Yang Amat Berhormat Mohamed Azmin Ali. Menteri Besar Selangor

Wednesday, November 4, 2009

Perubahan Kerajaan: Apa Kesannya Kepada Rakyat?

Kerajaan Negeri Kelantan telah bertukar daripada Barisan Nasional kepada Kerajaan pimpinan PAS yang berpaksikan gabungan pemikir Islam. Pertukaran kerajaan negeri ini berlaku 19 tahun lalu dan Alhamdulillah PAS masih kekal memerintah Kelantan hingga ke hari ini. Ini membawa maksud bahawa dengan segala kekurangan, tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh regim zalim Kerajaan Pusat Barisan Nasional, Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz masih releven dan diterima rakyat Kelantan.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak tewas kepada permainan politik kotor dan jijik umno/BN setelah tidak sampai satu tahun memerintah. Setelah bersekongkol dengan institusi Kesultanan, umno/BN telah merampas pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan cara ala 'Gestapo'.

Selain Kelantan; rakyat di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor telah memberi kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri masing-masing dengan memberi kemenangan kepada PR dalam pilihan raya umum Mac 2008.

Hukum akal dan lumrah manusia, setiap gerak ke arah perubahan menuntut kecekalan dan mengimpikan kemakmuran dan keberuntungan yang lebih baik daripada yang sedia ada.

Justeru impikan kemakmuran dan keberuntungan yang lebihlah maka rakyat di Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, malahan majoriti rakyat di Kuala Lumpur telah dengan penuh semangat dan cekal memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Maka itu terbentuklah Kerajaan Negeri di kesemua negeri berkenaan.

Lupakan Perak buat seketika. Ia telah menjadi sejarah hitam buat rakyat negeri itu lantaran kerakusan regim umno/BN yang telah mengkhianati kepercayaan rakyat dan mendurhakai kedaulatan undang-undang.

Regim umno/BN bertakta di Putrajaya bukan kerana ketelusan kehendak rakyat, tetapi kerana rakyat telah dipropaganda dan dilalaikan dengan sejuta satu kepalsuan janji. Rakyat juga diugut dengan sejuta satu ugutan zalim. Rakyat juga telah tertipu dengan dakwah songsang hebahan akhbar-akhbar arus perdana milik kroni aparat umno/BN.

Segala kerakusan itu terlalu sukar untuk dinafikan, dan lebih payah untuk diperbetulkan. Majoriti rakyat Malaysia yang tidak tergapai capaian internet saban hari dipaksa menghadam omongan dusta pemimpin umno/BN melalui berita khianat daripada akhbar-akhbar arus perdana. Hal ini amat disedari oleh hampir kesemua pimpinan dan pendukung Pakatan Rakyat.

Persoalannya sekarang. Apakah tindakbalas yang selama ini (sejak Mac 2008) diambil oleh Pakatan Rakyat cukup untuk menyedarkan rakyat. Malahan yang lebih kritikal lagi, apakah rakyat dapat terus bertahan dengan kerenah kepimpinan yang terus menolak mereka ke sudut yang menyakitkan lantaran pertelingkahan kepimpinan antara umno/BN dan Pakatan Rakyat.


Benar, kita sedar umno/BN itu zalim, rakus dan perasuah. Tetapi apakah cukup dengan menyampaikan berita kerakusan umno/BN ini melalui blog, web dan akhbar Suara Keadilan dan Harakah yang jelas terbatas edarannya? Masyarakat sasaran yang perlu kita fahamkan tentang kezaliman dan kerakusan umno/BN ini adalah masyarakat desa dan kampong serta mereka yang tidak menikmati capaian internet serta akhbar-akhbar Suara Keadilan dan Harakah. Apa yang telah kita lakukan?

Masyarakat di luar sana hanya dihidangkan dengan berita pembangunan bohong dan janji kosong umno/BN. Masyarakat di luar sana juga diberitakan tentang segala bentuk pemalsuan cerita terhadap Pakatan Rakyat. Media arus perdana telah dengan jayanya menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti yang pandainya hanya membuat kritikan dan rungutan. Media haprak itu tidak akan menyampaikan berita tentang pembangunan atau perubahan dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Salah siapakah ini? Pemimpin Pakatan Rakyat, baik PAS, DAP maupun PKR tidak habis-habis menyalahkan media arus perdana. Mereka mengatakan media tersebut menipu. Mereka manyatakan Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, TV3 dan yang sebau busuk dengannya telah menipu rakyat. Terus terang saya katakan, saya sudah muak. Ya!! Saya sudah muak dengan omongan seperti ini.

