Followers

Pages

Saturday, February 28, 2009

Tindakan Biadap Pemuda UMNO Mengecewakan!

Semalam saya menerima undangan makan tengah hari bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia di kediaman beliau. Saya kembali ke Parlimen dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid di Pejabat Ketua Pembangkang.

Sejurus kemudian saya diminta segera turun ke Dewan kerana saudara Karpal Singh mengemukakan bantahan atas tekanan dan ugutan oleh pimpinan Pemuda UMNO Selangor. Saya terkejut dengan gelagat sebahagian ahli parlimen UMNO-BN yang memandang enteng serangan tersebut malah melalak menafikan ruang untuk saudara Karpal dan rakan lainnya berhujah.

Dalam keriuhan tersebut saya bangun dan diberikan ruang oleh Speaker. Saya tidak menuding kepada ahli parlimen UMNO. Namun mereka harus waras dan matang mengecam kebiadapan menodai kemurnian kawasan Parlimen. Kita berhak berbeda pendapat secara sopan tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin memberikan jamninan bertindak. Maka kami keluar untuk memberikan kenyataan bersama kepada media. Dan selanjutnya ke pejabat Speaker menggesa beliau bertindak segera secara tegas.

Maka berakhirlah satu lagi babak keji dalam sejarah Parlimen - bersambung dari drama pembunuhan, ugutan, penculikan, rasuah dan akhirnya hingga ke kawasan Parlimen.

ANWAR IBRAHIM

Najib tidak bersifat negarawan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersifat negarawan berdasarkan tindakannya merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, tegas Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Beliau menimbulkan perkara ini lantaran kebimbangan rakyat terbanyak tidak dapat menerima Najib sebagai perdana menteri pada masa akan datang.

“Sewajarnya beliau mesti bersikap sebagai seorang negarawan yang mampu mewakili senua golongan rakyat dalam negara ini, itulah maknanya menteri yang perdana, perdana kerana mewakili semua kalangan rakyat,” jelasnya.

Thursday, February 19, 2009

Laporan Polis ke Atas Musa Hassan dan Gani Patail

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu laporan polis ke atas Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan di Balai Polis Damansara Utama berhubung penglibatan mereka di dalam memalsukan bukti kes lebam mata 1998.

Tempat: Balai Polis Damansara Utama

Jam: 11.30 pagi

Tarikh: 20hb Februari 2009

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim



Saturday, February 14, 2009

Umno: Dulu menderhaka kini berpura taat setia

FEB 13 — Malaysiakini melaporkan hampir seribu orang ahli pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di Padang Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil dalam apa yang didakwa sebagai perhimpunan menyokong Sultan Perak.

Utusan Malaysia yang dimiliki Umno dan Bernama yang diterajui Dato' Seri Anuar Zaini (yang diketahui peranannya dalam pergolakan politik Perak) mendakwa perhimpunan itu dihadiri lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum.

“Perhimpunan haram” yang berlangsung selama satu setengah jam itu tidak diganggu polis. Malah demonstrasi jalanan itu diadakan hanya beberapa hari selepas beberapa pemimpin Umno mendakwa BN tidak akan menggunakan kaedah “demonstrasi jalanan” bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Perak.

Seperti biasa, orang yang menjadi hero kepada bantahan anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno negeri ini bersama BN Perak ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Khairy disertai Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC, G. Shamugavelu.

Pemimpin Umno dan BN yang berucap pada “perhimpunan haram” itu mendesak supaya tindakan diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.

Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk “menderhakai” titah Sultan Perak.

Drama itu disudahi kemuncak dengan gimik kesediaan berarak ke kediaman rasmi MB Perak bagi “menghalau” Mohammad Nizar dari situ.

Malah Khairy seperti kebiasaan beretorik kononnya pemuda Umno akan menghalang percubaan Nizar dan anggota exconya untuk ke pejabat mereka di Bangunan SUK Perak.

Khairy juga berikrar untuk kononnya mempertahankan institusi beraja hingga “ketitisan darah yang terakhir”.

Begitulah hebatnya Khairy dan Pemuda Umno beretorik. Seperti merekalah orang yang paling layak mempertahankan Raja-raja Melayu.

Cuma kita ingin bertanya, jika keengganan Nizar untuk melepaskan jawatannya sebagai MB dianggap “menderhaka” kepada sultan, bagaimana pula dengan keengganan pemimpin Umno Perlis dan Terengganu, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Dato' Seri Idris Jusoh mentaati perintah Raja dan Sultan, 10 bulan lalu?

