
Dari 14,192 pengundi pengundi di Bagan Pinang, 66 peratus darinya adalah pengundi Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, BN memenangi kerusi itu apabila mendapat 6,430 undi.
Majoriti yang diperolehi oleh BN ialah sebanyak 2,333 undi setelah calon PAS, Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi.
Sesuatu yang amat perlu diberi difahami adalah 4,925 dari 14,192 pengundinya adalah pengundi pos.
“Apa yang berlaku sebelum ini, setiap pengundi pos perlu memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan itu ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam beg undi.
“Apabila sampul surat itu diperiksa, borang perakuan itu akan jelas menunjukkan identiti pengundi dan calon yang mereka undi yang mengakibatkan tidak ada lagi kerahsiaan pengundian yang menjadi prinsip asas dalam proses demokrasi.
“Apabila tidak ada kerahsiaan, ia pasti mengakibatkan seseorang pengundi pos tidak berani mengundi calon lain selain dari yang diarahkan supaya diundi,” - Datuk Mahfuz Omar.
Kepada semua pengundi yang terlibat dalam sistem ‘undi pos’ di Bagan Pinang, (Angkatan Tentera Malaysia) khasnya, kerajaan rakyat merayu agar tetapkan pendirian dan fahamilah kehendak dan scenario politik semasa.
Perjuangan dan pengorbanan kalian dalam mempertahankan kedaulatan negara amat dihargai. Kepentingan peribadi kalian kemudiankan demi negara. Keluarga kalian tinggal-tinggalkan demi tugas dan tanggungjawab untuk nusa. Jiwa dan raga kalian pertaruhkan demi maruah dan kedaulatan negara tercinta. Kalian adalah Wira kami.
Demi keterlanjuran seruan memartabatkan kedaulatan negara. Keberanian, keikhlasan dan keperwiraan kalian dituntut…!!! Negara kita berada dalam keadaan yang amat celaru. Celaru lantaran dipimpin dan diterajui oleh pimpinan UMNO/BN yang diseliputi oleh noda rasuah, penipuan, pembunuhan, kekejaman dan seribu satu muslihat durjana yang menjadi amalan dan budaya hidup mereka.
Noda dan kezaliman yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN selama berpuluh tahun telah cuba dikaburkan oleh mereka daripada pengetahuan rakyat.
Harapan rakyat, kepada Angkatan Tentera kami sandarkan. Rakyat dahagakan kepada pemimpin yang adil. Rakyat inginkan kepada perubahan pentadbiran negara. Rakyat merayu kepada kesemua pengundi, terutama Angkatan Tentera Malaysia agar berilah undi kalian kepada pemimpin yang adil, berhemah dan beramanah.
Angkatan Tentera adalah Wira harapan negara. Perjuangan dan pengorbanan kalian amat kami sanjungi dan hargai. Pakatan Rakyat, PAS terutamanya terlalu memahami sumbangan kalian.
Harapan dan doakan kami agar kalian dilimpahi hidayah dan kasihi Illahi dalam menjalani kehidupan ini. Pakatan Rakyat bersama kalian dalam perjuangan memartabatkan kedaulatan negara.
9 comments:
Memang benar; apa yang boleh kita lakukan hanyalah berharap dan berdoa. Namun realitinya askar hidup cari makan dan selagi ketua mereka maseh berangan-angan mendapat sesuatu daripada usaha bodek selama itulah harapan akan kekal segagai hanya harapan.
orang umno akan kata askar melayu milik umno!....
Propaganda umno...."kalau sesiapa tak hargai pengorbanan askar melayu, mereka hidup tak bersyukur".....kita sering dengar ungkapan orang2 umno begini. Mereka mahu kita bersyukur kepada KERA-jaan....bila KERA jadi RAJA!....kita tak perlu bersyukur pada tuhan....kita semua kena bersyukur kepada mereke....KERA2 yang menjadi raja tu....
bagi orang2 melayu, perkataan bersyukur tu sentiasa dikaitkan dengan ILLAHI. orang melayu yang beriman dan takut kepada tuhan akan sentiasa berasa bersalah jika mereka tak bersyukur kepada Illahi.....maka orang umno sudah menang dalam propaganda ini.....
kita semua tahu umno tak ke mana Islam mereka....tapi inilah propaganda mereka.....
Ayoh ! WIRA-WIRA (ATM)negara yang berprofessional,khasnya di DUN Bagan Pinang, anda dapat lihat sendiri keadaan negara kita betapa teruknya hubungan kaum,soal kemiskinan,politik pelacuran,penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan,termasuk ATM untuk kepentingan pemerintahan zalim BE END,khasnya AM NO,politik rasuah yang tiada penghujung oleh AM NO dan BE END dan beberapa gejala sosial dan politik yang sungguh memalukan rakyat negara ini dapaat dibetuklan atau dipulihkan hanya oleh rakyat yang berfikiran professional seperti WIRA-WIRA kita dalam ATM. AYOH ! wira-wira kita yang akan mengundi pada 11/10/09 berjuanglah bersama-sama rakyat untuk membersihkan imej negara kita yang amat kita sayangi dari terus di hina oleh AM NO dan BE END. Wira-wira di Bagan Pinang buktikan anda benar-benar professional dengan mengundi Calon PAS yang bakal bertanding pada 11/10/09.
umno memang cekap dalam memutar belit fakta sejarah dan melakukan propaganda, dari sblm merdeka sampailah sekarang, umno tak habis2 dengan propagandanya.., hal ini tidak menjadi suatu masalah bagi yg menyedari hakikat, sejarah, dan situasi sebenar yg berlaku, baik dari segi ekonomi mahupun politik tanah air kerana masing2 boleh menilai dan berfikir dengan sempurna tanpa dipengaruhi propaganda umnongok.., yg menjadi masalahnya kepada mereka yg tiada access pada media alternatif, hanya berkiblatkan mainstream media milik umnongok... sampai taik pun jadi biru sebiru-biru warna korporat barisan umno.. aku benar2 berharap agar parti dacing ni dikuburkan secepat mungkin..., semoga tuhan panjangkan umur untuk menyaksikan tumbangnya sebuah parti yg kononnya terlalu dominan dan sebati dengan malaysia.., dey yennna..., piiirah...
