Followers

Tuesday, September 29, 2009

Wacana Khas Ehwal Dunia Islam

Sekitar 25 peserta berhimpun di White Oaks, kawasan hutan simpanan berhampiran Jacksonville, Florida dalam wacana khas mengenai pendekatan baru Presiden Barack Obama dengan dunia Islam.

Saya pohon maaf kerana tekanan jadual ketat dan ruang membaca serta membuat persediaan mesyuarat, seminar dan pidato menyebabkan penulisan blog sedikit tergendala.


Di New York, pertemuan Generations dengan Al Gore adalah sehari suntuk. Ini termasuk isu persekitaran, kesan dasar Amerika dan kebijakan baru dalam persediaan ka Copenhagen.

Selain itu perbincangan dengan Mary Robinson juga amat berharga kerana beliau memimpin lebih 40 pasukan khas termasuk peringkat PBB dan NGO. Kehebatan beliau terserlah kerana pendirian mempertahan hak asasi dan membela kelompok miskin.

Pendedahan Mitch Kapur, pengasas internet dan pakar dunia teknologi maklumat menambah kafahaman saya. Di sabelah malam saya sempat menemui beberapa pemimpin negara Islam yang kini menghadiri sidang tahunan PBB di New York.

Wacana Khas Ehwal Dunia Islam

Sekitar 25 peserta berhimpun di White Oaks, kawasan hutan simpanan berhampiran Jacksonville, Florida dalam wacana khas mengenai pendekatan baru Presiden Barack Obama dengan dunia Islam.

Selain wakil pentadbiran Obama, Senat dan Dewan Perwakilan, Amerika diwakili institusi saperti Brookings, Middle East Institute dll. yang aktif mengendali program di negara Islam. Yang agak menarik adalah kerana penyertaan pegawai kanan pentadbiran Bush yang beragama Islam.

Kebanyakan wakil masyarakat Islam adalah dari Pakistan, selain tiga wakil lain dari Afghanistan, Iran dan saya dari Malaysia. Ini adalah kerana fokus perbincangan adalah Pakistan.

Saya gembira dapat berbual panjang dengan Aitzaz Ahsan, Presiden Majlis Peguam Pakistan yang memimpin gerakan memulihkan kebebasan badan kehakiman Pakistan.

Sementara pendekatan positif dialu-alukan, termasuk keputusan mengundur tentera dari Iraq, beberapa isu lain dikhuatiri akan menjejaskan hubungan. Ini termasuk penaklukan dan serangan ke atas Afghanistan dan kegagalan Amerika memeterai perjanjian damai secara adil dalam isu Palestin-Israel.

Kemelut politk dan keganasan di Pakistan dan kelembapan pemulihan ekonomi banyak dibahas.

Saya kini dalam penerbangan ka San Jose memenuhi undangan empat masjid dan masyarakat Islam San Francisco untuk menyampaikan kuliah di masjid di sana. Perjalanannya agak jauh, hampir 5 jam penerbangan.

ANWAR IBRAHIM

6 comments:

Neutral Daily said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

Anonymous said...

Alhamdulillah,

Allah swt telah mengurniai DSAI dengan tenaga dan kesihatan semula setelah mengalami ujian getir yang amat dahsyat bagi seseorang insan. Khianat, Fitnah, Ditangkap, Dipukul, Dibogelkan, Dimalukan, Dipenjarakan.....semuanya terbukti tidak melenturkan semangat beliau. Namun ramai yang terlibat sudah meninggal, ada yang masih ber'kuasa' walau kuasa itu adalah kuasa yang di'sambung', namun ada masih kusut dalam perancangan besar kEDUA untuk MEMENJARAKAN DSAI!....Ketua perancang masih mencari 'rekruit2' baru untuk 'berbaris' ke mahkamah!.....namun perancang TUA masih yang sama!

