sekarang. Kerajaan yang berdemokratik tidak boleh dibentuk dari mereka yang mengkhianat parti dan pengundi sendiri. Kalau Pakatan menunjukkan prestasi dan kecermerlangan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang, rakyat-rakyat akan mengundi mereka pulak jadi kerajaan. Mandat untuk memerintah tidak datang dari pembelot parti, mandat datang dari rakyat dan Tuhan.
huishhh...panjangnya pantun ni.berpinau-pinau mata nak baca.takkan pasal Pak Laje kot ni.pasal orang lain takde?Anwar ke?Lim Kit Siang ke?Khairy ke?Haji Hadi ke?.hehehe.
Pak Lah dah patut meng-disassociate-kan diri dia dari Khairy yang ngok ngek itu! Buat perabih PR Pak Lah je! Khairy tu kan dah besar bangka, pandai2 la nak idup, jangan duk depend dgn orang jek!
Teruk sangat bunyinya. Macam dah azab sangat keadaan orang Malaysia. Ni kalau dah sampai tahap benci yang teruk sangat, semua benda nak diexeggerate. Benda kecil dibesarkan, benda takda diadakan. Macam yang lain macam Anwar tu suci sangat. Tu kalau jadi PM esok lagi porak peranda. Tak percaya tengoklah, dia tu lagi tak boleh percaya, lagi berani nak buat benda2 merepek. Menipu buat fitnah tu biasa je bagi dia, dia takda risau apa dah.
This is another smoke screen of deception by Umno to deceive the Rakyat, Pakatan Rakyat and PAS members in particular. After the fallout from it's aborted Muzakarah (dialogue) with rogue elements within PAS (read http://www.malaysiawaves.com/2008/07/apabila-timbalan-presiden-pas-bercakap.html), Umno is now changing it's strategy to say that their muzakarah with PAS will only touch on Islam...http://margeemar.blogspot.com
margeemar, you muslim? If yes, why should u have anything against talks for the bettermenet of Islam itself? If you are non-muslim, i understand your stance.
"Kurikulum baru agama ini perlu digunakan untuk mendidik pelajar supaya menghormati maruah manusia lain dan bukannya fahaman sempit untuk menindas orang lain," Kata Badawi.
Nampaknya Badawi masih menggambarkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang berfahaman sempit yang menyokong kekejaman & keganasan sebagaimana begitulah fahaman sebahagian besar ahli UMNO sejak dulu sampai sekarang terhadap ahli2 PAS dan perjuangan mereka. Ironisnya, bila bertemu dan bermuzakarah dengan PAS Badawi mendendangkan lagu perpaduan Melayu dan Islam sehinggakan para pemimpin PAS tergoda dan terlena dibuai mimpi indah bersama UMNO. Alangkahnya malangnya jika PAS masih tidak mahu mengerti tentang siapa UMNO sebenarnya. Maruah PAS selama 50 tahun diinjak2 oleh UMNO yang tergamak mencanangkan ke seantero dunia tentang parti PAS yang disamakan dengan anasir2 militan dan pengganas serta menakut-nakutkan negara asing termasuklah pelabur2 asing tentang pengaruh PAS yang jika berkuasa akan membawa kejahatan di benua ini. Insaflah wahai PAS! sedarlah siapa sebenarnya yang menjadi musuhmu.
Post a Comment