Saya bukan ahli PAS tetapi menyokong perjuangan PAS untuk menegakkan kerajaan yang adil dan berlandaskan prinsip perjuangan Islam. Soal negara Islam, sesuatu yang amat subjectif buat saya kerana itu saya selalu mengelak dan tidak mahu membincangkan pembentukkan negara Islam. Apa yang saya tahu saya ingin membetulkan Islam dalam diri saya terlebih dahulu.
Sejak sebelum wujudnya Pakatan Rakyat, undi saya pasti untuk PAS apabila penentang calon BN adalah PAS. Sebalik jika penentang BN- DAP, undi saya pastinya untuk BN. Undi rahsia! Tidak bagi saya. Itu dulu. Itu sebelum 1998. Sekarang walau sepupu saya sendiri bertanding atas tiket umno menentang calon Pakatan Rakyat, undi saya tetap untuk Pakatan Rakyat!!
Sejak hampir dua tahun berblog saya terlalu jarang menyentuh isu-isu besar dalam parti PAS, tetapi kini saya terpanggil untuk menitipkan sesuatu.
Sejak 10hb Nov 2009 pimpinan YAB Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan telah diuji dan dihujani dengan berbagai isu dan tohmahan. Secara peribadi saya menyokong penuh saranan agar menantu TGNA, Abdul Ariffahmi melepaskan jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Malahan melantik menantu ke jawatan tersebut semasa TGNA masih berkuasa sebagai MB sudah dilihat salah dari segi prinsipnya.
Alhamdulillah, Abdul Ariffahmi telah menerima dengan baik cadangan untuk melepaskan jawatan yang penuh kontroversi itu.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada blogger Kickdefella, Syed Azidi kerana telah berjaya mengeluarkan Abdul Ariffahmi dari PMBK, jika tidak ia akan terus menjadi bahan cerita dan umpan fitnah oleh pihak lawan. Saya tidak juga mengatakan Ariffahmi tidak berkelayakan untuk jawatan itu. Malahan Kickdefella juga tidak berkelayakan untuk mempersoalkan kelayakan Ariffahmi. Siapa Kickdefella untuk mempersoalkan orang yang diamanahkan oleh TGNA? Tetapi kenapakah dia begitu kemaruk membedil bukan hanya Ariffahmi tetapi dia turut membedil Tuan Guru Nik Aziz melalui titipan dalam blognya.
Jerangkung Bernyawa.
Andainya pada 10hb Nov 2009 Syed Azidi Syed Abdul Aziz tidak menerima surat penamatan kontrak perkhidmatan sebagai pengurus perhubungan koporat dengan PMBK, saya percaya titipannya tidaklah seburuk yang dititipkan sejak tarikh itu hingga kini.
Menitipkan pandangan atau nasihat untuk membetulkan suatu kesilapan adalah amat dituntut. Tetapi apabila apa yang dititipkan berasaskan kepada perasan amarah dan dendam, maka pada ketika itu syaitan dan iblis yang mengerakkan jari jemari. Oleh yang demikian kepada saudara Syed Azidi, pohon saya saudara harus bermuhasabah.
Titipan kickdefella sejak perkhidmatannya ditamatkan semakin menampakkan wajah sebenar beliau yang penuh dengan dendam!! Sifat seperti ini biasa, terlalu biasa dalam tubuh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu!!
YB Husam tidak salah, mungkin tersilap. Kredibilitinya tercalar kerana dia tersilap pandang. Kekadang kita juga tersilap pandang, biawak disangka rusa!

Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (menghaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)
18 comments:
walaupun aku bukannya peminat blog kickdefella tapi yg aku respect kat blogger ni walaupun beliau ni bukan blogger BN. beliau ni bolehlah dianggap anak jantan Kelantan yg cukup berani mendedahkan penyalahgunaan kuasa dan kepincangan di dlm kerajaan negeri Kelantan.bro sofi, aku rasa ko masih banyak kena belajar dgn blogger Kickdefella cara-cara menjadi seorg blogger yg profesional.Drpd banyak-banyak blog PR, aku hanya respect blogger Kickdefella yg amat profesional menjalankan tugasnya.
bro sofi,
kenapa ko marah sgt kat saudara Syed Azidi Syed Abdul Aziz?bukan ke Syed Azidi ni sahabat karib ko?skg apabila ko dan Syed Azidi dah tak sependpt, skg ko nak tikam beliau dr belakang pula?salah ke beliau menjalankan tugasnya sbg blogger yg profesional?ape yg didedahkan oleh saudara Syed Azidi tentang penyalahgunaan kuasa oleh menantu Nik Aziz di Perbadanan Menteri Besar Kelantan PATUT DIBERI PUJIAN.yg aku tak paham, kenapa pula saudara Syed Azidi ni diberi surat penamatan kontrak perkhidmatan sebagai pengurus perhubungan koporat dengan PMBK sedangkan ape yg didedahkan adalah perkara yg benar dan bukannya berupa tuduhan sebarangan.Nasib baiklah Syed Azidi ni seorg anak jantan yg berani mendedahkan segala kepincangan dlm kerajaan negeri Kelantan dibawah Pas sebelum ia lebih parah lagi.
Macam sampah la komen kau Nazri!!
kick the biawak
Masa wak memburu kalau nampak biawak dengan rusa wak tembak biawak dulu. wak tembak biawak sebab dia bahaya. lidah dia beracun. macam ada biawak tulis komen atas tu
nazri..
aspal komen ko semua sama je??
mesti ada perkataan:
"kenapa ko suka marah sngat"..
bro sofi,
aku tak tahu ape yg aku dengar ni betul ke tidak.betul ke, ko benci dan jeolous kat blogger Kickdefella(Syed Azidi) ni sebab blog Kickdefella ni mendpt sambutan lebih bagus drpd blog engko. mengikut bancian, dlm banyak-banyak blog Pro-PR, blog Kickdefella berada di ranking ke-12 sedangkan blog KR berada di ranking ke-49.kalau ape yg aku dengar ni salah, maaflah ye.
i salute u blogger kr. comment from idiot umno u release it too. cybertroppers comments for money. they are worse that the donkey.
komen nazri 9.51pm
wei unmongok.... komen kau tu tunjukan kau mmg bodoh...... saikologilah ngok...... kalau blogger berani publishkan komen bodoh kau tunjukan blogger tak macam apa yg kau tulis....... kau ni cybertropper ngooook.
Nazri said...
walaupun aku bukannya peminat blog kickdefella tapi yg aku respect kat blogger ni walaupun beliau ni bukan blogger BN.
...............................................
wei biawak nazri,
walaupun blog KR ini bukan blog BN, ko memang suka dan berminat blog KR ini sbb ko boleh komen yg bukan2 kat sini, lagi pun ko ini suka dikutuk oleh kami diKR ini....kah kah kah....kesian rezeki ko ni....knp ko tak layak ke cari kerja lain yg lebih memberi kepuasan dan menggunakan kebijaksaan ko ni?.....kesiannya pembodek umno ni....kah kah kah.
Nazri said...
bro sofi,
aku tak tahu ape yg aku dengar ni betul ke tidak.betul ke, ko benci dan jeolous kat blogger Kickdefella(Syed Azidi) ni sebab blog Kickdefella ni mendpt sambutan lebih bagus drpd blog engko. mengikut bancian, dlm banyak-banyak blog Pro-PR, blog Kickdefella berada di ranking ke-12 sedangkan blog KR berada di ranking ke-49.kalau ape yg aku dengar ni salah, maaflah ye.
Kah kah kah...
Paling tidak KR mendapat tempat dalam 100 buah blog paling ramai dikunjungi.
Ini berbanding hanya 44 buah blog umno yang aktif dalam 100,000 buah blog.
Yang lain pergi mana???
Dah mampus ke???
