KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada Barisan Nasional (BN) dan Umno akan meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, di Pulau Pinang dijangka terjawab apabila Dewan Tertinggi BN bermesyuarat, petang ini.
Mesyuarat itu dijadual dipengerusikan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bermula jam 4.30 petang ini.
Sebelum ini, Najib yang juga Presiden Umno membayangkan Umno mungkin tidak meletakkan calonnya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.
Kerusi DUN Penanti kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Mohamad Fairus Khairuddin, meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan kemudiannya mengundur diri sebagai wakil rakyat.
Monday, May 18, 2009
Pilihan raya Penanti: BN dijangka putuskan petang ini
2009-05-18T12:35:00+08:00
Kerajaan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)