Followers

Pages

Tuesday, March 31, 2009

Bahayanya bila isu perkauman dijaja di Bukit Gantang

MAC 30 – Siapakah di belakang penempatan penyokong parti-parti yang bertanding di Bukit Gantang Ahad semalam (29 Mac) kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ini kerana, meletakkan penyokong Pakatan Rakyat di bukit umpama meletakkan pasukan pemanah di Bukit Uhud dalam sejarah Islam yang terkenal itu.

Ekoran kedudukan yang strategik, di mana-mana sahaja dalam blog atau laman web, gambar para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian. Ini kerana kedudukan yang baik menyebabkan ia jelas kelihatan dan nampak ramai pula.

Kelihatan para penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian pelbagai pihak ekoran kedudukannya di lereng bukit yang dilihat strategik berbanding kedudukan penyokong BN di bawah bukit

Oleh kerana penyokong BN berada di bawah bukit, maka ia tidak kelihatan. Dan yang terlebih penting lagi memang jelas, para para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih ramai. Ia diakui oleh Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyidin Yasin apabila berkata, jumlah kedatangan penyokong tidak penting yang penting adalah pengundi.

Pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PR, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin, calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas, Kamrul Ramizu Idris.

Sejak dari awal lagi, Umno memainkan isu calon tempatan. Ini kerana, sejak lebih 30 tahun lalu Bukit Gantang tidak pernah menerima calon tempatan yang mewakili BN. Lalu pemilihan Ismail Safian dianggap satu kelebihan kepada BN.

Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.

Dalam menjalankan tugasnya sebagai MB Perak juga, Nizar didakwa hanya alat kepada DAP sahaja kerana Adun Pas hanya enam orang sahaja dalam Dun Perak. DAP 18 dan PKR lapan. Untuk itu, hasillah apa yang dinamakan pemberian geran kekal 999 tahun kepada 3,000 lot tanah kampung baru yang didiami oleh orang Cina di Perak.

Kini, Nizar telah dipilih oleh Pas sebagai calonnya. Ia dibuat dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pas Pusat di Perak menjelang hari pengumuman calon 23 Mac lalu.

Umno, dalam sebaran mereka mendakwa sebagaimana yang di atas. Nizar adalah calon DAP. Nizar adalah derhaka kepada raja. Nizar bagi tanah kepada orang Cina di Perak.

Apabila seorang rakan saya bertanya, apa pandangan saya tentang pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya berkata, nampaknya Umno akan terus dengan politik perkaumannya. Umno belum sedar lagi, ketika semua orang berfikir kepada politik damai dan politik perpaduan, Umno terus dengan cara memecah belahkan rakyat.

“Biarlah Umno begitu, biar dia hancur,” kata kawan saya itu. “Masalahnya Umno kini sedang memerintah negara. Dia bukan hancurkan partinya sahaja, dia juga akan menjejaskan negara,” kata saya.

Apabila ditanya lagi, apa Pas akan buat, saya berkata, buat masa sekarang Pas hanya akan mencetak semula semua sebaran-sebaran perkauman Umno yang diberikan kepada orang Melayu itu. Pas akan edarkan sebaran itu kepada orang Cina dan India di Bukit Gantang.

Dalam pilihan raya Bukit Gantang 2004 lalu, calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi. Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi. Majoriti BN adalah 8,888. keputusan ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu sahaja. Parti itu tidak mendapat undi bukan Melayu. Kalau adapun kurang dari 10 peratus dari jumlah undi keseluruhan mereka.

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi, Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi. Majoriti Roslan adalah 1, 566.

Mengikut analisa yang dibuat, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

Ramai yang bersetuju, jika Umno habis-habisan berjuang untuk mendapatkan undi Melayu dengan memainkan sentimen perkauman dalam pilihan raya ini, undi untuk PAS tidak akan berkurangan dari undi yang diperolehi oleh Dr Lo’ Lo’ dalam pilihan raya 2004 lalu iaitu 14,400 undi.

