Followers

Wednesday, November 18, 2009

Melayu UMNO Sama Macam Alas Kaki


Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin umno amat faham mentaliti dan perangai penyokong umno. Mereka faham bahawa ahli dan penyokong umno boleh dibeli dengan harga yang murah. Nilai penyokong umno lebih kurang sama dengan harga sehelai kain batik lepas atau sehelai kain pelekat Bangla yang biasanya berharga sekitar RM30. Inilah satu asset yang amat penting dalam perjuangan umno. Pemimpin umno mesti terus mengekalkan mentaliti ini dikalangan penyokong mereka untuk mereka terus dipuja. Asset ini kalau hilang, umno akan hancur. Justeru kekal-lah penyokong umno dengan harga diri mereka sekitar RM30.

Bila barang murah maka orang kurang beri perhatian dari sudut penjagaannya. Bila barang murah, biasanya orang letak merata-rata. Samalah macam kain pelekat Bangla, kadang-kadang pakai dua tiga bulan, dijadikannya kain buruk pengelap periok atau alas kaki.


Ilmu inilah yang digunapakai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin umno terhadap penyokong mereka. Penyokong umno harganya RM30, sama macam harga alas kaki. Alas kaki untuk dipijak dan menerima segala habuk dan danu kaki.
Penyokong umno untuk dikelentong, dibodohkan dan merekalah yang akan mempertahankan segala pekong, daki dan danu yang dilakukan oleh pemimpin umno. Penyokong yang bodoh dan mudah dikelentong serta murah pula harganya adalah asset utama kepada umno. Kalau penyokong umno pandai, pemimpin umno susah untuk cari makan. Bila pemimpin susah hendak cari makan umno akan hancur kerana hendak merasuah susah; hendak dapat rasuah lagi susah. Umno akan lebih cepat hancur tanpa rasuah!
Lantaran ilmu inilah maka umno yang kerap melalak dengan slogan "Hidup Melayu" untuk diseimbangkan dengan namanya - 'Pertubuhan Kebanggsaan Melayu Bersatu' telah dengan nyata mengenepikan matlamat perjuangan untuk Bangsa Melayu. Kalau dulu dalam senyap dan sembunyi-sembunyi mereka menipu Melayu tetapi sekarang mereka lakukan secara terang-terangan. Mereka berani kerana penyokong mereka bodoh. Mereka berani kerana penyokong mereka murah harganya. Mereka berani kerana mereka tahu sokongan dan undi Melayu umno boleh dibeli dengan harga RM30.

ROME: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno mungkin terus terpaksa mengambil alih peranan MCA membantu masyarakat Cina jika kemelut kepemimpinan parti itu yang kini bertambah gawat tidak diselesaikan segera.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Umno semangnya tidak mahu campur tangan dalam tetapi kegawatan dalaman MCA akan memberi kesan negatif terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.


Nah, semakin nyata. Sudah terang lagi bersuloh. Pemimpin umno terus membodohkan Melayu umno. Bila dalam perhimpunan umno, dalam mesyuarat umno - "kita mesti perjuangkan hak dan ketuanan Melayu". Bila kuasa mereka merundum, orang yang sama akan melaungkan - "kita terpaksa mengambil alih peranan MCA membantu masyarakat Cina". Inilah penipuan nyata umno tetapi Melayu umno masih terus menyokongnya kerana Melayu umno telah berjaya dibodohkan oleh pemimpin mereka.

Semata-mata kerana takut kalah dalam pilihan raya akan datang, umno sanggup menyimpangkan terus asas perjuangan parti mereka yang kononnya untuk memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu.

Maka jelas slogan "Ketuanan Melayu" yang dijeritkan oleh pemimpin umno hanyalah slogan untuk terus menipu dan membodohkan Melayu umno.

"Membodohkan Melayu umno adalah azimat pemimpin umno untuk terus berkuasa"

- 18.11.2009

19 comments:

Obama said...

kita sbg rakyat Malaysia seharusnya menghargai perjuangan Umno yg tidak jemu-jemu membela nasib org melayu.kita tidak seharusnya memperlekehkan 'Ketuanan Melayu' yg diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.Umno skg sedang berada di landasan yg betul utk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Umno/BN.jadi, berilah sokongan yg padu kpd Umno/BN.

jai said...

Kah kah kah...

Halo Obama.

Umno memang betul sebab ia hanya satu nama, yang tak betul pemimpin2 yang berada dalam umno, ada faham ka bro???

Kah kah kah...

storm62 said...

