SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa kesemua ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri itu - yang dipimpin Pakatan Raktyat -mengisytiharkan aset masing-masing secepat mungkin dalam usaha memastikan kerajaan yang bersih dan telus.Baginda bertitah merasmikan mesyuarat pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke12 di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin turut menggesa proses pengisytiharan itu dipaparkan secara online agar boleh dilihat oleh semua pihak.
Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.
Baginda menegaskan proses tersebut penting bagi memastikan integriti dan akautabiliti kerajaan negeri sedia ada terpelihara.
Sultan Selangor juga bertitah agar semua pihak tidak menyalah tafsir peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan untuk kepentingan dan manfaat golongan tertentu.
Baginda bertitah semua pihak perlu menghormati dan akur sepenuhnya terhadap setiap peruntukan yang termaktub di dalam undang-undang negeri dan negara.
"Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masingmasing," titah baginda.
Baginda bertitah melalui pemerhatian serta pembacaannya, didapati kebelakangan ini banyak berlaku insiden melibatkan perbalahan yang dicetuskan oleh segolongan kelompok masyarakat dan demonstrasi-demonstrasi jalanan yang telah menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
"Justeru itu, beta ingin menyeru kepada semua pihak agar memberhentikan segala tindak tanduk yang boleh menjejaskan imej negara ini dan menumpukan perhatian ke arah memupuk perpaduan yang erat di kalangan semua kaum," titah Sultan Sharafuddin.
Selain itu, Sultan Selangor juga bertitah bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengiktiraf hak setiap rakyat Selangor kerana ia telah menjadi prinsip asas sistem pentadbiran di negeri itu.
"Ini penting, terutamanya berkaitan dengan masalah pengambilan tanah kaum orang asli.
"Lewat kebelakangan ini, kaum orang Asli telah mengharungi masalah identiti yang terhakis dan sudah tiba masanya hak mereka dikembalikan dengan menyelesaikan masalah tanah mereka," katanya.
2 comments:
Dasar feudal ?
Aset sendiri bagaimana pula ???
Saya sebagai rakyat selangor yg setia kepada tuanku amat bersetuju titah baginda agar semua exco mengkhitiarkan hartanye diharapkan semua exco negeri selangor mematuhi perentah sultan jika anda gagal berbuat demikian maka anda dianggap menderhaka kepada sultan.
Post a Comment