Wednesday, October 14, 2009

Pakatan Rakyat: Merangkak Dalam Lumpur

Hebat sungguh gagasan yang telah digarapkan oleh tiga buah parti politik PKR, PAS dan DAP melalui gabungannya yang dikenali sebagai Barisan Alternatif yang kemudiannya ditukar kepada PAKATAN RAKYAT. Dibentuk menjelang pilihan raya umum tahun 1999, Pakatan Rakyat menggariskan beberapa matlamat dasar antaranya memberikan komitmen pembentukan pemerintahan yang telus dan berintegriti dalam pentadbiran. Menzahirkan pemerintahan yang adil lagi berwibawa. Tahniah..!! Hebat sekali wacana minda pemikir-pemikir bangsawan pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang untuk menggarapkan wawasan tersebut.

Setelah diberi nafas baru selepas pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (sekarang Ketua Umum), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, Pakatan Rakyat menjadi semakin gagah dan bersemangat.

Pilihan raya umum Mac 2008 menyaksikan kebangkitan mendadak Pakatan Rakyat apabila gabungan tiga parti itu telah berjaya menafikan majoriti 2/3 suara Barisan Nasional di Dewan Rakyat. Malahan Pakatan Rakyat telah berjaya membentuk kerajaan negeri di Selangor, Perak (kemudiannya dicerobohi oleh UMNO), Pulau Pinang dan Kedah, manakala Kelantan terus mengekalkan pentadbiran kerajaan PAS. Pakatan Rakyat juga telah berjaya dengan cemerlangnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selesai pilihan raya umum 2008 maka ramailah pemimpin Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya yang dulunya lantang bersuara mengkritik cara pemerintahan/pentadbiran kerajaan Barisan Nasional telah bertukar daripada menjadi Wakil Rakyat kepada 'Wakil Kerajaan'. Suara mereka tidak lagi sehebat semasa mereka belum bergelar YB. Kelibat mereka tidak lagi mudah dilihat dibandingkan semasa mereka belum duduk di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. (Mungkin mereka benar-benar sibuk menguruskan agenda negeri dan negara.

Selang beberapa minggu selepas pembentukkan kerajaan negeri di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, Selangor khasnya, maka semakin ramai pemimpin Pakatan Rakyat peringkat pertengahan di daerah-daerah yang semakin sukar untuk ditemui. Mereka menjadi semakin "sibuk" lantaran dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Majlis-Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya.

Pemimpin-pemimpin ini yang dulunya bertindak sebagai "Wakil Rakyat" yang menyampaikan suara rakyat, yang sanggup berhujan dan berpanas bersama rakyat, yang menentang dengan lantang, keras dan bersemangat isu-isu berkaitan penindasan terhadap rakyat telah bertukar wajah. Suara mereka menjadi semakin lunak tetapi meloyakan. Mereka lebih kerap berbincang tetapi tidak lagi dengan rakyat dijalanan, desa atau kampung. Mereka berdiskusi di dewan-dewan besar dengan hidangan mewah. Mereka bermesyuarat tidak lagi di restoran-restoran atau balairaya tetapi di Dewan Majlis Perbandaran, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara atau setidak-tidaknya di lobi-lobi hotel 5 Bintang. Kemeja T menjadikan badan mereka gatal dan melekit. Mereka 'terpaksa' berkemeja panjang dengan kot berjenama.

Mereka bukan ahli korporat tetapi gaya mereka menggalahkan CEO konglomerat. Mereka semakin kekok dan tidak selesa dengan Proton Wira, Dutsun 130Y apatah lagi kacil 850. Mereka telah maju dan mula berjalan laju. Justera berjalan terlalu laju, mereka terlupa memandang dan menghulur jabat kepada rakyat yang dahulunya sahabat. Mungkin mereka tergesa untuk urusan rakyat. Teruskan. Semoga urusan dapat diselesai dan masalah terurai.

Pakatan Rakyat Lalai

Sebelum Mac 2008 mereka menjelajah serata desa dan kampong bertemu Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang demi menyampaikan hasrat murni untuk membantu. Mereka berikrar dengan seribu janji. Mereka menabur seribu harapan. Mereka membisikkan sejuta impian. Semuanya sampai kerana mereka berkehendak dan bersungguh untuk menyampaikan. Maka ketahuilah sekalian rakyat di kampung, desa dan lurah. Pakatan Rakyat ingin memerintah. Pakatan Rakyat ingin memerintah dengan adil, telus lagi bijaksana. Hebat gerak kerjanya. Warga desa, kampung dan lurah gembira. Gembira diberi harapan baru. Gembira menunggu sinar Malaysia Baru. Mereka gembira bukan kerana mereka dapat. Mereka gembira bukan kerana mereka merasainya. TETAPI..!! Mereka gembira kerana mereka tahu. Mereka tahu kerana mereka diberitahu. Mereka diberitahu kerana ada pemimpin yang sampai kepada mereka untuk memberitahu.

Sekarang pemimpin-pemimpin itu telah "terlalu" sibuk. Busy. Banyak urusan. Banyak mesyuarat. Banyak majlis rasmi. Banyak temujanji. Banyak mengkaji. Banyak... Banyak.. Banyak... Sehingga mereka tiada masa lagi untuk memberitahu kepada Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang segala hasrat murni mereka untuk membantu. Maka sekalian rakyat di desa, kampung dan lurahpun tidaklah tahu. Rakyat tidak tahu apakah janji terlaksana. Rakyat tidak tahu apakah harapan akan bercahaya. Rakyat tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Lantaran tidak tahu, rakyat terpaksa mencari untuk tahu. Mereka tidak lagi mencari rakyat. Rakyat terpaksa mencari mereka. Tidak mudah. Tidak mudah untuk rakyat bertemu mereka. Mereka sibuk. Mereka berjalan laju. Mereka kerap bermesyuarat.

