Followers

Saturday, July 25, 2009

Letupan perbuatan CIA

SOLO: Pendakwah bebas, Abu Bakar Bashir, menyalahkan Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika Syarikat atas dua serangan bom di dua hotel mewah di Jakarta pada 17 Julai lalu.

'Ia kerja CIA, sama seperti pengeboman Bali. CIA mengarahkan Mujahideen yang mahu melakukan jihad,' kata Abu Bakar yang kini mengetuai Jemaah Ashorut Tauhid, kumpulan bagi penyokong kumpulan berasaskan Islam yang mahu mengamalkan hukum Syariah.

Beliau keluar daripada Majlis Mujahideen Indonesia (MMI) yang diasaskannya dan dipengerusikan selama beberapa tahun selepas berselisih faham dengan pemimpin lain kumpulan sebelum mengasaskan Anshorut Tauhid pada September 2008.

Dalam kenyataan pertamanya selepas letupan Jumaat lalu di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta, Abu Bakar berkata CIA merancang menambah kebencian terhadap Islam, menyebabkan guru agama Islam dan pelajar Islam diharamkan.

Pada masa sama, beliau berkata: 'Saya bukan pakar pengebom, saya tidak tahu menahu mengenainya.'

Pendakwah itu turut mengulangi bahawa Jemaah Islamiyah (JI) tidak wujud.

'Adalah salah mengatakan JI berpecah kepada dua kumpulan - pertama adalah kumpulan asal dan yang kedua menjadi Jemaah Ashorut Tauhid.

'Setahu saya, JI hanyalah kumpulan pelajar Islam di Mesir,' kata beliau.

Seperti juga pengeboman Bali pada 2002, Abu Bakar yakin bahawa rangkaian jihad di negara itu tidak mempunyai keupayaan membuat bom canggih.

'Sehingga saat ini, pendapat saya ialah sesiapa percaya Mukhlas orang yang membuat bom Bali benar-benar bodoh.

'Bom Bali dibuat CIA,' katanya merujuk kepada seorang daripada tiga lelaki yang disabitkan sebagai dalang serangan bom Bali dan dihukum mati oleh skuad penembak.

Katanya, perkara sama berlaku kepada serangan Jumaat lalu.

'Saya fikir bukan mudah untuk masuk dan keluar dari hotel dengan membawa bom, walaupun secara kecil-kecilan. Justeru, alasan saya ialah ia semestinya rancangan CIA untuk memburukkan Islam,' katanya. -- Agensi.