Apa yang DSAI telah mencapai ketika ini hanya Allah yang mengetahui penghujungnya....mereka 'menang' main politik, namun kelemahan mereka telah terserlah....Allah sendiri 'MEMAIN' mereka dalam mainan yang memang mereka merupakan pakar!. Walhasilnya, umno semakin tenat.....apa dan siapa mereka sebenarnya telah TERBUKTI!......mereka tersepit di bagan pinang....kalah susah, menang lagi susah!...sapa calun pun pening nak dipilih....pilih salah, tak pilih lagi salah!....

penasihat Yahudi baru saja berlepas pergi....tentunya skrip telah dirancang dan tersusun. Kita tunggu umno tarikan 'lagu' ciptaan yahudi itu.

akan terjaga kah kepentingan melayu?. Hak melayu?. ketuanan melayu?. Kesucian agama Islam?. Yahudi terikatkah dengan KEHENDAK orang2 melayu umno ni?.....atau kiblat agama Islam AKAN beralih arah dari Kaabah yang suci!.....

sama2 kita tunggu dan saksikan mainan dan rentak joget melayu sumbang....

The MIND!!!

Nazri said...

The Mind,

ko ni mmg perkauman sungguhlah.sikit sikit melayu sikit sikit melayu.aku dah naik muak dgn komen ko agak perkauman ni.tolong hayati sikit konsep '1 Malaysia' yg diilhamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.kita sbg rakyat Malaysia patut hidup secara aman tanpa mengira warna kulit.ko jgn nak meniru pemimpin PR yg aku tegok rata-rata sgt perkauman dlm ucapan mereka.

Jason Mraz said...

Hmm..., xde ape sy nk ckp tp dlm hati sy jealous biler bace aktiviti2 yg disertai oleh Anwar Ibrahim, klu die jd PM M'sia habihlah S'pura.. pasti ekonomi M'sia akn naik semula serta mengancam kedudukan S'pura sbg peneraju kuasa ekonomi di Asia Tenggara...

fidel castro said...

bro jason mraz..
kau tak usah bimbang lah untuk masa terdekat ini DSAI mungkin tak kan dapat jadi PM kerana UMNO berhati syaitan saling memerhati...inysa allah perjuangan beliau akan kami teruskan membebaskan malaysia dari rejim syaitan ini.
tapi aku masih terkenang keindahan masjid di woodlands. masuk aja singapore nampaklah dia. dua tingkat tuuuu.
sama seperti di rantau panjang kelantan.

Anonymous said...

ada SHONDAN SIAM kata saya perkauman!?

kan itu yang isham pondan sibuk2 cakap....moideed sembab pukul canaNg masa PRK sampai TERLENTANG?.....macam SONGKOK TINGGI PROVOKE HINDU arak kepala lembu?....ASAN ALI (pHd universiti yahudi yang UMNO bayarkan) pun dijulang sebagai PEMIMPIN MELAYU/ISLAM SEJATI!.... ITU KAN KE YANG UMNO SIANG MALAM MALAM SIANG TERLOLONG KAT CORONG RADIO BERKARAT?......BERG-HAIM ALI (yahudi kelahiran kelantan tu berjuang APA untuk umno?, PEWARIS YANG waris2 mereka ramai kat India tu pun BERJUANG untuk apa bagi UMNO?........

kalau itu yang SENTIASA DI DENDANGKAN KEPADA ORANG2 MELAYU MACAM ATUK DAN NENEK SERTA BAPAK2 SAUDARA AKU...ABIS, SIAL APA PULAK PANGGIL YAHUDI NAK BAGI NASIHAT!......PENIPU LAKNAT BETUL UMNO NI!!!!

KAT ORANG MELAYU CAKAP MELAYU, HAK MELAYU, KETUANAN MELAYU...ISLAM.....TAPI GUNAPAKAI YAHUDI LAKNATULLAH KENAPA ?......KENAPA?.....

UMNO - THE TRUE BLUE BASTARD MUNAFIKS!!!!!....itu aje APA dan SIAPA sebenarnya umno tu yang sebenar2nya yang Allah sudah BUKTIKAN kepada semua umat manusia di bumi Malaysia ni.....

1 malaysia?....hanya PROPAGANDA sicelaka penipu umno lah oiiiii!

The MIND!!!