Apakah prinsip 5 cinta yang bilangkali dijeritkan oleh Hassan Ali dihadapan penuntut yang membayar ratusan ringgit setiap orang untuk menghadiri "Summer Camp"nya seiring dengan semangat dan perjuangan beliau sendiri? Jawapan saya. Saya kurang yakin!!!
Terus kepada kepada fakta. Tiada bunga bahasa kerana itu lebih sesuai dititipkan buat manusia yang hadirnya tidak menambah, hilangnya tiada yang susut.
Pernah saya titipkan dalam lelaman saya - kerajaanrakyat.com yang telah digodam, Dr Hassan Ali, yang sekarang ini adalah seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor pernah dibayar lebih RM12,000 hanya untuk berceramah kurang daripada 2 jam di Mersing, Johor. Ini berlaku sekitar tahun 1994!!!. Nah, tu dia bayar lebih RM12,000 untuk berceramah tidak sampai 2 jam. Perbelanjaan ini tidak termasuk kos pengangkutan, penginapan dan makan minum yang semuanya dibiayai oleh pihak penganjur. Ceramah apa? Ceramah agama..!!!!
Saya bersama ayahanda saya (Allahyarham) dan beberapa rakan termasuk Abdul Latiff Ahmad (Datuk, Timbalan Menteri) terlibat secara langsung dalam program ini dan melihat bagaimana ilmu agama diperdagangkan!!!! Oleh siapa?. Oleh orang yang mendakwa dirinya seorang tokoh perjuang anak bangsa. Oleh seorang yang mendakwa dirinya telah mendisplinkan ribuan manusia melalui "Summer Camp"nya.
Tidak dinafikan kesinoniman manusia bernama Hassan Ali dengan "Summer Camp"nya di Hulu Langat. Ceramahnya gah dengan selinggan bahasa 'mat saleh'. Malahan bahasa 'mat saleh' lebih kerap tersembur daripada mulutnya jika dibandingkan dengan Nas Al Quran atau hadith Nabi.
Saya sempat berjumpa Dr. Hassan di Hulu Langat sebulan selepas kemenangannya dalam pru-12 lalu. Ceritanya (jika off politik}, tiada kisah lain selain WANG. WANG. WANG..!!! Itulah manusia Hassan Ali yang saya kenal.
Hati kecil ini selalu bermonolog, "Apakah sebenarnya tujuan Hassan Ali sertai PAS? Apakah ini landasan mudah untuk berniaga dakwah? Dakwah pun diperniagakan?"
23 comments:
Dia ni sudah ceraikan bini tua....dah dapat bini muda....tapi tidur selalu mimpi bini tua.....jadi kita biarkanlah dia balik ke rumah bini tua dia....umno.....
The MIND!!!
welcome back The Mind @ Org lama,
Mamak kutty pun dah kata tak nak dia balik keumno, dulu pakai rm1 juta sumbangan umno utk PHD dia, pastu cabut....kah kah kah...aku rasa mungkin dia ni trojan horse yg ditanam oleh umno.
sama dgn king katak ibrahim ali Pasir Mas tu.
Lawan Tetap Lawan.
nape tiba-tiba kutuk Hassan Ali pulak ni?bukan ke Hassan Ali tu 'budak kesayangan' PR?bagi aku, tak salah pe Hassan Ali meminta bayaran utk berceramah.ilmu yg diperolehi oleh Hassan Ali tu bukannya datang secara percuma tapi memerlukan pengorbanan wang ringgit bagi mendpt ilmu tu.kalau macam tu habih kenapa bayaran Dato Dr Fadilah Kamsah tak pulak dipersoalkan sedangkan bayaran ceramah Dato Dr Fadilah ni jauh lebih mahal drpd Hassan Ali.
Salam Sdra The MIND, Storm62 dan Nazri.
Sejak Mac 2008 lalu sekurang-kurangnya sudah 2 hal besar yang dilakukan oleh Datuk Hassan Ali yang dibayangi oleh sifat sebenar beliau.
Kepada pimpinan Pakatan, PAS terutamanya harus diingat; 'kudis buta biasanya parutnya kekal'
Salaam Takzim
kita kenal kudis buta....si nazri pulak bela kudis tu....ni nazri kangkong @kongkang tu ke?
sehingga akhir ramadhan ni, Allah sudah tunjukkan kepada kita siapa orang2 umno sebenarnya.....awal syawal ni, Allah tunjukkan pula para 'munafik' dikalangan kita......
watch hassan ali and zulkifli nordin....depa ni semua tak de apa2 pun...Bila Anwar kena balun dengan mahadei, masing2 masuk 'kem' Anwar.....sekarang ni masing2 nak main Anwar pulak?......