Justeru terlalu sukar untuk bertemu. Rakyat mencari jalan pintas. Rakyat lebih mudah bertemu kedai yang menjual Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan Straits Times. Rakyat lebih mudah dan terhibur dengan alunan lunak bicara dusta daripada TV3, RTM dan koloninya. Ya!! di situ ada khabar beritanya. Di situ mereka dibisikkan dengan seribu cerita. Enak dan lucu. Benar dan tahyol. Semua dikunyah lumat, dihadam dan ditelan. Mereka telan semua termasuk keladak dan hampasnya.

Pakatan Rakyat masih bersenda dengan blog dan web. Blog dan web ramai pengunjungnya. Beribu, malahan puluhan ribu setiap hari. Bangganya Pakatan Rakyat dengan beratus blogger yang menitipkan bicara manis halwa minda setiap pembaca. Mereka lupa. Mereka alpa. Mereka terlepas pandang. Siapa sebenarnya pengunjung blog dan laman web. Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang di desa, kampung dan lurah yang dulunya dikunjungi, mereka tidak tercapai nikmat berinternet. Bukan mereka rabun, tidak juga pekak. Mereka terbatas capaiannya. Hidangan yang ada dan mudah dihadam hanya akhbar-akhbar hamprak yang penuh dengan sampah perencat minda.
Pakatan Rakyat, bangunlah. Sedarlah bahawa komunikasi kalian terbatas. Jasa dan budi kalian mungkin rakyat nikmati tetapi tidak dirasai. Mereka tidak terkesan akan janji-janji yang tertunai (kalau ianya ditunaikan).

Berbeda dengan UMNO/BN, titi yang mereka buat, jambatan yang mereka war-warkan. Baja yang mereka beri, ladang yang mereka umumkan. Pensil yang mereka beri, sekolah yang mereka momokkan. Mereka punyai segala sumber komunikasi yang sasarannya mengena tepat kepada targetnya. Mereka ingin mengulit rakyat di desa, kampung dan lurah, dan target mereka tepat. Utusan Malaysia, TV3 dan sekutunya membantu sasaran mereka. Malahan, tidak cukup dengan itu, RM200 yang mereka beri, undi yang mereka nikmati.


Bangkitlah Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya. Sedarlah kita masih lagi merangkak dalam lumpur. Jangan ditunggu penggumuman pembubaran DUN dan Parlimen atau kematian wakil rakyat baru kalian terhegih-hegih mencari Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang di kampong dan desa. Ketika itu, masanya sudah terlewat.

Salaam Takzim
Sofi. Kerajaan Rakyat




 

47 comments:

BoNGeK said...

Bedah Siasat oleh Bor SOFi...
dasat gak nih...
ermmm

Nazri said...

bro sofi,

koni mmg degil.sejak dulu lagi aku dah cakap yg PR ni mmg sebuah parti yg TAK BOLEH diharap lebih-lebih lagi ia terdiri drpd pemimpin-pemimpin yg tak berwibawa.skg baguslah ko dah sedar yg PR bukan lagi sebuah parti yg boleh diharap.pada pandangan aku, ada baiknya kalau ko join BN semula.percayalah walaupun berjela-jela titipan ko komplen terhadap pucuk pimpinan PR tapi ia tetap tak akan berubah.jadi berilah sokongan yg sepenuhnya kpd BN.

Nazri said...

aku cukup tak paham dgn bro sofi ni.dulu sebelum prk bagan pinang, bukan main lagi yakin yg PR akan menang di Bagan Pinang.tapi setelah kena belasah teruk dgn calon BN di Bagan Pinang, 'nada deringan' sudah berubah.malah skg ni sudah mula mengutuk, mencaci dan menghina pemimpin PR.di sini jelas menunjukkan yg penyokong pembangkang ni tidak mempunyai pendirian.mana tidaknya tegok jelah sekejap sokong PR dan sekejap sokong BN.jadi mana pendiriannya?

Kerajaan Rakyat said...

Nazri said...

aku cukup tak paham dgn bro sofi ni. mana tidaknya tegok jelah sekejap sokong PR dan sekejap sokong BN.jadi mana pendiriannya?
October 14, 2009 7:09 PM

::::

Salaam saudara Nazri,

Bicara sdra hangit. Tolong berikan difrasa mana yang menunjukkan saya menyokong BN. Pendirian saya mampan, tetap bersama Pakatan Rakyat. Saya menegur kepimpinan dengan matlamat memperkukuhkannya. Saya harap sdra tidak bersifat seperti biawak yang bercabang lidahnya.

Salaam Takzim

angah said...

kah kah kah...

oii kak nazira...

aku punya soalan pun kau tak boleh jawab lagi..nak tunjuk pandai pula...

bro sofi mengkritik PR bukan bermakna sokong BN.. cuma kami taknak jadikan PR sama dengan BN..

kata nak berubah...tapi pilih calon yg banyak kes rasuah...

kah kah kah..berubah aper kejadah nya....

Anonymous said...

Salam, Saya setuju sangat dengan Bro Sofi. Agaknya diorang dah mula seronok dengan kereta dan elaun yang diorang dapat. Mungkin jugak rasa tinggi diri dengan status YB. Politician konon... huhh... KORANG TU MANUSIA BIASA MACAM AKU TAU...

