Followers

Pages

Tuesday, January 27, 2009

Seminar Penghayatan Islam

Sabtu lalu acara perasmian dimulakan jam 7.30 pagi di Kem Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru. Jadual terpaksa diubah untuk membolehkan saya ka Langkawi mengadakan pertemuan peribadi dengan Presiden Ramos Horta, Timur Leste.

Saya kagum kerana peserta sedia tepat pada waktu menunggu ketibaan saya dan Azizah. Di antara lain saya tegaskan kepentingan memperkasa iltizam bersama menegakkan Islam serta peningkatan kefahaman, termasuk isu urutan keutamaan (fiqh awlawiyyat) saperti yang digariskan diantara lain oleh Sheikh Yusuf Al-Qardawi.

Saya memperkuat hujah dengan menukil contoh dari buku beliau. Umpamanya keghairahan gulungan kaya menderma untuk memperbaiki masjid sedia ada tetapi enggan membantu umat yang tertindas di Bosnia atau Palestin. Begitu pula menurut Sheikh Yusuf, keasyikan mengulangi ibadah haji dan umrah tetapi bakhil untuk mendukung kegiatan daawah, pendidikan atau penterjemahan karya besar.

Turut saya tegaskan berkenaan keperluan memahami maksud atau tujuan utama Shariah (maqasid Shariah), dengan menukil hujah Imam al Ghazali dalam al-Mustasfa, As-Shatibi dalam al-Mawafaqat, serta kupasan Sheikh Yusuf dan Sheikh Taha Jabir Al-Elwani.

Rumusan maqasid mencakupi ikhtiar memelihara ad-Din, kebebasan keyakinan dan bersuara, pemeliharaan harta, nyawa dan maruah. Ulama malah menegaskan isu hurriyah (kebebasan), hak asasi dan hak wanita.

Tahniah buat saudara Mustafa Kamil dan seluruh jawatankuasa, dan saya telah syurkan agar program sademikian ditingkatkan. Kertas kerja Dr. Mohd Noor Manuty dan Dr. Badrul Amin perlu diedar kepada semua aktivis parti.

ANWAR IBRAHIM

Monday, January 26, 2009

Malaysiakini Najib-Banyak lagi wakil BN akan lompat parti

Bila dia kata 'tidak akan' ia membawa maksud 'akan'.

Ini adalah kata kunci bila membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ingat semasa dia kata ekonomi Malaysia tidak terjejas dengan kelembapan ekonomi dunia, kemudian dia ambil duit KWSP kerana dana dan ekonomi negara meruncing. Bila dia kata dia tidak terlibat dengan kes Saiful Liwat, dia sebenarnya penasihat kepada Saiful bontot.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak akan ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan 'melompat' ke pembangkang.

Pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa, terdapat sebilangan lagi wakil rakyat BN yang sedang menanti untuk menyertai mereka selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim semalam mengumumkan keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu parti komponen Pakatan Rakyat.

Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mengatakan ia tidak benar sama sekali.

Najib berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Nasarudin adalah wakil rakyat BN pertama yang menyertai parti pembangkang selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Dengan penyertaan itu, Pakatan kini mengukuhkan lagi penguasaan mereka di Perak dengan 32 kerusi DUN berbanding 27 daripada BN.

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri berkata: "Akan berlaku banyak lagi 'lompat parti' selepas ini, kita sedang berusaha ke arah itu."

Sunday, January 25, 2009

Tahniah Parti KeADILan Rakyat

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

ADUN BOTA NEGERI PERAK

Thursday, January 22, 2009

3 termasuk Naib Ketua umno Beruas didakwa.

PETALING JAYA: Tiga orang termasuk Naib Ketua Umno Beruas, Perak dan seorang kontraktor berusia 46 tahun didakwa pagi ini berhubung politik wang ketika pemilihan Umno Bahagian tahun lalu.