Nazri, kami sedang menunggu mainan mereka2 ni pulak.....kami sedang simpan lemak mereka smua....ada lagi yang masih duduk diam dalam 'kem' Anwar....tiba masa, nak main lagi?....kami tahu rupa, nama dan perangai masing2.....
ALLAH sedang MENAPIS SECARA HALUS pemimpin2 bagi orang2 melayu untuk masa depan yang DIA perlukan.....sampah2 yang selalu 'bermimpi' berdendang dalam ;istana umno', satu persatu DIA sedang BOGELKAN!!!
INI LAH ESANYA DIA!!!....ALHAMDULILLAH!!!
orang melayu akan dipimpin oleh mereka2 yang pastinya TIDAK DIIKTIRAF oleh umno....tapi ALLAH mengiktiraf mereka.....insya allah!
The MIND!!!
TERAJANG HASSAN ALI DAN KONCHU2 DALAM PAS SELANGOR
Inilah orang yang kata kalau ibubapa genius masyallah anak akan menjadi lagi genius diradio dahulu. Dia lupa yang Allah menentukanya.
Arwah mak sy dlu suke tgok rancangan forum perdana Ehwal Islam terutamanya biler ade nyer ahli panel yg kt atas tu, tambah2 lg umah kami trletak di Woodlands jd smue siaran tv dr M'sia pn umah kami blh dpt, kelas gitu... berbalik kpd Bapak Summer Camp kiter tu, mmg xdinafikn perangai die tu asyik2 nk melenting dgn setiap keputusan yg dibuat oleh Tan Sri MB, smpaikn aku naik meluat dgn die ni, pemimpin Pas yg lain pn utamakn Islam sbg ad-din jgk tapi xdelah lorat mcm die tu, aku pikir ptt TGHH tukar aje jwtn p'jaya Pas S'ngor kt org lain yg jauh lebih brkreadibiliti drp die ni, die tu pd zahir adlh Pas tp batinyer masih lg Umngok...
Aii.., si nazri bengap tu pon ade hati nk menyemak kt blog KR ni, setelah puas die hack KR.com, ade hati lg nk hack blog yg seciput ni, cilaka btullah ko ni nazri, mmg org2 melayu yg tinggal kt Johore ni berhati busuk(kebanyakkannya dan yg menyokong BN shj...), padanlah muke korng, sbb tulah Allah swt. memberikn kpd kami pulau batu putih drp korng, huahahaha.... kesian2
Takbir!!!!
"Majulah Singapura"
Kerajaan rakyat,
Apabila kita menyentuh hal politik, secara langsung kita akan babitkan diri seseorang yang kerjayanya adalah politik. Semua orang yang melibatkan diri dengan politik secara serious akan menampilkan kelemahan dan kelebihan mereka masing-masing.
Apabila kita pandang pada Datok Seri Anuar Ibrahim, kita akan dapat melihat kelemahan dan kelebihan dirinya sebagai orang politik. Begitu juga dengan yb. Datok Dr. Hassan Mohd. Ali. Orang ini ada kelemahan dan kelebihannya tersendiri.
Apa yang telah anda katakan didalam artikel ini bahawa asal usul Datok Dr. Hassan Mohd. Ali hanyalah seorang penceramah. Penceramah dengan ahli politik adalah dua pekara yang berbeza tetapi laluannya hampir sama. Bercakap dan berdongeng.
Penceramah beranggapan bahawa dirinya lebih pandai dari orang yang mendengar ceramahnya. Begitu juga dengan ahli politik bila dapat microphone, mereka beranggapan bahawa dia lebih bijak berkata-kata dari orang yang mendengar kata-katanya.
Ada diantara kita tidak peduli siapa Datok Dr. Hassan, tapi ada diantara kita amat peka dan sentiasa memerhatikan gerak geri Datok ini. Untuk memendekkan cerita, sebenarnya Datok Dr. Hassan ini sedang berlajar berpolitik. Disamping itu dia ingin berkawan dengan sesiapa saja. Dalam parti UMNO ada kawan, dalam parti PAS memang berkawan.
Dalam parti UMNO, sesiapa yang nak berpolitik tidak perlu bijak tapi perlu banyak duit. Datok Dr. Hassan tidak ada duit banyak dan dia tidak layak jadi wakil rakyat UMNO.
Dalam parti PAS, sesiapa yang nak berpolitik mesti bijak memutar belitkan fakta dan tak perlu banyak duit.... dan Datok Dr. Hassan memang hebat menyusun kata-kata ketika berceramah dan dia layak jadi wakil rakyat PAS.