Pas pun dah mula tunjuk ego, sombong dan bongkak. Dari pemimpin sampailah ke orang bawahannya.

Dari kecil lagi, saya melihat Pas sebagai sebuah parti yang menggunakan politik untuk berdakwah, memperkenalkan Islam pada orang bukan Islam. Tapi akhir-akhir ini,mereka menggunakan Islam untuk berpolitik.

Dah naik meluat pulak dengan perangai Pas ni.

C.H. Khoo said...

gua tabik spring sama lu cikgu sofi. sokong ada. tegur ada. lapah ada. henyak ada. semua ada. kalau yang dok kat atas tu tak paham jugak memang nak mamposlah. keep up your good work cikgu. tabik lagi sekali

LiPaNkEtaWa said...

Saudara Sofi,
saya amat bersetuju dengan titipan saudara..
padat dan bermakna..
masalahnya mereka2 yg di atas tu masih dengan ego mereka..adakah luahan hati kita yg dibawah ni sampai kepada mereka??

teruskan usha murni saudara menyedarkan mereka2 yg lalai dan berjalan terlalu laju tu..
semoga mereka sedar dan kembali berpijak di bumi nyata..
salam perkenalan..

jai said...

Nazri said...

aku cukup tak paham dgn bro sofi ni. mana tidaknya tegok jelah sekejap sokong PR dan sekejap sokong BN.jadi mana pendiriannya?

October 14, 2009 7:09 PM

Kah kah kah...

LAWAK GILER SIOT!!!

Halo nazri!!!

Perenggan mana yang menyokong hujah engko sebagai berkata bro Sofi kejap sokong PR dan sekejap sokong bn???

Aku dah baca 10 kali artikel di atas tu tapi tak jumpa pun seperti apa yang ko dakwa???

Ko biar betul!!!

Kah kah kah...

Nazri...

Ko dah makan ubat ke???

Lain kali kalau kepala ko pening JANGAN hantar komen.

Kah kah kah...

storm62 said...

"di sini jelas menunjukkan yg penyokong pembangkang ni tidak mempunyai pendirian.mana tidaknya tegok jelah sekejap sokong PR dan sekejap sokong BN.jadi mana pendiriannya?" - biawak nazri
...............................................

wei biawak nazri,

sila buktikan disini apa yg ko, biawak nazri @ kongkang @ pondan tua @ anak haram umno komen?

dah lama dah aku dah komfom yg engko ni bukan segala manusia....aiksss....rupa2nya BIAWAK...kah kah kah...engko tau tak, biawak makan apa? biawak tu makan bangkai2 binatang yg reput lah wei...kah kah kah.

nilah yg dikatakan melayu umno...selalu tulis yg bukan2, fitnah, tak berfakta, tak berbukti....mungkin termakan barangan yg dibeli dgn pendapatan HARAM....kah kah kah.

REFERENDUM said...

hahaha...memang PR tgh merangkak dalam lumpur. blum lg sampai putrajaya dahhhhh ego, lupakan rakyat. dlu kita boleh nampak sana sini pasti ada wakil pas, pkr, dap. sekarang pula?

mereka perlu ingat yang mereka perlukan rakyat dan bukan rakyat perlukan mereka. so, buat la yg terbaik.. turun padang sekali lagi, berjemur.. x pe da biasa..

pr perlulah bersama rakyat menepati namanya sebelum muncul banyak lagi referendum berbanding reformasi khas dari rakyat!

jai said...

Nazri said...
bro sofi,

koni mmg degil.sejak dulu lagi aku dah cakap yg PR ni mmg sebuah parti yg TAK BOLEH diharap lebih-lebih lagi ia terdiri drpd pemimpin-pemimpin yg tak berwibawa.skg baguslah ko dah sedar yg PR bukan lagi sebuah parti yg boleh diharap.pada pandangan aku, ada baiknya kalau ko join BN semula.percayalah walaupun berjela-jela titipan ko komplen terhadap pucuk pimpinan PR tapi ia tetap tak akan berubah.jadi berilah sokongan yg sepenuhnya kpd BN.

Kah kah kah...

Inilah yang membezakan kami sebagai penyokong2 PR dengan penyokong2 bn.

Kalau pemimpin PR buat tak betul kami tetap mengatakan ianya tak betul!!!

Kami tidak akan berkompromi dengan perkara2 yang salah!!!

KAMI JUGA SAMA SEKALI MENOLAK MANA2 PEMIMPIN DI DALAM PR YANG MENGAMALKAN RASUAH!!!

Ko pulak macamana???

Ko sanggup ke sokong pemimpin yang mengamalkan rasuah???

Kah kah kah...

syed said...

Great. masterpiece from kerajaan rakyat. sharpshooter. hope the leaders get the message.

Bravo bro

Nazri said...

sebenarnya posting kat atas bukannya berbunyi 'Pakatan Rakyat: Merangkak Dalam Lumpur' tapi sebaliknya ia perlu ditulis sbg 'Pakatan Rakyat: Merangkak Dalam Takungan Najis Yg Penuh Dgn Tahi' barulah betul krn riwayat PR sudah tak boleh diselamatkan lagi.kah kah kah kah kah kah kah.

wan afiq said...

kritik tidak semestinya membenci dan memuji tidak semestinya menyokong...kesediaan utk menerima kritikan membina harus ada dalam setiap manusia yg bergelar pemimpin...

MOHD SUHAIMI BIN AZIZ said...

ALAHAI SI NAZRI UMNO TOTOK......