Wahai pemimpin Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya. Tahukah dan sedarkan kalian bahawa MENIPU dan mencanaikan berita palsu itu memang kerja mereka. Memang banyak penipuan dan propaganda kosong dalam media arus perdana.

So what? Apa lu cerita? Menipu itu memang budaya mereka. Kalian hendak bertempik apa lagi?


Apa yang rakyat ingin tahu sekarang ialah apakah usaha Kerajaan Pakatan Rakyat setiap negeri serta pemimpin Pakatan Rakyat telah lakukan untuk mengatasi keterbatasan penyaluran berita benar yang telah kita lakukan.

Sudah 19 purnama Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbentuk, tidak ada satu pun buletin Kerajaan Negeri yang diedarkan secara meluas keseluruh pelusuk negeri. Buletin ada, bukan tak ada. Tetapi yang saya persoalkan sekarang adalah cara edarannya. Saya telah maklumkan hal ini 10 bulan lalu ke pejabat DSAI, malahan saya telah mengutuskan secara peribadi kepada DSAI tetapi apa hasil hasil? - Hampas!!! Kosong!!! Bohong!!!. Apa yang saya dapat? - Rugi masa. Bosan. Menyampah!!! Mahal sangatkah kos mengedarkan buletin tersebut ke setiap pelusuk negeri (katakan 2 bulan sekali)? Mana lebih mahal dengan kos tambang kapalterbang dan penginapan wakil rakyat Keadilan yang memburu beruk di Taiwan?


Andainya menjelang awal tahun 2010 Kerajaan Negeri Selangor jatuh kepada regim umno/BN, itu memang patut!! Mereka pandai mengolah walaupun olahan mereka jijik. Apa yang penting mereka dapat membentuk kerajaan. Rakyat juga yang rugi kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat tetapi bila Pakatan Rakyat sudah berjaya memerintah, mereka tidak bertindak cerdik dan pro-aktif.

Salaam Takzim

32 comments:

buloh said...

sape yg in charge bahagian buletin kerajaan negeri ni.., satu je yg aku boleh cakap.. , makan gaji buta. takkan takde idea/inisiatif cara2 nak kembangkan buletin tersebut.... at least tambah circulation atau sebagainya.

Nazri said...

bro sofi,

marah nampak ko dgn PR?tak guna ko marah-marah kat PR.dah berulang kali aku cakap ngan ko yg PR ni sebuah parti sampah, yg ko dok sokong lagi tu apsal?ko kena paham, skg BN/Umno dah jauh berubah berbanding sebelum PRU12 yg lalu.Pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ni, DSNTR telah berucap dgn penuh semangat yg beliau akan membuat perubahan yg drastik di dlm Umno utk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap pemerintah BN.aku rasa, kita patut memberi peluang dan ruang kpd DSNTR utk menunaikan segala janjinya dan bukannya terus menghukum beliau.sbg contoh kita perlu ingat, seorg penagih dadah jika diberi rawatan pemulihan secara berterusan akan menjadi manusia yg bebas drpd penagihan dadah.jadi tak salah kalau kita bagi peluang ke-2 utk Umno utk berubah.

Nazri said...

mmg betul Kelantan masih terus di bawah pemerintahan Pas sehingga hari ini.TAPI perlu diingat negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yg paling mundur di antara semua negeri di Malaysia.malah para pelabur asing sendiri pun tak berminat utk melabur di Kelantan.boleh dicakapkan hampir semua negeri-negeri di bawah BN dpt pembangunan dgn pesat tapi Kelantan terus ketinggalan dan terus ketinggalan dlm arus pembangunan sehinggakan peluang pekerjaan di Kelantan semakin hari semakin berkurangan sehingga menyebabkan anak Kelantan terpaksa berhijrah ke kota-kota besar spt KL utk mencari peluang pekerjaan. yg menyedihkan dahlah kat KL tu ramai anak Kelantan tapi yg suka menimbulkan banyak masalah sosial kat KL pun kebanyakkan terdiri drpd anak Kelantan juga.di sini jelas menunjukkan yg Nik Aziz gagal menjalankan tugasnya sbg MB Kelantan sejak Pas mengambil alih Kelantan drpd BN.

biznesmaya said...

aku pun tak nampak pakatan rakyat semakin
kuat. Kekadang geram jugak.