Pastinya kita masih belum lupa bagaimana Shahidan dan Idris dengan sokongan Umno Pusat khususnya Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah calon MB istana.

Malah perhimpunan membantah keputusan istana diadakan di dua negeri terbabit selama beberapa hari. Di Terengganu, satu sepanduk yang dibawa penyokong Idris yang juga Ketua Perhubungan Umno negeri menyifatkan istana sebagai “natang” (binatang).

Selantang-lantang Karpal Singh tidak sampai ke peringkat menyamakan istana dengan haiwan.

Mengapakah pada waktu itu tiada istilah “derhaka” terkeluar daripada mulut pemuda Umno, apatah lagi yang menyokong tindakan derhaka itu tidak lain tidak bukan ialah Presiden Umno yang juga bapa mentua Khairy!

Sejarah negara juga memperlihatkan bagaimana institusi istana pernah dipijak dan dihina Umno. Lihat sajalah krisis Perlembagaan yang berlaku pada 1983 apabila perhimpunan-perhimpunan besar dianjurkan Umno untuk berhadapan pihak istana.

Bagaimana pula dengan episod pindaan Perlembagaan bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu pada awal dekad 90-an. Bukankah Utusan Malaysia, akhbar yang dimiliki Umno telah menerajui kempen menghina Raja-raja Melayu pada waktu itu?

Setelah sepuluh bulan episod penderhakaan berlaku di Perlis dan Terengganu, tiada sebarang tindakan diambil oleh Umno untuk menghukum sipenderhaka. Shahidan terus kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno negeri walaupun terlepas jawatan Menteri Besar.

Idris Jusoh diberi habuan sebagai Pengerusi Mara manakala sebahagian Adun Umno Terengganu yang bersama Adun Ajil, Rosol Wahid membantah calon MB pilihan istana, kini menjawat Exco Kerajaan Negeri.

Jelaslah bahawa Umno sebenarnya “parti munafik” yang memperalatkan istana. Ketika kedudukan Umno dan BN kukuh, istana diinjak-injak golongan penderhaka ini. Apabila pengaruh Umno mula pudar dan orang Melayu mula meninggalkan parti yang dipenuhi kurap rasuah dan penyelewengan itu, Umno cuba berselindung di sebalik pagar istana dan berpura-pura menjadi pembela institusi Raja.

Jika para pemimpin Umno menganggap hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak sebagai “menderhaka”, apakah gelaran paling layak diberi kepada Umno yang bertanggung jawab menghapuskan imuniti Raja-raja dan membolehkan mereka disaman di mahkamah terbuka? — Harakahdaily

Thursday, February 12, 2009

MB Perak salah guna kuasa

IPOH: DAP Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keputusan Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir melantik tiga penasihat kepada Menteri Besar yang didakwa oleh parti itu sebagai salah guna kuasa.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata pelantikan itu dibuat tanpa kelulusan exco kerajaan Perak dan juga melanggar peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Semalam Zambry mengumumkan pelantikan Datuk Chang Ko Youn sebagai penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S.Veerasingam penasihat Hal Ehwal Masyarakat India dan Datuk Mohd Najmuddin Elias sebagai penasihat Hal Ehwal Agama. Beliau juga mengumumkan pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak.

Mereka bukan bertaraf exco tetapi akan menikmati kemudahan sebagai seorang exco.

"Segala tindakan Datuk Zambry yang membawa implikasi kewangan kepada kerajaan negeri adalah tidak sah dan boleh dipandang sebagai satu bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa," kata Nga.

Pengarah SPRM Perak Bahari Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pagi ini tetapi enggan mengulas lanjut.BERNAMA

Wednesday, February 11, 2009

Sultan perkenan Arumugam berundur

Malaysiakini: PAS mendakwa Sultan Kedah memperkenankan V Arumugam berundur dan "tidak timbul sebarang keraguan" berhubung kesahihan pelepasan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri dan wakil rakyat Bukit Selambau.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Istana Anak Bukit telah mengeluarkan surat perkenan berhubung peletakan jawatan Arumugam.

Kandungan surat itu yang dikeluarkan Isnin lalu bagaimanapun tidak dijelaskan.

Mahfuz diminta mengulas laporan sebuah akhbar harian yang menyatakan Arumugam diperintah menghadap ke hadapan baginda, bimbang peletakan jawatannya tidak dibuat dengan sukarela.