DITEGASKAN DI SINI BAHAWA TITIPAN SAUDARA AMAT BODOH, LUCU, KHIANAT, FITNAH, ADU-DOMBA, DENGKI, TAKSUB MELAMPAU, HILANG PEDOMAN, TAKBUR, RIAK, BANGGA DIRI DAN MUNAFIK.......

TITIPAN SAUDARA TIDAK SESUAI UNTUK MENCAMBAH MINDA DALAM BERPOLITIK KERANA HANYA BERTUHANKAN UMNO SAHAJA YANG MEMBERI REZKI SEDANGKAN UMAT ISLAM PATUT PERCAYA HANYA ALLAH S.W.T. YANG MENENTUKAN REZKI SELURUH MANUSIA!!!!

Kembang said...

Kalau pemimpin PR masih lagi tak nak berubah setelah baca titipan sdr sofi (tapi ada masa ke depa nak baca ni?), maka hasrat PR nak menang dalam PRU 13 dan seterusnya membawa keadilan terhadap rakyat sejagat hanyalah mimpi semata-mata. Maka bangunlah wahai pemimpin2 dan YB2 PR dari tidur anda.

storm62 said...

eh..eh...10.41pm...ada sekor biawak berkeliaran kat blog KR ini lagi....kah kah kah ...sheee, sheee, pi jauh2 jangan duk buat fitnah kat sini.

Nazri said...

Kerajaan Rakyat said...

Bicara sdra hangit. Tolong berikan difrasa mana yang menunjukkan saya menyokong BN. Pendirian saya mampan, tetap bersama Pakatan Rakyat. Saya menegur kepimpinan dengan matlamat memperkukuhkannya. Saya harap sdra tidak bersifat seperti biawak yang bercabang lidahnya.

------------------------------
ko marah ke aku cakap ko kembali menyokong BN semula?sebenarnya melalui posting ko yg kat atas tu aku dpt merasakan yg ko tersangat kecewa dgn kepimpinan PR, jadi sebab tu aku cakap yg ko menyokong BN.ayat-ayat dlm posting kat atas tu ada maksud tersirat semacam yg ko ingin kembali menyokong kpd BN.kalau ko masih tegar menyokong PR, jadi ini bermaksud andaian aku terhadap ko kononnya ko ingin kembali kpd BN tidak salah.itu saja.

fidel castro said...

salam abang sofi, jai,suhaimi,storm,angah dll.
encik nazri,adakah anda berbangga dengan apa yang dititipkan di sini dgn menunjukkan kebodohan anda?
biarlah PR merangkak dalam lumpur,kotor dan busuk, akan ada kesedaraan timbul di suatu ketika..kalau kita kaji bilakah bermulanya PR dan BN ? jadi pada PR merangkak lah dulu sebelum berjalan,kalau terjatuh bangun semula. suatu masa BN terpaksa guna tongkat sebelum tumbang dan mati.
berjuanglah PR demi keadilan dan kebebasan..SELAGI ADA NAFAS.

fidel castro said...

saudara nazri,
telah berulang aku membaca topik di atas tapi tiada kenyataan atau niat abang sofi untuk join umno.

dan buat PLATUN KR /PR apakah kita buat demi membebaskan negara ini dari belengu umno? sanggupkah saudara mencetak serta mengedarkan berita berita dari blog blog untuk warga kurang mampu ?

RA 9 said...

umno nak berubah tapi rebah;
umno nak buat reformasi tapi tiada isi (semuanya idea ciplak)
umno nak buang rasuah tapi pilih perasuah


orang bn lagi teruk, ada yg kecewa tapi tak boleh kata apa pada pemimpin mereka, berbeza dgn PR boleh bersuara. itu yg ramai bekas bn yg masuk bn semula sbb tak tahan kena kutuk dan godaan duniawi (duit, arak dan wanita).baru digertak dan tunjuk duit, mengigil badan nak masuk umno semula.
pada nazri, jika awak nak sokong umno/bn, sokonglah dan jangan pula nak menghasut org PR masuk bn. kita tidak pernah suruh awak masuk PR. terpulang pada pendapat dan pandangan masing2. fikiran awak masih kolot seperti zaman 60an. walaupun dunia maya didepan mata tapi maklumat masih tak dapat. jangan bersubahat dgn org yg korup dan rasuah.

triple R said...

banyak org bn yg buruk sangka dan cakap tanpa bukti. suka melalut lebih.
kekadang kita tegur/kata kepimpinan PR, orang ini anggap kita nak masuk umno/bn. inilah sifat orang yang tak faham maksud sebenar dan selalu buruk sangka.
Tolonglah, buang buruk prasangka tu. inilah amalan syaitan. was-was dalam melakukan satu kerja. itu yang hati tak tenang dan tenteram.

batangJoran said...

saya sokong 100% artikel ckgu sofi pada post KR ini.
sesuatu harus dilakukan segera untuk meneruskan agenda rakyat yang masih belum tercapai sepenuhnya. Negara Kerajaan rakyat dan menghapuskan segera kerajaan umNObn yang semakin pincang mentadbir negara .
* bukti2 sudah terlalu banyak diperkatakan dan didedahkan.

adalah amat malang nampaknya keadaan sekarang seakan pemimpin2 PR sudah terlalu selesa dan sudah semakin jauh dengan rakyat sehingga tidak ada bezanya dengan pemimpin umNObn, perubahan drastik amat diperlukan, tolonglah berubah demi hasrat dan cita2 sebahagian rakyat yang mendokong perjuang rakyat selama yang sanggup berkorban agar tidak dipersiakan.