Nazri said...

biznesmaya said...

aku pun tak nampak pakatan rakyat semakin
kuat. Kekadang geram jugak

-------------------------
eh eh tahu pulak ko yg PR tak kuat ye?aku ingatkan ko masih bermimpi kononnya PR ni semakin kuat.buat ape nak geram-geram dgn PR, sokong je BN semua masalah 'geram' dpt diatasi.tak rugi kalau kita memberi sokongan BN krn hanya BN dpt membangunkan Malaysia sekaligus dpt menjana pembangunan ekonomi negara.

Kerajaan Rakyat said...

Salaam semua.

Saudara Nazri.

Kelantan mundur??
Saya kira, samada saudara deman atau saudara langsung tidak pernah ke Kelantan. Maklumat yang saudara dapat hanyalah dari akhbar pengkhianat milik umno/BN. Mungkin juga sdra hanya mendengar cerita donggeng dari kalangan bani umno yang busuk hati bermazhab hadhari.

Negeri-negeri di bawah BN maju??
Saudara benar-benar biul..!!!

- Johore antara negeri yang paling tinggi nilai hutangnya.

- Pahang hampir muflis kerana harta negeri dirompak oleh pemimpin umno.

- Kadar kemiskinan di Terengganu masih tinggi walaupun hasil minyaknya banyak. Kerana apa? Hasil negeri dirompak oleh pemimpin umno dan mereka berjoli dengan agenda mewah dan khurafat.

- Perlis masih merenggek dan menrangkak.

- Selama Selangor di bawah umno/BN, beribu juta wang rakyat telah dirakus dan disalahgunakan oleh pemimpin haramjadah bani umno/BN. Zakaria, Mat Taib, Khir Toyo antara haiwan bernama umno yang telah merompak harta rakyat Selangor.

- Negeri kecil Melaka masih gagal dikendalikan oleh UMNO/BN sehinggakan isu babi masih belum selesai hingga ke hari ini. Perompak dan perasuah tajaan UMNO dianggak menjadi raja dan KM negeri. Rakyat yang tersiksa.

- Hasil bumi Sabah dan Sarawak berbillion ringgit dikebas ranap oleh pemimpin-pemimpin umno/BN. Hasil negeri banyak, negeri dan rakyat masih dalam keadaan susah dan merempat.

- Kekayaan negeri Perak dilapah oleh pemimpin umno yang bersekongkong dengan rajanya.

Saudara Nazri, berapa duit yang dibayar oleh umno sehingga menjadikan saudara alpa dan mamai?

Salaam Takzim
Sofi

storm62 said...

fuhyoooo...... cikgu sofi, takpayahlah cikgu beri pengulasan yg banyak spt ini kpd biawak nazri tu.......takkan biawak itu boleh erti?

biawak tu sampai arini lagi mabuk dgn samsu Bgn Pinang dgn saudara2nya diestate2 kat sana....ka ka ka. biawak tu aku rasa dah bankrap idea pun....asyik2 Bgn Pinang.....nanti aku sumbat Btg Pinang aku kat mulut ko baru tau, biawak!!!

Anonymous said...

The question now. What is the response for this (since March 2008) taken by the Pakatan Rakyat enough to realize people. In fact a more critical again, what people can continue to survive with red leadership continues to reject their point of painful because of leadership conflicts between UMNO / BN and Pakatan Rakyat.

Are you kidding me?

jai said...

Woi cik puan nazrina kembang semangkuk!!!

JAWAB LA BALIK APA YANG BRO SOFI KATAKAN TU!!!

Ko ni manusia ke apa???

Tak ada maruah ke???

Kah kah kah...

LAIN KALI JANGAN NAK MEMANDAI-MANDAI SEBAB KO TU TOLOL!!!

Kan ke tak pasal2 ko memalukan diri ko sendiri malam ni!!!

Kah kah kah...

Woi cik puan nazrina kembang semangkuk!!!

Ko pegi berenang dalam loji kumbahan najis lagi baik.

