Followers

Wednesday, December 16, 2009

Nota Buat YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Jazakallahu Khairan Kathira

Saudara Anwar Ibrahim yang dikasihi, saya membaca berpuluh blog setiap hari baik yang menyebelahi Pakatan Rakyat maupun yang menyerang, menghentam, mencaci dan mencerca kita. Saya pasrah dan redha dengan segala hemburan kemarahan beberapa penulis blog pro Pakatan Rakyat di atas insiden yang mereka rasakan telah menghiris lumat semangat serta dukungan mereka terhadap perjuangan membantu inspirasi pembentukkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya yakin saudara amat maklum apa yang berlaku pada malam 14 Disember 2009 di Dewan Rakyat yang mulia. Soal samada terkuburnya kerajaan Barisan Nasional atau tidak bukan itu yang menjadi persoalan saya kerana saya yakin tidak semudah itu untuk membubarkan parlimen dan mengadakan satu pilihanraya umum.

Perkara yang menjadi kemusykilan saya adalah ketidakhadiran beberapa Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat, PKR khasnya pada ketika kita benar-benarnya memerlukan mereka.


Saya kerap mendengar rengusan dan keluhan calon-calon pilihanraya semasa musim pilihanraya apabila ada jentera parti yang tidak hadir untuk sessi-sessi penerangan atau tugasan yang diamanahkan. Yang merengus dan mengeluh adalah calon atau bakal wakil rakyat. Manakala yang direngus adalah petugas parti yang mana ramai diantara mereka yang berkhidmat secara sukarela sebagai menzahirkan sokongan ikhlas kepada sebuah perjuangan! Perjuangan menegakkan keadilan dengan membantu memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Kali ini, oh ya! bukan hanya baru sekali ini rakyat merengus dan mengeluh malah marah dan memberontak di atas kealpaan beberapa Ahli Parlimen yang gagal hadir dalam sessi parlimen pada malam tersebut. Saya pautkan di sini. sebagai rujukan saudara.

Saudara Anwar Ibrahim yang dikasihi, demi kefahaman serta penilaian semua yang mendokong perjuangan murni Pakatan Rakyat, saya memohon dan menuntut satu penjelasan jitu daripada saudara terhadap insiden berkenaan. Kegagalan saudara dalam memberi penjelasan ini saya yakin bukan sokongan terhadap Barisan Nasional yang merundum tetapi keyakinan, semangat dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang bakal merundum.

Rakyat telah beri sokongan.
Penyokong telah banyak berkorban.
Malangnya Wakil Rakyat masih berangan
Lupa diri dan lupa perjuangan.

Salaam Takzim. Salaam Perjuangan
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat.

16 comments:

Nazri said...

bro sofi,

aku tengok ko marah sakan je dgn PKR/DSAI ni kenapa?bukan ke sebelum ni ko yg bukan main lagi memuji PKR siap dgn membuat perjumpaan dgn DSAI lagi.skg ni nak marah-marah pulak.skg baru ko sedar siapa itu PKR sebenarnya.berilah peluang sekali kpd BN utk memerintah negara dan berilah sepenuh sokongan kpd BN.YANG PASTI BN SEDANG MENUJU KE ARAH PERUBAHAN.

pakmat tempe said...

lu mmg true la bro sopi..

jai said...

Salam semua penyokong2 PR.

Apa yang berlaku pada malam 14 Dis 09 lepas ada hikmahnya yang tersendiri.

Jika ditakdirkan kerajaan bn tumbang pada malam tersebut, apakah speaker akan berdiam diri???

Aku yakin jawapannya 'TIDAK'!!!

Speaker pastinya akan mencari pelbagai alasan demi mempertahankan bn.

Mungkin speaker akan menggunakan kuasa vetonya pada malam tersebut.

Ini telah terbukti apabila speaker enggan memanggil sidang tergempar pada 23 Sept 08 bagi mengusulkan undi tidak percaya pada pak lah ketika itu.

Atau mungkin juga khidmat mahkamah atau kuasa undang2 yang diterajui bn akan digunakan!!!

Buktinya apa yang berlaku di Perak dan DUN Kota Siputeh, Kedah, di mana Mahkamah Rayuan adalah jalan penyelesaian yang terbaik digunakan oleh bn sebagai senjata terakhir demi mempertahankan kuasa mereka.

Maklum sajalah, bn kini hanya tahu merayu, merayu dan terus merayu!!!

Dan aku nak bagi satu cadangan di sini...

ADA BAIKNYA LAGU "RAYUANKU" NYANYIAN ROHANA JALIL MENJADI LAGU RASMI 1MALAYSIA TAJAAN NAJIB!!!

fidel castro said...

nazri biawak berkata...
berilah peluang sekali kpd BN utk memerintah negara dan berilah sepenuh sokongan kpd BN.YANG PASTI BN SEDANG MENUJU KE ARAH PERUBAHAN.
-----------
perubahan kearah kehancuran itulah yang UMNO/BN sedang lakukan sekarang.hak hak kerajaan negeri PR dinafikan itu yang dikatakan perubahan. KAU tu yang patut berubah.

jai said...

Nazri said...
bro sofi,

aku tengok ko marah sakan je dgn PKR/DSAI ni kenapa?bukan ke sebelum ni ko yg bukan main lagi memuji PKR siap dgn membuat perjumpaan dgn DSAI lagi.skg ni nak marah-marah pulak.skg baru ko sedar siapa itu PKR sebenarnya.berilah peluang sekali kpd BN utk memerintah negara dan berilah sepenuh sokongan kpd BN.YANG PASTI BN SEDANG MENUJU KE ARAH PERUBAHAN.

