Followers

Tuesday, September 22, 2009

Keajaiban Bagan Pinang

Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pemberita selepas menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau.

Justeru Umno harus pilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil itu.

Alahai Che Det, kalau nak cari calon UMNO untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang bersih, alamat sampai Dunia kiamat pun tidak akan berjumpa. Oh ya!! mungkin ada, ada ramai nelayan di Kuala Rompin yang menjadi ahli UMNO tapi tidak pernah tahu mereka adalah ahli UMNO.

Budaya umno, yuran ahli dibayar oleh Ketua Cawangan atau Bahagian. Ramai yang tidak berminat malahan benci dan menyampah terhadap UMNO tetapi masih menjadi ahli UMNO. Kenapa? Sebab mereka tidak mendaftar, mereka didaftarkan secara haram oleh pencacai umno yang mengumpul nama dan no kad pengenalan untuk menubuhkan Cawangan!!! Pencacai ini jugalah yang ramainya menjadi ahli PUKIDA.

Kalian baca keratan ini dengan penuh hati-hati

Jika Umno mengetengahkan calon yang tidak bersih, beliau berkata parti itu mungkin menang di Bagan Pinang tetapi akan kalah di tempat lain.


Dalam maksud ayat mantan presiden parti haprak ini. "Jika Umno mengetengahkan calon yang tidak bersih, beliau berkata parti itu mungkin menang di Bagan Pinang". Maknanya beliau telah dapat menjangkakan akan kemenangan calon UMNO/BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang..!!! Tahniah. Dalam perkataan lain, letaklah batang pisang, batang kelapa atau kepala lembu sekalipun, mereka yakin mereka akan menang..!!!

Bagaimana mungkin mereka tidak yakin. Undi Pos yang bakal mereka 'godam' sudah tersedia satu per tiga daripada keseluruhan undi pemilih berdaftar di DUN Bagan Pinang. Adalah suatu keajaiban jika UMNO/BN berlaku jujur dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang ini. Mereka terlalu gelojoh dan amat 'terliur' dengan jumlah undi pos
yang banyak dan tersedia untuk dicatur mengikut nafsu dan selera mereka.

Hello Che Det dan seluruh pimpinan UMNO/BN, kalau benar kalian jujur dan ingin menunaikan janji kalian untuk berlaku jujur, tolong berlaku adil dan telus dalam pertandingan. SPR perlu memperbaiki sistem dan kaedah pengundian – menjamin kerahsiaan, membenarkan kehadiran wakil calun, mengira pada hari yang sama. Ini yang amat dituntut oleh bukan hanya Pakatan Rakyat tetapi seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran serta pengurusan amanah negara.

Soal siapakah calon UMNO/BN, itu bukan persoalan kami. UMNO bolih saja pertaruhkan Tan Sri Isa Samad yang telah terbukti seorang perasuah atau sesiapa dari kalangan mereka. Apa yang pasti, tiada satupun calon mereka yang terlepas daripada amalan rasuah dan salahguna kuasa..!!! Bukan calon UMNO yang kita ragui, tetapi perjalanan dan perlaksanaan kempen dan pengiraan undi yang menjadi perhatian kami.

Saya pernah menitipkan di sini bahawa dari 14,192 pengundi pengundi di Bagan Pinang, 66 peratus darinya adalah pengundi Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain. Manakala 4,925 dari 14,192 pengundinya adalah pengundi pos.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan kebimbangannya terhadap pencabulan hak dan kebebasan para pengundi pos yang kerap diamalkan. Terlalu banyak bukti yang dikemukakan sebelum ini, tetapi disangkal angkuh tanpa sebarang jaminan perubahan wajar.

Buat kesekian kalinya kami ulangi tuntutan supaya pengundian bebas, telus dan adil. Hak rakyat termasuk pasukan keselamatan wajar dihormati.

5 comments:

Anonymous said...

alah calon PR pun makan rasuah juga cuma media-media drpd PR je yg tak mahu gembar-gemburkan tingkah laku pemimpin PR yg terlibat ngan rasuah.

fidel castro said...

anoy 7.00pm
satu lagi komen bodoh. dah berapa kali orang cakap namakan ahli PR yang makan rasuah,bila,di mana....
jangan tuduh tanpa alasan serta bukti. kalau aku tuduh mak kau tu pelacur amacam? setuju?

Anonymous said...

mungkin sdr annoy dah lupa siapa yg pecatkan bekas ketua hakim negara pd thn 1988?

siapa yg pecatkan bekas TPM yg jg menteri kewangan pd thn 1998?

gara2 campurtangan urusan institusi awam negara kalo bukan tun chet det?

azrul said...

CHE DET BIKIN WAYANG KUNUN GADUH DENGAN SAMY VELLU..DIA DAH LUPA DIA GUNAKAN ORANG UNTUK KAYA..

PM tercucuk hidung ... said...

Mamak Kutty tu pernah buat ucapan di U Cambridge..." Don't ruin political and judiciary system as I did in Malaysia "...TAPI dia berani cakap di England sahaja...dia mudah lupa..sekarang DUNIA internet...dia ingat orang di Malysia tak tahu...