PAS telah mengadakan apa yang dipanggil sebagai 'Mesyuarat Khas' bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir hampir jam satu tengah malam tadi. Bagi saya ia tidak lebih daripada hanya satu perjumpaan yang tidak membawa apa-apa kesan positif bukan hanya kepada PAS malahan kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.
Pertemuan tersebut telah gagal memadamkan api dalam sekam. Ia gagal mencabut duri dalam daging. Ia juga gagal mengeluarkan nanah beracun ibarat bisul yang belum pecah. Hasil pertemuan tersebut hanya menguntungkan 'Doktor Moti Basi' dan kerabatnya yang akan terus mengumpul nanah untuk menjahanamkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Adalah suatu yang amat malang bagi sebuah parti yang berjaya mengekalkan pememrintahan di Kelantan selama hampir 20 tahun tetapi gagal mengambil tindakan segera setelah banyak bukti nyata kehadiran 'Kutu Babi' di badan sendiri.
- Pertemuan demi pertemuan.
- Penentangan secara terbuka terhadap rakan dalam parti.
- Penghinaan terhadap rakan dalam Pakatan.
- Bantuan dan aliran kewangan kepada dari parti lawan kepada 'Doktor MotiBasi'
- Keangkuhan dan kesombongan yang dipamerkan, semuanya telah gagal digariskan sebagai sifat-sifat pertualang dalam perjuangan oleh PAS.
Pertemuan akhirnya berkesudahan dengan duri masih disimpan di dalam daging. Saya yakin duri itu akan terus menjadi penyebab kepada nanah yang lebih beracun dalam tubuh - PAS.
Walau apa pun, saya tetap mendoakan agar ikatan persefahaman dalam perjuangan akan terus utuh dan kukuh antara PAS, DAP dan PKR di bawah payung Pakatan Rakyat, insyaALLAH.
Thursday, October 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
SALAM SEMUA,
PATUTLAH BILA KAMI MEMBUAT ADUAN SECARA RASMI PADA PAKAR MOTI BASI TENTANG JAMBATAN YANG AKAN DIRUNTUHKAN DAN JEJANTAS YANG BARU DIBINA TAK SAMPAI SATAHUN AKAN DIRUNTUHKAN DI TTDI JAYA DULU. DIA TAK AMBIK KESAH.
http://www.shahalamkini.blogspot.com
TIDAK PERNAH SEKALI PUN DOKTOR BASI NI DATANG DALAM MESYUARAT ATAU PERJUMPAAN DENGAN KAMI.
RUPA-RUPANYA DOKTOR BASI NI ADA KEPENTINGAN SEPERTI TITIPAN DI ATAS MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN DARI PARTI LAWAN.
HARAM JADAH TULLL LAH.
ikhlas,
pakcik sofi,
ko jgnlah nak membebel.ko bebellah kuat mcm mane pun, parti haprak sokongan ko tu takkan berubah dan semakin hari semakin dibenci rakyat.kini PAS/PR ni hanya tunggu masa je utk pecah belah.mesyuarat khas yg dianjurkan oleh Pas hanya lakonan semata-mata sekadar nak tunjuk kpd penyokong bebal Pas yg Pas ingin berubah tapi hasilnya kosong je.aku takut nak membayangkan ape akan terjadi kpd negara jika Malaysia ni diperintah oleh PAS.jadi kembalilah menyokong PARTI BARISAN NASIONAL.
Dipetik drpd posting di atas :
- Pertemuan demi pertemuan.
- Penentangan secara terbuka terhadap rakan dalam parti.
- Penghinaan terhadap rakan dalam Pakatan.
- Bantuan dan aliran kewangan kepada dari parti lawan kepada 'Doktor MotiBasi'
- Keangkuhan dan kesombongan yang dipamerkan, semuanya telah gagal digariskan sebagai sifat-sifat pertualang dalam perjuangan oleh PAS.
--------------------------------
habis ko dah tahu yg PAS drpd dulu hingga kini tak pernah nak berubah malah semakin teruk, tapi yg mengherankan aku, kenapa ko masih lagi sokong parti haprak ni?dah tahu parti Pas ni tak berguna tapi masih lagi memberi sokongan, bukankah gila namanya tu?
salam...
kepada: Pakcik Sofi,
Pakcik Sofi, kau sepatutnya x cakap mcm tu kat Pas. Kau bkn pemimpin pas mahupun ahli pas. tah2 penyokong pas pun tdk. jadi ape motif kau? Sape kau nak cakap sesetengah pemimpin pas duri dalam daging. Aku rasa kau x layak tulis artikel ni. Sepatutnya sokong la. lgi pun isu Unity Goverment ngan UMNO laknatullah is closed forever.
Kepada Atuk Nazri:
Woi Nazri org tua.. yg ko ddk membel merapu 2 psal ar!!?? PR smakin dibenci rakyat konon! mane ade la org tua. ko da nyanyuk ke? yg smakin dibenci rakyat skrg ni ialah BN. tu yg kt perak tu apa cite? yg aku dok tunggu skrang ni bn yg tgh nak retak ni. kepala otak kau tu da lama retak sbb tu kau sewel... nnt bile bn da berkubur kau pun bleh berkubur sblh bn. jgn lupa tempah tnh kubur dlu...
Nazri,
Yang gila hanya kau. Meroyan selalu. Maaf cakaplah. Tapi itulah Nazri yang aku kenal di blog ini.
Bro sofi buka topic ini untuk bicara minda malah kesemua topic beliau untuk kita bermuhasabah.
Bro Sofi seorang yang terbuka di mana kita boleh lihat topic2 beliau tidak hanya mencerita Parti UmNgok saja malah pasal PAS, sultan dll lagi dapat kita lihat dalam blog beliau.
