Followers

Friday, November 13, 2009

Sampai Bila Kita Harus Ditindas Dan Ditipu?

Salaam semua rakyat Malaysia,

Saya hampir bosan dengan segala gelagat kebinatangan yang masih terus bermaharajalela di negara Malaysia tercinta. Segala kesialan dan hura-hara yang kekadang berlaku hampir semuanya berakibat daripada tipu muslihat dan sifat haloba yang diamal-budayakan oleh para pemimpin yang kononnya berjuang untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Sejarah kemerdekaan Malaysia diputarbelitkan. Hasil bumi yang mewah dihadam hampir kontang oleh maluan yang berhati binatang!!.

Merdeka!! Merdeka!!! Merdeka!!! kata Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!! jeritan rakyat. Siapa yang merdeka? Siapa yang celaka?

Pemimpin yang merdeka. Tetapi rakyat yang mendapat celaka. Haram jadah sungguh para pemimpin yang bertopengkan perjuangan luhur tetapi mengait harta rakyat dan melupuskan warisan negara.

"Demi memperjuangkan hasrat dan inspirasi rakyat maka saya bertanding untuk mewakili kalian di kawasan ini" - Lantang bicara hampir kesemua calon dalam setiap pilihanraya. Celaka engkau semua wahai wakil rakyat yang khidmatnya untuk menipu rakyat!! Masa hendak memikat undi, berbagai janji dan sumpah yang kalian muntahkan. Bila menang pilihanraya, kalian bersandiwara di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Sebelum menang, menjelang pilihanraya, hampir semua lorong, denai, sawah dan ladang kalian hampiri. Bila sudah menang, jangankan denai, kampung pun kalian jijik untuk dekati. Dan kalian mendabik dada, Akulah pemimpin. - Chiss Pemimpin sial. Pemimpin haramjadah!!

Perlembagaan Negara, Undang-Undang Negara wajib dipatuhi. Kepala hatuk mana yang mengajar undang-undang negara 'Wajib' dipatuhi? Undang-Undang ALLAH SWT diketepikan. Undang-Undang manusia diagong-agongkan. Pukitiang punya pemimpin.

Fine! kita akur. Undang-undang negara dipatuhi. Tetapi kenapa mesti hanya rakyat yang wajib akur kepada perundangan negara. Kenapa pemimpin terlepas daripada segala perundangan ini.

Oh!! Sofi berbohong. Oh!! Sofi merapek meraban. "Semua rakyat tidak kira darjat dan pangkat tertakluk kepada undang-undang negara" Itulah ucapan hampir semua mereka yang berada di persada kuasa. Mereka menipu rakyat terbontang.

Kalau benar undang-undang dilaksanakan secara telus, jujur dan adil, maka kenapa hal ini berlaku?:

- Highland Tower runtuh ranap, apa kesudahan penyiasatannya?

- Wang panas dengan beribu ekar tanah di Johor tergadai kepada rakyat Singapura semasa Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar, disiasat tetapi apa hasilnya? Kenapa pertualang pembawa sial kes itu masih tidak didakwa?

- Hasil bumi negeri Pahang berbillion nilainya diperkuda-butakan oleh beberapa orang bekas menteri besar negeri itu. Apakah semuanya terlepas dan terkecualikan daripada undang-undang negara?

- Altantuya mati dibom. Di bom menggunakan C4. C4 dalam simpanan bilik kebal tentera. Kenapa tiada siasatan siapakah puaka laknat yang mengarahkan C4 dikeluarkan?

- Menteri Pertahanan semasa C4 itu bolos keluar adalah Datuk Seri Najib. Apakah sebagai Menteri Pertahanan beliau tiada kepertanggungjawaban dalam isu ini?

Di atas hanya contoh yang entah kosong perpuluhan berapa peratus daripada insiden yang menjahanamkan kepercayaan rakyat kepada pemimpin, tetapi dibutakan oleh mereka. Semata-mata kerana mereka berkuasa, maka undang-undang mereka kuis ke tepi. Salahkah jika saya kata mereka adalah antara pemimpin haramjadah? Bapak kepada segala penipu dan pendusta.

Orang kampong, orang susah; bercucuk tanam di tanah kerajaan - ditangkap, didakwa dan didenda. Sebabnya: menceroboh tanah kerajaan. Pemimpin rembat jutaan ringgit hasil balak dan lombong, lepas bebas malahan ada yang diangkat menjadi Tuan Yang Terutama!! Bukan ke sial namanya itu?

Rakyat susah, memandu tanpa cukai jalan; ditahan, didakwa, didenda. Bukan kerana mereka salah tetapi mereka rakyat susah dan miskin. Pemimpin memboloskan jutaan ringgit wang rasuah keluar negara, dinobatkan sebagai Menteri Besar. Bukan kerana mereka tidak salah tetapi kerana mereka pemimpin dan terkecuali daripada undang-undang. Bukan ke haramjadah namanya itu?

"One Malaysia: Rakyat diutamakan". Kepla hanguk mak engkau!! Konon rakyat diutama. Bila ada rakyat melaporkan kepincangan dan rasuah para pemimpin, rakyat yang disiasat dan akhirnya rakyat yang melaporkan juga yang bersalah. Perasuah tetap lepas bebas. Kerana mereka pemimpin. Pukitiang punya pemimpin.

Kugan ditangkap kerana 'disyaki' melakukan jenayah. Ok!. Kugan mati dalam tahanan polis. Kes senyap! Senyap sesenyap-senyapnya! Kerana apa? Sebab mereka polis. Mereka berkuasa. Undang-undang hamprak mana yang mereka guna?

Zakaria Mat Derus makan dan rembat wang rasuah sampai mati. Buat mahligai jutaan ringgit. Apa cerita? Dulu kerajaan haramjadah, Menteri Besar dia anak Toyo sama perompak. Dia tutup kes. Sekarang kerajaan Pakatan Rakyat. Kenapa tidak betul-betul bongkarkan kes ini? Mahligai hasil rasuah sialan masih tersergam.

Cerita terbaru Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohd Hassan telah meloloskan wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008. Harami, menteri besar buat kerja sundal.

Wahai rakyat satu Malaysia, bangkitlah. Bangunlah. Pejuangkanlah hak kita yang semakin tipis dan hampir kontang ini. Jangan biarkan manusia-manusia berhati binatang ini terus-terusan mengkhianati warisan nenek moyang kita.

Benar kita wajib hormati pemimpin. Tetapi pemimpin yang bagaimana? Apakah pemimpin yang nyata menjahanamkan masa depan kita juga kita mesti hormati? Kalau itu yang kita lakukan, maka bacul sangatlah kita. Kita akan didakwa bukan oleh mahkamah dunia, tetapi mahkamah ALLAH SWT. Salahnya kita kerana terlalu bersikap 'Tidak apa'.

Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, Pak Janggut, bangkitkanlah semangat juang rakyat. Gerakkan aliran dan arus penentangan kental terhadap segala kepincangan ini. Rakyat perlu dijenterakan untuk terus menendang terajang segala kesialan yang dilakukan oleh pemimpin durjana ini.

Rakyat kekadang memandang sinis terhadap Parlimen. Parlimen terlalu kerap dijadikan tempat pemimpin durjana melakonkan agenda sandiwara mereka. Parlimen bukan lagi mereka berdebat untuk memperjuangkan nasib rakyat, tetapi pemimpin aparat menjadikan Parlimen sebagai gelanggang menzahirkan retorika mereka. Mereka bersandiwara menipu rakyat dengan niat memboloti setiap inci khazanah negara yang semakin sempit.

Wahai rakyat Malaysia, bangkitlah, himpunkan segala tenaga dengan semangat juang yang kental mampan dan ayuh kita perangi pemimpin sial dan durjana.


Salaam Takzim.
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat


19 comments:

amirmhd said...

