
Ingatlah wahai bangsaku; Melayu.
UMNO telah, sedang dan akan terus mengerudi setiap sudut hanya dengan niat untuk melalaikan Bangsa Melayu demi agenda jijik dan khianat mereka.
Bangkitlah wahai bangsaku; Melayu.
Demi masa depan Agama, bangsa dan negara; UMNO wajib dihapuskan dari bumi Malaysia tercinta.
Pengalaman seorang blogger: Kursus itu dijalankan sepanjang 3 malam 4 hari. Kami difahamkan ada kursus yang memakan masa hingga berminggu lamanya. Perjalanan menaiki bas pekerja kilang berwarna biru dari sekolah kami menuju ke kem tersebut memakan masa lebih kurang 3 jam setengah perjalanan. Rakan-rakanku yang ‘panas hati’ semakin tertekan kerana kejauhan perjalanan yang ditempuhi dan akibat tidak puas hati dengan keadaan kenderaan bas pekerja kilang uzur yang menyakitkan badan itu.
Kami tiba di kem tersebut pada waktu petang, menjelang waktu Asar. Kehadiran kami disambut oleh beberapa lelaki ‘garang’ dan kelihatan seperti anggota ‘kongsi gelap’ yang samseng. Ternyata kedegilan kami akibat kemarahan berjaya mengatasi rasa rasa takut kami terhadap kegarangan para samseng itu. Hasilnya, hampir setiap perkara dan arahan para samseng itu tidak kami ikuti atau kami lakukan sekadar ‘melepas batuk di tangga’.
Arahan pertama yang amat menyakitkan hati kami apabila para samseng itu mengarahkan kami menyerahkan segala alat perhubungan seperti alat kelui (nasib baik masa tu kami belum pakai handphone), alat perakam, walkman, radio, surat khabar, majalah dan apa saja bahan bacaan. Tidak siapapun dibenarkan untuk bertemu dengan orang luar, samada keluarga yang datang melawat atau sekadar keluar bertemu dengan penduduk tempatan.
Ringkasnya, kami dipaksa untuk melupa dan memutuskan hubungan kepada perkembangan dunia luar sepanjang kursus itu. Tindakan sengaja memutuskan hubungan peserta kepada dunia luar ini ternyata berjaya memberi kesan mendalam terhadap kami, pada ketika itu. Hasinya, sebahagian daripada kami telah berjaya diracuni pemikiran dengan doktrin perkauman sempit itu akibat perasaan tertekan dan kesunyian yang dialami kerana proses pengasingan (isolation) dan pengurungan itu.
Selain daripada itu, larangan bertemu orang luar dikuatkuasakan adalah untuk mengelakkan para peserta dari menyampaikan maklumat dan cerita sensitif yang terkandung dalam semua ceramah dan kegiatan sepanjang kursus itu. Berdasarkan pengalaman peribadi, boleh dikatakan semua kegiatan yang dilaksanakan sepanjang kursus ini secara terang-terangan mengandungi unsur hasutan perkauman yang melampau dan bertujuan untuk mengapi-apikan semangat ‘asabiyah’ di kalangan peserta.
Malam pertama kursus kami dimulakan setelah selesai makan malam dengan program memperkenalkan diri (Ice Breaking). Kami diperkenalkan kepada para penceramah dan pengendali (facilitators) yang akan terlibat sepanjang kursus itu. Ternyata penceramah utama kursus kami itu bukanlah calang-calang orang juga. Walaupun beliau tidaklah setanding dengan Mahathir, namun nama beliau bukanlah terlalu asing di kalangan para peserta pada malam itu. Kami mengenali beliau kerana sering menonton beliau muncul di Televisyen ketika sedang mengendalikan perdebatan di Dewan Rakyat parlimen Malaysia. Penceramah utama kami ialah Mohamed Zahir bin Haji Ismail yang menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat ketika itu, sejak tahun 1982.
Selepas program memperkenalkan diri, kami diajar menyanyikan beberapa buah lagu ‘patriotik’ yang kononnya bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara kepada para peserta. Ada beberapa lagu yang memang sudah biasa bagi kami kerana sering mendengar atau menyanyikannya ketika dalam program sekolah seperti lagu “Barisan Kita”, lagu “Negaraku”, dan lain-lain lagi. Banyak juga lagu-lagu baru yang begitu asing bagi kami kerana ia merupakan pertama kali kami mendengarnya. Antara lagu asing yang sangat mendatangkan kesan perasaan ‘tidak selamat’ dalam diri kami adalah sebuah lagu bertajuk “Warisan”.