Kini, dengan pendekatan Umno yang ada, BN akan kehilangan undi bukan Melayunya. Hampir 40 peratus pengundi yang berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang ini akan pergi kepada Pas. Apatah lagi dengan kempen Umno bahawa Nizar adalah calon DAP.

Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini. 80 peratus bermakna 8,783 pengundi keturunan ini akan memberikan undi kepada PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi oleh calon PAS. Ini bermakna Pas akan memperolehi undi sebanyak 22,783 undi.

Dari pengiraan inilah, ramai yang membuat anggaran Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini dari 1,566 ke sekitar 4,000 hingga 5,000 dalam pilihan raya kecil ini.

Anggaran ini akan menjadi kenyataan jika kempen BN berdasarkan perkauman ini akan berterusan dalam pilihan raya kecil ini.

Sebuah badan bebas, Ilham Centre dalam soalselidik yang mereka buat di Bukit Gantang pada 21 dan 22 Mac lalu mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus yang menjangkakan BN menang, manakala 34 peratus lagi tidak pasti.

Saturday, March 28, 2009

Calon Bebas tarik diri bertanding, sokong PKR

SUNGAI PETANI: Seorang peniaga yang sudah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menarik diri sehari sebelum hari penamaan calon.

Mohd Reduan Md Isa, 52, berkata beliau membuat pengumuman untuk bertanding pada tiga minggu lalu, tetapi kemudiannya menukar fikiran selepas berbincang dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

"Masa saya umumkan bertanding misi saya ialah untuk membela rakyat dan menerusi perbincangan dengan Anwar Ibrahim baru-baru ini, saya dapati misi kami sama iaitu untuk membawa perubahan dan oleh kerana itu saya tidak bertanding untuk memberi sokongan pada calon PKR," katanya kepada pemberita di bilik gerakan PKR di sini, hari ini.

Beliau menafikan dakwaan kononnya mendapat inisiatif daripada pihak tertentu untuk menarik diri.

Bekas Ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Merbok itu, berkata beliau akan memberikan sokongan kepada calon PKR S Manikumar yang akan bertanding.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Ahmad Kasim berharap lebih ramai calon Bebas menarik diri dan memberi laluan kepada PKR dan Barisan Nasional (BN) bertanding bagi satu lawan satu.

"Jika calon bebas itu mempunyai latar belakang daripada PKR, maka calon itu akan menarik sedikit sebanyak pengundi PKR. Jadi kalau ramai yang jadi calon Bebas daripada PKR, maka rugilah kita," katanya.

Setakat ini, 10 calon bebas sudah membayar deposit untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Mengenai hari penamaan calon esok, beliau menganggarkan kira-kira 10,000 penyokong PKR akan memberikan sokongan kepada calon mereka iaitu Manikumar.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan peletakan jawatan V Arumugam daripada PKR pada 8 Februari lalu. - Bernama

Thursday, March 26, 2009

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Program Anwar Ibrahim di Bukit Selambau & Bukit Gantang

BUKIT SELAMBAU


Tarikh : 26/03/09
Tempat: Bukit Selambau, bertemu jentera pengundi di lokaliti Taman Bandar Baru dan Kg. Tengkorak Batu.
Masa : Jam 9 malam
Contact Person: Sdr Saiful Izham 012 2962642

Tarikh : 27/03/09
Tempat: Masjid Taman Ria (solat jumaat)

Masa: Waktu Zohor
Contact Person: Sdr Saiful Izham 012 2962642

Tarikh : 27/03/09
Tempat: Menziarahi mangsa keganasan FRU (Hospital Metro Sg Petani)

Masa: Jam 3 petang
Contact Person: Sdr Saiful Izham 012 2962642

————————————-

BUKIT GANTANG

Tarikh : 27/03/09
Tempat: Dewan Masyarakat Cina Kuala Sepetang.

