“Tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami.”
Petikan ayat ke-88 dari Surah Hud di atas menjadi pembuka kata Perisytiharan Permatang Pauh yang telah sama-sama kita lafazkan pada tanggal 12 September 1998.
Agenda Reformasi yang menjadi asas perjuangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) hari ini bukanlah untuk menyanjung dua tiga kerat pimpinan yang dipilih tetapi untuk mengangkat harapan rakyat yang dahagakan perubahan.
Bertemakan “Menggilap Harapan Rakyat”, Konvensyen Negeri di Pulau Pinang memulakan siri konvensyen negeri KeADILan di seluruh negara.
Saya membawa ingatan semua yang hadir agar kembali kepada Perisytiharan Permatang Pauh akan dasar dan asas perjuangan Reformasi yang telah kita mulakan lebih 10 tahun dulu.
Komitmen dan kesetiaan kita kepada asas prinsip perjuangan parti kita – yang berjuang dengan gagasan Ketuanan Rakyat dan keadilan sejagat serta mendukung cita-cita negara bangsa Malaysia yang berbilang bangsa dan agama – harus digarap dan dihadam oleh setiap pimpinan dan aktivis parti.
Saya juga dengan tegas memberikan amaran kepada seluruh anasir-anasir ‘pengacau’ dalam parti yang gagal untuk patuh pada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkir.
Turut diingatkan tentang tipu daya parti pemerintah yang begitu ghairah melaungkan slogan 1Malaysia – kononnya membela rakyat seluruhnya tetapi hakikatnya masih terus membiarkan rasuah berleluasa, ketirisan perbelanjaan yang makin parah, sistem kehakiman yang nazak menanti ajal dan kezaliman serta salahguna kuasa yang terus menekan kehidupan rakyat.
Hak rakyat di negeri-negeri Pakatan terus dinafikan. 1Malaysia hanyalah sekadar slogan lunak dan enak bak madu namun di dalamnya terlarut racun bisa yang busuk, jijik dan meloyakan.
Saya menyeru seluruh pimpinan untuk sama-sama mengembleng tenaga dan upaya untuk terus komited dan setia dalam perjuangan Reformasi ini.
Semangat perjuangan baru perlu terus dicari. Anak muda mesti berani untuk terus melawan rasuah dan salahguna kuasa. Wanita srikandi Reformasi perlu bersungguh meraih sokongan dan menyampaikan mesej perjuangan yang kita bawa. Reformasi harus terus!
Di akhir pidato, saya lontarkan pantun ini buat hadirin:
Telur tembakul disimpan rapi,
Sekian lama sudah kempunan;
Akan kuredah lautan api,
Asal rakyat memberi perkenan.
ANWAR IBRAHIM
Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketegasan saudara saya dihormati.
Kepimpinan saudara saya dihargai.
Pengorbanan saudara sama dirasai.
Semangat saudara rakyat ditumpangi.
Perjuangan saudara sama didukungi.
Harapan saudara menjadi impian kami.
- Kerajaan Rakyat
10 comments:
bila baca saja tajuk pos bro sofi, aku segera terfikir saudara nazri biawak kita haha
salam buat DSAI.
selagi ada nyawa ku perjuangan mu aku sentiasa doakan. semuga allah makbulkan impian mu.
salam bro sofi.
terima kasih 3x...
mujurlah adun pelabuhan kelang tu dari PKR. kalau dari PAS dah jatuh talak 3 lah bininya..huaaaaaaa
anwar tu dah malau yang yer pun. dia pun dah tagu akan kalah pru ke 13 nanti. tu sebab dia suruh masuk umno. aku harp orang pakatan masuk lah umno untuk kepentingan orng melayu. sahut cabaran anuwar tu, apa nak takutkan,
hidupumno said...
anwar tu dah malau yang yer pun. dia pun dah tagu akan kalah pru ke 13 nanti. tu sebab dia suruh masuk umno. aku harp orang pakatan masuk lah umno untuk kepentingan orng melayu. sahut cabaran anuwar tu, apa nak takutkan,
Kah kah kah...
UMNO TELAH LAMA LENYAP DARI MINDA KAMI!!!
Kah kah kah...
Salam saudaraku
Lontaran kata hati seorang pemimpin yang pentingkan perjuangan dan prinsip melebihi dari individu yang melonggokkan sampah di dalam orgaisasi.
salam. moneyadsblog akan pastikan semua anak didik moneyadsblog akan menyokong perjuangan murni ini. Allah Hu
hoi pengacau tamu x diundang ke blog KR ini...ko orang semua ni sasau ke nak suruh kita orang masuk umno...umno dari sehari kesehari dah makin uzur dah tunggu masa ditalkin olih PAS...puak n juak umno@ngok tu mana reti nak baca talkin jadi terpaksalah PAS tolong talkinkan...
kata TUAN GURU NIK AZIZ….PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!!
diPRK Penanti dah terbukti sbb umno tak bertanding malah suasana diPRK hari jelas menunjukkan bahawa tanpa umno suasana hari itu aman dan tenang。
saudara semua harus tau, siapakah sebenarnya "pengacau" diNegara Malaysia ini!!!!
bercakap tentang pengacau ni, korang perasan tak cik nazri biawak tidak masuk memberi komen bangangnya sejak sehari dua ni. selalunya cepat jer dia masukkan komen dan selalunya org pertama mengkritik tulisan bro sofi. mungkin nazri biawak dah mampos di jambatan runtuh hahaha
Post a Comment
Komen sebagai Anonymous, tanpa mengenalkan diri (menggunakan 'nick name') tidak akan disiarkan. 'Select profile' lepas itu klik di 'Name/URL'. Isi lah nama, URL tak isi pun no hal,lepas tu klik 'Continue'. Kalau bahasa terlalu mengarut dan dirasa tidak sesuai, juga akan nafikan untuk siaran.