Setiausaha kanan kepada menteri besar Kedah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima surat perkenan itu kelmarin.

"Sultan telah perkenan pada 9 Februari. Ada surat daripada pejabat Tuanku pada jam 6.30 petang. Tidak timbul Tuanku hendak memanggilnya (Arumugam) menghadapnya," kata Sanusi Mohd Noor.

Pada hari yang sama, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak mempersembahkan surat Arumugam bersama akuan berkanunnya kepada Sultan Kedah dan seterusnya mengumumkannya kepada media.

Pengumuman itu bagaimanapun tidak dibuat serentak, sebaliknya pada dua majlis berasingan – satu di sebelah petang, manakala satu lagi malam.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Dr Abd Isa Ismail dilaporkan berkata, Azizan telah menyembahkan perkara itu kepada Sultan Kedah pada hari yang sama.

Ditanya sama ada surat dari istana itu perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya tidak timbul sebarang keraguan mengenai peletakkan jawatan Adun berkenaan, Sanusi berkata "tidak perlu".

Sebaliknya, menurut beliau, Speaker hanya perlu mengeluarkan surat memaklumkan kekosongan itu kepada suruhanjaya itu.

Dihubungi petang ini, Dr Abdul Isa berkata beliau berpuas hari dengan surat Arumugam yang diterimanya.

Tambahnya, surat itu turut disokong oleh akuan bersumpah beliau, menyebabkan tidak ada sebab untuk meragui isi surat tersebut.

"Mengikut peraturannya, SPR kena ikut sahaja. Apabila speaker kata kosong, speaker kena ambil tanggungjawab itu," katanya.

Sementara itu, setiausaha PAS Kedah Muhammad Yusuf Husin pula enggan mengulas mengenai laporan akhbar itu kerana tidak mengetahuinya.

Senator itu berkata, pihaknya juga tidak cuba berhubung dengan bekas Adun itu, tetapi beliau tidak pasti jika pejabat menteri besar pernah berusaha berbuat demikian.

Beliau berkata, tidak ada keperluan menghubungi Arumugam kerana beliau "telah letak jawatan".

"Beliau tidak mahu diganggu. Kita tidak perlulah ganggu dia," katanya.

Tuesday, February 10, 2009

Ditawar RM5 juta sertai BN

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam disebabkan beliau mendakwa tidak tahan dengan ugutan pelbagai pihak supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Ugutan itu termasuklah termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan," katanya dalam sidang media di di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini malam tadi.


Saturday, February 7, 2009

Sokongan Rakyat Perak Ke Atas Kepimpinan Dato Seri Nizar

Rakyat Perak telahpun membuktikan bahawa mereka tidak bersetuju dan tidak mengiktiraf pembentukan sebuah kerajaan negeri selain dari yang dipimpin oleh Dato’ Seri Nizar. Manipulasi BN yang digerakkan dari luar oleh Dato Najib disanggah keras kerana cuba mencampuri urusan rakyat Negeri Perak. Saya mengucapkan syabas kepada seluruh rakyat Perak kerana tetap kekal istiqamah bersama Pakatan Rakyat. Percayalah dengan sokongan yang melintasi garis sempadan perkauman, Perubahan yang kita janjikan pasti terlaksana.

Seperti yang dijangka media massa yang dikawal Umno-BN akan sedaya upaya memesongkan rakyat dari maklumat yang benar. Gambaran buruk sedemikan rupa cuba dipaparkan kononnya pendokong Pakatan Rakyat menderhaka kepada Paduka Sri Sultan Perak. Lupakah mereka kepada krisis Perlembagaan 1983 dan1993? Bagaimana Raja-Raja Melayu diaibkan oleh Umno? Ingatkah tatkala berlakunya krisis pelantikan MB Terengganu seusai PRU12 Mac 2008 lepas, bagaimana YDP Agong dicemuh dengan kata kesat oleh mereka?

Sedangkan apa yang dituntut oleh Kerajaan Negeri Perak pimpinan Dato Seri Nizar dan juga Pakatan Rakyat senantiasa berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan dan amalan Demokrasi Berparlimen. Kita tuntas menegaskan sebarang perubahan baik diperingkat negeri mahupun pusat mestilah dilakukan melalui Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. Bukannya melalui politik konspirasi yang membelakangkan hasrat Rakyat.