Datok Dr. Hassan mahu berdikari dalam politik. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bergantung dengan sesiapa tentang masa depan politiknya. Oleh kerana itu dalam hal yang sensitif, dia cuba menonjolkan diri kononnya dia lebih bijak dan lebih prihatin dari wakil rakyat yang lain walau pun tindakannya menimbulkan kontrovesi.
Perlukah kita memaafkannya....kerana dia ahli politik yang baru belajar...? Atau kita serahkan saja kepada ahli Parti PAS supaya mereka boleh pertahankan kedudukan Datok Dr. Hassan Mohd. Ali dengan berbagai alasan....
Walau bagaimana pun pemimpin PAS peringkat tertinggi perlu muhasabah diri... ahli yang ada dalam Negeri Selangor belum cukup untuk memberi kemenangan kepada calon PAS terutama Datok Dr. Hassan Mohd. Ali menjadi wakil rakyat Negeri Selangor.
Dato Dr Hassan Mohd Ali adalah seorang yang amat rendah diri, senang diajak berunding, ikhlas. Beliau juga tegas dengan prinsipnya. Apa salahnya jika beliau menentang penjualan arak secara terlalu bebas di Selangor? Adakah salah bila beliau menegur cara SELCAT mencari maklumat? Janganlah difitnah insan mulia ini. Setahu saya, beliau solat tahajjud setiap malam - tak macam kebanyakan dari kita.
Yusri, bukankah amal ibadat yang kita buat seharusnya antara kita dan Allah sahaja? apabila kita secara terbuka memaklumkan amalan2 yang kita buat termasuklah solat tahajjud dan sebagainya, bukankah kita telah menjadi riak? jadi apa jadi dgn amalan2 kita tu?
ORANG INI JIKA DI TAWARKAN JUTAAN RINGGIT UNTUK MEMBANTU BN ATAU MEMBANTU ORANG ISLAM.. IA PASTI MEMILIH WANG..WANG MENJAMIN KEHIDUPAN DI DUNIA DAN AHKIRAT..ITU PANDANGAN GOLONGAN FIRAUN..
saya nak cakap pasal orang,saya tak tau. betul ke,dia ni perangai macam ni,baik ke perangai dia,buruk ke perangai dia. mohon lah pada allah supaya allah bagi petunjuk.-salehuddin
Tuan/Puan sekelian. Janganlah dimaki hamunnya Dr Hassan Ali ini. Senampak saya apa yang dilakukan beliau termasuk dalam isu murtad DUMC adalah untuk kebaikan Islam. Kita seharusnya sokong beliau. Jangan terperangkap dalam politik kepartian. Tanganilah isu berdasarkan iman dan bukan parti. Hanya Allah Maha Mengetahui.
MBY
yang aku tau......
mamat 'summer camp' nie laa yg cukup tegar ajak pas padu padu ngan ameno......
idea nie nampak mcm dah tumpul sekarang nie bila mat sabu jadi orang penting dlm kepimpinan pas.........
so n so.....bro hasan ali dah nampak panas sikit....nak ual temberang lama dah tak jalan.....jadi mungkin dia ambik keputusan sendiri.....
kita tunggu tengok dulu.......
kalu dia melingkup pun...lagi aku senang hati........
kah kah kah
perangai pencacai PR sama jer dgn pencacai UMNO....fitnah...persepsi buruk pd yg x suka... dulu kini & selamanye??
Kau orang nih, lebih suka khalid samad, nak bagi tapak lebih besar untuk kilang arak, bukanya nak tutup, janji aje,
Hasan ali serbu kedai arak, kau orang kutuk, serbu gereja dia jugak kena kutuk, hampas betul jihad kau orang ni, cuma nak menang dengan undi orang kafir.
Sekor lagi pujaan kau orang aziz bari, sultan dia tegur, tapi gereja tak sangup pulak,
Memanglah kau orang nih hampeh.
serbu bukan sebarang serbu, tersilap serbu memakan diri...sekarang semua orang main dengan undang-undang/ akta beb..
-ketika mahathir kutuk/hentam mufti selangor ( allayarham Ishak Baharom) kerana tangkap orang islam masuk ratu cantik siapa yang pertahan. Sultan pun tak bunyi sepatah ayat.sampai terpelanting tok mufti tu dari jwtan dia sedangkan dia buat ikut undang2 yang betul.Berapa ramai sultan ketika itu sorang pun tak berkutik..
-dulu mahathir kutuk/hentam mufti allahyarham ishak baharom sebab tangkap orang islam masuk ratu cantik siapa yang pertahan mufti. Sultan pun tak kata apa..berapa ramai sultan masa tu langsung tak berkutik..akhirnya terpelanting tok mufti dari jawatannya..orang UMNO pun semua sokong mahathir..tiba-tiba sekarang nak jadi jaguh konon..masa JAIS tangkap artis dan kuncu2 kat kelab malam/minum arak siapa yang hentam JAIS dan bela artis.JAIS ketika itu dihentam segenap arah terutama UMNO.shahrizat sendiri nak bela dengan sediakan peguam percuma kalau artis tu di dakwa...tiba-tiba nak jadi jaguh murtad konon...