Mr Obama, sila beri penjelasan lanjut atau butiran2 yg jelas yg engkau katakan bahawa umno skrg sedang berada dilandasan yg betul.

ini bermakna bahawa sejak 50 tahun yg lalu umno dah ada dilandasan yg salah? kenapa mengambil masa yg sangat lama ni?

nyatakanlah apakahnya masalah2 yg dihadapi oleh puak umno sejak dulu, Mr. Obama, sila terangkan kpd kami.

ada kemungkinan kami boleh tolong dan sokong, jika penjelasan saudara dapat kami mempertimbangkan supaya ia akan menolong seluruh rakyat jelata dan Negara!

dengan ikhlas.

kerikil said...

otak obama sama mcm kepala Nazri Biawak tu x bolih pakai...entah2 obama orang yg sama..dialah Nazri dialah Obama..
oh si bahalol penencacai umno kenapa bila Pas ada sekuis masalah dlm kepimpinan Pas..bukan main sebuk dan jeluaknya pemimpin umno terutama najib, muhyiddin dan si ketua penerangan pemuda yg tolol tu berhujah yg kepimpinan pas skrg berada dlm kancah perpecahan..perpecahan kepala otak dia tu..situasi dlm pas skrng cukup kental semua isu2 dan masaalah dah selesai..yang menjadi porak peranda skrng ialah..tu rakan karib umno MCA..DAH BERBULAN2 LAMA sampai skrng x selesai malah makin berserabut hanyut..mula2 pemimpinnya ong tee keat bergaduh dgn timbalannya lalu memrcatnya dan mahukan low tiong lay jadi timbalan..sampai nak 2 kali EGM..kemudian kini timbalannya LTL yg disukainya pula mengecamnya..manakala ketua pemuda pula terang2 menuduh PRISEDEN OKT sebagai seorang yg mengamalkan x demokrasi serta kuku besi pula..manakala sayap utama MCA iaitu Pergerakan Wanita yg diketuai KetuaNYA pula mengecam dgn kata2 yg pedas pada OKT...kini KETUA PEMUDA DAN WANITA telah disingkirkan dari majlis priseden olih OKT....JADI PERSoalan disini mengapa ketiga2 hero umno diatas x bersuara langsung..mengapa x kata MCA KINI retak dan menanti belah kenapa diam seribu bahasa..manakala keadaan umno kini masih lg berpuak2 di terengganu...itulah kalau mengata parti pembangkang bukan main lancang lagi mulut puak2 umno ni..ho OBAMA DAN Nazri biawak hidup molek x feel dan tabiat pemimpin ko tu...bahalol

mad1 said...

ya betul otak obama sama macam nazri. kalau bukan nazri sendiri yg bersembunyi disebalik nama obama ini. atau mungkin obama sama seperguruan dengan nazri biawak. ini bererti obama juga biawak. jadi aku panggil ko dengan nama obama biawak.

Balabaque said...

haha.... Obama...

- UMNO dan ketuanan melayu?

- bagaimana dengan bumiputra sabah n sarawak... perlu dimelayukan dulu ke baru dituankan?

- sebuah parti politik yg terlalu fanatik dengan sikap racist semata2 bukanlah parti yang sesuai di negara berbilang kaum kita ini.... dekat israel mungkin boleh....

akiong said...

aset yg paling besaq dlm umno ialah penyokongnya BODOH.

-
ini manyiak butot. belapa haliga? 30 linggit ka? manyak mulah. kasi wa dua puloh ekor. gua mau kasi wa punya anjing makan. wei gua punya anjing makan olang. itu olang manyiak mulah. ini macam halihali wa punya anjing makan olang.

jamaljlj said...

dan bila ade pilihanraya nanti, puak2 PR akan dtg terhegeh-hegeh mcm penagih merayu/cari "kain harga rm30 ni"....sampai masuk kampung hulu banat,janji dpt kain harge rm 30 tu.....

yg cari kain tu pulak pemimpin PR.....
kalo pemimpin PR pon harge rm 30 yg dicari,apatah lagi pencacai2 PR....
"kasi murah la kwn..." less 50%.....hahahaha..

"dah ludah, jilat balik...siap telan lagi...."
takut org lain nampak.....

hahahahha...itu la perangai puak2 PR

Balabaque said...

jamaljlj said...

dan bila ade pilihanraya nanti, puak2 PR akan dtg terhegeh-hegeh mcm penagih merayu/cari "kain harga rm30 ni"....sampai masuk kampung hulu banat,janji dpt kain harge rm 30 tu.....

yg cari kain tu pulak pemimpin PR.....
kalo pemimpin PR pon harge rm 30 yg dicari,apatah lagi pencacai2 PR....
"kasi murah la kwn..." less 50%.....hahahaha..

"dah ludah, jilat balik...siap telan lagi...."
takut org lain nampak.....

hahahahha...itu la perangai puak2 PR
--------------

- dari apa yg awak tulis awak secara langsung telah mengaku harga maruah anda hanya rm 30 sj kan....hahaha

- kita pergi cari "kain rm30" ni supaya kita dapat up kan harganya/ tidak "dimurahkan" oleh UMNO....kalau yg tetap mau/kekal jual murah di bawah UMNO, kita x kisah pun... bukan maruah kita pun...maruah awak juga.... hahaha

- harga engkau rm 30 je? hahahaha....

jamaljlj said...

