Followers

Tuesday, February 10, 2009

Ditawar RM5 juta sertai BN

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam disebabkan beliau mendakwa tidak tahan dengan ugutan pelbagai pihak supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Ugutan itu termasuklah termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan," katanya dalam sidang media di di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini malam tadi.


4 comments:

lintahbertulang said...

Boleh percaya ke dengan Arumugam ni? Ada bukti ke yang beliau mendapat tawaran RM5 juta untuk lompat parti atau dia hanya dipergunakan Anwar untuk memburukkan lagi nama BN?...

sepot said...

Sesiapa pun boleh buat laporan polis kononnya ditawar RM5 juta... Lagipun kita tak pasti kesahihan kes ini... PR kan terkenal dalm buat kes-kes fitnah untuk memburukkan BN...

hidup umno said...

Tak boleh caya tunjukan bukti le dulu,ngapa itu arumugam tak muncul,ini semua nak buruk-burukan orang lain le tu.

hidup umno said...

Tak boleh caya tunjukan bukti le dulu,ngapa itu arumugam tak muncul,ini semua nak buruk-burukan orang lain le tu.