Followers

Thursday, January 22, 2009

3 termasuk Naib Ketua umno Beruas didakwa.

PETALING JAYA: Tiga orang termasuk Naib Ketua Umno Beruas, Perak dan seorang kontraktor berusia 46 tahun didakwa pagi ini berhubung politik wang ketika pemilihan Umno Bahagian tahun lalu.

Naib Ketua Umno Beruas, Azman Noh didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana memberi RM300 untuk mendapatkan undi dan beliau memenangi pemilihan jawatan tersebut.

Beliau mengaku tidak bersalah.

Dalam pada itu, kontraktor berusia 46 tahun, Johari Ibrahim mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah RM200 untuk mendapatkan sokongan ketika pemilihan Umno Bahagian Alor Gajah.

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka. Individu ketiga pula, ahli Umno Raub, Pahang didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, juga pagi ini.

Dia dikatakan memberi rasuah di ibu negara untuk mendapatkan sokongan semasa pemilihan.

Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata akan mendakwa ketiga-tiga mereka hari ini atas tuduhan memberi wang rasuah ketika pemilihan Umno Bahagian Oktober dan November lalu.

1 comments:

Mankanan said...

Yang bersalah pasti akan didakwa. Ini membuktikan ketelusan SPRM yang yang ditubuhkan oleh Pak Lah telus menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan...