Kabinet perlu bertanggungjawab keatas kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
Menyifatkan kehilangan aset tentera ke tangan syarikat asing sebagai kebocoran serius keselamatan negara, Ahli Parlimen Johari Abdul berkata, kesalahan tidak harus dibebankan pada bahu pegawai tentera semata-mata.
“Bukan pegawai kerajaan yang harus dipersalahkan, tetapi yang harus dipersalahkan ialah mereka yang menjaga polisi iaitu kabinet dan seluruh jawatankuasa kabinet,” katanya ketika dihubungi, petang tadi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, enjin bernilai RM50 juta ini dikesan hilang dari Gudang Material Udara 1, Pengkalan Udara Sungai Besi pada 2007 dan didapati telah dijual kepada sebuah syarikat di Amerika Selatan.
“Didapati bahawa sistem penghantaran oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia ini mempunyai sistem yang cukup baik tapi mungkin disebabkan ianya dilakukan oleh sekumpulan pegawai bawahan yang cukup terancang dengan pihak luar,” katanya.
Zahid menambah sistem inventori pertahanan akan dirombak dengan serta-merta sebagai respon kepada kecurian ini.
Johari walaubagaimanapun menyeru satu siasatan terperinci dijalankan dengan hasil laporan siasatan itu diserahkan ke persidangan Dewan Rakyat tahun hadapan.
“Rombakan sahaja tidak mencukupi, kita mahu investigation dilakukan dan semua mesti dimaklumkan kepada parlimen. Dan kita pasti akan bertanyakan soalan ini dan seluruh pembangkang pasti akan mengupas isu ini secara halus,” katanya.
Ahli Parlimen ini tidak yakin hanya empat suspek terlibat dalam kes penyeludupan aset tentera ini. - FANSURINA ABDULLAH
Sunday, December 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Engine F-5E pun boleh hilang dari gudang simpanan TUDM..engine sebesar anak gajah ni macammana boleh hilang??? Kalau benda sebesar ni boleh hilang maka tak hairanlah kalau C4 pun boleh hilang dan diseledupkan.
Apa cerita ni..kehilangan berlaku tahun 2007 baru sekarang disedari dan akan dibongkar. Siapalah agaknya menteri pertahanan pada masa itu.. PM Najib harus boleh jawab dgn tepat soalaan ni.
Satu persoalaan lagi kenapa baru sekarang kehilangan F-5E baru nak dihebohkan. Adakah ini satu tanda/langkah untuk memalukan dan menjatuhkan PM Najib?
2007 rosmah jadi menteri pertahanan. C4 kuar sendiri dari bilik kebal pegi bom altantuya. engin pesawat pejuang jalan sendiri pegi luar negeri.
tak kan pihak kastam tak terbabit dalam hal ekspot barangan?
Buat malu saja TUDM, enjin pun tak boleh jaga mcm mana nak jaga KESELAMATAN Negara???
PDRM pun sama, rm1 juta syabu kat balai polis pun boleh hilang, mcm mana nak jaga keselamatan Rakyat???
jangan2 nanti kapalselam jadi kapal tengelam.
Apa sebenarnya maksud ayat yang tertulis seperti "didapati bahawa sistem penghantaran oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia ini mempunyai sistem yang cukup baik....(?) tapi mungkin disebabkan ianya dilakukan oleh sekumpulan pegawai bawahan yang cukup terancang dengan pihak luar....(?)
Mungkin orang yang memberi kenyataan sebegitu rupa berusaha untuk mengelirukan cerita sebenar bagaimana operasi menjual enjin pesawat tersebut boleh berlaku dengan pihak asing.
Kalau mereka menuduh pegawai bawahan bertindak mencuri dan menjual peralatan tentera kepihak asing secara terancang.... soalan mudah... pegawai atasan buat kerja apa dalam kem ketika itu negara Malaysia aman tanpa peperangan...?
Pegawai tentera pangkat rendah yang berdisiplin hanya akan patuh dan melakukan kerja atas arahan pegawai tentera pangkat tinggi.
Mungkin mereka cuba memberitahu pada rakyat malaysia bahawa orang yang dilantik oleh Kementerian Pertahanan sebagai pegawai tinggi dalam tentera kesemuanya bodoh lagi bangang sehingga mereka lalai menjaga amanah, peralatan tentera boleh dijual dengan begitu mudah...?
Pegawai tentera pangkat tinggi sebenarnya bijak, dan mereka tidak akan memperbodohkan diri dengan melakukan kerja yang amat berisiko tanpa ada apa-apa jaminan keselamatan diri dan keluarga mereka dari orang tertentu yang dipandang sebagai amat berpengaruh dan berkuasa dalam tentera.
Sebenarnya mereka yang terlibat mahu memberitahu pada rakyat malaysia bahawa enjin pesawat f5e sudah dicuri dan dijual pada syarikat asing. Dan mereka sudah memperolehi wang tersebut.
Kini mereka ingin menutup kes kecurian itu secepat mungkin agar pekara itu tidak perlu diungkit lagi. Benda sudah hilang.