Kah kah kah...
kah kah kah bro jai,
yg lain dah tutp kedai diam2 atau dah jadi katak, dah terbukti diBlog Khinzir Toyol tu, topik pun kurang, komentors pun dah belah semua....tinggal biawak yg duk tunggu2 nak telan bangkai toyol tu....kah kah kah.
Salm storm62.
Umno ni apa yang boleh???
Yang boleh umno ni satu je...
BOLEH BLAH!!!
Kah kah kah...
saya dah baca blog kickdefella,memang ramai yg komen..malah terlalu ramai. tapi....hampir keseluruhannya macam gaya orang mabuk,tak taulah mabuk arak ke mabuk todi,tidak berpijak dibumi nyata.memang mata celik tapi buta hati.tak tau nak bezakan yang mana intan yang mana batu kerikir.kalaulah cik kick tau yang tok guru buattu haram disegi perundangan kenapa tak dibawa berbincang perkara ini kerana apa yang saya tau tok gurulah orang yang paling senang untuk dibawak berunding.kenapa nak tunggu selepas dibuang kerja...inilah sebenarnya sifat2 orang munafik!!!!
salam kepada semua.
pada pandangan saya "kickdefella" ni tak tumpah macam Ibarat melepaskan anjing tersepit.
dulu sikit main protect PAS dan PR dan sekarang ini dah murtad terus aja serang bagai nak gila.
SORRY "KICKDEFELLA" YOU LOST MY RESPECT.
untuk bro nazri,..
takyah la bagi komen camtu,..kang dah kena bantai.tapi memang patut kena pun kalau dah memang pengampu umno.kickdefella tu dah tak boleh kawal emosi..i think he should be professional in this case and not mumbling over to irrelevant issues.take it easy,bro..if u r really good..no need to worries to get better jobs out there.
mamat ni kata, kolonel mat yang TGNA kata tu adalah ayah dia....maka gamailah yang kutuk TGNA 'mengata' orang dah mati....
mamat ni 'orang kuat' Husam Musa.....la ni dah kenal lah kita siapa mamat ni.....apa kerja dia....dan apa niat dia....
dah jelas lah siapa dia....agak2 kalu kita tak tahu siapa dia, nanti jika Husam jadi MB Kelantan, seron0oklah mamat ni main jarum dia....
dia ngaku anak 'kolonel mat' yang TGNA sebut ingin musnahkan Pas dan kepimpinan kerajaan Kelantan yang TGNA terajui.....katanya kolonel mat, ayah dia dah meninggal sejak 2003 lagi!. Dia tanya kenapa TGNA masih sebut nama 'bapa'nya?
Ai mamat....takkanlah TGNA tak kenal siapa yang 'main' dia kot?. Kita tahu sejak bila TGNA berkecimpung dengan Pas....dan ratusan ribu musuh politik dia dari umno dan juga 'musuh dalam selimut' dalam Pas....dan memang ramai pun yang dah meninggal....hakikatnya, jahat mereka memusuhi TGNA ternyata betul.....salah ke TGNA sebut nama 'kolonel mat' tu?....yang pasti, TGNA lebih kenal siapa anak 'kolonel mat' tu.....dan TGNA juga kenal siapa yang bernama Husam Musa yang didampingi oleh anak 'kolonel mat' tu.....
Kan ke Allah swt 'bekerja' dalam cara yang paling kita tidak mengesyakinya!.....
The MIND!!!
komen komen korang nie memang xbukak minda betul...Salah ker apa yg kickdefella tue cakap...kalo xbetul xkan TGNA suruh menantu dia letak jawatan...yg KR nie tulis macam nie..xder perasaan dendam ker??
weei nazri nate bewok,
dah terang lagi tersuloh mung nie memang tapi barut nate umno!...aku nie ahli umno seumur idup (sebabnyo bapok aku daftar aku masuk maso lahir doh masok!)...pikir2 balik memang ore umno ni jenis species berok!
Post a Comment