Kita ni sbg org Islam sepatutnya berdoa kpd ALLAH S.W.T minta petunjuk. Selamatkan Islam dan penganutnya. Tunjukkan kebenaran dan kemungkaran. Korang cakap mcm2 ni korg tau x korang menabur fitnah. Fitnah tu ape dosanya? Fitnah, maki hamun, menggelar org binatang, cakap tanpa fakta. Entahlah. Semua terlamapau taksub dengan politik utk berkuasa. X kiralah Najib ke, Anwar ke, Tok Guru Nik Aziz ke... semua ade kelebihan dan kekurangan msg2. Janji kita tidak duduk dibawah pimpinan bukan Islam. Kalaulah satu hari nanti org bkn Islam yg memerintah Malaysia... aqu nk tgk la ape yg org2 yg suka mengaum dlm apa2 aje blog politik ni nk buat ape...
yehaaa lega dowh.. senang la anak2 muda kat selangor pahni nak beli arak.. mcm 5 tahun lepas dowh... mane de sape berani bukak mulut dowh.. dah takde sape nak kecoh2 dowh... lepah g konsert kat i-city.. bawak awek.. minum2 lite.. 7-e kan byk stok.. dah takde sape nak tahan dowh!
lepas nie mat asang geli nih boleh laa mintak jadi calon umngok....kan ke dah lama sangat rindu rinduan ngan bini tua tuh....nanti merajuk pulak si bini tua hang tuh.........
cepat isi borang....mana laa tau kot kot boleh jadi menteri kana.......boleh selesai banyak masalah tuh....
kah kah kah
Anonymous said...
Kita ni sbg org Islam sepatutnya berdoa kpd ALLAH S.W.T minta petunjuk. Selamatkan Islam dan penganutnya. Tunjukkan kebenaran dan kemungkaran. Korang cakap mcm2 ni korg tau x korang menabur fitnah. Fitnah tu ape dosanya? Fitnah, maki hamun, menggelar org binatang, cakap tanpa fakta. Entahlah. Semua terlamapau taksub dengan politik utk berkuasa. X kiralah Najib ke, Anwar ke, Tok Guru Nik Aziz ke... semua ade kelebihan dan kekurangan msg2. Janji kita tidak duduk dibawah pimpinan bukan Islam. Kalaulah satu hari nanti org bkn Islam yg memerintah Malaysia... aqu nk tgk la ape yg org2 yg suka mengaum dlm apa2 aje blog politik ni nk buat ape...
....................
Komen hamba :
1. siapa ajar duduk berdoa saja? doa Nabi saw yg makbul itu pun Baginda saw terpaksa keluar berceramah dan berjuang.
2. Kebenaran dan kemungkaran telah jelas ditunjuk. penyelewengan terlalu banyak. negara boleh lumpuh jika dibiarkan. tak nampak lagi ke?
3. fitnah? dituju kepada umno kot yg memang suka fitnah sex kepada sesama Islam. Mengata binatang? Allah pernah mengatakan manusia lebih teruk dari binatang. Sila buka kitab.
4. Tiada taksub ke parti. yang ada ialah taksub kepada kebenaran dan bencikan penyelewengan.
5. Semua sama saja Pr atau BN. Ini kata2 umno yg pedih taktahan dgn hujah PR. cuba nutral konon kata semua sama saja. Mana sama org rasuah dgn tidak rasuah. Mana sama org baik dgn org penipu. tak sama..mcm langit dgn bumi.
6. tak cukup di bawah pemimpin Islam saja. patutlah org umno berbunuh2 utk jadi ketua dan pemimpin negara kerana hujah ini diguna dgn dangkal dan halallah mereka buat apa saja...janji islam.
7. jawatan exsekutif boleh dipegang oleh org bukan islam yg baik dan amanah. kita masih ada institusi raja, polis dan tentera yg ada 'Diraja'.
8. kenapa takut org bukan islam perintah malaysia? kalau mereka baik mcm guan eng tidak jadi masalah. kenapa anggap semua org bukan Islam jahat? sistem raja berperlembagaan yg dikawal polis tentera masih berjalan. selagi sistem itu tidak disalahgunakan, maka insyallah org islam atau kafir tidak akan boleh rosakkan negara.
masalah nya polis sudah dirosakkan demi kepentingan umno. kini tentera juga cuba dirosakkan. polis dan tentera patut setia pada raja, bukan umno!
Post a Comment