KR:

apahal ko Cikgu Sofi, ngamuk2 tiba2 nih? aku prasan tetiba blog2 penyokong PKR PAS sepakat hentam DS Najib dan Kerajaan Pusat ni apahal? Betullah mcm YB Zul Kulim kata "...rancangan utk serang PM"?

bawak2 solat sunat malam banyak2, ngaji banyak2, doa banyak2

hati2 supaya apa kita buat tidak lebih menghancurkan kalau pun tidak membaiki. selidik balik niat, kadang2 kita sangka apa lita buat tu baik tapi sebenarnya merosakkan... hati2 Cikgu Sofi...

ex-umno said...

kalau pemimpin umno sundal maknanya penyokong2 umno lg sundal.. da le rasuah, melatah plak harta rakyat tanpa segan silu. begitu rakusnya pemimpin2 umno.. knp la KuLi x kuar2 umno lg ek??

Ade said...

Bro Sofi.

" Sejarah kemerdekaan Malaysia diputarbelitkan. Hasil bumi yang mewah dihadam hampir kontang oleh maluan yang berhati binatang!!!."

maluan ke malaun? Kalau maluan pun tak pe kot. Kita ni memang diperintah oleh orang-orang yang mementingkan kemaluan.

jai said...

amirmhd BANGSAT UMNO said...
KR:

apahal ko Cikgu Sofi, ngamuk2 tiba2 nih? aku prasan tetiba blog2 penyokong PKR PAS sepakat hentam DS Najib dan Kerajaan Pusat ni apahal? Betullah mcm YB Zul Kulim kata "...rancangan utk serang PM"?

bawak2 solat sunat malam banyak2, ngaji banyak2, doa banyak2

hati2 supaya apa kita buat tidak lebih menghancurkan kalau pun tidak membaiki. selidik balik niat, kadang2 kita sangka apa lita buat tu baik tapi sebenarnya merosakkan... hati2 Cikgu Sofi..

Kah kah kah...

Woi amirmhd BANGSAT UMNO!!!

Ko ni buta atau tuli???

Kalau sprm boleh bertindak dengan laporan sebuah blog 'hantu' kononnya wakil rakyat PR di Selangor rasuah, kenapa sprm tak boleh bertindak dengan laporan salah laku pemimpin umno di blog DSAI???

Kah kah kah...

Kalau tak ada benda nak cakap lebih baik ko diam je la ngok!!!

Tak payah nak suruh orang lain solat sunat la, ngaji la, doa la, sedangkan kemungkaran depan mata ko sokong!!!

Konon bebas tapi umno!!!

Kah kah kah...

Kharghhhhhh... Tuihhhhh....

amirmhd said...

jai:

some questions are worth no answers
- ssesetengah soalan tak bernilai utk dijawab. macam yg ko soal dan persoalkan la

pakai otak la

Grind To The Core said...

amirmhd sebenarnya berpura-pura baik...x payah nak tipu diri sendiri la. semua benda nak kena hidup harmoni, bila pemimpin depan mata sesat pun kena hidup harmoni jugak.....baik lu hidup je la dalam tv drama swasta Bolehland, memang penuh harmoni tu. dasar hipokrit....

adakah kamu fikir pemimpin walaupun sesat, dia tidak layak dikutuk dan ditegur atau dimaki?

Balabaque said...

amirmhd said...

jai:

some questions are worth no answers
- ssesetengah soalan tak bernilai utk dijawab. macam yg ko soal dan persoalkan la

pakai otak la
---------------------------

- sebab engkau x dapat nak mengungkapkan jawapannya kan?

- hahahahahahahahaha

wak said...

hati2 supaya apa kita buat tidak lebih menghancurkan kalau pun tidak membaiki. selidik balik niat, kadang2 kita sangka apa lita buat tu baik tapi sebenarnya merosakkan... hati2 Cikgu Sofi...
November 14, 2009 3:18 AM

- wadoh. patutlah wak tembak burung tidak hancur. sebab wak pakai senapang patah. kalau wak pakai c4 ya hancur burungnya.

wak said...

Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, Pak Janggut, bangkitkanlah semangat juang rakyat. Gerakkan aliran dan arus penentangan kental terhadap segala kepincangan ini. Rakyat perlu dijenterakan untuk terus menendang terajang segala kesialan yang dilakukan oleh pemimpin durjana ini.

- wadoh. hal ini bisa wak ikut serta. bila maunya? wak bawa sama senapang patah wak. apa bisa? kalau ada yang piciskan air asid bisa wak tembaki dia.

fidel castro said...

CIK AMIR..
topik di atas memang patut diperbahaskan.
dan komen abang sofi itu komen dia.
saya tak nilaikan kan komen abang sofi sbg amukan.
pakailah otak sikit. tak suka komen abang sofi kalau tak boleh komen balek baik BACA DAN DUDUK DIAM.

WARIS XZ said...

Tuan2...Kalau busuk,haprak,bacin jangan kata wangi....

Kalau perasuah, perompak,penyamun jangan kata
baik.....

Kalau hitam pekat hatinya jangan kata putih...

Kan simple.....buruk tetap hodoh...jangan kata
cun.... Kalau perasuah kata baik...ANDA adalah
MELAUN......pie main jauh2....

Anonymous said...

Jangan bimbang menjelang PRU -13, UMNO sebuah parti politik Perompak Negara/ PerompaK Rakyat Malaysia yang tidak berdosa/ Perasuah Professional yang berpegang kepada Moto "RASUAH DIDAHULUKAN,PERASUAH TULIN DIUTAMAKAN " akan dibaham oleh fenomina " GALACTICA ALIGNMENT " yang dijangka akan berlaku pada 21 Dis.2012. UMNO ,ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokong UMNO yang jahil dijangka akan menjadi mangsa "GALACTICA ALIGMENT" golongan manusia yang mengagong-agongkan UMNO dan pemimimpinnya, serta gaya pentadbiranya yang bertentangan dengan kehendak kitab suci AL-Quaran tidak dapak diselamatkan kerana penyakit RASUH serta tidak keperimanusiaannya kemungkinan besar akan mereputkan " AL-AJIB" UMNO dan penyokong-penyokong jahilnya yang selama ini terpengaruh dengan drama tajaan UMNO.

storm62 said...

amirmhd said...
jai:

some questions are worth no answers
- ssesetengah soalan tak bernilai utk dijawab. macam yg ko soal dan persoalkan la
..............................................

so arsehole amirmhd, pls do not use the internet....we use the internet to find answers and solution....so, amirmhd, pls stick to reading the utusan meloya saja, ha, yg tu tak bernilai untuk kami baca!

ko ni mcm hakim ke? bila tak berupaya nak jawab..."objection" or "irrelavent" ka ka ka. ko ajar anak ko tak payah jawab soalan2 disekolah jugak ke?...ka ka ka...bodoh sombong!

Balabaque said...

strom62

- aku tumpang gelak..... hahahahaha
- dah lah bodoh sombong...pengecut lg tu... kata bebas padahal penjilat BN!!!!

Nazri said...

alah korang marah sampai kuat mane kat BN pun, bukannya PR boleh mengambil alih Malaysia drpd kerajaan BN pun.jadi buang masa je korang komen bende-bende yg tak elok pasal BN.tengok sebelum prk bagan pinang yg lalu, banyak artikel tentang keburukkan BN telah disebarkan oleh parti pembangkang, tapi sokongan rakyat terhadap BN tak tergugat juga malah mendpt kemenangan lagi besar tu adalah.

storm62 said...

hello biawak nazri, kalo lah pemimpin2 bn tu semua bermaruah, beretika, adil, tak berasuah, tak bunuh, tak merogol dan berkemampuan menubuhkan sebuah kerajaan dgn adil dan beramanah.....kami tak kesah, maka kami akan sokong sepenuh2nya......tapi....kalo ada pm umno yg selalu berbohong, berasuah dan penuh dgn skandal tak akan rakyat akan sokong pemimpin mcm ini? ko ni buta ke, berpura2 buta? ko ni nak balik jadi manusia ke atau nak jadi biawak sepangjang hidup anda?

