SHAH ALAM, 3 September - Kerajaan Negeri Selangor mempersoalkan kewajaran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setelah bertemu dengan kumpulan yang mengarak kepala lembu semalam.Pada dasarnya Kerajaan Negeri tidak membantah sebarang pertemuan yang melibatkan isu hak dan kebajikan sesama rakyat dan pemimpin kerajaan, namun ianya menjadi pertikaian apabila seseorang pemimpin kerajaan bertemu dengan mereka yang sedang disiasat oleh polis kerana terlibat dalam aksi-aksi provokatif yakni mengarak kepala lembu ke Bangunan SUK minggu lalu.
Ekoran daripada tindakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini, antaranya merupakan anggota parti politik tertentu, lebih 50 laporan polis telah dibuat oleh orang awam, pemimpin masyarakat setempat dan wakil rakyat menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan segera dan tanpa bias ke atas mereka yang terlibat dalam perarakan kepala lembu.
Demikian kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan media yang dikeluarkan pejabatnya hari ini.
Namun apa yang dikesali ialah, sementara polis masih menjalankan siasatan, Hishammuddin mengambil langkah untuk bertemu dengan mereka ini, malah mempertahankan mereka habis-habisan bahawa tindakan mengarak lembu di luar kawalan penganjur perarakan dan bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan perkauman.
Jelas pertemuan Hishammuddin semalam adalah untuk memberikan perlindungan politik kepada kumpulan ini dengan menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri yang menguasai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan menyalahkan kerajaan negeri dalam kejadian mengarak kepala lembu itu untuk menutup kegagalan pihak polis mengelakkan kejadian penghinaan agama itu daripada terjadi, apatah lagi kejadian tersebut berlaku di perkarangan Bangunan SUK.
Harapan masyarakat umum agar pihak polis menjalankan siasatan dengan saksama dan tanpa bias dijangka tidak dapat menjadi realiti kerana Menteri Dalam Negeri sendiri telah memberi kata-kata perlindungan kepada mereka yang membuat provokasi perkauman. - NIZAM
1 comments:
inilah menteri huru hara....dia sudah tak tahu apa yang dia buat!
kejap kata tak perlu salahkan pendemo kepala lembu....pas tu orang dah balun dia, dia pusing suruh heret pendemo kepala lembu ke mahkamah....pulak tu anak mamak sokong dia....
dia jumpa penduduk sect 23 shah alam katanya....kerajaan nageri selangor sudah selesaikan urusan ini melakui MP shah alam, khalid samad....namun umno yang busuk hati terus mencucuk....bila isam togel ni jumpa pendemo kepala lembu dan katanya penduduk sect 23 shah alam, umno buat cerita baru...kenapa?....pasal semua manusia melayu dan semua rakyat malaysia termasuk yang bukan islam mengutuk kerja bodoh, kerja bengap, kerja terkutuk, kerja sesat, kerja sial orang songkok tinggi dan bergelang rantai kapal tu....
maka kita tahulah siapa pendemo kepala lembu ni...SAH, mereka tajaan UMNO.....maka kita pun lihatlah si togel ni buat keputusan macam budak sekolah tadika aje....tapi mengaku menjadi menteri KERA-jaan pusat!
kita nak tahu kenapa umno taja pendemo kepala lembu ni?....ini persoalan pokok kesemua orang melayu/Islam dan semua rakyat malaysia perlu desak jawapan dari umno. Jika umno berdalih atau mengaku tak terlibat, adakah kita hendak terima jawapan2 mereka....baling batu sembunyi tangan!....sebab bagi saya umno bermuka2, talam dua muka, pengkhianat bangsa dan negara, mencucuk rakyat agar bergaduh......
kita tengok apa lakunan mereka seterusnya!
Post a Comment