GAMBAR dari luar apartmen mewah di Gloucester Bayswater, London yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Raja Petra Raja Kamaruddin.(gambar kecil)KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang sebelum ini dilaporkan berada di Melbourne, Australia, kini dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.
Menurut sumber, Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat itu sejak menjadi buruan polis, kira-kira lapan bulan lalu.
Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.
Bagaimanapun, sumber terbabit tidak menyebut berapa lama pengendali laman web tersebut mendiami pangsapuri itu.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu.
Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk ‘Let‘s Send the Altantuya Murderers to Hell’ dalam blog www.malaysia-today.net, bertarikh 25 April 2008.
Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November lalu bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Mingguan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Beliau hanya berkata, polis masih berusaha memburu Raja Petra berikutan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan.
Penulis laman blog itu sebelum ini dilaporkan oleh sebuah akhbar berada di Melbourne selepas lebih tujuh bulan usaha mencari dilakukan.
Menurut laporan akhbar itu, polis berjaya mengesan penulis blog itu dan mendapati Raja Petra lari dari Malaysia menuju ke Thailand melalui jalan haram sebelum menaiki penerbangan terus ke Australia. - Utusan
4 comments:
Its better for you to be there. safe. come back when PR in Putrajaya. not far ahead.
stay calms wherever you there Pet, just come back here when the real murderer of Altantuya is on trial. that mean after the 13th GE when the gov turn downside..
long live Pet..
lari ja sebelum ditangkap oleh tali barut umno!!
azringoblog.net
nak pesan kat si musa assan,
ari tu riuh kata raja petra dah menyusup keluar negara....lari ke ostralia...ni dah kat london plak?. mana satu yang betul ni?
Mus-a, Lu pastikah ini gambau kat london?. Gua tengok2 gua rasa ini tempat kat LONDANG, MASJID TANAH, MELAKA!...
Pasai apa....itu bas merah 2 tingkat masa coti dulu2 gua ada nampak kat melaka sentral....bas panorama melaka....dia bawak pelancong, ramai orang putih!....lu nampak orang putih ajer lu sudah ingat kat london.....lu silaplah mus-a.....
ini bas servis bawak pelancong pusing2 dan ronda2 bandar melaka. Bas ni balik londang ni aku rasa drebarnya, dak jantan, berasal dari masjid tanah!. Dia balik antau petai, bini dia kirim beli kat pasar besar melaka.....sebelah melaka sentral tu....
mus-a....ko tak payah susah2 gi london....raja petra ni bukan tau sangat london tu.....minggu lepas kawan aku dari melaka kata dia nampak raja petra naik beca kat kampong jawa!....
kawan aku tu kata sah raja petra ada kat melaka!
kalo tak caya tanya dak ali rostam, dia keje bawak prebet sapu kat bukit katil.....
The MIND!!!
Post a Comment