Followers

Thursday, December 4, 2008

Beranilah Menuntut Perubahan!

Agenda perubahan Umno terbukti hanya satu helah politik semata. Episod pemecatan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan agenda perubahan yang diwar-warkan Umno hanya merupakan The Great Illusion. Ini mengingatkan saya kepada karya Norman Angell, juga dengan judul yang sama, diterbitkan sejurus sebelum Perang Dunia Pertama meletus.

Perubahan memerlukan komitmen yang tuntas dan berlandaskan kesedaran murni bagi membebaskan negara dari kebobrokan yang sudah lama mengakar. Keberanian Datuk Zaid untuk membongkar akar keboborokan yang mereput ini serta kesediaan beliau untuk melintas sempadan kepartian demi menyokong usaha memansuhkan ISA dan memastikan keluhuran perlembagaan dihormati, harus dipuji, namun apa yang terjadi; beliau dipecat kerana apa yang beliau yakini.

Pemecatan Datuk Zaid harus menjadi peringatan serta indikasi buat semua bahawa Perubahan bukanlah hanya untuk meraih keuntungan politik. Laungan untuk melaksanakan Perubahan mestilah seiring dengan usaha untuk menjayakannya. Laungan kosong pasti tidak akan disambut rakyat. Saya percaya tuntutan kepada Perubahan pasti lebih memuncak.

ANWAR IBRAHIM

4 comments:

Anonymous said...

Sudahlah Anwar... Jangan hanya pandai bercakap. Orang dah bosan dengar ceramah yang berbunyi indon tu... Tabur janji sana sini. Satu pun tak pernah tunai...Rakyat asyik kena tipu...

dean said...

yg hang cbuk tue ape pasai lak,anonymous?...
please la...
hang x tau pe,jangan cbuk bahong,sane cni...

Anonymous said...

Setuju dengan anonymous kat atas tu. c DSAI ni hanya pandai bercakap. bohong sana bohong sini. Janji sana janji sini!! Macam lah dia saja yang betul.. Bersekongkol dengan Yahudi dan Amerika nak mentadbir negara. Itupun rakyat masih lagi tak buka mata!! kalau dia jadi PM di Malaysia...alamat memang hancur la negara ni. Dah la cakap tak serupa bikin. Masa dalam kerajaan dulu bukan main lagi pertahankan ISA, nak jaga hak2 Islam, Orang Melayu dan bumiputera. Sekarang ni dah terbalik. Hak2 org Melayu dan bumiputera dia tak peduli lagi sebab nak sokongan India dan Cina utk tubuh kerajaan!! tak guna punya manusia!!