Naib Ketua Umno Beruas, Azman Noh didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana memberi RM300 untuk mendapatkan undi dan beliau memenangi pemilihan jawatan tersebut.

Beliau mengaku tidak bersalah.

Dalam pada itu, kontraktor berusia 46 tahun, Johari Ibrahim mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah RM200 untuk mendapatkan sokongan ketika pemilihan Umno Bahagian Alor Gajah.

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka. Individu ketiga pula, ahli Umno Raub, Pahang didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, juga pagi ini.

Dia dikatakan memberi rasuah di ibu negara untuk mendapatkan sokongan semasa pemilihan.

Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata akan mendakwa ketiga-tiga mereka hari ini atas tuduhan memberi wang rasuah ketika pemilihan Umno Bahagian Oktober dan November lalu.

Friday, January 16, 2009

Dari Anwar Ibrahim

Pagi tadi saya turut hadhir dalam majlis penyerahan memorandum bantahan pelan Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) oleh tokoh akademia, Profesor Shaharir Md Zain kepada calon Pakatan Rakyat, Hj. Mohd Abd Wahid Endut.

Majlis tersebut turut dihadhiri Ustaz Hj Hadi, Sdr Azmin, Sdr Gobalakrisnan, Sdr Mustafa Ali, mantan Menteri di JPM Zaid Ibrahim dan juga bekas pimpinan Abim Dr. Sidek Baba.

Acapkali saya tekankan betapa mereka yang bertindak meneruskan hatta menyokong PPSMI adalah kalangan yang khianat kepada perjuangan melaku. Justeru bagaimana mereka yang tegar menyokong PPSMI diteruskan saban waktu mengaku pejuang melayu tulen? Mereka bisa menyinga dalam soal papan tanda di Pulau Pinang, tetapi terus menikus bila memperjuangkan bahasa melayu dalam sistem pendidikan. Aduhai!

Kesemua kesatuan guru seluruh Malaysia membantah, apa lagi indikator yang mahu digunapakai Umno-BN untuk mempertahankan PPSMI?

Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan berkompromi dalam soal perjuangan Bahasa. Pakatan kekal komited dengan agenda mengembalikan Sains dan Matematik ke dalam bahasa Melayu tanpa mengabaikan sama sekali bahasa ibunda bangsa lainnya sesuai dengan tuntutan Perlembagaan. Ketiga-tiga kami termasuklah Ustaz Hadi dan Sdr Kit Siang sama-sama mempersetujui perkara ini untuk diletakkan sebagai agenda utama Pakatan Rakyat sebaik saja kita menawan kerajaan persekutuan.

InshaAllah, jika diumumkan sebagai Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu Sabtu ini, Hj. Mohd Abd Wahid akan menggegar Parlimen dengan membahaskan memorandum ini di dalam Sidang Dewan!

Usai beberapa program kempen bersama pimpinan Pas sebelah petang, saya mengisi ruang selepas solat Maghrib untuk hadhir ke Restoran Ocean di kawasan DUN Bandar bagi program ramah mesra bersama masyarakat Tiong Hua setempat. Kehadhiran lebih 2000 orang dalam restoran yang berkapasiti 500 orang pastinya bukan petanda baik untuk kempen ugut-mengugut anjuran Umno-BN!

Alhamdulillah majlis turut dihadhiri Hj. Mohd Abd Wahid, YB Husam Musa, Sdr Zaid Ibrahim dan Raja Petra.

Dalam ucapan sebentar tadi saya tekankan mesej muafakat bersama Pakatan Rakyat untuk melindungi semua kaum. Isu yang diseleweng media arus perdana dijelaskan sebaiknya. Isu tanah di Perak misalnya, diserahkan kepada rakyat yang susah. Demikian juga keadaan di Selangor tatkala kerajaan negeri bertindak memberi tanah untuk melicinkan pembinaan sekolah agama rakyat, sekolah cina dan tamil.