wei biawak, kalolah pembunuhan, perogolan dan penipuan yg umno buat tu terkena kpd ahli2 keluarga ko, ko masih sokong depa lagi ke?

kah kah kah....kalo dah tau pemimpin tu penjenayah, tak kan kita sokong, betul tak biawak?....ka ka ka.

aku harap Tok Guru Nik Aziz dapat sokongan penuh sbg Pengerusi Pakatan Rakyat tidak lama lagi dan sila kelink ini untuk melihat logo cadangan PR.

http://www.malaysianmirror.com/images/stories/Logo/pakatan-rakyat.jpg

Lawan tetap Lawan.

Balabaque said...

Nazri said...

alah korang marah sampai kuat mane kat BN pun, bukannya PR boleh mengambil alih Malaysia drpd kerajaan BN pun.jadi buang masa je korang komen bende-bende yg tak elok pasal BN.tengok sebelum prk bagan pinang yg lalu, banyak artikel tentang keburukkan BN telah disebarkan oleh parti pembangkang, tapi sokongan rakyat terhadap BN tak tergugat juga malah mendpt kemenangan lagi besar tu adalah.
------------

- ish...nazri... awak ni balik2 ayat yg sama.....

- kenapa mesti bagan pinang sja? Permatang pauh, b. gantang n kwsan lain pun bukan main hebat BN buruk2kan PR? keputusannya BN kecundang juga....apa kes???? hahaha

- wei.... cium tunang tu engkau dah x nak ulas ke? hahaha....

- sokongan besar rakyat?...kalau besar sgt sokongan rakyat kenapa x cuba pula tengok sokongan rakyat kat PERAK???? Takuuuut kah????

- kitaorang marah n buruk2kan BN kerana dah PATUT, SEPANTASNYA ,SELAYAKNYA BN terima semua itu..... awak nak persoalkan? boleh...sila bagi hujah anda.... ingat mesti FAKTA...bukan Ikut Suka Aku!!!!! Ada berani??????

kerikil said...

hei Nazri tolol@Bahalol...kamu ni asyik2 Bagan Pinang..itulah modal dan hujah bangang dari ahli umno yg bernama Nazri..kenapa x banding dgn PRK kuala terengganu yg mana kerusi asal BN tapi bila prk BN tumbang dgn majoriti yg lbih besar...itulah kalau dah bodoh x mengaku bodoh tapi mengaku cerdik sedang diri lebih bodoh dan bangang...kmudian bila kita orang hujah pemimpin ko tu banyak trpalit dgn brmcm skandal dan jenayah..ko cakap biarlah tuhan yg hukum dia di akhirat nanti..inilah modal dungu dan tolol...kalau mcm tu hujah ko..jangan adakan anggota keselamatan dan polis...bila ada rakyat dan malaysia yang melakukan perkara2 jahat dan jenayah tu..jgn tangkap dan dakwa mereka..dan biarkal ia mati nanti dan diakhirat agar tuhan akan menghukumkan mereka.....itulah bangang+Tolol+Bahalol+Bebal= jadi gila dan sasau itulah orang bernama Nazri@Gilasasau.

Doktor Biasa Kawan TED said...

Ha ha ha he he he…ANWAR TAK RETI APA PUN EKONOMI..SABDA : Mahated orang suruhan BN Umngok yang diheret kesana kemari sekarang…ludahlah ke langit TED ooooiiii…AKU SETUJU…ini MENGESAHKAN UMNO parti TERBODOH dalam dunia dan akhirat…17 tahun ANWAR dalam UMNO dan jadi berbagai MENTERI termasuk MENTERI KEWANGAN di bawah DAGU..Al Nyanyuki MAHATED menjadi Presiden UMNO terbangang…Anwar tak reti apa2 ekonomi…Mahated tak ajor ke ANWAR tu menteri kau sendiri…PATUTLah orang MELAYU ketinggalan dalam EKONOMI..kecuali UMNOPUTERA…gampang…MAHATED hanya doctor biasa RETI ke EKONOMI…