Untung2 ko boleh jadi cerdik dan jawab balik apa yang bro Sofi katakan di atas.

Kah kah kah...

amirmhd said...

ANon November 4, 8.30pm:

Mannnn... could hardly understand what u intend to say. If English is a problem do post in Malay. If u can't do both do get someone who can post it for u so as others can understand what u intend to say.

Mind my language, but someone has to say it.

Camry 09 said...

Perubahan Kerajaan: Apa Kesannya Kepada Rakyat?

Kerajaan Negeri Kelantan telah bertukar daripada Barisan Nasional kepada Kerajaan pimpinan PAS yang berpaksikan gabungan pemikir Islam. Pertukaran kerajaan negeri ini berlaku 19 tahun lalu dan Alhamdulillah PAS masih kekal memerintah Kelantan hingga ke hari ini. Ini membawa maksud bahawa dengan segala kekurangan, tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh regim zalim Kerajaan Pusat Barisan Nasional, Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz masih releven dan diterima rakyat Kelantan.

6969696969696969696969696969

Walaupun hidup beribu tahun kalau asyik sembahyang je, ape guna nye..

Anonymous said...

amirmhd said...
ANon November 4, 8.30pm:

Mannnn... could hardly understand what u intend to say. If English is a problem do post in Malay. If u can't do both do get someone who can post it for u so as others can understand what u intend to say.

Mind my language, but someone has to say it.

November 4, 2009 11:32 PM
--------------------
Amirmhd, dia quote teks

"Persoalannya sekarang. Apakah tindakbalas yang selama ini (sejak Mac 2008) diambil oleh Pakatan Rakyat cukup untuk menyedarkan rakyat. Malahan yang lebih kritikal lagi, apakah rakyat dapat terus bertahan dengan kerenah kepimpinan yang terus menolak mereka ke sudut yang menyakitkan lantaran pertelingkahan kepimpinan antara umno/BN dan Pakatan Rakyat."

dan di tukar kan kedalam BI.

Dia beranggapan penulis blog, tidak melihat apa-apa tindakan yang dilakukan PR.

Seeloknya periksa dulu, sebelum mengatakan "Broken Language" kepada orang lain :)

buloh said...

nazri, ko kata negeri kelantan mundur..., baka pencacai umno sekor ni tak reti bahasa ke atau buat2 bodoh.., secara mudahnya.. bagilah sebanyak mana penerangan, fakta atau apa sekalipun si mangkuk sekor ni masih akan menangkan parti pujaannya... ko hanya dimomokkan dengan berita2 yg ditapis, diedit dan diluluskan utk siaran, oleh puak2 parti ko tu.... mana nak nampak.., yelah.., bolehlah dibanggakan sabah sarawak tu maju..., pasal apa.., pasal ko tgk sana ada intenational airport, ada pelabuhan, ada hotel taraf lima bintang.., kalau macam tu lah definisi kemajuan bagi diri ko, aku buleh kata satu jelah,, ko ni memang baka umno sampai taik pun cop umno.... buta perpektif... hahaha. ko penah sampai kelantan tak, ko ni memang katak bawah tempurung.., ko ni macam stupid geek yg dok mengadap komputer tulis itu ini padahal.., habuk pun tarak.... sebenarnya aku tgk penulisan ko pun bukan ada point apa.., asek ulang benda sama je....

OthmanO said...

Ini kena jawab dulu. Begini Yob walau pun solat 1000 tahun shj maseh berguna,biar BIJAKSANA..jng bijaksini CAMRY09.BN ADALAH SATUNYA KERAJAAN YANG TAK MENGHORMATI UNDANG2.Kerajaan Malaysia nak kata demokrasi pun tidak Islamic jauh sekali.BNtak menghormati pilehan rakyat.BN mencekek dan mencari jalan menjatuhkan kerajaan pilehan rakyat.Sudah 19tahun mereka mencekek KELANTAN dan skr mereka mencuri pula PERAK.Hanya kesedaran rakyat dan inisiatif PR untuk memberi maklumat yg meluas shj dapat meyedarkan rakyat jelata.JANGAN SESEKALI BEGADUH SESAMA SENDIRI.

juragan said...