Masa : Jam 6-7 petang
Contact Person: Hj Ismail(012 5080 344)

Tarikh : 27/03/09
Tempat: Masjid Kuala Terung

Masa : Waktu Maghrib/Isyak
Contact Person: Hj Ismail(012 5080 344)

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
24Mar
Ceramah di Bukit Gantang Terpaksa Dibatalkan

By Anwar Ibrahim 105 Comments
Categories: Anwar, Hebahan, KeADILan, Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim and Pilihanraya

Ceramah di Bukit Gantang yang dijadualkan pada malam ini terpaksa dibatalkan kerana pihak polis telah mengepung kawasan ceramah dengan menempatkan trak-trak FRU bagi menghalang kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekali lagi, UMNO-BN menggunakan modus operandi yang sama untuk menghalang dan menyekat hak rakyat dari mendapatkan maklumat.



Tuesday, March 24, 2009

Permohonan Tunda Perhimpunan Agong UMNO

Sekumpulan perwakilan Umno akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) esok untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno minggu ini ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.

Antara mereka yang akan menemui ROS pada jam 2 petang esok ialah ketua Umno bahagian Muar, Kadar Sulaiman dan Mazlan Harun dari Selangor.

"Kita juga hendak meminta ROS menjelaskan bagaimana Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, dibenarkan hadir dan mengundi dalam perhimpunan agung Umno kali ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno mengikut perkara 10.1 tataetika ahli umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya terlibat dalam sogokan politik.

Saturday, March 21, 2009

PERMAIDANI BERTATAH MUTIARA DIJUAL LEBIH AS$5 JUTA

DOHA: Sehelai permaidani bertatahkan mutiara yang dipercayai ditenun di India lebih 100 tahun lalu sebagai hadiah untuk makam Nabi Muhammad saw telah dijual di Qatar kelmarin dengan harga hampir AS$5.5 juta ($8.3 juta), menurut laporan semalam.

Menurut dewan lelongan Sotheby's, mereka telah menjangka tawaran bagi permaidani yang diberi nama julukan 'Permaidani Mutiara dari Baroda' itu akan bermula pada harga AS$5 juta dan percaya ia boleh mencapai harga lebih tinggi.

Namun, harga permulaan telah diturunkan kepada AS$4.5 juta kerana kurang pembeli, kata jurucakap Sotheby's, Encik Habib Basha, kepada AFP di Doha.

'Kami terpaksa menurunkan harga tawaran awal kepada AS$4.5 juta dan (akhirnya) permaidani bertatah mutiara itu dijual dengan harga AS$5.458 juta (termasuk bayaran komisen),' kata beliau.

Pembelinya merupakan salah seorang daripada tiga pembida tetapi beliau tidak mahu namanya didedahkan, tambah Encik Basha.

Permaidani itu dipercayai ditenun atas permintaan Maharaja Baroda untuk dihadiahkan kepada makam Nabi Muhammad saw di Masjid Nabawi di kota suci Madinah al-Munawwarah, kata Sotheby's menerusi laman webnya.

Maharaja berkenaan meninggal dunia sebelum hadiah itu dapat diserahkan dan permaidani bertatah mutiara itu terus kekal dalam simpanan keluarganya.

Seluruh permukaan permaidani itu amat cantik - dihiasi dengan tatahan kira-kira dua juta butir mutiara asli dipanggil 'basra' yang diperoleh dari perairan Teluk Parsi.

Permaidani itu dipamerkan pada 1902 hingga 1903 sebagai kemuncak Pameran Delhi dan kemudian dipindahkan ke Monaco.

Ia dipamerkan sekali lagi 80 tahun kemudian di New York pada 1985.

Permaidani itu merupakan antara sejumlah barang kesenian Islam yang sedang dilelongkan di Doha sekarang. -- AFP.

