AMSTERDAM: Pemandu-pemandu di Belanda boleh membeli kereta pada harga lebih murah dan tidak lagi membayar cukai jalan raya tahunan.Sebaliknya, mereka dikenakan bayaran berdasarkan jumlah jarak perjalanan di bawah satu sistem baru yang diperkenalkan pemerintah kelmarin.
Undang-undang terbaru itu diluluskan kabinet bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, selain mengawal kemalangan maut serta penghasilan gas karbon yang mencemar alam sekitar.
Belanda mempunyai rangkaian lalu lintas paling sibuk di Eropah dengan kesesakan berlaku di berdozen daerah hampir setiap masa.
Di bawah peraturan baru itu, pemandu kereta dikenakan bayaran purata 0.03 Euro ($0.06) bagi setiap satu kilometer mulai 2012.
Bagi kenderaan lebih berat, mereka dikenakan bayaran lebih tinggi kerana melakukan lebih banyak pencemaran.
Bayaran lebih tinggi turut dikenakan bagi kenderaan yang melalui jalan raya ketika waktu sibuk.
Semua maklumat itu dikumpul menerusi alat pengesan global (GPS) dan sebuah agensi.
Pada masa sama, cukai jalan tahunan dan cukai belian kereta baru dimansuhkan, manakala harga kenderaan baru diturunkan 25 peratus.
Dianggarkan hampir enam bagi setiap 10 pemandu bakal mendapat manfaat daripada sistem baru itu.
Sistem pengangkutan awam, termasuk teksi, dikecualikan daripada bayaran.
Mengikut perkiraan Kementerian Pengangkutan, secara keseluruhan, jumlah trafik dijangka menurun kira- kira 15 peratus apabila sistem itu dilaksanakan.
Kesesakan lalu lintas ketika waktu sibuk juga dijangka berkurangan sehingga separuh, manakala kadar kemalangan maut menurun tujuh peratus.
'Kadar pelepasan gas karbon kenderaan ke udara pula menyusut sebanyak 10 peratus,' kata kenyataan dikeluarkan kementerian itu.
Mengikut perancangan, cukai itu akan dinaikkan setiap tahun sehingga 2018.
'Bagaimanapun, kadar ini tertakluk kepada pindaan jika didapati sistem ini gagal mengubah pola trafik semasa,' kata kenyataan kementerian itu. -- AP.
7 comments:
pilihan raya ke-10!!! kota siputeh KOSONG!!!
sekali lagi calon BN bakal melanyak, membelasah dan menerajang calon pembangkang di kota siputeh nanti spt ape yg berlaku di bagan pinang baru-baru ni.kemenangan BN sudah dapat dijangka cuma diharapkan BN mendpt kemenangan lagi besar utk memalukan pembangkang.kah kah kah kah kah kah kah kah kah
tu dia, inilah dia satu2nya wakil umno yg telah diundi oleh pendokong2 umno, dah jadi ADUN rakyat tak nak kerja pulak.....pengundi2 umno yg dapat rm200-300 tu skrg baru boleh buka mata dan minda....begitu ke perangai ADUN yg depa sokong....ka ka ka....padan muka!
sebelum diundi, cakap besar, lepas diundi tak buat kerja, sampai mesyuarat pun tak nak hadir....ka ka ka.....undilah umno lagi woi....ka ka ka.
salam abang sofi.
tahun 2010 dasar AFTA akan dilaksanakan, adakah harga kereta di malaysia akan sama seperti harga di Thailand? dan mungkin selepas ini tiada lagi perbezaan harga beras. tapi mungkin ke harga minyak akan naik lagi?
Nazri said...
sekali lagi calon BN bakal melanyak, membelasah dan menerajang calon pembangkang di kota siputeh nanti spt ape yg berlaku di bagan pinang baru-baru ni.kemenangan BN sudah dapat dijangka cuma diharapkan BN mendpt kemenangan lagi besar utk memalukan pembangkang.kah kah kah kah kah kah kah kah kah
------------------
- alahai nazri.... yg menyalak itu sebenarnya engkau...yg terkinja2, tercicit-cicit dan terhegeh2 kat sini...
- dah lah pengecut... "chipsmore" lagi... kejap ada kejap x ada... x dapat jawab, engkau ubah topik... bila di hentam ko lari tercicit2.... mcm anak kera kehilangan ibunya....
- engkau x malu ke? hahahaha
wei nazri...
- si Abu Hassan tu pemalas... dah lah pemalas penipu pula tu....
- 9 ogos x hadir persidangan lalu bagi surat sakit bertarikh 10 ogos... padahal 10 ogos tu beliau dapat pula menghadiri majlis.... ooohh... persidangan malas nak datang... majlis cepat pula dia sihat nak datang ye.... hahaha
- DASAR UMNO PENIPU!!!!!
- ini ke calon UMNO???? HAPRAK!!!!!
Ha ha ha he he he…ANWAR TAK RETI APA PUN EKONOMI..SABDA : Mahated orang suruhan BN Umngok yang diheret kesana kemari sekarang…ludahlah ke langit TED ooooiiii…AKU SETUJU…ini MENGESAHKAN UMNO parti TERBODOH dalam dunia dan akhirat…17 tahun ANWAR dalam UMNO dan jadi berbagai MENTERI termasuk MENTERI KEWANGAN di bawah DAGU..Al Nyanyuki MAHATED menjadi Presiden UMNO terbangang…Anwar tak reti apa2 ekonomi…Mahated tak ajor ke ANWAR tu menteri kau sendiri…PATUTLah orang MELAYU ketinggalan dalam EKONOMI..kecuali UMNOPUTERA…gampang…MAHATED hanya doctor biasa RETI ke EKONOMI…
Post a Comment