Yang bOlih dan X Bolih dlm UMNO/BN

Yang X Bolih Olih Umno.
1. Bekas Mufti Nak Buat Ceramah hal Ugama.
2. Nak buah Amal Jariah dan Sedekah Lembu korban
3. Nak Dedah siapa yg bunuh Altantuya.
4. Nak Tangkap Gadis Melayu yang buat ratu cantik dengan dedah aurat.
5. Laksanakan Hukum Islam dan Hudud.
6. Nak bela gadis yang kena rogol olih pemimoin umno.

Yang Bolih Dalam UMNO
1. Bunuh Orang
2. Buat Rasuah
3. Tuduh dan Fitnah
4. Langgar undang2 dan Langgar Perjanjian.
5. Rampas Negeri orang.
6. Hina Raja.
7. Langgar Hukum Tuhan
8. Caci dan Hina Ulamak
9. Meempersendakan ayat quran dan hadis.
10.Hina Nabi.
11. Tangkap dan dakwa orang yang nak bela gadis kena rogol.
12. Tangkap orang yang nak Pilihanraya tu adil dan bersih.
13. Tangkap orang yang nak bela bahasa kebngsaan.

mad said...

haha nama madey, pemimpin kesayangan nazri, dah kena sebut dalam verbatim meeting pac. aku memang dari awal dah dapat mengagak mamak ni memang terlibat sama dan kemungkinan besar mendapat habuan paling banyak dari projek pkfz yg kini menjadi gajah putih dan merupakan skandal terbesar kerajaan bn. inilah pemimpin yg ko sokong nazri

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2009/11/kan-teman-dah-cakapmangkok-ni-mesti-ada.html

zauhari H said...

assalmualaikum dan salam berdiskusi.
saya bukannya nak mengulas apa yang dikatakan di atas kerana bagi saya hanya hati yang buta tak dapat melihat mana kaca dan mana permata.Saya hanya hendak bercerita mengenai batapa ceteknya pengetahuan seorang MP dari parti pemerintah yang mungkin memang tak layak jadi seorang pemimpin kerana kecetekan pemikirannya. Di sidang parlimen tdi bertempik baran seorang MP apabila seorang timbalan menteri mengatakan melayu pun ada etniknya seperti minang dan jawa. Kata MP itu kami melayu tak da ennik maksudnya melayu mutlak. Tak sedarkah MP itu kami di Sabah Tidak seorangpun diletakkan bangsanya sebagai melayu disijil kelahiran sebaik sahaja dilahirkan walaupun dari segi kelayakan kami memang dari rumpun melayu. Kami di asingkan dengan bangsa tidong, bisaya bugis jawa, bajau dan sebagainya. Kata -kata MP itu memuskilkan saya kerana kalau benar memang tiada etnik dalam melayu kenapa kami dperlakukan sedemikian? kenapa MP tersebut tidak pernah meperjuangkan status bangsa kami. Adakah melayu itu hanya untuk mereka disemenanjung malaysia sahaja? Atau opun memang ia disengajakan agar kesatuan bangsa melayu kami sentiasa longgar dan rapuh? inikah perjuangan oleh parti yang dikatakan memperjuangkan nasib melayu? setahu saya sejak merdeka sehingga hari ini tidak pernah isu ini diperjuangkan. Mungkin para pemimpin UMNO lebih suka kami dipecahkan sebegini agar kami tidak boleh menggugat mereka. Dan itulah sebab pembahagian kekayaan negara tidak sehebat kepada bangsa kami di sana? Kami keturunan melayu dan bumiputera sabah masih ramai yang tidak mempunyai tanah sedangkan bangsa melayu dari seberang yang baru berhijrah kesini begitu mudah membuka perkampungan baru dan memiliki tanah berpuluh hektar luasnya. Di mana pejuang melayu bumiputera yang sebenarnya?

RAKYAT BERDAULAT said...

Kebodohan RAKYAT Malaysia adalah kerana memangkah LAMBANG PARTI dalam pilihanraya...PARTI POLITIK KERAjaan atau PARTI PEMBANGKANG tak kesah sangat KUALITI CALON...sebab KEBANGANGAN rakyat tadi diambil KESEMPATAN oleh Pemimpin POLITIK yang JUGA TAK BERKUALITI dunia...ilmu dan skill...akhirat...JAUH SEKALI...BERKARAOKE dan DANGDUT ...itulah syarat nak jadi CALON...

mad said...

nazri ko memang biawak haha

angah said...