Tentera berjiwa sunggup berkorban demi negara yang tercinta, Marilah sama sama menyelamatkan Tanah Air kita yang tercinta ini dari berterusan dijajah oleh kumpulan manusia yang mempentingkan kekayaan mereka sahaja, sehingga sanggup melakukan segala yang mungkar, kejam dan membodoh-bodohkan rakyat...
Kuatkan iman, tentera wirawan kami; jangan subahat dan dipergunakan oleh regim yang merosakkan Negara ini menindas lagi hak asas kamu....
Ayuh para pejuang sekalian xkira sama ada warga ATM dari darat, laut dan udara serta rakyat marhean seluruhnya marilah kita berjuang utk membebaskn bumi bertuah ini drp manusia2 yg bobrok spt pemimpin2 Umno-BN, marilah kita tunjukkn kekuatan kita dan suara kita rakyat Malaysia, sesungguhnya kita adalah rakyat yg bermaruah, mementingkan intergriti kepimpinan yg telus, jujur dan beramanah, mendaulatkn agama, bangsa dan negara, memupuk perpaduan sesama kaum dan agama, jom kita hapuskn pemerintah yg zalim, korup, xbermaruah spt mereka sama2 kita tegakkn kebenaran...
ALLAH HU AKHBAR...!!!
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!
HIDUP RAKYAT!!!
HIDUP ANGKATAN TENTERA!!!
GEMPUR WIRA!!!
Bersyukur berkaitkan dengan ILAHI. Macammana pula bila kalian berlagu "Kerana MU MALAYSIA!!!
Dan lambang lambang yang menunjukan mahkota di kongsi antara Ilahi dan manusia.
Fikirlah wahai MALAYSIA. Tiada sesuatu yang menyekutu. Syirik tanpa sedar? Syirik yang dimaksudkan ialah menyamakan kedudukan manusia dengan Allah tanpa disedari ataupun disedari.
Tukar sebelum jahanam!!!
Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya (menyekutu Allah).
Tahukah anda bahawa ada 'lapuran' menyatakan bahawa berdekatan dengan Kem RAMD di Port Dickson ada terdapat satu markas PERISIKAN ANTI-TERORIS ANTARABANGSA MILIK AMERIKA SYARIKAT.
Markas ini diluluskan bajet oleh Dewan Senat Amerika Syarikat melalui akta 'World Terrorism Act 1 dan World Terrorism Act 11'. Bajet dikeluarkan supaya kerajaan Amerika mempunyai rangkaian markas perisikan anti-teroris di serata dunia ini yang dikelolakan sepenuhnya oleh agensi perisikan CIA dan FBI.
Markas di Port Dickson ini dibina beberapa tahun lalu dan diluluskan sewaktu Dr M menjadi PM dan Najib selaku Menteri Pertahanan.
Perlu diketahui World Terrorism Act 1 diluluskan sewaktu 'pengeboman' di ruang letak kereta bawah tanah bangunan WTC di New York. Ini dikatakan dijalankan oleh pengikut2 sheikh Omar yang buta dari negara Mesir. Namun, ada talibarut Hosni Mubarak yang terlibat yang merupakan seoran KOLONEL tentera udara mesir, sahabat karib Hosni Mubarak.
World Terrorisn Act 11 pula diluluskan akibat dari terletupnya sebuah pesawat penunpang di luar laut bandaraya New York pada 1996. Saya berada di USA dan mengikuti lapuran LIVE itu sejak 10.30 malam sehingga 3 pagi esok harinya. Kapal terbang itu meletup akibat diTEMBAK oleh misil dari DALAM laut.....ini mengikut saksi yang diinterbiu secara LIVE itu. Namun keesokan harinya, lapuran itu DITUTUP!.
Melalui 2 insiden ini, kerajaan amerika melalui dewan senat mereka telah meluluskan pembinaan rangkaian markas perisikan anti teroris sedunia. Dengan BANGGAnya, satu darinya berada di Port Dickson. kedua2 akta ini telah berjaya meletakkan nama Islam sebagai TERORIS di dalam minda keseluruhan umat manusia. Kerajaan malaysia bersekongkol dengan kerajaan hosni mubarak menyokong usaha jahat musuh2 Allah ini.
Saya harap wira2 yang gagah tahu tentang 'PENGKHIANATAN ke ATAS AGAMA ISLAM ini' melalui kerajaan Malaysia yang bersetuju mengadakan markas itu di malaysia. Saya diberitahu pembinaannya oleh seorang rakan kontraktor........
Cuba2 selidik kem tuan2....
salam buat abang sofi serta warga pengundi pos.
di sini saya memohon tunjukkan keberanian sebagai anggota keselamatan (polis/tentera) mengundi mengikut pilihan anda. tak usah ikut telunjuk pegawai pemerintah / atasan yang mana memang kaki ampu UMNO.
jangan lah suatu masa nanti rakyat pun tiada perasaan hurmat lagi seperti berlaku pada PDRM
Post a Comment