Orang awam perlu beri kerjasama banteras rasuahPETALING JAYA: Orang awam perlu menyalurkan maklumat berhubung gejala rasuah bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan, kata Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah, Datuk Hisham Nordin.
"Tidak ada maknanya usaha kerajaan mengekang gejala rasuah ini sekiranya orang ramai tidak melibatkan diri dan membantu kami untuk membasmi masalah yang serius ini.
"Rasuah, sebagai satu permasalahan utama dan dipandang serius oleh rakyat, memerlukan komitmen kuat bermula dari peringkat atasan sehingga orang awam yang melaporkan setiap kejadian rasuah," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Sunway, hari ini. - Bernama
Alahai, penatlah penat dengar propaganda pencacai kerajaan umno/BN. Kalau hendak sangat banteras rasuah, siasat ajelah dari sumber mana Khir Toyo, Rosmah Mansor, Khairy Jamaluddin, Musa Aman, Taib Mahmud, Norza Zakaria, Rafidah Aziz, Samy Vello, Isa Samad dan sekutu-sekutu umno mengumpul harta kekayaan mereka. Ini tak, tubuh badan itu tubuh agensi ini semuanya wayang hendak menipu rakyat.
8 comments:
Salam semuanya,
Yang sedihnya, orang yang mengadu dan membuat laporan kesalahan rasuah pulak yang kadang-kadang kena tangkap. Mereka yang dilaporkan tak pulak disiasat pun... pelik ibni ajaib betullah
NKRA hanya mengaburi mata rakyat sahaja dan konon-kononnya ingin membersih imej YAB Dato' Sri Najib dan isteri beliau Datin Sri Rosmah yg menganggap dia lah yang terbaik. Namun tangan Dato' Sri Najib dan Rosmah masih kotor dengan kesan darah Altantuya yang menjadi mangsa kejam mereka berdua yang rakus kepada kuasa. SPRM dan sistem perundangan di Malaysia amat rapuh. Kes Bala dan mendiang Teoh sengaja dilambat-lambatkan oleh SPRM dan mahkamah, sedangkan kedua-dua adalah kes yang berprofail tinggi melibatkan orang pertama negara.
Sebenarnya tidak perlu kerajaan mewujudkan NKRA kerana kuasa eksekutif telah lama merobek ketelusan pegawai-pegawai tinggi SPRM untuk menyiasat secara profesional dan juga kuasa mahkamah untuk mengadili kes dengan adil. Namun yang nyata sebenarnya timbul ugutan dan penyediaan wang berjuta-juta Ringgit Malaysia oleh Bapa dan Ibu Rasuah Negara iaitu YAB Dato' Sri Najib dan Rosmah bagi menyelamat keadaan mereka.
Rujuk kembali kepada nukilan pandangan Prof Dr Hamka yang pernah mengatakan "Orang yang berkuasa lebih rela membunuh lebih ramai rakyatnya sendiri dengan apa jua keadaan agar kuasa yang ada pada mereka tidak luntur"
Rakyat jangan mudah rasa alpa dan mudah terpengaruh dengan tindak tanduk pimpinan negara. NKRA diwujudkan bagi menghindarkan rasa kebimbangan rakyat terhadap ekonomi negara yang kian meruncing. Apatah lagi kerisauan YAB Dato' Sri Najib dan Rosmah yang sedang berhadapan dengan masalah dalaman parti UMNO-BN dan sekutu-sekutunya yang sedang menikam beliau dari belakang.
Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan NKRA kerana tahun 2010 lebih banyak bebanan yang akan ditanggung oleh rakyat apabila kerajaan memperkenalkan GST sebagai sumber alternatif pendapatan negara dan akan berlaku jurang yang amat jauh diantara org miskin dan juga yang kaya.
FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI BANGSAKU YANG BERDAULAT
Salam bro Sofi.
"Ini tak, tubuh badan itu tubuh agensi ini semuanya wayang hendak menipu rakyat."
Kah kah kah...
Diorang tubuh 'badan' je bro...
Kaki, tangan serta kepala tak ada, sebab tu 'badan' yang ditubuhkan tak lengkap!!!
Kah kah kah...
Woit...
Sprm dah boleh kerja sampai malam, jadi tunggu apa lagi???
Siasat la khir toyo sampai malam!!!
Kah kah kah...
Ini semua 'wayang' umno je!!!
Kah kah kah...
Baik aku tengok wayang kulit Sri Asun lagi baik!!!
Jabatan Didik Ikan!!!
Kah kah kah...
Alahai...abis2..SENARAI HITAM aje..macam MB Negeri EMAS berperak tu..jambatan gantung runtuh..senyap sunyi dah..Di Kundang Rawang..tangki air dalam rumah boleh runtuh..kontraktornya senyum aje..nasib tak ade yang mati..senarai hitam lagilah tu..
Lepas tu TUKAR istilah..RASUAH..jadi politik WANG...Royalti jadi Wang Ehsan..MENYAMUN duit negara...jadi PERUNTUKAN bajet..
Pembohongan jadi PENGUMUMAN..dah kahwin kata BELUM KAHWIN Bung Pandikar..kih kah kuh..Huru hara politik dan jenayah meningkat..kata AMAN DAMAI..bagi BERAS subsidi..lepas tu hilang ghaib..sudahlah lu orang punya cakap ha..keluar dari BONTOT..bukan MULUT la.
SPRM jangan banyak cakap je...
Tindakan perlu ditingkatkan..
aduan disiasiat..tindakan diambil..penyangak ditangkap dan sumbat dalam jel.
Cakap banyak sangat tak guna..
Rakyat mahu lihat tindakan dan hasilnya.
SPRM ni nama je ada kuasa tapi "Bahalul" tak mahu gunakan kuasa yang ada..
Apalah namanya ada kuasa tapi kalau tak pandai guna.....
dan amatlah malang dan celaka jika kuasa yang ada tapi disalahgunakan.....
Fail yang AMK antar pun dah cukup kalau nak siasat..kalau nak lapor kes sekupang dua tu aku boleh la bantu ..budak majlis pau tokeh kedai , polis minta duit kopi , rela pau indon , peon pau pelangan , kes macam ni mau ka seperma yang hebat ni siasat ..ada kelasss ka ?
Salam,
gelong gajah said...
Fail yang AMK antar pun dah cukup kalau nak siasat..kalau nak lapor kes sekupang dua tu aku boleh la bantu ..budak majlis pau tokeh kedai , polis minta duit kopi , rela pau indon , peon pau pelangan , kes macam ni mau ka seperma yang hebat ni siasat ..ada kelasss ka ?
Ehh,sedare..kes kes 'ikan bilis' ni laa jadi kegemaran 'sperma' sebab senang nak cekup,senang cerita, senang selesai, senang tutup....kes jambatan runtuh, Wak Khir, MB N9, Big Mama dll , kes -kes besar, kes- kes ikan jerung susah nak selesai, jadi tak payah siasat susah - susah...semua takde kes...tutup kes....
Post a Comment