Sunday, December 20, 2009
Hadiah Buat Rakyat Menggerunkan UMNO/ BN
Video : Kredit Panzer Utara Online
Kesefahaman yang terjalin antara PAS DAP dan PKR dalam Dasar Pakatan Rakyat pastinya menjadi mimpi ngeri buat umno dan Barisan Nasional tetapi ia adalah hadiah yang paling bermakna buat rakyat Malaysia. Ucapan ketiga-tiga pimpinan Pakatan Rakyat ini bakal menjadi igauan siang buat Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mamad.
Alhamdulillah Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama berlangsung dengan jayanya. Pendokong Pakatan Rakyat, dari ketiga-tiga komponen berduyun-duyun hadir semenjak dari pagi lagi demi untuk menyaksikan sendiri hari bersejarah ini. Mereka sedar belum pernah ada, suatu peristiwa yang begitu bermakna ditunjangi hasrat dan cita-cita luhur; agar terlaksana Perubahan, demi kesejahteraan rakyat sekaligus melonjakkan kembali Malaysia di persada.
Hari ini juga satu dokumen penting yang dikenali sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat dilancar dan diedarkan kepada umum. Bersemangat sekali mereka meneliti dan menyelak helaian demi helaian kerana rakyat sedar, kesungguhan ketiga-tiga parti mencari titik persamaan, mengolah agenda dan merangka dasar, yang bukan sahaja menggugat pimpinan umno-barisan nasional, namun juga didasari keikhlasan mengembalikan negara ke landasan sebenar. Dokumen ini merangkul bersamanya Semangat Perlembagaan Persekutuan dan Pemahsyuran Kemerdekaan. Ianya merupakan kesaksian serta bukti kepada tekad Pakatan Rakyat untuk memerdekakan rakyat dari kebobrokan dan memastikan Keadilan untuk semua.
ANWAR IBRAHIM
Labels:
Pakatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Teruskan usaha murni Dato' Seri bersama Pakatan Rakyat demi untuk membina Malaysia Baru yang lebih demokratik, intergriti dan berdaya saing.
Rakyat Malaysia selama ini telah menyaksikan sendiri pengorbanan besar Dato' Seri demi rakyat Malaysia sehingga Dato' Seri sanggup mempertaruhkan nyawa Dato' Seri sendiri hingga meringkuk di dalam penjara daripada tunduk kepada kehendak Tun Mahathir.
Dato' Seri merupakan pemimpin ulung pasca merdeka yang pernah dilahirkan di Malaysia yang berjuang dengan penuh jiwa raga, tulus ikhlas dan berani kerana benar.
Sesungguhnya pemecatan Dato' Seri sebagai TPM oleh Tun Mahathir pada tahun 1998 merupakan satu hikmah besar buat rakyat Malaysia kerana Allah sentiasa menjaga diri dan iman Dato' Seri agar tidak sama-sama terpalit dengan kejahatan dan kezaliman umno/bn walaupun hasrat Dato' Seri amat mulia ingin membersihkan umno dari dalam.
Saya dari sejak kecil amat mengagumi gaya kepimpinan dan pemikiran Dato' Seri . Pada ketika itu juga saya amat berharap Dato' Seri dapat keluar daripada umno dan kembali bersama-sama dengan PAS demi membina negara Malaysia yang demokratik dan berpaksikan iman. Tetapi sudah suratan takdir Dato' Seri telah dipecat daripada umno/bn dengan fitnah jahat ciptaan Tun Mahathir. Alhamdulillah rakyat tetap bersamamu Dato' Seri pada tahun 1998.
Kali ini agenda "memenjarakan" Dato' Seri telah diteruskan pula oleh anak didik Tun Mahathir iaitu Najib yang telahpun terpalit dengan kes pembunuhan altantuya akibat skandal komisen kapal selam. Mereka kali ini melihat sekiranya jasad Dato' Seri masih bernyawa maka Pakatan Rakyat pasti akan mengusung keranda umno/bn untuk dihumbankan ke dalam "api neraka jahanam".