Jelaslah sekarang ini segala perubahan yang kononnya diwar-warkan oleh Umno-BN hanya lah kosmetik semata. Kepada mereka yang berharap Umno-BN akan melakukan perubahan, jangkaan mereka ternyata meleset dulu, kini dan selamanya.

ANWAR IBRAHIM

Friday, February 6, 2009

Pakatan fail saman cabar pelantikan MB Perak Malaysiakini

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman tersebut.

Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

"Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah," katanya.

"Seterusnya sekarang, di Perak ada dua Menteri Besar...seorang yang sah yang dipilih pada pilihan raya umum lalu dan seorang lagi yang tidak sah yang mengangkat sumpah hari ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini yang berhasrat memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Anwar berkata, hal tersebut turut dipertimbangkan.

"Kita ambil kira pandangan Karpal. Bagaimanapun, kita minta supaya panel yang kita lantik ini melihat semula setiap cadangan yang dikemukakan," katanya.

Dalam pada itu Anwar turut mengutuk tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya cuba mengambilalih pentadbiran negeri Perak dengan cara rampasan kuasa.

"Kita kutuk cara BN dan Umno yang sungguh biadap terutamanya ketika melayan Datuk Seri Mohammad Nizar semasa beliau ke pejabatnya pagi tadi.

"Semua barangan beliau telah dirampas dari pejabat beliau," katanya.

Selain itu Anwar berkata isu Nizar yang dikatakan derhaka kepada Sultan Perak kerana enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar seperti yang disebarkan melalui media sengaja dibangkitkan oleh BN.

"Datuk Seri Mohammad Nizar tidak derhaka, sebaliknya beliau hanya tunduk kepada perlembagaan dan undang-undang dan tidak pernah berhasrat untuk bertindak derhaka kepada sultan," katanya.

Tegasnya Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa tidak ada peruntukan untuk memaksa seorang Menteri Besar untuk meletakkan jawatan.

Jelas beliau, Pakatan Rakyat juga akan memohon perkenan Sultan Perak untuk mempertimbangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi diadakan pilihan raya negeri.

"Sekarang ada 28 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pakatan, 28 BN dan tiga telah di keluarkan daripada Dewan atas arahan Speaker.

"Jadi tak ada sebab untuk Menteri Besar letak jawatan kerana jadi pilihan raya harus diadakan," katanya.

Anwar turut mendakwa Umno dan BN takut untuk berhadapan dengan keputusan rakyat sebaliknya telah melibatkan institusi diraja untuk kepentingan politik mereka.

"Mereka tak boleh berhadapan dengan rakyat, gunakan sultan untuk kepentingan mereka.

"Umno gunakan isntitusi raja untuk pertahankan rasuah dan rampasan kuasa.

"Jadi kalau benar Umno ada kekuatan, adakan pilihan raya dan tengok siapa pilihan rakyat," katanya.

Anwar bagaimanapun berkata Umno menolak untuk diadakan pilihan raya kerana tahu implikasi yang bakal dihadapi.

"Mereka takut sebab mereka dah tengok apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

"Tiada peluang untuk mereka menang...hanya yang ada ialah melalui rampasan kuasa," katanya. - mstar

Wednesday, February 4, 2009

Najib Takut Hadapi Pilihan Raya Kecil

Suruhanjaya Piliharaya (SPR) hari ini mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri Behrang dan Changkat Jering tidak dikosongkan, oleh itu perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut tidak sah. Tindakan SPR ini menimbulkan persoalan undang-undang yang besar implikasinya, kerana kuasa mengisytiharkan pilihanraya kecil ada di tangan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Saya berpendapat kuasa untuk menentukan kesahihan surat tersebut bukanlah di dalam bidangkuasa SPR bahkan ianya harus dirujuk ke mahkamah. Kuasa SPR hanya untuk memastikan kelicinan perjalanan proses pilihanraya. Mengapa harus SPR melanggar batas bidangkuasa yang dimiliki Speaker DUN Perak? Malah ada pengkaji dan pengamal undang-undang menganggap keputusan SPR bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nyata sekali Datuk Seri Najib akan menghalang pilihanraya diadakan kerana bimbang dengan kemaraan rakyat.

Apa penyudah sebalik semua ini?

Mungkin hanya tok dalang yang pandai bermain silap mata dengan menghilangkan orang tanpa dikesan mampu menjawabnya.

ANWAR IBRAHIM