Melodi lagu Warisan memang sedap, lembut, mudah diingat dan dinyanyikan secara beramai-ramai. Malangnya, melodi sedap lagu yang lebih dikenali sebagai “Anak-anak Kecil Main Api” di kalangan kami itu ternyata telah diracuni dengan bait-bait kata propaganda jahat dalam bentuk amat tajam dengan sengaja ditujukan kearah sanubari masyarakat orang Melayu. Sebagai pelajar biasa yang selama ini tidak pun ambil pusing masalah politik nasional, ternyatalah kebijaksanaan menggunakan permainan kuasa pemikiran (psychology) dan emosi pendengar telah berjaya memukau perhatian dan minat menghayati di kalangan kami.
Kami menyanyi dengan penuh semangat kerana melodi lagu indah dan mendayu itu memang sangat menusuk hati kami, tambahan pula dengan gubahan senikata dan bait katanya yang membawakan pesanan bersifat ketakutan dan peringatan akan bahaya ancaman terhadap bangsa Melayu yang sedang diancam oleh musuh-musuh.
Paling teruk adalah pengalaman yang telah menimpa seorang dari kalangan peserta kursus kami itu apabila beliau berubah sikap setelah balik dari program itu. Beliau yang selama ini terkenal sebagai seorang yang pendiam telah bertukar menjadi seorang yang bengis dan pemarah, terutamanya apabila melihat para pelajar dari etnik lain. Keadaan emosinya juga terganggu dan tertekan kesan mendalam doktrin yang dipaksakan secara ‘basuh otak’ (brainwash) ke dalam pemikirannya sepanjang kursus itu. Kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk cuba memulihkan beliau dengan bantuan rakan-rakan dari kelab Kaunseling Rakan Sebaya. Proses membuang sikap bencinya terhadap pelajar kaum lain itu terpaksa kami lakukan secara senyap-senyap dari pengetahuan pihak sekolah, dan hanya berjaya setelah hampir seminggu beliau terpaksa melalui proses kaunseling secara intensif.
Seingat penulis, penceramah utama pada hari pertama kursus telah banyak menekankan cerita sejarah dengan cuba menonjolkan UMNO sebagai pejuang yang bermati-matian mendesak British memberi kemerdekaan. Beliau turut menyentuh tentang isu Tragedi 13 Mei yang kononnya disebabkan oleh tindakan kaum lain yang mahu merampas Malaysia dari orang Melayu.
Secara keseluruhannya, semua ceramah dan aktiviti memang sengaja direka dan dijalankan menjurus kepada usaha memarakkan api kemarahan peserta terhadap kaum lain yang kononnya mahu merampas negara ini. Bukan saja ceramah dan aktiviti-aktiviti yang digunakan sepenuhnya sebagai alat mendoktrin, malahan para facilitator turut memainkan peranan dengan menggunakan psycho ketika kami sedang makan tengahari, sebelum masuk tidur dan ketika bangun tidur.
Kami juga disuruh berbaris ala tentera di tengah panas terik matahari. Penulis percaya taktik mendera kami di tengah panas matahari tengahari ini sengaja dilakukan sebagai usaha melemahkan sebahagian di kalangan kami yang masih mampu bertahan untuk terus berdegil dan engkar arahan para samseng itu. Kejadian ini berlaku pada hari kedua, sebelum makan tengahari. Setelah makan tengahari pada hari itu, sekali lagi kami diarahkan berkawad di tengah panas sehingga ada di kalangan kami yang hampir jatuh pitam. Tidak seorangpun yang dibenarkan untuk keluar dari barisan, dan sesiapa yang melanggar arahan tersebut akan dikenakan denda berat.
Memanglah taktik menjemur itu telah berjaya mematahkan ketabahan beberapa puluh rakan seperjuangan kami yang menyerah kalah dengan tekanan apabila berhenti dari berkawad untuk mencari tempat teduh atau mencari air untuk diminum. Akibatnya, mereka terpaksa melakukan ‘latih-tubi’ sebagai dendaan. Selain daripada itu, seluruh kumpulan yang anggota kawadnya melanggar perintah turut didenda dengan berlari beberapa pusingan di sekeliling padang yang luas.
Pada sessi malam hari kedua itu, kami dibawa ke dewan utama tempat majlis suaikenal dan ceramah diadakan. Kami seolah-olahnya terpaksa melakukan majlis suaikenal sekali lagi pada hari kedua apabila semua para penceramah dan facilitator turut berada di dewan utama seperti semalam. Namun, tanpa kami sedari sessi pada malam kedua ini merupakan usaha terancang mereka untuk berusaha mematahkan kedegilan 15 orang baki yang degil di kalangan kami.
