Mana-mana penjawat awam yang kerap ponteng kerja dan kemudiannya beli 'MC' dengan harga RM5.00 tidak perlu rasa bersalah dan tidak perlu takut kepada ketua jabatan. Malah mulai sekarang semua penjawat awam, saya ulangi semua penjawat awan digalakkan untuk ponteng kerja.Slogan "Kepimpinan Melalui Tauladan" perlu diamati. Wakil Rakyat adalah idola dan icon contoh yang terbaik. Parti politik yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah rakyat bukan hanya memberi amaran malah menyingkir wakil rakyat yang gagal berkhidmat dengan cemerlang seperti yang dituntut. Hanya parti politik yang haprak, hapak, hancuss dan rakus yang mempertahankan wakil rakyat yang berperibadi haprak, hapak, hancuss dan juga rakus.
Justeru kepertanggungjawaban dan keprihatinan terhadap rakyat maka Parti Keadilan Rakyat telah menyingkir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang ternyata seorang yang amat pemalas dan telah mengkhianati amanah yang disandarkan kepadanya.Manakala dalam isu yang sama, malahan lebih dahsyat lagi ia bertentangan dengan tertib dan perundangan Dewan Undangan Negeri, UMNO dan BN telah mempertahankan wakil rakyatnya yang juga jelas pemalas dan menipu rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh, Kedah Datuk Abu Hasan Sarif dari Barisan Nasional (BN) telah tidak hadir sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos 2009 tanpa izin Speaker. Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa “sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi mereka seharusnya dianggap kosong.”UMNO dan BN dengan jayanya telah memperalatkan sistem perundangan negara, justeru pada pukul 7.24 malam tadi, hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Sulong Matjeraie berkata permohonannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mahu satu pilihan raya kecil diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah diterima.
Beliau berkata keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan pilihan raya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam.
Datuk Sulong Matjeraie, izinkan saya bertanya. Apakah benar keputusan ini disebabkan untuk mengelakkan pembaziran? Apakah demi mengelakkan pembaziran maka Undang Undang Tubuh boleh diketepikan? Hakim sudah berbicara seperti orang politik pula nampaknya. Pembaziran berbillion ringgit wang rakyat dalam kes rasuah dan salahguna kuasa di Perlabuhan Kelang dan 'double rail link' Rawang-Ipoh, Datuk Sulong tidak perasan? Sekarang ini pula hendak sembang pasal pembaziran kononnya hendak tunjuk rasa prihatin terhadap dana awam!!! Majerin yang berbau UMNO!!! Kalau mahkamah sudah halalkan ponteng kerja, mulai esok wahai penjawat awam jangan malu dan segan untuk ponteng kerja.
11 comments:
buat kerja malas elaun ambik.apa punya bangang adun BN ni...kalau dah rasa x semangat lg nak berkhidmat untuk rakyat...buat surat perletakan jawatan dan hantar kat speaker, habis cerita..ni tidak mengaku tak hadir sidang dewan sebab cuti sakit,.cuti sakit kpla otak dia..sidang dewan dah berjalan beberapa hari lepas tu dia gi klinik pakat dgn doktor tolong bg MC..tapi bila speaker umum sudah kosong kerusi tersebut,.ia pula bersama2 pemimpin dia yg bodoh tu gi mahkamah..yang SPR pula dah jadi lebih sudu dari kuah...aku harap SPR ni yg mana pengerusi dihumbankan saja...tali barut dan barua UMNO.
Dlm kes dikedah,SPR yg sepatutnya jadi pengadil, tp sekarang nampaknya pengadil lebih sudu dari kuah.kalau tk nk bazirkn dana awam, janganlh guna jentera kerajaan dlm PRK,gunalh jentera parti masing2.kehadiran polis yg terlalu ramai nampak sprti nk perang buknnya nk PRK, inilh yg jadinya PEMBAZIRAN.....
SELAMAT HARI RAYA KORBAN utk semua.
Kah kah kah...
Diorang tu bukan ponteng kerja, cuma meng'ular' je.
Kah kah kah...
BN= Belit Negara
ITULAH BN=BANGSAT NEGARA, SEMUA BOLEH. NAMPAKNYA LEBAS INI BANYAKLAH KLINIK-KLINIK YANG HANYA BEROPERSI UNTUK MENJUAL MC SAJA. TAK PERLULAH ADUN-ADUN BN HADIR SIDANG. GERANTI SPR BOLEH TOLONG.
Dah agak dah...akhirnya ke peringkat RAYUAN...
habisle...tewas.
Mula2 kasi chance...nampak telus....
Bila ke RAYUAN...KO di buatnya.
Kepada HAKIM2...Salam dan Selamat Raya KORBAN.
Kita Tunggu Di sanaaaaa....Hakim2 tuu dal lanjt usia...faham2leee. jumpa disanaaaaaa.
umno hei umno bodoh@tolol...kalau dikatakan PRK tu membazir je..jangan brtnding dan bagi PAS letak calon dn menang tnpa brtanding..senangkan..itulah nak bg hujah dah mcm orang bodoh tapi mengaku pandai...serupa dgn penceroboh blog KR ni iasitu Nazri@biawak..
inilah dia sikap parti yg menerajui kerajaan pujaan saudara nazri biawak. tak hairanlah negara kita semakin jauh ketinggalan dalam Corruption Perception Index antarabangsa. mahkamah malaysia sudah lama dilihat sebagai mahkamah kartun. aku langsung tak respek mahkamah negara ini dari dulu seperti aku tak respek ahli politik jahanam umno/bn. cilakak ko nazri
Jangan risau..kalau itulah TARAF wakil rakyat kita di Malaysia..baik dari BN Umngok atau PR...alamatlah Malaysia akan jadi NEGARA lebih MUNDUR dari PAPUA NEW GUINEA..ilmu dan kemahiran DUNIA AKHIRAT tak ada...angan2 besar jadi YB..akhir dia panadai...SATU untuk engkau...DUA untuk aku..DUA untuk engkau...200 untuk aku...
ponteng sidang dun xpa bagi umno...undang2 depa yg buat...tapi yg pelik bin ajaib Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR) ni yg buat rayuan xnk wt prk...patutnya bia umno jer yang wat rayuan...klu PR yg kena knpem SPR xbuat rayuan...haprak tul SPR...
apa benda yg membazir??
wa rasa bagus ade pilihan raya ni sbb kawasan kampung2 boleh dpt faedah pembangunan..
mcm korg x tau umno/bn ni suka "bersedekah" letika waktu pilihan raya..
atau pun membazir sbb kerajaan umno/bn tepaksa mengunakan bnyak peruntukan pembangunan negeri2 lain semata2 utk menang kat kwasan yg ade pilihan raya??
hakim makhamah rayuan tu sedang bercakap tentang politik.. bukan perundangan..
ntah2 pru 13 nanti pun diorg guna makhamah utk ditanguhkan atau dibatalkan.
sbb membazir..
bodoh negara ku malaysia..
saya rasa untuk mengisi kekosongan kerusi DUN KOTA SEPUTIH yang ditinggalkan oleh adun pemalas ini senang je.sebagai menyahut seruan SPR supaya tidak berlaku pembaziran wang rakyat, elok rasanya buat lantikan terus siapa yang dapat undi kedua terbanyak, sebab umum mengetahui sipolan ini pun bukan sedikit undi rakyat yang memihak kepadanya.jadi senang kerja dan pembaziran dapat dielakkan.....ape??? setuju....SPR???
Post a Comment