Umno/bn kini mengalami sindrom ketakutan yang amat melampau kerana sekiranya mereka kalah dalam PRU ke 13 bermakna umno/bn akan terkubur buat selama-lamanya malah ramai pemimpin-pemimpin umno/bn akan diheret ke muka pengadilan di atas dakwaan rasuah, penyelewengan dan pecah amanah.
Ketakutan mereka ini bukannya susah untuk difahami oleh rakyat walaupun tidak berpendidikan tinggi sekalipun kerana perasaan takut mereka itu tidak dapat lagi ditutup untuk pengetahuan rakyat. Gejala-gejala ketakutan ini kini menular ke dalam semua sistem negara seperti penyalagunaan hakim, mahkamah, PDRM, SPR, SPRM, FRU, Istana dan pelbagai agensi kerajaan yang lain bagi melindungi umno/bn dan menjadikan agensi kerajaan sebagai alat menyerang Pakatan Rakyat.
Umno/bn kini tidak segan silu menggunakan segala wang rakyat untuk kepentingan mereka asalkan mereka terus dapat berkuasa dulu, kini dan selamanya.
Dato' Seri, ayuh Dato' Seri teruskan perjuanganmu meruntuhkan rejim zalim umno/bn di bumi Malaysia bersama Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia akan bersama-sama Dato' Seri dan saf kepimpinan Pakatan Rakyat dalam menentang kebejatan umno/bn.
Perjuangan suci ini tiada nokhtah pada rakyat selagi yang maha zalim masih menguasai kerajaan Malaysia di Putrajaya. Teruskan perjuangan Dato' Seri.... Doa dan restu rakyat Malaysia sentiasa bersamamu menuju laluan ke Putrajaya........
Salam semua,
Bagi mana2 manusia yang beragama, mereka akan patuh kepada hukum dan ajaran agama masing2. Tiada agama yang mengajar kepada unsur2 serta fahaman2 yang menjurus kepada kejahatan.
Hari ini, ramai yang sudah terpalit dengan sistem sediaada yang bertindak sebaliknya. Mereka mempertahankan kebejatan, kesalahan dalam keadaan bersahaja, sengaja, atau terpaksa. Bersahaja dan sengaja (Golongan a), kerana mereka memang merelakan diri ditunggangi iblis dan syaitan. Bagi yang terpaksa (Golongan b), mereka sudah terjerut dalam medan dan perangkap mainan iblis dan syaitan juga.
Inilah dua pihak yang kita sudah kenal dengan mudah kerana mereka terang2 membelakangi hukum agama dan tatasusila kemanusiaan. Ada yang akim, pulis, pegawai, tikus politik, dll. Namun ada juga satu lagi puak yang duduk antara a,b dan Kebenaran......inilah kumpulan istimewa, (Golongan c), yang dalam istilah bahasa dipanggil Hipokrit atau dalam istilah agama Islam dikenali munafiq. Golongan c ini sebenarnya adalah juga belaan iblis dan syaitan.....'secret weapon' iblis dan syaitan sebenarnya....
Ramai telah menampakkan rupa wajah mereka apabila DSAI DIBUNUH oleh umno pada tahun 1998. Ramai yang 'tidur sebantal' dengan Anwar sebelum peristiwa 1998 dan DSAI tentunya terkejut dengan mainan mereka2 ini.....kawan makan kawan!.....Saya pasti, ramai lagi masih ada dalam kem DSAI menunggu untuk memainkan jarum pada saat dan ketika yang disuruh!. Dan mesti ada yang akan terus 'tidor sebantal' dengan DSAI tanpa menunjukkan rupa mereka. Mereka2 ini adalah 'secret secret-weapon' umno.....
Namun adakah DSAI menanam 'secret, secret secret-weapon' dalam umno sehingga kini?. Yang saya tahu, ramai yang bertindak begini tanpa disuruh oleh DSAI.....mereka melayu dan mereka kekal dalam umno dengan niat untuk membunuh umno!......
inilah hulubalang sejati melayu....the uncounted and silent warriors!....kerana mereka sudah sedar asal usul umno, yang hanya merupakan sebuah parti politik serba boleh yang mngamalkan fahaman 'menumis sebelanga' segala yang makruh, harus, haram dan halal......selagi mamak atuk tu dan tokguru yahudnya masih mencengkam umno.....
The MIND!!!
Post a Comment