kekalahan wakil PR dalam PRK yang baru lalu seharusnya dijadikan satu pengajaran yang amat berguna untuk kembali bermuhasabah diri dan seterusnya menyusun kembali strategi dan mengukuhkan ukhwah sesama ahli demi merealisasikan satu hasrat yang sama. kemana harus Malaysia tercinta ini dipacu bukan sahaja selepas PRU13 malahan seterusnya selepas PRU 13 nanti haruslah sentiasa dijadikan matlamat perjuangan.

hentikan segera perselihan dan pergeseran pemimpin2 dikalangan PR dengan isu2 yang sensitif yang diperbesarkan oleh media umNObn kerana ini akan memberikan satu impak yang amat besar dikalangan ahli PR serta seluruhan rakyat yang menggambarkan seakan tiada kesepaduan dan penyatuan yang jitu sesama PR yang secara tidak langsung memberikan imej negetif kepada PR pada keseluruhannya..

fikir-fikirkanlah
salam perjuangan....

malek said...

bagus biar celik sikit mata pemimpin pkr dn pr. jgn nak berangan best je. masa nk pru ke prk baru nk jumpa rakyat.

tetap bersama umno said...

pakebenda yang bro sofi tak dapat yang dia mengamuk sangat ni????? dah elok2 dlm umno siapa suruh keluar. nak ikut anwar. kan dah menyesal. ingat pesan orang tua. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sendiri tanggunglah

Anonymous said...

aku beri markah penuh posting ckg sofi kali ni. kalau pr masih lagu tu juga alamat PR jadi pakatan ranap.

Anonymous said...

Kerajaan Rakyat,

Saya berpendapat DSAI patut lebihkan masa dan perhatian kepada isu seperti ini. kenapa dia utamakan persidangan luar negara sedangkan parti sendiri masih tidak kuat. patut kuatkan dulu pkr dan pr sebab ini yang penting. saya tengok rakyat amerika dan arab lebih senang jumpa dsai daripada rakyat malaysia. apa sudah jadi

amirmhd said...

Bro Sofi:

Bagus artikel cikgu yang bertujuan untuk mengetuk perhatian YB2 dr PAS, PKR, DAP tu. Bukan YB2 PAS, PKR, DAP je yg patut sedar, semua YB2 dalam DUN dan Parlimen tu patut sedar!

Also, tolonglah peringatkan jugak kerajaan2 campuran PAS, DAP, PKR itu bahawa:

1. Corruption comes with Power
2. Mentadbirlah sebagai Pemerintah bukan Pembangkang - Pemerintah itu mentadbir, mengurus, dan membangunkan; Pembangkang itu mencari salah Pemerintah
3. Janji perlu ditunaikan, kalau belem mampau ditunaikan perlu diberitakan apa yang sedang diperbuat ke arah menunaikan janji2 itu
4. Ingat - PAS, PKR, DAP menang kerana undi Bukan Melayu dan Golongan Muda (35 tahun ke bawah). Bukan Melayu tidak akan membela nasib Melayu, orang muda akan menjadi tua...

Berpesan-pesan lah...
1. Janganlah jadi seperti apa yg mereka kutuk tentang BN dulu
2. Janganlah menang sorak kampung tergadai
3. Liberal-liberal jugak tapi Islam dan Melayu perlu dipertahankan bukan dikorbankan kerana mahukan kuasa

jai said...

Nazri said...

sebenarnya posting kat atas bukannya berbunyi 'Pakatan Rakyat: Merangkak Dalam Lumpur' tapi sebaliknya ia perlu ditulis sbg 'Pakatan Rakyat: Merangkak Dalam Takungan Najis Yg Penuh Dgn Tahi' barulah betul krn riwayat PR sudah tak boleh diselamatkan lagi.kah kah kah kah kah kah kah.

Kah kah kah...

Apa yang ko merepek ni???

Kalau betul PR tak boleh diselamatkan lagi bubar la DUN Perak jika bn betul2 berani!!!

Kalau nak diikutkan keputusan PRK Bagan Pinang yang memihak kepada bn, ko kaji la balik apa yang terjadi dalam PRK di Ijok pada tahun 2007.

Baru setahun bn menang tapi KALAH mengejut pada PRU12 2008!!!

Kah kah kah...

Bn la yang sebenarnya bergelumang dengan najis!!!

Sebab tu dalam 7 PRK rakyat tolak korang!!!

Apa pun keputusannya bn tetap ketinggalan dengan 7-2!!!

Kah kah kah...

jai said...

Nazri said...

ko marah ke aku cakap ko kembali menyokong BN semula?sebenarnya melalui posting ko yg kat atas tu aku dpt merasakan yg ko tersangat kecewa dgn kepimpinan PR, jadi sebab tu aku cakap yg ko menyokong BN.ayat-ayat dlm posting kat atas tu ada maksud tersirat semacam yg ko ingin kembali menyokong kpd BN.kalau ko masih tegar menyokong PR, jadi ini bermaksud andaian aku terhadap ko kononnya ko ingin kembali kpd BN tidak salah.itu saja.

Kah kah kah...

Sudah la tu weiii...

Tak seorang pun di antara kami yang nampak kebenaran kepada apa yang ko katakan!!!

Ko hanya membuatkan kami ketawa dengan kedangkalan hujah ko sendiri!!!

Tak perlulah engko terkial-kial nak tegakkan kepalsuan engko!!!

Kah kah kah...

jai said...

tetap bersama umno said...

pakebenda yang bro sofi tak dapat yang dia mengamuk sangat ni????? dah elok2 dlm umno siapa suruh keluar. nak ikut anwar. kan dah menyesal. ingat pesan orang tua. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sendiri tanggunglah

Salam.

