Followers

Tuesday, September 15, 2009

Perhimpuanan Khas Hari Malaysia

SHAH ALAM, 14. September-Bersempena Sambutan Hari Malaysia kali ini, Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan sebuah Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia bagi mengingati dan memberi pengiktirafan kepada gabungan Tanah Melayu dengan Sabah dan Serawak pada 16 September 1963.

Menurut Kenyataan yang dihantar kepada media, Perhimpunan ini akan diadakan pada 15 September iaitu hari Rabu, bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Jam 9.00 pagi.

Dalam Majlis tersebut, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyampaikan ucaptama dan majlis turut diserikan dengan kehadiran Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, Datuk Dr, Jeffry Kitingan dan Pemimpin masyarakat Serawak , Tuan Baru Bian sebagai tetamu khas.

Selain itu juga, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkeffly Ahmad dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim turut menyampaikan perutusan pada hari tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Selamat menyambut HARI MALAYSIA kepada rakyat Malaysia,khasnya penyokong-penyokong PAKATAN RAkyat.Saya rasa dukacita kerana kerajaan pusat tidak berikepentingan kepada hari bersejarah ini.Adakah sikap ini oleh kerjaan pusat mendiskriminasikan saudara-saudara kita dari Sabah dan Sarawak ? Sikap ini perlu diperbetulkan agar faktor sejarah tidak diabaikan.

Jason Mraz said...

Salam Hari Malaysia sy ucapkn kpd rakan2 serta seluruh warga Malaysia terutama sekali saudara2 bumiputera di Sabah dan Sarawak dan Individu yg masih berjiwa Malaysia yg menetap di Singapura.

"Selamat Hari Malaysia dan Selamat Hari Raya"