Khabarnya esok talibarut umno akan mengadakan satu perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat. Perhimpunan itu akan diadakan pada 27 Dis 09 jam 1100 di Pej PERHUBUNGAN PAS Sel. No. 13C, Ting. 3 BLOK 1, WORLDWIDE BUSINESS CENTRE, SEK. 13, S/ALAM. Penyerahan memorandum juga akan dilakukan dan di terima sendiri oleh Dato Hassan Ali.
Saya mengucapkan tahniah kepada PAS, DAP dan PKR kerana ekoran dari konvesyen Pakatan Rakyat, umno semakin kepanasan. Umno sudah sejuk satu badan.
Siapapun 'mastermind' kepada perhimpunan ini tidak penting, yang penting kita hendak lihat apakah kenyataan dan tindakan yang akan dilakukan oleh Persuruhjaya PAS Selangor. Kita juga hendak sangat tengok apakah PAS masih rela membiarkan musang berbula ayam berkeliaran dalam rumahnya...!!!
Saya harap PAS dapat menyelesaikan segera dua isu ini:
1- Musang berbulu ayam di Selangor
2- Keceluparan jari jemari serisuri yang mungkin gila glamour.
Saya tidak berminat mengulas panjang. Saya yakin PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat akan segera menyelesaikan kudis ini sebelum ia menjadi barah. Kepada pengunjung Kerajaan Rakyat daripada membuang masa ke perhimpunan harpak esok, saya hidangkan kalian dengan lagu ini. Nikmati dan hayati. Lagu ini lebih menyamankan minda daripada mendengar lagu 'Warisan'.
Saturday, December 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
PAS SElangor JANGAN LAYAN Pihak yg. KEPANASAN.
TOLONG Minta Datuk Hassan Ali JANGAN...JANGAN
JANGAN TERIMA MEMO tuuu...Itu Perangkap.
INGAT.....Apa Persiden mereka KATA...NAK TAWAN
SELANGOR....PAS dan PAKATAN WASPADA Ini adalah
MAINAN MEREKA GILA TALAK....
orang bengong memang macam tu..kalau depa talibarut umno,suruh je depa masuk umno orang macam ni ada pun tak membantu..rasanya ini bukan taliperut lagi,dah memang umno umnobn pun
Kah kah kah...
PAS Selangor nak keluar dari PR???
Kah kah kah...
Woi mangkuk2 yang berkenaan...
Dalam PRU12 yang lepas PAS hanya menang 8 kerusi yang majoriti penduduknya bukan melayu, korang sedar tak???
Sebab apa korang hanya menang di tempat yang majoriti bukan melayu???
Itu pun tak sedar diri lagi ke???
Dah nyanyuk nak mampus agaknya diorang nih???
Kah kah kah...
Sangai lamo jangan koyakkan
Pekik terlolong si urang Kapit
Perangai Umno jangan lupakan
Bagai menolong dog tersepit
sebelum terlajak jauh.
sebelum nasi menjadi bubur.
sebelum harapan rakyat punah.
tunjukkanlah wajah sebenar,
senang rakyat membuat keputusan.
tak perlu lagi lindung-lindung, tutup-tutup, cover-cover. rakyat bosan. akhirnya PAKATAN RAKYAT juga yang susah. harapan dan hasrat rakyat untuk melihat dan berjuang demi Malaysia yang lebih baik akan lebur
ada pihak sedang asyik membina peluang untuk meleburkan kebangkitan hasrat rakyat ini. puak ini terlalu takut untuk menjadi lebih baik, lebih elok, lebih telus, lebih amanah dan lebih jujur untuk untuk hidup sebagai rakyat dinegara ini. mereka bersungguh-sungguh menentang hasrat rakyat.
memusnahkan segala hasrat kita semua untuk menjadikan malaysia baru yang lebih cemerlang.
TV3 dengan pantasnya mengeluarkan laporan konon-kononnya Pas Cawangan membantah dan mendesak Pas Selangor keluar Pakatan Rakyat. Apa kebendannya ni?? Apa UMNNO ni?? Dah abis ke modal ke?
Malu dengan orang melayu UMNO yang menyamar sebagai penyokong Pas dengan memegang sepanduk sambil menutup muka. Mana maruah org melayu UMNO ni? Sanggup ambik duit, jatuhkan org dan jenis baling batu sorok tangan sendiri.. Kalau orang Pas mesti berkopiah atau pakaian pun sopan. Ini yang datang buat demostrasi rata2nya budak mentah yang hanya fikir duit poket perlu diisi.
Tak abis2 khir toyol memporak puranda parti org lain dengan menganyang tahi yang diberaknya sendiri. Itulah Khir Toyol menggunakan duit rakyat dan menghancurkan generasi muda dengan agenda iblis..Duit, perempuan, arak, judi, zina dan macam-macam lagi
FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI BANGSAKU YANG BERDAULAT
Dato Hassan Ali,
Kalau kamu masih berpihak pada PR...kamu koyak je surat memorandum tu di hadapan anjing2 tajaan BN/Umno tu...
Biar mereka tahu siapa DHA sebenarnya. Kalau salakan anjing kurap ni dilayan..maka tak hiranlah kerajaan PR di Selangor akan tergugat.
Wak aku nak pinjam senapang boleh?...aku nak tembak kat cuping telinga anjing suruhan BN/Umno ni. Mereka ni tak boleh diberi muka sangat...makin mendajal.
sape yg mendesak pas keluar PR mengapa dan kenapa Pas mesti keluar dari PR ? klu lah Pas keluar dari PR agak agak Pas bole merentah selangor ke ? sila beri komen org umno di larang memberi pandangan .
Post a Comment