
Sepatutnya ini keranda Mat Said bukan Teoh.
Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor mengetuai upacara menggali kubur itu.
Mayat mendiang Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock diusung selepas kuburnya digali semula di Nirwana Christian Memorial Garden dekat Semenyih di sini, hari ini. Mayat mendiang digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan yang dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 16 Julai, Teoh, setiausaha politik kepada anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salahguna peruntukan kerajaan negeri di pejabat SPRM yang terletak di bangunan yang sama. --fotoBERNAMA
2 comments:
Ada tak negara lain yang ada SPRM..berlaku macam TBH ni...malu lah Malaysia NEGARA ISLAM kan kan kan..tak caya tanya TPM Muhyiddin Yasin...Pengerusi SPRM RM RM tu Melayu ISLAM kan kan kan..tak caya tanya Pengarah JAIS...kih kah kuh..
Adalah difahamkan bahawa perkhidmatan Dr Porntip adalah percuma kerana beliau merupakan kakitangan awam dan berada di sini atas urusan kerajaan dengan kerajaan.
Tetapi, bagaimana pula dengan perkhidmatan pakar patologi Britain, Dr Peter Vanezis yang mewakili sprm???
Kenapa sprm tak guna teori pakar patologi tempatan???
Bukankah sebelum ini Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang melakukan bedah siasat pertama telah membuat kesimpulan bahawa Teoh membunuh diri???
Kah kah kah...
Porah la lu sprm!!!
Post a Comment