Dari pengalaman: Arifabdull
11 comments:
Kerajaan rakyat,
Memang benar parti UMNO yang menghabiskan segala harta pusaka nenek moyang
Lihat saja lirik yang tertulis itu:
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap diarus zaman.
Akibat dari itu…
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri.
Apakah kita akan membenarkan UMNO memperbodohkan kita lagi…? Hanya ahli yang menyokong UMNO di Negeri Johor saja yang belum sedar bahawa Pulau Batu Putih sudah menjadi milik Singapura.
apalah yg korng benci sangat dgn BTN ni... ke korng sebenarnya benci dgn Melayu?
2 kali aku ikut kursus BTN ni, kali pertama masa umur 19 tahun kali kedua masa umur 30 tahun. dalam 2-2 sesi aku tak nampak macamana api perkauman ditanam ke dalam minda peserta sebab apa yg ditekankan adalah supaya Melayu itu sendiri berubah dan membina ciri2 jatidiri org yg berjaya. Org2 Cina banyak dijadikan contoh sebagai kaum yg berjaya.
Korng tak faham ke korang REFUSE utk fahamkan lagu WARISAN tu? Cuba krong baca betul2 bait2 lagu tu kan ke bunyinya mencabar Melayu tu supaya bersatu, supaya henti bersengketa (mcm Melayu2 UMNO PAS PKR sekarang ni). Apa yg tak betul dlm lagu tu?
Bumi dipijak milik org - dah berapa banyak tanah Melayu tergadai dek kerana nak hidup nak sekolah kan anak nak jadikan modal berniaga..
Maruah peribadi dah hilang - hilang sebab apa, sebab dah takde apa tinggal, semuanya sebab sama2 Melayu bersengketa, tak mahu ada perpaduan, dengki mendengki. Jadi kesemua kelemahan ni diambil kesempatan dek org2 bukan Melayu, sejak dr zaman Inggeris, Portugis lagi dah macam tu... Bila Melayu nak berubah, tak sedar2 sampai la sekarang ni...
Cuba korang senaraikan pada aku kontrak2 yg company toke2 Cina dapat dr company toke2 Melayu, dan cuba pulak korng senaraikan pada aku kontrak2 yg company toke2 Melayu dapat dr company toke2 Cina. Boleh? Nampak perbezaan stratanya? Korng ingat bukan Melayu akan nak jaga kebajikan Melayu ke... Melayu jadi kaya tak kan terjejas harta yg bukan Melayu malah akan ikut sama jadi lebih kaya...
Pegh...aku tak boleh faham apa sebenarnya matlamat perjuangan KR dan pencacai2 KR ni (kalau pun ada perjuangan la, ke setakat nak jadi popular...)
umno nak hantar memorandum kpd pas selangor untuk mintak pas selangor kluar pr.. kalau pas selangor keluar pr tumbang.. ini kalau si hassan ali terima memorandum ni baik dia letak jawatan masuk parti penipu umno-bn..
pergi jahanam la kau UMNO. aku sebagai rakyat selangor x akan undi untuk kau lagi.. aku malu sbb aku pernah masuk parti ni.. Aku JIJIK kalau UMNO tadbir selangor lagi.. ketuanan2 melayu boleh blah.. ketuanan islam lagi bagus..
Masa aku sekolah menengah dulu, aku ingat lagi lagu "Warisan" ini merupakan lagu wajib yang patut dinyanyikan setiap hari Isnin semasa perhimpunan sekolah. Masa tu tak perasaan pula lagu ni berbau unsur2 perkauman. Kita rasa seronok je menyanyikannya kerana iramanya yang merdu dan mendayu-dayu.. apa lagi bila dinyanyikan beramai-ramai. Berdiri bulu roma ku dan hiba hati ini bila menyanyikan lagu ini.
Rasanya lagu ni bagus juga...CUMA perkataan MELAYU tu patut ditukar dgn perkataan lain yang boleh menggambarkan perpaduan seluruh rakyat Malaysia....bukan sekada perpaduan untuk rakyat melayu saja.
"apalah yg korng benci sangat dgn BTN ni... ke korng sebenarnya benci dgn Melayu?"
.............................................
aku betui2 benci kpd melayu/mamak umno saje.
" pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara "
mamak kerala tu mengaku "menkhianat" DSAI dgn sodomi 1, aku tak erti mengapa umat2 melayu umno dok sokong "pengkhianat" kerala itu....lu pikir la....melayu bodoh umno !!!
tanpa umno, melayu2 Malaysia dan warga2 Malaysia lain akan hidup aman dan damai.
Tok Guru dah kata " Pergi Jahanam umno " aku tambah " sekali dgn ahli2nya "....ka ka ka.
salam bro sofi dan semua,
sori keluar tajuk sikit tapi untuk kepentingan umum.
bolehkah sesiapa jawap saya, bilanya Rakyat Malaysia pernah menandatangani surat perjanjian untuk membayar IWK secara "official"???
kawan2 saya yg pernah bayar tanya, bolehkah kami mintak balik bayaran yg telah dibuat, sebab kami tak pernah memberi apa2 perjanjian untuk syarikat IWK untuk mengambil sisah2 najis kami untuk diprocesskan?
adakah ini satu2nya projek dari barisan nasio-anal untuk membebankan Rakyat miskin seperti kami?
mungkin pencacai2 najis atau umngok boleh jawab? sbb hal ini berkenaan dgn najis aku.
untuk pengetahuan amirmhd:
Selangor ni kalau UMNO perintah lagi mungkin akan habis tanah2 kerajaan akan terjual kpd cina.
cuba sekali2 datang Kajang, tanah2 kuarters kerajaan habis dijual kepada METRO KAJANG.
SIAPA YANG JUAL TANAH NI KALAU BUKAN MANTAN MB SELANGOR DARI UMNO.
itulah ada mata lihat!!!
ada telinga dengar!!!!
sampai bila pencacai UMNO nak sedar ni???
ingat!!!!
tak masuk syurga!! orang yang memperjuangkan bangsa!!!(petikan hadis nabi saw)
bekas umno yg dah taubat...
saudara amir..
siapakah yang memulakan persengketaan kalau bukan umno. umno yang memulakan apa itu bodek sehingga menjadi rasuah kerana gila pangkat dan harta.
amirmhd said...
apalah yg korng benci sangat dgn BTN ni... ke korng sebenarnya benci dgn Melayu?
2 kali aku ikut kursus BTN ni, kali pertama masa umur 19 tahun kali kedua masa umur 30 tahun.
________________________________________________
Kah kah kah...
Woi mangkuk!!!
Ko tu cuma berkursus je, bukan orang yang mengetahui perjalanan isi2 dalaman btn.
Ko kenal Dato' Fauzi Abd Rahman???
Apa jawatan dia dalam btn dulu???
Ko tengok kat link di bawah ni apa dia kata???
http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story6114925.asp
Kah kah kah...
Woi amirmhd PENCACAI UMNgOk!!!
Kenapa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) nak dedahkan rakaman suara yang didakwa 'berbau perkauman' bagi mengukuhkan lagi dakwaan kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur 'doktrinisasi perkauman dan politik'???
Kah kah kah...
Jadi sekarang siapa yang gila nak jadi popular???
Engko ke kami???
JAWAPANNYA ENGKO LA YANG GILA NAK JADI POPULAR SEBAB KO SANGGUP MENGATAKAN BANGKAI BERBAU WANGI SEDANGKAN AZALINYA BANGKAI BERBAU BUSUK!!!
Kah kah kah...
KO PUN BANGKAI JUGAK KE???
Kah kah kah...
BTN kursus NYANYI NYANYI..lepas tu..pegang BONTOT pompuan untuk panjat tembok..konon KERJASAMA..
Kutuk Anwar..tak habis2..konon pengkhianat..
Yang orang UMNO dok jual tanah dan kawasan pilihan raya pada BUKAN MELAYU tu..BAPAK pengkhianat UMNO..
amirmhd,
lama tak tulih ek....bila tulih semula, tetap sama karakternyer, TAK BERUBAH2!.....TETAP BEBAL, PEKAK, BISU, BENGAP, TOLOL, BUTA, TULI, BAHLOL, TONGONG,....STUPID, BLOODYFULL!...
AKU INGAT DAH NAK MASUK TAHONG BARU NI, DAH BOLE MASUK standard one....rupa2 nya masih belum lulus sekolah TADIKA KEMAS!!!!....bagi aku mentaliti ko orang ni serupa macam PREFECT (pengawas) TADIKA KEMAS ajer.....
oi bebal....umno ajer sibuk citer perpaduan melayu....pulak tu, yang menyibuk bebenor tu pulak bukannya orang2 me-layu....mir, ko ni mamak jugak ker?....jenis2 parpu kari eh?......
The MIND!!!
Post a Comment