Kah kah kah...

Woi langau!!!

Bila masa posting kali ni bro Sofi marah sakan dengan PKR atau DSAI???

Ko ni buta atau tak tau membaca???

Ko bagi bukti sikit kat sini ayat mana yang menunjukkan bro Sofi marah pada PKR atau DSAI???

Kah kah kah...

Lain kali baca la posting yang telah dinaik turunkan terlebih dahulu sebelum bagi komen.

Sebab tu aku samakan engko seperti 'LANGAU' yang hanya tahu menghurung dan membuat bising sekali pun di tempat yang tak ada najis!!!

Kah kahk kah...

Woi langau!!!

Di sini tiada najis untuk ko jadikan santapan!!!

Dan komen yang berbau najis aku takkan siarkan di sini!!!

Ko paham tak???

Kah kah kah...

storm62 said...

biawak nazri aka ular berkaki empat,

ya, kali ini aku bersetuju dgn engkau, ".YANG PASTI BN SEDANG MENUJU KE ARAH PERUBAHAN." kata ko......memang betul....BN sedang menuju ke arah menjadi "PEMBANGKANG" tidak lama lagi......kah kah kah.

JEBAT MENGKUDA said...

Jangan janganlah YB angan angan,
Merayau ke alam impian,
Duduk termenung kesepian,
Tiada UNDIAN..kong kang kang keng.

Tujuh gunung lautan lautan 9 lautan alah intan.
Undi ku sokong tak makan PR tak makan...

Othman O said...

Nazri3 kot bodoh sangat...knp nak bagi BN PELUANG SKL LAGI.Lihat berapa wakil BN YG HADZIR lebeh 70% tak hadzir ni nak bagi peluang.Cuba buka MINDA tu dan tenguk siapa yg betul2 bekerja jng taksub sangat 50tahun perangai tak berubah INSAF lah NAZRI oooiii

Gen 3 said...

Salam semua..

Ada hikmah disebalik AP tidak hadir di pesidangan parlimen..kalau semua hadir, PR menang undi,bukan nye PR ke putrajaya terus..satu pilihan raya umum akan diadakan..belanja berjuta2 utk satu pilihan raya..adakah semua parti bersedia? Dgn laporan pendapatan petronas yg jatuh teruk, duit perabis utk pilihan raya perlu dielak..tak pasti sama ada ini mmg dirancang rapi oleh DSAI atau kebetulan..apa2 pun pahaman politik,kita tetap tinggal di negara tercinta..pru-13 adalah puncak perubahan sebenar..masih ada 2 tahun lg utk mantapkan barisan PR..gunakan dgn sebaik mungkin..insya allah, niat yg baik akan diredhai..

jarum mas said...

saudara jai...c Mangkuk Retak Seribu Nazri makin dilayan makin meracau ia x tentu hala..sepatutnya dia baca betul2 komen kita semua ini tidak dia baca sepintas lalu kemudian komen terus apa punya bengak Nazri MRS ni..

mad1 said...

kalau mereka tidak mampu berkhidmat dipersilakan saja turun sebab ramai lagi org2 yg layak menjadi pemimpin. jangan seperti pemimpin bn yg disokong oleh nazri yg memegang jawatan bertahun2 malah berdekad2 lamanya walaupun kualiti perkhidmatan tidak seberapa. inilah antara punca negara malaysia tidak semaju negara jiran di selatan tu.

Tropic Thunder said...

Nazri ko mmg sial 7 keturunan ko....

fidel castro said...

saudara tropic thunder..
kua jangan lah menyumpah si nazri biawak tu. kau panah petir aja budak lidah bercabang ni.

Anonymous said...

salam bro sofi dan kwn2 semua,
saya yakin dan pasti kalau undi mlm tu menyebelahi PR pun, saya yakin dan pasti tidak akan berlaku pembubaran PARLIMEN. percayalah!!!
lebih baik kita rasa marah sekali, dari kita akan marah berkali2 bilamana akan berlaku rayuan demi rayuan dilakukan diMAHKAMAH BN dan hasilnya kemenangan akan berpehak kpd BEEENNNNDDD!!!
MASA TU SAYA RASA MUNGKIN NEGARA AKAN JADI TAK TENTU HALA
yang pentingnya kita kuatkan semangat kita, jitukan perjuangan kita kearah memenangkan PAKATAN RAKYAT pada PRU ke 13 nanti..INSYAALLAH!!!!
INGAT!!! ALLAH BERSAMA ORANG YANG SABAR!!!!!

bekas ahli UMNO yg dah taubat!!alahas30

mad1 said...

betul tu alahas30. tahniah kerana sudah taubat tidak menyokong umno lagi. bila pula agaknya biawak yg kita kenal akan mengikut langkah saudara

ex-umno said...

ala semua yg berlaku ada hikmahnye. mungkin kalau ditakdirkan bn tumbang pada malam tersebut pilihan raya seterusnya mungkin x akan dimenangi pakatan. dan mungkin juga pakatan akan hilang beberapa kerusi.. jd apa yg terbaik kita perlukan masa untuk buat perubahan di negeri2 pakatan agar dapat dijadikan contoh kepada ngr2 bn yg len. kite masih lagi perlukan mase yg banyak untuk melakukan banyak perubahan.