KAH KAH KAH KAH

APER KE BODOH PUNYA NAZRI KANGKONG NIE...

BENGAP SESANGGAT....BODOH....

KELANTAN MUNDUR???SEBAB SIAPA??? SIAPA YG TAKUT BAGI WANG ROYALTI?? DARI ROYALTI DITUKAR WANG EHSAN... ADIL KAH???

TAPI KALAU NAZRI BODOH NAK TAHU..NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA SABAH...KALAU NAZRI BODOH NAK TAHU..PURATA GAJI DI SABAH HANYA 200 SEBULAN... NEGERI MANE YG MUNDUR SEKARANG???

Nazri said...

angah said...

KELANTAN MUNDUR???SEBAB SIAPA??? SIAPA YG TAKUT BAGI WANG ROYALTI?? DARI ROYALTI DITUKAR WANG EHSAN... ADIL KAH???

--------------------------
kah kah kah woi budak bodoh lagi bebal.siapa pulak yg takut bagi wang royalti kat Kelantan pulak ni?bukan ke Najib dah bagi jaminan yg wang royalti kelantan akan dibayar tahun depan.apasal ko mempersoalkan antara wang ehsan dgn wang royalti?sebenarnya antara wang ehsan dgn wang royalti itu semua tak penting sgt, YANG PENTING kerajaan negeri kelantan mendpt wang drpd kerajaan pusat.

buloh said...

nazri kangkong dah lari tajuk, kot ye pun nak cite pasal wang ihsan ke, royalti ke apa.... habiskanlah satu2.., mana point kau utk counter blk hujah2 yg ko cakap kelantan tu mundur.., ada fakta ke.., ngok sungguh si nazri kambing ni.... mundur sikit kelantan, mundur sikit kelantan... bangang

mad said...

woi nazri kenapalah ko bebal tak pandai2. sudah lama ko masuk blog ni tapi satu ilmu pun ko tak dapat. makin bebal adalah. lebih baik ko mati cepat nazri. taklah mak bapak ko buang duit beli beras utk ko makan ari2.

jai said...

Nazrina Kangkong said...

kah kah kah woi budak bodoh lagi bebal.siapa pulak yg takut bagi wang royalti kat Kelantan pulak ni?bukan ke Najib dah bagi jaminan yg wang royalti kelantan akan dibayar tahun depan.apasal ko mempersoalkan antara wang ehsan dgn wang royalti?sebenarnya antara wang ehsan dgn wang royalti itu semua tak penting sgt, YANG PENTING kerajaan negeri kelantan mendpt wang drpd kerajaan pusat.

Kah kah kah...

Woi cik puan nazrina kembang semangkuk!!!

Kalau dari sudut sebutan 'royalti' dan 'wang ehsan' pun berbeza, dari segi apa yang sama???

Royalti berapa billion???

Wang ehsan berapa juta???

Kah kah kah...

Woi cik puan nazrina kembang semangkuk!!!

Yang sama ialah...

DARI DULU SAMPAI HARI NI KO MEMANG BODOH!!!

KO LAH PENCACAI UMNgOk BoNgok YANG PALING BAHALOL DI SINI!!!

Kah kah kah...

storm62 said...

aikssss...biawak nazri lagi nak berkelentong kat sini?

hello bro mad, biawak tak makan beras la, yg nie hanya makan apa yg diberi oleh umno, mungkin bangkai2 ahli2 umno rasuah yg baru meninggal....mak bapak diani dapat jugak save banyak duit...wak ka ka ka.

Nazri said...

kemunduran Kelantan mmg tidak boleh disangkalkan lagi.kat Kelantan tu mane ade bangunan yg canggih-canggih dan jauh sekali ade bangunan yg tinggi-tinggi.takkanlah duit keuntungan yg beratus-ratus juta hasil pembalakkan di Kelantan pun tak mampu membina bangunan yg canggih kot.boleh dikatakan duit hasil pembalakan di Kelantan sj boleh digunakan utk membasmi kemiskinan tegar di kelantan, tapi nape tahap kemiskinan di Kelantan masih tinggi lagi?ke manakah kesemua duit hasil keuntungan pembalakkan yg beratus-ratus juta tu pergi?ke poket Husam Musa?ke poket Nik Aziz?ke poket kroni-kroni pemimpin Pas?ke poket anak-beranak pemimpin Pas?itu semua hanya Tuhan je yg tahu.jadi tak payah nak cari alasan kononnya kemiskinan tegar yg tinggi di Kelantan disebabkan oleh tak mendpt wang royalti drpd kerajaan pusat.kalau bukan disebabkan penyelewengan wang drpd kerajaan negeri pimpinan Pas, dah lama dah kelantan bebas drpd kemiskian tegar.kpd penyokong Pas, bukalah mata kalian jgn mudah diperbodohkan oleh pemimpin Pas yg haprak yg indah khabar drpd rupa.

