Followers

Wednesday, December 9, 2009

“Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”


KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT - 19 DISEMBER 2009 DI AUDITORIUM MBSA, SHAH ALAM

Pakatan Rakyat dalam iltizam bersama memperkukuh Pakatan Rakyat akan menganjurkan sebuah Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan buat pertama kalinya.

Konvensyen bertujuan untuk membincangkan 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang akan dihadiri oleh Perwakilan-Perwakilan yang mewakili Parti-Parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

Seramai 1500 Perwakilan dari ketiga-tiga Parti akan berhimpun di Shah Alam bagi menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya.

Pembentangan kertas 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut. 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama bertemakan “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan” mengumumkan maklumat Konvensyen yang dijadualkan seperti berikut:

Tarikh: 19hb Disember 2009 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi hingga 6 petang

Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor
(peta lokasi)

Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa.

Sekian, terima kasih.


SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT


9 comments:

Nurbulan said...

dengar cerita umno nak pasang spy di hari konvesyen ini..dimana mereka akan mengambil dasar yg dibuat PR ini untuk diciplak kedlm BN..

Ade said...

Bro Sofi, lagu tema "Angin Pendamai" dah release ke?

storm62 said...

wahai Rakyat Malaysia,

selama ini sejak tahun 1981, Malaysia diperintah oleh sebuah party RACIST....inilah yg baru2 dikatakan dan diakui oleh pemimpin2 tertinggi mereka. presiden depa pun senyap!

Malaysia ruled by RACIST party since 1981 - 2012.???

Selamatkanlah Malaysia dari puak RACIST umno ini demi keAMANan dan keDAMAIan serta keADILan untuk semua!!!

Hidup Pakatan Rakyat !!!

putra JB said...

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT. KONVOKESYEN PERTAMA KALI INI AKAN MENAMBAHKAN KESEPAKATAN DAN KEKUATAN PARTI.

NAMPAKNYA UMNgOk/BN SEMAKIN KECUT. DIKALA PARTI-PARTI KOMPONEN BN UMNgOk/MCA/MIC TONGGANG LANGGANG, MACAM KAPAL NAK PECAH. PAKATAN RAKYAT PULAK BERSATU TEGUH.

PERGI MAMPUS UMNO/BN....AMIN...

Kerajaan Rakyat said...

Salaam semua,

Sdra Ade, "Angin Pendamai" telah siap dan akan didendangkan secara rasmi pada hari Konvensyen.

Nurbulan,
Memang itulah budaya UMNO, menciplak idea Pakatan Rakyat. Mereka sendiri telah kontang...!!!

Sdra Storm62,
Demi untuk selamatkanlah Malaysia, kita mesti Hidup dan Semarakkan Pakatan Rakyat !!!

Salaam Takzim

jai said...

Wow...!!!

Ini sudah cukup bagus!!!

Dalam pada mca bermasalah untuk memilih pucuk pimpinan parti...

Dalam pada ppp dilanda kemelut antara kayveas dengan murugiah...

Dalam pada mic tengah bengang dengan penubuhan makkal sakthi...

Tiba2 je PR buat konvensyen bagi mencari persefahaman antara parti2 dalam PR pulak???

Perghhh...!!!

HEBAT BETUL PR!!!

Inilah parti harapan rakyat majmuk di Malaysia.

Bukan macam bn yang retak menunggu belah!!!

Atau kata lainnya bn boleh blah!!!

Kah kah kah...

Anonymous said...

Salam semua,

PR adalah alternatif kepada BN?. Inilah apa yang kita semua harapkan, kita yang kasih kepada tanah air tercinta ini....

Namun harus ingat, PKR adalah parti terbaru dalam PR....dan beberapa kelemahan PKR yang nyata telah menggugat PR seperti kemelut di Perak....

Saya mohon janganlah kerana 'political expediency', PKR menerima siapa2 saja yang cakap berapi2, tunjuk semangat berlebih, tunjuk 'lagak' dalam kes2 tertentu menghentam BN....dan mereka diterima masuk PKR/PR dan mereka diterima pulak jadi calun2 dalam PRU.....samada di DUN atau Parlimen.....Faktor 'political expediency' ini akan memakan PKR/PR dalam saat terbaik mereka boleh mengambil alih pucuk pemerintahan negara pada PRU ke 13 nanti.

This is my greatest concern....sebab saya tahu mainan umno/bn sejak berdekad lalu.....kenapa?....sebab umno/bn tak pernah tidur dari berpolitik.....mereka sentiasa ada jarum2 mereka yang bergerak dalam masyarakat 24 jam, 365 hari.....mereka ada KEMAS.....Kita lihat mainan umno di Kelantan (1969-1974 dan 1980an), Terengganu (jatuhnya kerajaan Pas pimpinan Hj Hadi) dan terbaru kemelut Perak.

Ada seorang pemimpin melayu (yang keluar umno dan menjadi peneraju Parti Melayu Semangat 46 di Johor) pernah mengingatkan saya.....Katanya "Dalam Politik Malaysia, apa sahaja kita nak buat untuk melemahkan atau menjatuhkan umno, belum sempat kita bertindak, baru cakap2 sahaja dikalangan kita, umno sudah tahu!"......

Inilah hebatnya umno mencengkam masyarakat melayu dengan infrastruktur terperinci mereka yang mereka sudah pasang berdekad lamanya.....ramai 'orang umno' sentiasa di serapkan oleh umno ke dalam parti2 politik di negara ini pada ketika2 tertentu....hanya untuk bertindak demi kepentingan umno/bn pada masa2 yang mereka sudah tentukan!......

inilah hebatnya umno main politik.....dan kita kena akur fakta ini.....namun tak mustahil mereka boleh tertumpas......selain 'berpolitik', PR melalui PKR dan Pas wajar meminta pertolongan Allah swt selalu agar perjuangan ini dibantu dan diberkati oleh NYA.....TGNA amat sebati dengan pendekatan ini melalui solat hajat dan berdoa....inilah sahaja senjata sulit orang2 Islam melawan musuh....

Selamat Berkonvensyen!

The MIND!!!

lubuk hantu said...

dengar2 kabar masalaman dalam MCA dan PPP tidak akn kesudahannya selagi ong kee tiat X letak jawatan...dan bagi PPP pula akan ada tuduhan liwat ketas Murugiah konon2nya...sepertimna berlaku keatas anwar olih Maha dan 1M

Anonymous said...

Salam semua.....lari topik sikit

tadi jumpa kawan....dia telah dihubungi oleh kawan lain.....kawan dia kata umno nak tukar kulit!....nak tukar imej!.....nak jadi lebih islamik dari sekarang....nak jadi macam Pas, tapi katanya taknak RADIKAL seperti Pas!.....

kawan tu kata umno nak buat membership drive...ada skim member get member!....ada hadiah lumayan lagi you!

kalu ada dengar2 citer ni, tolong update....
(orang mabuk nak naik tabiat kot!)

The MIND!!!