Ini bukan mengamuk tapi menegur.

BUKANKAH KITA DISERU SUPAYA BERKATA BENAR SEKALI PUN IANYA PAHIT???

Bn 'perfect' ke???

REFERENDUM said...

bersiap sedia khasnya PKR amnya PR, kita akan gempur N46 PELABUHAN KLANG pada bulan NOVEMBER nie.. Bangunlah PR demi RAKYAT!!!

POHON said...

Salam..

Cgu soFi.....

luahan dan pandangan yang tegas dan benar.... Jika siMamat Alkangkongi Almangkok Hayoni yang masih bertaut diumno... bila meluahkan dan komen yang sama terhadap UMNO.... tentu akan dicantas dan blacklist.....penyakit kronik orang2 dan pemimpin2 umno....ITU KATA VETERAN UMNO TSMR..



PR...Umpama pasangan suami dan isteri2 yang diijabkabul serentak yang kini sudah baru memasuki 3 tahun hidup bersama...dan yang pasti juga penuh kebahagian, kepahitan, kesengsaraan, duka cita, beza pendapat, nak popular dan kemanisan.

PR- Ikatan baru ini juga akan mengundang sifat2 dicemuh, diragui, dicemburui, dikagumi, disukai, fitnah, wasangka, disayangi, diteladani dan bermacam2 lagi samada diantara / dari dalam dan luar.

Ketua ikatan yang terjalin mestilah seorang yang mampu memimpin, mampu meneraju, adil, berwawasan, bijak, berkemampuan, berakhlak baik,hormat-menghormati, ikhlas, berilmu dan lebih penting berimam dan beramal.

Bagi tanggungan2 pula, mesti bertolak-ansur, hormat-menghormati, bermuswarah antara mereka dan bertanggung jawab memerlihara kestabilan dan keharmonian diantara ikatan yang terjalin tersebut.


Contoh dan teladan sudah ada dan terbukti iaitu dari pasangan yang terkenal yang kini sudah lebih 52 tahun hidup bersama isteri2... juga tak habis2 dengan sengketa dalaman dan luaran semenjak dulu, kini dan tentu selama-lamanya....Sebagai ketua ikatan yang terkenal ini bermacam dan berbagai langkah2 diambil seperti membelakangkan nilai2 agama dan nilai2 moral yang murni untuk memastikan ikatan ini kekal.... Dalam pada itu juga ada kesempatan menambah isteri baru!!!!!.....


Jika ketua tidak dapat menstabilkan dan membahagiakan semua pihak..... langkah pilihan yang terbaik adalah jalin ikatan dengan sorang isteri saja..... jangan pula menambah isteri lagi!!!!

PR- For UNITY TOWARSD 1MALAYSIA EXECELLENT
PAS- FOR ALL, YOU&ME

pakalalo said...

Saya bersetuju dgn pandangan cikgu Sofi. Satu tamparan yg hebat pada pemimipin2 PR yg berperangai macam kerbau...masih juga nak berkabung dalam lumpur. Diharap para pemimpin PR dapat mengambil perhatian dan memperbaiki keadaan ini untuk mempastikan rakyat tetap menyokong PR dan niat untuk memerintah kerajaan pusat selepas PRU 13 akan menjadi kenyataan.

Pemimpin2 berkelakuan seperti kerbau ni patut :
1. Dikandang dan digerudi byk2 otak dia supaya jangan bermain lumpur lagi.
2. Tutup lopak2 yg ada agar kerbau2 ini tidak bermain lumpur lagi.
3. Kalau kerbau2 ni masih degil lagi sembeleh je buat hidangan orang ramai.

Anonymous said...

kalau umno@bn kena tegur camni ku agak dh lama link blog ni kena tendang kuar.tapi ku nampak kr masih ada kat blogroll anwar dgn azminali. ini tunjukan pemimpin pkr telus.tak kisah kena hentam.pemimpin camnilah yang patut kita pilih.

Gedong Lalang said...

Salam sejahtera pembaca budiman.

Saya bersetuju dengan pandangan bro sofi yang mengatakan ramai pemimpin PR berperangai seperti kerbau masih nak berkabung dalam lumpur. Sebagai satu pakatan yang baru pemimpin PR patut memperbaiki keadaan ini agar rakyat tetap menyokong PR agar niat untuk memerintah kerajaan pusat selepas PRU 13 akan menjadi kenyataan.

Pakatan Rakyat boleh diibaratkan pasangan suami isteri yang baru diijabkabul dan hidup aman bahagia. Setelah tiga tahun berlalu mungkin akan mengelami keretkan rumah tangga dan jika tiada persefahaman mungkin rumahtangga tersebut akan runtuh.

Sebagai pakatan untuk semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum sikap toleransi perlu ada. Janganlah ada isu penjualan arak> pemindahan kuil hindu dan isu Selcat dipetrbesarkan. Di Bagan Pinang saya sempat bertanya pengundi bukan melayu bahawa isu tersebut membuat ramai pengundi telah berpaling tadah. Datuk Dr Hassan Ali merupakan orang bertanggung jawap dan ini adalah satu sebab Pas kalah teruk di Bagan Pinang.

XsokongPR said...

pohon kata...
PR...Umpama pasangan suami dan isteri2 yang diijabkabul serentak yang kini sudah baru memasuki 3 tahun hidup bersama...dan yang pasti juga penuh kebahagian, kepahitan, kesengsaraan, duka cita, beza pendapat, nak popular dan kemanisan.

