
Akibat Kesialan SPRM,
- Insan Jadi Mayat.
- Mayat Digali.
KAJANG: Kerja menggali mayat mendiang Teoh Beng Hock untuk proses bedah siasat kali kedua seperti diarahkah Mahkamah Koroner Shah Alam, selesai dilakukan jam 10.40 pagi tadi.
Untuk rekod, Teoh Beng Hock didapati mati semasa beliau berada dalam premis dan kawalan SPRM. Ramai pihak yakin kematian Teoh adalah satu kes pembunuhan yang cuba diselindungi oleh pemerintah.
Kerja mengeluarkan mayat itu bermula jam 9.20 pagi di tanah perkuburan Semenyih sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat, esok.
Pada 9 November lalu, Mahkamah Koroner memerintahkan mayat Teoh, pembantu kepada Exco Selangor, digali membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.
Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan bedah siasat kedua itu dilakukan Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor dan dibantu Dr K Saravanan untuk mengambil gambar bedah siasat itu dan empat pakar forensik, di Hospital Sungai Buloh.
Empat pakar forensik itu, Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan pakar forensik dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
NOTA: SPRM telah 'melanggar matlamat perundangan' dan hak asasi seperti termaktub dalam di bawah Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan.
4 comments:
tak adil menyalahkan SPRM di atas kematian TBH sedangkan siasatan berkaitan dgn kematian mendiang Teoh masih lagi belum selesai.sama-samalah kita tunggu hasil siasatan tersebut, jgn membuat andaian yg bukan-bukan nanti menganggu proses siasatan pulak.
saudara genius..
kalau ada orang mati kat rumah kau agak agak tuan rumah kena soal ke tidak? kalau ya, kenapa PDRM tak soal kakitangan SPRM?
Memanglah tak adil...TAPI yang SPRM siasat sampai 24 jam tu..pakai undang2 mana...pegawai SPRM tu ISTIMEWA SANGAT KE..boleh claim ELAUN LEBIH MASA 24 jam...ini peraturan kewangan dari negeri mana ni..NAK TUNJUK RAJIN pun jangan jadi BODOH...
SPRM ni memang besar punya sial. Pasal musibat ni punya angkaralah yang hidup tak senang hidup (biarpun tak bersalah) dan yang dah mati pun tak boleh nak tenteram.
Kalau korang cekap dan telus takkanlah perkara jadi sampai macam ni...
Post a Comment