Bila dia kata 'tidak akan' ia membawa maksud 'akan'. Ini adalah kata kunci bila membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ingat semasa dia kata ekonomi Malaysia tidak terjejas dengan kelembapan ekonomi dunia, kemudian dia ambil duit KWSP kerana dana dan ekonomi negara meruncing. Bila dia kata dia tidak terlibat dengan kes Saiful Liwat, dia sebenarnya penasihat kepada Saiful bontot.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak akan ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan 'melompat' ke pembangkang.
Pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa, terdapat sebilangan lagi wakil rakyat BN yang sedang menanti untuk menyertai mereka selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim semalam mengumumkan keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu parti komponen Pakatan Rakyat.
Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mengatakan ia tidak benar sama sekali.
Najib berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA, di sini, hari ini.
Nasarudin adalah wakil rakyat BN pertama yang menyertai parti pembangkang selepas pilihan raya umum Mac lalu.
Dengan penyertaan itu, Pakatan kini mengukuhkan lagi penguasaan mereka di Perak dengan 32 kerusi DUN berbanding 27 daripada BN.
Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri berkata: "Akan berlaku banyak lagi 'lompat parti' selepas ini, kita sedang berusaha ke arah itu."