Pemimpin Hindraf ditahan
KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), Encik P. Uthayakumar, dan isteri, Cik S. Indradevi, termasuk 16 orang yang ditahan di Jalan Tun Perak kerana menyertai perarakan lilin membantah isu kuil di Shah Alam dan insiden protes kepala lembu, malam kelmarin.
Sekitar 40 penyokong Hindraf berkumpul di depan stesen LRT Masjid Jamek sekitar 7.45 malam sebelum berarak ke Dataran Merdeka. -- Mingguan Malaysia.
Remaja maut di majlis kahwin
KAPIT: Kemeriahan satu majlis perkahwinan berakhir dengan tragedi apabila seorang remaja maut selepas dipercayai dihentak berkali-kali dengan batu bata oleh sekumpulan remaja di rumah panjang Madang Jelani, Sungai Pelajau, Jumaat lalu.
Dalam kejadian sekitar 1 pagi itu, Jeffery Saban, 19 tahun, maut selepas cedera parah di kepala, muka dan dada akibat dibelasah tujuh remaja yang mabuk selepas minum air langkau. -- BMM.
Penuntut M'sia hulur bantuan
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 pelajar perubatan warga Malaysia yang menuntut di Indonesia ikut membantu mangsa gempa bumi di pulau Jawa Rabu lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pasukan sukarelawan itu memberi bantuan makanan, pakaian dan juadah berbuka puasa kepada mangsa di Pengalengan, Jawa Barat. -- Bernama.
Monday, September 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)