Followers

Wednesday, March 11, 2009

Maklumat Perisytiharan Aset Exco Dibuka Kepada Umum

Maklumat Perisytiharan Aset Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan dipaparkan dalam laman web kerajaan negeri di www.selangor.gov.my mulai 13 Mac ini.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata maklumat berkenaan meliputi aset seperti hartanah, saham dan wang yang dimiliki Exco sejak mereka mengangkat sumpah jawatan, iaitu pada 24 Mac tahun lalu.

Abdul Khalid berkata perisytiharan aset itu dibuat bagi memastikan mereka yang memegang jawatan tertinggi di Selangor, tidak sewenang-wenangnya menggunakan kedudukan untuk memiliki aset dengan cara yang tidak beretika atau tidak menurut undang-undang.

Tambahnya, maklumat perisytiharan aset yang turut memuatkan transaksi pemilikan atau pelupusan aset itu tidak melibatkan aset yang dimiliki anak-anak Exco berumur 21 tahun ke atas.

Beliau turut menjelaskan keputusan kerajaan negeri untuk tidak memasukkan maklumat aset yang dimiliki sebelum memegang jawatan sekarang.

“Selepas mendapatkan nasihat perundangan, kerajaan negeri mengambil keputusan supaya ia lebih baik untuk tidak memasukkan sebarang aset yang dimiliki Exco sebelum ini.

“Ini kerana, kerajaan negeri tidak berupaya melindungi keselamatan Exco dan keluarga masing-masing serta tidak dapat memberikan perlindungan insuran bagi tujuan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun katanya, maklumat itu sudah diberikan kepada Pejabat Menteri Besar dan boleh diumumkan bagi tujuan pengesahan, tertakluk kepada syarat dan kebenaran Jawatankuasa Khas Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi rehat Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor ke-12 petang tadi.

Dalam pembukaan persidangan semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menasihatkan kerajaan negeri melaksanakan secepat mungkin Pengisytiharan Harta dalam usaha meletakkan Selangor di hadapan dari aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik.

4 comments:

MahadeyBersiong said...

bro, nape tak boleh buka laman web kerajaanrakyat.com ?? Dah 3 hari tak boleh nak masuk.

Jay said...

Alhamdulillah..., dpt jg sy melawat Bro Sofi, walaupon bkn di laman utama tp di laman blog ini pon sdh ckp utk sy melafazkn syukur, serangan bacul oleh puak2 BN-Umno keatas laman KR sememangnya sesuatu yg tidak bermaruah, pengecut, 'takde telor', lg biadap mungkin mereka berbuat begitu krn mrk makin takut dgn bayang2 mrk sendiri dan semakin ramai dikalangan rakyat M'sia siapa sbnr nyer org2 BN-Umno ini, ape pon Bro Sofi teruskn perjuangan, sy serta rakan2 comentator yg lain akn terus menyokong Bro dan PR.

Reformasi...!!!

Allahu Hu...

DatoSeri said...

Ini lah dia, pemerintah di bawah Pakatan Rakyat yang mengamalkan "transparent" (telus) dalam pentadbiran kerajaan. Semakin lama semakin ramai rakyat akan memahami makna demokrasi yang sebenar... dan kepentingannya Ketuanan Rakyat.

Hanya dalam keadaan dimana semua kaum-kaum hidup dalam kerjasama dan ditadbirkan dengan polici-polici yang adil, barulah negara kita boleh menuju arah kejayaan/kemakmuran.

watan malaysia said...

TABEK HORMAT DATUK MENTERI BESAR SELANGOR,JADILAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA DULU BARULAH NANTI JADI YANG TERBAIK DI DUNIA.
CEMBURU KAT RAKYAT SELANGOR YANG MEMPUNYAI KERAJAAN rakyat YANG TELUS.