PR- Ikatan baru ini juga akan mengundang sifat2 dicemuh, diragui, dicemburui, dikagumi, disukai, fitnah, wasangka, disayangi, diteladani dan bermacam2 lagi samada diantara / dari dalam dan luar.

Ketua ikatan yang terjalin mestilah seorang yang mampu memimpin, mampu meneraju, adil, berwawasan, bijak, berkemampuan, berakhlak baik,hormat-menghormati, ikhlas, berilmu dan lebih penting berimam dan beramal.

Bagi tanggungan2 pula, mesti bertolak-ansur, hormat-menghormati, bermuswarah antara mereka dan bertanggung jawab memerlihara kestabilan dan keharmonian diantara ikatan yang terjalin tersebut.
================================================
huhuhuhuhu.....

boleh bgtau x sape "suami" dan sape "isteri2"...???

pendapat aku mungkin DAP(suami)
pkr(isteri pertama) pas(isteri ke 2)...

huhuhuhu.....

alexxx said...

Untuk tidak lupa diri, apa kata YB kita tukar, dari Yang Berhormat kepada Yang Berkhidmat. Lagi pun ada YB2 ni yg tak layak diberi penghormatan, especially yang terliabt dgn rasuah ke, perkauman ke... YB macam ni tak perlu dihormati...so leok aje pangging yang Berkhidmat. betul tak?

huRAIRAH said...

aku rasa PR perlu balik ke formula asal.
PR mcm nak terus ambil alih kerajaan.
mcm terburu-buru..
aku lebih suka PR yg dulu, lebih berkuasa dan setiap apa yg didedahkan oleh PR tentang keburukan umno/bn membuka mata setiap rakyat malaysia. malah pada waktu tu rakyat bagaikan meletakan harapan pada PR.
tapi kini PR hanya bagaikan sedang berlumba lari dgn umno/bn.
takut usaha kita mencapai kejayaan pada PRU 2008 yg lepas akan menjadi sia-sia dan seterusnya kita perlu bermula dari bawah semula.

POHON said...

Salam...

Salam 1Malaysia.....

Ini kata POHON Juga.....

Contoh dan teladan sudah ada dan terbukti iaitu dari pasangan yang terkenal yang kini sudah lebih 52 tahun hidup bersama isteri2... juga tak habis2 dengan sengketa dalaman dan luaran semenjak dulu, kini dan tentu selama-lamanya....Sebagai ketua ikatan yang terkenal ini bermacam dan berbagai langkah2 diambil seperti membelakangkan nilai2 agama dan nilai2 moral yang murni untuk memastikan ikatan ini kekal.... Dalam pada itu juga ada kesempatan menambah isteri baru!!!!!.....


Jika ketua tidak dapat menstabilkan dan membahagiakan semua pihak..... langkah pilihan yang terbaik adalah jalin ikatan dengan sorang isteri saja..... jangan pula menambah isteri lagi!!!!
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Dey XsokongPR@1sokongXES....

Itu andaian enko dan tak sama dengan POHON.

Bagi ayat2 diatas pulak agak2 sapa pulak suami dayusss itu dan sapa pulak isteri #1 , #2, #3.... isteri terbaru.........??????


hah hah hah hah hah hah hah hah hah


Selamat hari raya lagi

Maaf Zahir dan batin.

ezamjamboo said...

Tak payah nak buat kajian sana ... kajian sini lah.
Sudah terang dan amat nyata sekali ..... semua orang nampak ... semua orang tahu .... semua orang 'aware'...semua yg dulunya menyokong agak TERKILAN dgn GELAGAT & TELATAH & LAGAKGAYA pemimpin2 PAS yg terlalu rakus dan bertindak ekstrim.

YA! .........

PUNCA UTAMA ADALAH KERANA LAGAK GAYA PEMIMPIN2 PAS DGN TINGKAHLAKU & TINDAK TANDUK YG MELEBIH2 ....

Lihat sajalah lagak gaya menunjukkan kuasa oleh si HASSAN ALI .... dgn isu 'beer'nya. Itu baru jadi ahli exco .... apakah akan terjadi bila dia jadi MB .... malah PM kalau diizinkan Tuhan? Sakan punya 'mabuk kuasa' lah boleh kita tengok nanti ...... tengok muka dia pun sudah cukup memberi gambaran .... makhluk yg laparkan .... dahagakan kuasa .... malah akan lebih rakus lagi dari pemimpin (the devil we know) yg wujud dulu dan kini.

Lagi satu ... gelagat impian Nasharuddin Mat Isa yg bercita2 & juga berangan2 MatJenin (mcm mana Hadi Awang dok kenen kat Anwar Ibrahim dulu yg dia tu angan2 MatJenin ... nak jadi PM .... la ni jadi kat orang kanan dia pulak .... semua dua kali lima gak). Si Nasharudin tu asyik dok angan2 untuk memegang tampuk posisi seperti TPM kedua ... ketiga .... jika sekiranya ..... Pas sanggup bergabung dgn BN ..... semua itu di lakukan dlm diam2 .... yg agak penuh misteri ..... termasuk pula mendapat lampu hijau (sokongan) dari Presiden nya (Hadi Awang).

Apakah ini tidak menjadikan KECURIGAAN terhadap kaum2 lain dari kalangan yg bukan Melayu dan yg bukan Muslim?

INI SUDAH CUKUP UNTUK MEMBERI JAWAPAN KEATAS APA YG TERJADI DIATAS KEPUTUSAN YG MENUNJUKKAN KEMEROSOTAN SOKONGAN DARI KALANGAN PENGUNDI2 BUKAN MELAYU (KHUSUSNYA CINA & INDIA).
APA MAU KAJI2 LAGI?
TAK PAYAH LAH SEMUA .... BUANG MASA SAJA.