Balabaque said...
- dari apa yg awak tulis awak secara langsung telah mengaku harga maruah anda hanya rm 30 sj kan....hahaha

- kita pergi cari "kain rm30" ni supaya kita dapat up kan harganya/ tidak "dimurahkan" oleh UMNO....kalau yg tetap mau/kekal jual murah di bawah UMNO, kita x kisah pun... bukan maruah kita pun...maruah awak juga.... hahaha

- harga engkau rm 30 je? hahahaha....
================================================

DAN KO MENGAKU....telan kahak tu dan NAK CARI KAIN TU KAN.....?
HAHAHAHA.....
dah kata org x elok,pas tu pergi balik cari org tu.....

puak2 PR kata, BN beli barang yg murah tapi harga mahal dari harga biasa sbb kuat makan komisyen/rasuah.....

rupe2 nye....puak PR sama malah lagi teruk....harga kain rm30 pon nak up harga dia lagi......nak makan komisyen ke......
hahahaha......

PR kata itu cara BN.....
tapi Balabaque nak ikut cara tu jugak...
siap nak up lagi....

kalo baca posting si sofi ni, pas bandingkan komen Balabaque.......mcm 2x5 5x2 5+5........
PKR kan bekas2 org BN......

huhuhuhu.....ntah2 ko ni org BN kut...

Nazri said...

kpd semua pembaca-pembaca blog KR yg berbangsa melayu, korang perlu ingat tanpa Umno korang takkan boleh hidup spt skg.jadi jgn mudah terpedaya dgn niat jahat pembangkang yg nak memburuk-burukkan Umno.tanpa Umno, melayu takkan boleh maju dan semua hal-hal kebajikan org melayu terletak ditangan Umno.kalau Umno berkubur maka org melayu juga akan berkubur.fikir-fikirkanlah........jgn sehingga menyebabkan nasi menjadi bubur baru nak sedar, pada masa itu ia sudah terlambat.

Balabaque said...

jamaljlj said...

DAN KO MENGAKU....telan kahak tu dan NAK CARI KAIN TU KAN.....?
HAHAHAHA.....
dah kata org x elok,pas tu pergi balik cari org tu.....

puak2 PR kata, BN beli barang yg murah tapi harga mahal dari harga biasa sbb kuat makan komisyen/rasuah.....

rupe2 nye....puak PR sama malah lagi teruk....harga kain rm30 pon nak up harga dia lagi......nak makan komisyen ke......
hahahaha......

PR kata itu cara BN.....
tapi Balabaque nak ikut cara tu jugak...
siap nak up lagi....

kalo baca posting si sofi ni, pas bandingkan komen Balabaque.......mcm 2x5 5x2 5+5........
PKR kan bekas2 org BN......

huhuhuhu.....ntah2 ko ni org BN kut...

-------------------

- takan nak cari, beli n guna pengundi hantu mcm BN pula kan? hahaha

"puak2 PR kata, BN beli barang yg murah tapi harga mahal dari harga biasa sbb kuat makan komisyen/rasuah....."

- dah fakta BN kuat makan komisyen dan rasuah? so????

" rupe2 nye....puak PR sama malah lagi teruk...."

- sama? x lah...PR bukan parti rasuah mcm UMNO... mana sama...

"harga kain rm30 pon nak up harga dia lagi......nak makan komisyen ke......
hahahaha......"

- kerana siapa yg menyokong UMNO tu maruahnya cuma berharga rm 30 = yelah, dibodohkan, ditindas, dizalimi, ditipu, disalahgunakuasakan, diputarbelitkan.... siapa yg nak semua tu ertinya maruahnya murah lah tu...

- PR nak sedarkan rakyat... jangan selama2nya maruah harga rm 30...ada faham?

- Komisyen? apa yg engkau merapu ni?

- PKR bekas2 orang2 BN yg x mahu harga diri mereka cuma bernilai rm30 shaja.... ada faham?????