Tapi untuk menunjukkan bahawa mereka adalah orang yang bertanggongjawab dalam menjaga amanah rakyat maka dengan itu mereka sedang mencari pegawai pangkat rendah yang bakal dijadikan kambing hitam untuk disembelih seperti yang terjadi dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibu. Orang yang memberi arahan membunuh masih bebas sedangkan orang yang menerima arahan membunuh terpaksa menanggong hukumannya.
Apa yang ingin kerajaan UMNO lakukan dalam kes ini adalah menyanyikan lagu "bangau oh bangau...." tapi apa yang cuba mereka lakukan adalah "bangau jadi gemok dan ular tidak mati..."
SALAM SEMUA,
MUNGKIN BUKAN PEGAWAI BAWAHAN SAHAJA YANG TERLIBAT SEPERTI TITIPAN DIATAS.
PEGAWAI2 ATASAN SEPERTI BEKAS PANGLIMA TENTERA UDARA ATAU PANGLIMA ANGKATAN TENTERA JUGA PERLU DITANYA.
dah macam takde apa2 lagi rasa si sialan ni semua....tiap2 hari ada ajer pendedahan bodoh di buat....muka macam sial, tak tahu malu....nama tak sebut....orang bawah ajer yang kena.
dengan bangga dan bersahaja buat pendedahan....dah serupa binatang yang tak ade rasa malu dan tanpa maruah aku tengok.....
si zahid ni juga munafiq yang 'tidor sebantal' dengan Anwar selaku Ketua Pemuda umno yang bersama2 kencing DSAI atas arahan mamak kutty. Ucapan dasar perhimpunan Pemuda umno 1997 yang ditulis oleh satu panel terdiri dari 3 orang digunakan untuk mengenakan DSAI sebagai hendak melawan mamak....Deraf pertama ucapan itu difaxkan ke pejabat Setiusaha agung umno ketika itu, mat bulat....lalu mat bulat faxkan ke mamak kutty....maka ucapan itulah katanya inti bahawa DSAI ingin menentang mamak.....
ini semua sejarah mainan Yahudi celup dengan budak2 munafiq tunggangan syaitan belaan yahudi USA itu.....
nak muntah bila kita tengok umno kata DSAI agen yahudi.....mamak tua kutuk tu sudah tido sebantal dengan Henry Kissinger sejak 1968 takde pulak umno sialan tu nak sebut.....mamak tua kutuk tu jugak senyap sunyi tak bersuara pasal episod 1968 ni......
The MIND!!!
Salam semua,
Ni nak bagi satu cadangan ......
Menteri kabinet dapur kita ni bersama TPM dan PM nampaknya dah terlalu lali buat benda2 salah....takde apa2 tindakan pun kita tengok dari sesiapa pun yang rata2 makan gaji buta!
Maka menteri2 pun terlibat dengan berbagai2 hal....dari yang kecik2 sehingga yang besar2 melibatkan ratusan juta ringgit!....dan mereka2 ni sudah tak rasa apa2....tak geti nak malu....pasai semua sudah tak ada nilai diri....hukum agama Islam masing2 sudah simpan dalam laci kat opis mufti!....raja2 yang sepatutnya tegur mereka asyik duduk sendawa....udah kenyang!
Maka saya cadangkan seperti berikut:
Pada setiap hari rabu, apabila jemaah menteri kabinet dapur kita mai mesyuarat mingguan, saya cadangkan mereka2 semua, baik yang lelaki dan wanita datang hadir mesyuarat berbaju kot dan bertalileher.....TETAPI TANPA PAKAI SELUAR DAN BLOUSE!....seluar dalam boleh pakai bagi yang terasa aib.....tapi kalu muka udah tak tau malu, boleh bogel terus!
Pasai apa gitu?...pasai masing2 udah tak tahu malu!!!.....Sekian terima kasih!.....Setuju dengan cadangan saya?
The MIND!!!
SALAM SEMUA,
DULU KITA KEHILANGAN 55 BUAH JET SKYHAWKS. YANG TELAH DIBAYAR TAPI HILANG. BAYAR 90 BUAH HANYA DAPAT 35 BUAH. BANYAK YANG LETUP DIUDARA JUGA.
KES INI LAH SAMPAI KINI. TAK DA TANGKAPAN . SENYAPPPP JE.
SUDAH TENTU VVIP DAN HIGH OFFICER DALAM KETENTERAAN TERLIBAT . TAK KAN NAK CAKAP PEGAWAI RENDAH KOK YG BUAT JUGAK?
SIASATAN DITITIPAN DIATAS DAN KEHILANGAN SKYHAWKS SEBANYAK 55 BUAH HENDAKLAH DIBUAT .TERHAPAD SEMUA ORANG TERMASUK KSU, PTU, PAT, TIM. MENTERI DAN MENTERI SEKALI.
IKHLAS,
bsok2 ade la org yahudi israel guna enjin jet tu psang kat mana2 jet pastu wat serangan brani mati kat amerika,.. pastu fbi ngan c.i.a check enjin jet tu, enjin malaysia punya.. haaaa.. kan ke da len macam ceritanya ni...
korg paham ke x??? tanya ku kepada kalian. eh..
wa rasa hilangnya enjin tu ade kena mengena ngan kapal selam alantuya..
mana tau ade org yg dengki x dapat komisen,
pastu marah2, pastu jual enjin,..
da bnyak da aku jumpa org mcm ni...
malaysia ku yg korup..
Post a Comment