Pakcik Don said...

Nak mencelah sedikit...kelantan negeri MELAYU..

Hang perlekehkan negeri MELAYU...hang perlekehkan MELAYU.......SIAPA yg sekat Kelantan???????Bukankah Melayu jugak.....

Nazri oiiii...Buatlah Solat sunat banyak2
Bersihkan HATI hang yg hitam likat tu....

Jangan NYAWA kat kelongkong baru nak Putihkan HATI hang.....tak guna daaaah......

Bangang/bodoh/biawak/jin aprit dan macamm DOA
hang terima.....tak tahulah DOA mereka makbul
bangun pagi hang macam tuuuuu...selisih malaikat 45....takuuuuuut

fidel castro said...

saudari nazri biawak..
pernah jejak kaki ke kelantan ke? tau ke berapa penerbangan sehari dari kb ke kl? 8 hinga 10 kali sehari. dan cuba liaht hotel renaissance,diamond puteri,new pacific dan juga kb mall serta tesco tak lupa giant, kalau kelantan tak ada kemajuan nak ke orang datang melabur? bukalah minda sedikit wahai nazri biawak. kat negeri BN ada ke MB bagi takzirah atau kuliah agama?
betul kata pakcik don bertaubatlah atau terus lah memakan bangkai sebagai makanan kegemaran mu.

jai said...

Kah kah kah...

Geli ketiak aku baca komen cik puan nazrina kembang semangkuk pada November 5, 2009 9:33 PM di atas.

Kah kah kah...

Woi cik puan nazrina kembang semangkuk!!!

Pada engko kalau ada bangunan tinggi itu pembangunan la ye???

Asal ada bangunan itu la pembangunan???

Pembangunan kepala hotak engko namanya tu!!!

Kah kah kah...

Apa punya sengal tahap pemikiran ko aku pun tak tau nak cakap.

Kah kah kah...

kerikil said...

hoi Nazri fikiran sempit dan kolot..sedap2 mulut ko ni kata pemimpin pas kelantan rembat duit dan masuk poket sendiri...hoi brengset cakap pandai sangat pasal fitnah skrg ko ni terang2 buat fitnah pd HUSAM.NIK AZIZ DAN pemimpin pas..hoi ko x takut dosa buat tuduhan fitnah melulu tu..ko tahu apa hukumnya orang yg buat fitnah..tapi aku x heran ler dasar puak2 pemimpin dan pencacai umno ini memang x lari dari buat kerja terkutuk ni...insaflah ho Nazri sebelum terlambat seandainya ko ni mana lah tahu hari ko ditimpa kemalangan dan maut..tentu tak sempat ko nak minta maaf pada orang ko fitnah tu..x pasal2 neraka yg ko dihumbankan nanti dakhirat..cukuplah pemimpin2 ko tu yg buat dosa dan jgn kau ikut sama...mereka tu pemimpin ko..hidup dah bergelumang dgn seribu satu dosa yg payah x bertobat..jd aku nasihat ko..insaf dan insaf dan bertobat...

MelukutDi Tepi Gantang! said...

Cikgu Sofi,

Siapa yang mundur? Ini lunas Sdra Nazri kita semua kena ramai2 ubah!

sratiban said...

Pedulikan aje si Nazri tu.
Kepada PKR teruskan kerja kuat sungguhpun sentiasa ditekan oleh banyak pihak. Nak buat baik ni memang banyak cabarannya dan ganjaran di sisi Allah juga besar. InsyaAllah bila niat kita baik Allah akan tolong.
Mari kita bantu seramai mungkin rakyat Malaysia tanpa mengira batas agama atau bangsa. keadilan tetapmenjadi teras perjuangan.
Firman Allah: An-Nisa ayat 135:

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

salam perjuangan.