- Jangan jadi Bengap macam NAZRI....

storm62 said...

wei biawak nazri, ko bodoh ka?

tanpa umno - PRK Penanti aman dan tenang!

tanpa umno - kereta Proton akan jadi lebih murah!

tanpa umno - tanah melayu akan berharga lagi!

tanpa umno - kewangan Malaysia akan lebih kukuh!

tanpa umno - melayu akan lebih maju, mcm S'pura!

tanpa umno - melayu tak akan pecah!

tanpa umno - majority melayu jadi ahli PAS!

tanpa umno - Agama Islam lebih dihormati!

hapuskan regim komunis umno demi kemajuan dan kemakmuran negara Malaysia kita!

kerikil said...

hoi Nazri c tolol...kenapa kau x jawab artikel aku pada jam 9.12am semalam...sbb ko tu bodoh bahalol..lain dihujah lain yg dijwab..aku tengok setiap kali hujah c nazri xde benda lain itulah ayatnya...balik2 ayat tu...sah aku rasa Nazri kalau SPM tentu dapat pangkat 3 je...subjet BM kalau x 7 mungkin 8..dungu

kerikil said...

storm62, nak tambah sikit.
Tanpa Umno: setiap kali PRK atau PRU sentiasa berada dlm kdaaan aman juga dan bersih dan pasti xde P hantu.
Tanpa Umno : Undang2 Islam bolih dilksanakan secara total.
Tanpa Umno: Budaya Ampu, fitnah, Rasuah.Pecah Amah, salag guna kuasa tida lagi.
Tanpa Umno: Jenayah pasti tiada.
Tanpa UMNO: Pelabur2 dari Luar negara akan datang berpusu kesini.
Tanpa UMNO: Tiada lagi kemiskinan dikalangan rakyat dan Rancangan Bersamu kat TV3 tu pun tiada.
Tanpa Umno: Rakyat berbilang kaum x kan rasa takut dan sentiasa berada aman damai.
tanpa UMNO: Nilai RM kan tinggi nilai melebih Dollar Amerika..kalau sekarang 1 USD bersama RM3.45..seandai tiada UMNO 1RM bersamaan 3.60 USD
Tanpa UMNO: Harga barang bertambah murah.
Tanpa Umno: Kadar pengangguran mungkinn tiada lagi.
Tanpa UMNO: Dadah dapat di hapuskan 100 peratus,
Tanpa UMNO: Selruh Penjara dimalaysia akan kosong kerana jenayah tiada...manakala banduan yg ada menjadi rakyat yang taat setia.
Tanpa UMNO: pusat Pemulihan dan Pusat Pemulihan Akhlak ditutup kerana kesemua penghuni telah insaf dan mnjadi rakyat yg berguna..
Tanpa UMNO: Peluang perkerjaan berlambak2..
Tanpa UMNO: Sistem Perundangan dan pernghakiman bebas dari cengkaman politi pemerentah.
Tanpa UMNO: Harga minyak akan menjadi RM 1.00 seliter atau rendah dari itu.
Tanpa UMNO: Tiada bukit bukau dan gunung ganang yg jadi botak.

juragan said...

storm62 & Kerikil,
Tambah sikit juga dan pembetulan,

tanpa umno tiada lagi Mat Rempit, Bohsia dan Bohjan.
Tanpa umno: siri Gerak Khas akan kita haramkan sebab cerita mengajar orang buat jenayah.
Pembetulan sikit: dalam penjara tu x kosong ada penjenayah yg terdiri pemimpin2 kesayangan and the geng Si Nazri biawak tu yg semasa menjadi pemewrintah.

fidel castro said...

TANPA UMNO KITA GUNAKAN HUKUM HUDUD

Master Yoda said...

UMNO berkubur, MELAYU berkubur???

Kah kah kah, abis mase thun 1989, mase UMNO diharamkan tue, berkuburkah org2 Melayu???

Kah kah kah

Merempatkah org Melayu??

Kah kah kah

Pls ye, mereka2 yg wat kenyataan demikian, periksalah otak anda di "bengkel servis" behampiran

ATAUPUN

Hospital Tampoi atau Tanjung Rambutan sedia menanti kunjungan anda sebagai penghuni tetap

Kah kah kah

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

oleh kerana melayu PKR dan Pas cerdik dgn itu
Dasar asal parti Islam untuk Konsep Negara Islam, Hukum Islam, Undang-Undang Hudud dan Kepimpinan berlandaskan Alquran & Assunnah akan lenyap 19hb Disember nanti!...

Semua draf Negara Islam & perancangan Hukum Hudud akan DIBUANG KE DALAM LONGKANG secara rasminya pada Sabtu ini oleh seluruh kepimpinan PAS.

Tiada lagi perjuangan asal PAS. Yang tinggal hanya perjuangan demi Anwar & Lim Kit Siang untuk menuju Putrajaya.

jadi,sedarlah wahai melayu2 yg tertipu eloh pakatan penipu rakyat ini.Semua pemimpin2 pakatan penipu rakyat ini ialah bekas ahli umno yg berkepentingan jawatan dan wang ringgit.Kerana mereka tak dapat apa yg dihajatkan jadi mereka berpaling tadah kpd UMNO the great.
Demi dendam dan busuk hati sampai ke perut mereka cuba memecahbelahkan org2 melayu di malaysia.Nauzubillah.