Perlu ditekankan bahawa tidak ada keperluan untuk hudud diragui oleh mana-mana pihak, dalam keadaan ia jelas tertakluk kepada orang Islam semata-mata. Kita perlu halusi budaya menghormati tuntutan antara satu agama dengan satu agama lain. Perbezaan pendapat diakui wujud, tetapi itu bukan penghujung. Di sinilah lahirnya keharmonian dan perpaduan yang bertitik tolak dari konsep toleransi dan hormat-menghormati.

Berbeza dengan amalan Umno di mana MCA, MIC dan sekutu lainnya dipaksa mengikut telunjuk pimpinan rakus demi memuaskan tembolok masing-masing. Disuruh angguk, angguk, disuruh geleng, geleng.

ANWAR IBRAHIM

Sunday, January 11, 2009

PDRM The Real Idiot?

Malaysiakini Team

The police have arrested 21 people, including Klang MP Charles Santiago and several top leaders of PSM, at an anti-war vigil at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

The vigil was organised by Anti-War Coalition to show support to the victims of war and aggression in Palestine and Sri Lanka.

About 200 people had gathered at about 8pm for the vigil, which was declared illegal by the police who were also present at the venue.

About 100 light strike force personnel were on hand to control and disperse the crowd.

The crowd was ordered to disperse and the 21 were arrested for their failure to leave the area.

They were then taken to the Dang Wangi district police headquarters. They are still being held at the police station.

Among those held were Parti Sosialis Malaysia leaders Dr Nasir Hashim and S Arutchelvan, PKR's Kuala Langat MP Abdullah Sani and several activists from Suaram and Jerit. Nasir is also the Kota Damansara state assemblyperson.

Abolish ISA Movement activist Norlaila Othman was also among those arrested. Also taken in was a teenager. They are believed to be investigated for illegal assembly.

Small crowd at police station

Eye-witnesses told Malaysiakini that the anti-war protesters had first gathered at the Bar Council building before beginning to march towards Dataran Merdeka - some 300 metres away.

Upon reaching the historic field, they then begun to lit their candle lights and unfurl their anti-war banners. These were stopped by the police.

Attempts by Charles and Nasir to negotiate with the police to seek permission for a quick vigil were also turned down.

A small crowd had already gathered at the police station to show support for those arrested. They are being watched by the Federal Reserve Unit.

This is the first time the police have acted against an anti-war vigil in recent days.

Yesterday thousands had marched to the US embassy to object the Israeli aggression in Gaza without any police intervention.

Similarly another group of protesters in Kampung Baru was also allowed to burn the US and Israeli flags in the middle of the road yesterday afternoon without any police interference.

A police mockery

Meanwhile an activist narrated to AFP on the arrests.

"We were holding a candlelight vigil to demand the end to the killing of innocent lives in Gaza," said E Parameswari, 30, an activist with Jerit, a group championing the rights of marginalised people in the country.

"Police used force to break up the gathering and arrested the 21 people including opposition lawmakers Charles, Abdullah Sani and Nasir," she told AFP.

"Police said our gathering was illegal," she said.

Parameswari condemned the police action, adding that the demonstrators did not provoke the police.

"The police action is an abuse of power," she added.

Arutchelvan, the secretary-general of the PSM, told AFP they were being held in a police lockup.

"Our arrest makes a mockery of the position taken by Malaysia to condemn Israel.

"The way the police acted against us is no difference from the way the Israelis are treating the Palestinian people," he said from the police station.

Kuala Lumpur police chief Mohammad Sabtu Osman confirmed that they were arrested and taken in for questioning.

"They were arrested while gathering at the Dataran and taken to the Tun HS Lee police station for questioning," he added.

