Followers

Tuesday, September 22, 2009

Bagan Pinang. Persoalan undi pos dibangkitkan.

Menuntut Pilihanraya Yang Telus Dan Adil

Sebaik disinggung tentang Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, persoalan undi pos dibangkitkan.

Ternyata persepsi umum adalah bahawa undi pos tidak bebas dan telus. Kita menjangkakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan menangkis pantas “tohmahan” tersebut.

Mereka sekonyong-konyong terbabas manakala ditilik semula amanah pembentukan suruhanjaya bagi menjamin pilihanraya bebas dan adil.

SPR perlu memperbaiki sistem dan kaedah pengundian – menjamin kerahsiaan, membenarkan kehadiran wakil calun, mengira pada hari yang sama.

Terlalu banyak bukti yang dikemukakan sabelum ini, tetapi disangkal angkuh tanpa sebarang jaminan perubahan wajar.

Kita ulangi tuntutan supaya pengundian bebas, telus dan adil. Hak rakyat termasuk pasukan keselamatan wajar dihurmati.

ANWAR IBRAHIM

2 comments:

moneyads4u said...

salam..

SPR mana ada telur nak buat perubahan. Jaga tembolok UMNO adalah - tunggulah bila nak mati nanti ko rasolah ko... tunggu.

Keadialan apsti di tegakkan di bumi Malaysia ini - insyaAllah.

Allah Hu

storm62 said...

wahai askar2 diRaja Malaysia,

sila undi dgn bijaksana, kami Rakyat Malaysia meminta kerjasama askar2 diRaja Melayu menolong kami supaya mempertahankan Negara Malaysia dari sebarang permerintahan dari puak kejam dan zalim terhadap Rakyat Malaysia....sila undi dgn tepat dan ikhlas supaya puak komunis ini dapat dihapuskan demi kepentingan negara Malaysia yg kami sayangi ini.

jangan bertunduk kpd arahan atau segala ugutan dari pihak atasan kamu.....undi adalah hak peribadi semua Rakyat ataupun anggota2 keselamatan negara!!!