Rakan-rakan,
Berikut adalah adalah respons DSAI terhadap Laporan Goldstone:
Saya menyambut baik keputusan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang mengiktiraf serta menyokong laporan Goldstone. Laporan yang disediakan oleh Richard Goldstone, mantan hakim dari Afrika Selatan bersama tiga lagi rakan beliau mendakwa berlakunya jenayah perang di Gaza, samada ianya dilakukan tentera serta kerajaan Israel ataupun dari pihak Hamas sendiri.
Laporan tersebut juga menyarankan agar Majlis Keselamatan membenarkan Mahkamah Antarabangsa(International Court of Justice)mengendalikan kes tersebut sekiranya pentadbiran Israel dan Hamas gagal menunjukkan iltizam serta kesungguhan di dalam mengenalpasti serta menghukum dalang jenayah perang di Gaza.
Sekiranya saranan ini diterima, pastinya dapat mengembalikan keyakinan masyarakat Muslim terhadap kewibawaan Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kelihatannya acapkali gagal mendapatkan keadilan buat rakyat Palestin serta orang awam lainnya.
Saya juga berpendapat ini adalah salah satu peluang terbaik bagi menggerakkan satu permuafakatan antarabangsa untuk memperkukuhkan peranan Mahkamah Antarabangsa sebagai salah satu forum sejagat yang disegani serta dihormati.
ANWAR IBRAHIM
Sent via BlackBerry from Maxis
Monday, October 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam...
Dalam bab ini saya amat2 menyanjungi usaha Tun Dr Mahathir untuk menggiatkan "CRIMINALIZE WAR". Bukan sahaja sekadar mencari "jenayah dalam perang" malah menjadikan "perang itu sendiri sebagai satu jenayah".
Saya seru semua org termasuk DSAI juga untuk sama2 menyokong usaha TDM ini!!!
"Sekiranya saranan ini diterima, pastinya dapat mengembalikan keyakinan masyarakat Muslim terhadap kewibawaan Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kelihatannya acapkali gagal mendapatkan keadilan buat rakyat Palestin serta orang awam lainnya.
Saya juga berpendapat ini adalah salah satu peluang terbaik bagi menggerakkan satu permuafakatan antarabangsa untuk memperkukuhkan peranan Mahkamah Antarabangsa sebagai salah satu forum sejagat yang disegani serta dihormati."
- A TALL ORDER WHICH I THINK DSAI AND EVERYBODY KNOW WILL NEVER, CAN NEVER, AND WILL NEVER BE LET HAPPENNED BY THE US AND ISRAELIS.
- SEKADAR SEDAP UNTUK DIUCAP/DITULIS... AND I'M BEING REALISTIC...
"jenayah dalam perang" = criminal of war?
what about "jenayah dalam politik"?....nak minta DSAI sokong TDM???...saudara amirmhd, you must be joking, aren't you?
do you know what TDM have done to DSAI in 1998-99?
and you said you're being REALISTIC?
don't be a fool la bro, please open up your mind! and read more about sodomy1 then ask DSAI to support TDM again, will you?
storm62:
"do you know what TDM have done to DSAI in 1998-99?
and you said you're being REALISTIC?
don't be a fool la bro, please open up your mind! and read more about sodomy1 then ask DSAI to support TDM again, will you?"
- Sampai sekarang what really happened 1997-1998 tak siapa yg tahu sebenar2nya kecuali kedua2 TDM dan DSAI. Masing2 ada version masing2 tapi yg pastinya TDM bawak Msia keluar drp kemelut KrisMon98.
- Sebab tu lah aku kata "A TALL ORDER"... Kalau DSAI menyeru ke arah matlamat yg sama seperti TDM sedangkan TDM dah pun mulakan platform yg mendapat sokongan drp pelbagai lapisan masyarakat dunia kenapa DSAI tak boleh ketepikan whatever rifts between dia and TDM and beri sokongan utk course yg sama?
- u don't be a fool la bro, u open up your mind la bro, kalau sesama anak bangsa pun DSAI xle nak ketepikan hal peribadi utk maksud perjuangan sejagat jangan ceritalah kuasa2 besar dunia nak dengar saranan DSAI. Sebab tu aku kata nak sedap cakap jer... jadi org ramai pun kata lah ooooo.... DSAI cares... Pi lah support TDM punya "CRIMINALIZE WAR" tu kalau betul2 serious nak perjuangkan keamanan sejagat...
Post a Comment