Friday, January 9, 2009

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar akan memberi ucaptama di Majlis Memperingati 100 tahun Mohamad Natsir, pejuang kemerdekaan Indonesia, mantan Perdana Menteri Indonesia, tokoh Masyumi dan pendiri Dewan Dakwah Indonesia. Berikut adalah butiran majlis tersebut:

Tempat: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tarikh: 10hb Januari 2009

Program bermula: 9.00am

Ucaptama oleh DSAI: 10.15am

Pembentangan kertas kerja: 11.45am

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Wednesday, January 7, 2009

Pakatan Rakyat desak sidang tergempar Parlimen

Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan usul mendesak supaya satu sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan bagi membahas isu keganasan Israel di Palestin.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat memandang berat pergolakan di Semenanjung Gaza yang semkin meruncing , Kira-kira 500 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh akibat serangan rejim Zionis dalam tempoh seminggu.

Memorandum mendesak diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat diserahkan kepada kerajaan pagi tadi. Dalam memorandum itu, Pakatan Rakyat menggesa supaya rakyat diberi peluang membuat pendirian rasmi bagi menyertai masyarakat antarabangsa dalam menyatakan tentangan terhadap keganasan Israel dan memberikan sokongan moral kepada rakyat Palestin.-- Dari TVAntara

Sunday, January 4, 2009

Anwar Kembali Ke Tanahair Sokong Calon PAS

Sehari saya dan Azizah di Istanbul menyambung perbincangan mengenai isu semasa utamanya keganasan regim Israel di Ghazza. Saya diminta mengulas isu tersebut di TV Turki disamping isu perdagangan dan hubungan antara Malaysia dan Turki.

Saya tertarik dengan kesungguhan pentadbiran PM Taib Erdogan mengangkat mutu pendidikan dan membuka ruang bebas wacana dan penyelidikan.

Kami akan ka Ankara dalam rangka pertemuan dengan rakan-rakan dan akan berlepas pulang esok inshaallah.

ANWAR IBRAHIM

Sokongan Terhadap Calon PAS prk Kuala Terengganu


Kita bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Umno, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Walaupun tarikh penamaan calon ialah 6hb Januari, Bn yang diketuai Umno telahpun memulakan kempen. Dibantu media arus perdana, propaganda bersifat tohmahan dan fitnah digembleng sedemikan rupa, terutamanya bagi memperlihatkan adanya keretakan dalam Pakatan Rakyat.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa Pakatan Rakyat akan berdiri teguh menyokong Mohd Abdul Wahid Endut dan akan berusaha bagi memastikan calon Pakatan Rakyat ini terpilih mewakili rakyat di Parlimen kelak. Kita yakin dengan pengalaman beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di Wakaf Mempelam selama lima penggal, inshaallah kemenangan akan berpihak kepada kita.

Umum mengetahui kempen akan berlangsung selama 10 hari dan keputusannya nanti akan ditentukan pada 17hb Januari 2009. Pakatan Rakyat berharap proses pemilihan kali ini akan berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan aman. Adalah diharapkan pihak berkuasa akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, profesional dan tidak prejudis terhadap penyokong Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM




Thursday, January 1, 2009

Anwar akan bantu calon PAS di Kuala Terengganu

Pakatan Rakyat mengenal pasti beberapa isu nasional dan tempatan sebagai bahan kempen untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan, yang didakwa parti itu akan memberikan kelebihan kepada calon daripada gabungan itu.

Pengerusi Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, antara isu nasional yang akan dibangkitkan ialah mengenai kemelesetan ekonomi dan kesannya terhadap kehidupan rakyat.

Isu tempatan pula ialah mengenai royalti minyak yang sepatutnya diberikan kepada Terengganu sejak 2004 hingga 2007, berjumlah RM7 bilion serta masalah penempatan pengundipengundi Cina di kawasan Parlimen berkenaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan bilik gerakan Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifudin yang juga Ahli Parliman Machang, Kelantan menjelaskan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir pada hari penamaan calon, Selasa depan (6 Jan) kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, Anwar akan berada di sini bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat bagi membantu calon PAS pada pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akil berkata, kira-kira 1,000 anggota parti itu akan "berkampung" di sini, bagi membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat sepanjang pilihan raya kecil itu. -- mSTAR