PAS kaji punca kalah di Bagan Pinang
Oct 14, 09 4:12pm
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahli parti itu supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa, sebelum punca sebenar kekalahan PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, dikenalpasti.

Sehubungan itu, katanya, PAS akan melakukan bedah siasat untuk meneliti pelbagai aspek - politik tempatan dan nasional - mengenai punca kekalahan parti itu.
Dalam pilihanraya tersebut, calon BN Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi tersebut dengan mendapat 8,013 undi, menewaskan calon PAS Zulkefly Mohd Omar yang mendapat 2,578 undi.

Isa menang dengan majoriti 5,435 undi, iaitu lebih dua kali ganda daripada majoriti BN dalam pilihanraya umum lalu (2,333 undi).

BN juga menang di kesemua lapan daerah mengundi, termasuk di Pekan Silliau, Ladang Atherton dan Sua Betong, yang dimenangi PAS pada 2008.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Hadi berkata, kepimpinan PAS akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan.

KOMEN PENUTUP:
PADAN MUKA .... HASSAN ALI .... APA HANG NAK KATA LAGI? .... DOK GADUH PASAI BEER ... DOK LOGHAT PASAI CIVIL SERVANTS .... NAK JAGA HATI PUAK2 TERTENTU ... ADA HIDDEN AGENDA DISEBALIK TINDAK TANDUK HANG YG MEMPERGUNAKAN ISU AGAMA ... LA NI BARU HANGPA TAU .... KALAH TERUK ...... PADAN MUKA .... PENGUNDI2 BUKAN MELAYU (HINDU & CINA) DAH LOSE CONFIDENCE .... DAH TAK PERCAYA LAGI .... DAH TAK YAKIN LAGI ..... AKU YG MELAYU PUN (BUKAN JENIS KETURUNAN JAWA MCM HANG) PUN TAK MINAT NAK SOKONG LAGI PADA PARTI PAS .... PARTI AGAMA SONGSANG YG KIRA NAK KERJA SONGLAP HAK2 BANGSA LAIN PUNYA KEBEBASAN .......

F YOU HASSAN ALI .... NASHARUDIN .... HADI AWANG ..... MUSTAFA ALI ...... F THEM ALL !!!

PAS CAN F OFF!

F OFF!

p/s: sengaja aku nak sampaikan kpd perhatian Jawa kontrak si Hassan Ali yg asyik mabuk kuasa tak menentu (tak minum beer pun boleh mabuk jugak ka?)dgn membawa isu agama .... & si nasharudin yg juga angan2 mat jenin nak jadi TPM kedua ke ketiga ke .... malah kalau di janjikan jadi TPM kesepuluh pun dia sure mau punya ...... punya la melahaq.... hehehehehe

Anonymous said...

Pemimpin umno pun macam tu jugak. Susah
dicari kat kawasan kampung atau kawasan Dun/parlimannya. Bila pemimpin PR buat perangai
sama jugak. Maknanya pemimpin kedua-dua belah
tu sama jer. Dapat jawatan, dapat pangkat, dapat
habuan mudah lupa diri. Betullah kata cikgu Sofi
umno/bn ada kelebihan kerana memerintah.
Keadaan yang ada pada PR sekarang ni kekadang membuat aku tidak yakin PR boleh bertahan di PRU13.

Anonymous said...

Pemimpin Pas pulak ada yang tak sedar diri.
Kalau Pas tak bergabung dalam PR. Secara akal
Pas payah hendak memerintah Malaysia. Kerana
pengundi bukan Islam ramai. Pas Selangur dalam menangani kes arak pun tak bijak. Kalau bijak tak kan orang bukan islam jadi marah. kan Agama Islam sesuai sepanjang zaman. kalau kurang berilmu belajar. Aku memang dah menyampah dengan umno. Tapi kalau dalam PR asyik bercelaru ajer. Hai pening kepala lah...

Anonymous said...

aslm...sy di sn ingin meyatakan bahawa sokongan rakyat sekarang ini terhadap PR adalah disbbkan rasuah pemimpin parti BN yg melampau. Mereka mengaut hasil bumi di Malaysia seperti penjajah british, mengumpul selagi ada. Judi di Malaysia berleluasa, dan sekarang kes masalah sosial pembuangan ank menjadi semakin hangat di kaca TV. Mengapa ini berlaku? kita lihat pemimpin UMNO yg ratanya Melayu beragama islam tdk mempedulikan ajaran islam dan hanya mengagungkan semanagt 1 Malaysia bearak di jalan2. Masjid di buat semegah megahnya dan besar2 belaka seolah ramai org yg mahu sembahyang di dlmnya. Anda diberi akal olh yg maha esa.....fikir2lah dan renung2kanlah

dahlamadah said...

memamg patut bro sufi....
pr memamg patut ditegur supaya meraka tidak jadi seperti bn yang jadikan malaysia ini seperti makbapak diorang yang punya.meraka
MESTI tahu bahawa rakyat adalah CEO kepada meraka.meraka hanya sebagai PENGURUS sahaja.

AZMAN said...

kebanyakan pemimpin pakatan rakyat tidak seperti DSAI, yang tidak memilih bulu untuk berdamping dgn penyokong, tetapi yang paling teruk di baru menang satu kerusi di pulau pinang JKKKN DAN YG SEWAKTU DGNNYA LEBIH DARI MENTERI BN PERANGAINYA. FIKIRKAN LAH. KITA NAK MENANG BKN NAK KALAH.