Nazrina Kangkong said...
habis ko dah tahu yg PAS drpd dulu hingga kini tak pernah nak berubah malah semakin teruk, tapi yg mengherankan aku, kenapa ko masih lagi sokong parti haprak ni?dah tahu parti Pas ni tak berguna tapi masih lagi memberi sokongan, bukankah gila namanya tu?
Kah kah kah...
Woi cik puan nazrina kembang semangkuk!!!
Muhyudin sembab kata sehari sebelum PRK Manek Urai petronas akan buat kenyataan pasal royalti minyak Kelantan.
Tapi sampai hari ni tarak apa pun???
Takkan parti lapuk dan nyanyuk yang merompak wang rakyat ko sokong???
Kah kah kah...
HANYA ORANG BEBAL BEROTAKKAN NAJIS MACAM ENGKO JE YANG MASIH MENYOKONG UMNgOk PARTI TAK BERGUNA LAGI HAPRAK PEROMPAK DUIT DAN HARTA RAKYAT!!!
SENANG2 JE UMNgOk PERHABIS DUIT RAKYAT RM4.6 BILLION DALAM PROJEK PKFZ KONON ATAS NAMA PEMBANGUNAN!!!
PEMBANGUNAN KEPALA BAPAK KORANG!!!
Kah kah kah...
UMNgOk PARTI HAPRAK YANG TAK BERGUNA LAGI DAN HANYA LAYAK DIHUMBAM KE DALAM TONG TAIK JEEE...
Kah kah kah...
HIDUP PAS!!! HIDUP PKR!!! HIDUP DAP!!!
HIDUP... HIDUP... HIDUP PR...!!!
Kerajaan rakyat,
Apa yang berlaku dalam parti PAS hari ini adalah kerana para pemimpin dalam parti tersebut tidak peka pada kehendak rakyat yang mahukan parti itu berada dalam keadaan teguh dan bersepadu.
Setiap pemimpinPAS mempunya kerenah tersendiri yang sengaja mengundang masaalah dalaman dan juga dalam Pakatan Rakyat.
Nak salahkan siapa kalau pemimpin bersikap curang dalam kepimpinan mereka…? Nak salahkan siapa kalau pemimpin memperbodohkan ahlinya dalam melindungi kroni mereka melakukan kesalahan…?
Oleh kerana Pakatan Rakyat belum lagi berdaftar, maka eloklah ahli PAS menyelesaikan masaalah mereka sendiri tanpa campur tangan dari parti PKR atau pun DAP. Lagi pula apa yang berlaku dalam parti itu hanya ahli dan pemimpin mereka saja yang mengetahui punca berlaku dan bagaimana untuk menyelesaikannya.
Anuar Ibrahim perlu menjaga PKR agar parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersatu dan kukuh. Dan PKR mesti bersedia untuk mencalonkan diri dalam pilihanraya yang akan datang. DAP mesti sentiasa bersama PKR dan bersedia berhadapan dengan parti UMNO yang hebat dalam kezaliman dan tipu muslihatnya. Gandingan ini memang menakutkan UMNO-BN
Kita mesti mewar-warkan apa jua aktiviti PKR/DAP kepada seluruh masyarakat setempat agar mereka lebih mengenali ahli dicawangan, kawasan dan negeri. Jangan leka dengan masaalah rumahtangga orang lain sedangkan dalam sendiri masih tidak terurus.
Kita perlu tahu perkembangan parti kawan, tapi kita tidak perlu perbincangkan masaalah mereka secara terperinci. Daripada kita bertelagah sesama sendiri adalah lebih kita bersedia menyerang balas terhadap masaalah yang ditimbulkan oleh UMNO. Diluar sana ada banyak isu rakyat yang belum diselesaikan dan perlu diberi perhatian dan tindakan.
Pada satu hari sebelum pilihanraya 2008 di Gombak Setia, satu kempen pilihanraya untuk barisan alternatif telah diadakan. Turut hadir adalah DSAI, Azmin dll serta Hassan Ali. Aku sebagai saksi pada malam itu mendengar dan melihat kenyataan Hassan Ali yang antaranya berbunyi begini, "di atas pentas ini, jika kami(PAS) menang dan berkuasa di Selangor dan jika ada di antara kami yang melompat ke parti UMNO, maka jatuhlah talak satu ke atas isteri kami". Jika tak percaya sila cari VCD nya.
nasib baik yg lompat parti arini dr PKR... klau dr PAS, dah jd duda la si Hasan Ali tuh...
Salam reformis08 dan PAS for all.
Sila baca prtikan di bawah ini:
Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!
Sumber:
http://mahaguru58.blogspot.com/2009/10/rahsia-kenapa-adun-dan-mp-pas-tak.html
Umar:
aku rasa pendapat ko tepat dan bernas dan aku bersetuju dgn apa yg ko sarankan. Sebabnya, sebab pe yg ko sarankan tu logik, boleh diterima akal.
Aku nak tambah sikit - PAS sebagai parti yg memperjuangkan Islam sebagai perundangan TIDAK BOLEH samada secara nyata atau SECARA PERSEPSI dilihat mengorbankan dasar2nya hanya untutk berkuasa. Dan, inilah yg terkelihatan sejak PKR PAS DAP bekerjasama dalam PRU12. Ingat, majoriti rakyat (terutamanya yg Bukan Melayu) memberi undi mereka kpd PKR PAS DAP bukan kerana menyokong perjuangan PKR PAS DAP tetapi kerana bencikan perangai pemimpin2 dan corak pemerintahan UMNO dan BN waktu itu.
Post a Comment