Thursday, March 19, 2009

Guan Eng nafi pecat Fairus

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan desas desus kononnya timbalannya Mohamad Fairus Khairuddin telah dipecat.

Katanya Fairus masih menjalankan tugas seperti biasa dan telah menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri minggu lepas.

"Setiausaha politik saya telah menghubunginya (Fairus) untuk bertanyakan mengenai perkara itu, bagaimanapun dia menafikan telah berhenti. Saya tahu perkara ini tersebar melalui SMS (khidmat pesanan ringkas).

"Tetapi saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai ini. Saya menafikan khabar angin yang mengatakan dia telah keluarkan barang-barang dari pejabatnya," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Lim, yang juga Anggota Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung DAP, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desasdesus kononnya Fairus, daripada Parti Keadilan Rakyat, telah dipecat dari jawatannya.

Beliau berkata hubungannya dengan Fairuz masih baik. BERNAMA

Wednesday, March 18, 2009

Keputusan Lembaga Disiplin Umno timbul prasangka

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan lembaga disiplin Umno yang mengenakan tindakan terhadap ahli-ahli parti yang didapati bersalah berhubung politik wang pada saat-saat akhir sebelum pemilihan parti akan menimbulkan prasangka di kalangan rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata jika Umno mahu mengambil tindakan yang telus, siasatan berhubung politik wang seharusnya dijalankan sebelum proses pemilihan peringkat bahagian dan bukannya menjelang pemilihan parti yang hanya akan berlangsung minggu depan.

"Sekarang bila dilakukan begitu (tindakan disiplin) tafsiran dan persepsi itu tidak nampak motif untuk membersihkan kotoran daripada politik wang, jadi motif itu mungkin dipertikai," katanya di Parlimen hari ini.

Monday, March 16, 2009

KL to scrap teaching in English

KUALA LUMPUR - MALAYSIA is set to reverse a controversial policy by scrapping the teaching of mathematics and science in English in primary schools, an influential online newspaper said yesterday.

The policy will, however, be continued in secondary schools, the Malaysian Insider website reported.

An aide of Education Minister Hishammuddin Hussein could not confirm the report when contacted yesterday.

The teaching of the two key subjects in English, a policy known by its Malay acronym PPSMI, was the brainchild of former premier Mahathir Mohamad. He introduced it in schools in 2003 despite loud protests.

He felt it could improve Malaysian students' poor English standards and keep them abreast of the two subjects, rather than have to wait for Bahasa Malaysia translations of mathematical and scientific works.

But rural Malays said their children have problems coping with the subjects when taught in English. Malay nationalists and Chinese educationists have also opposed the move, saying it would erode the mother-tongue languages.

The government under Prime Minister Abdullah Badawi has since dithered over whether to continue with the policy.

The issue came to a head on March 7 when thousands of protesters took to the streets in Kuala Lumpur to hand a memorandum of protest against the policy to the Malaysian King.

PM Abdullah then asked Datuk Seri Hishamuddin to decide quickly whether to reverse the policy, but the Education Minister said

Calon hilang kelayakan tanding?

Lebih 20 calon yang bertanding pada pemilihan umno kali ini dijangka menemui Jawatankuasa Disiplin parti minggu ini, dipercayai berhubung kes salah laku kempen dan politik wang.

Mereka termasuklah beberapa calon jawatan utama yang berkemungkinan dikenakan hukuman hilang kelayakan bertanding.

"Difahamkan Lembaga Disiplin sudah mengeluarkan surat...dipercayai beberapa calon utama terlibat.

"Ada yang merayu dan ada kemungkinan hilang kelayakan bertanding," kata satu sumber hari ini.

Difahamkan Lembaga Disiplin akan mengumumkan keputusannya menjelang Rabu ini.

Antara hukuman yang bakal dikenakan termasuklah amaran, hilang kelayakan bertanding ataupun digantung keahlian selama tiga tahun.

Umno mahu kesemua kes politik wang diselesaikan sebelum pemilihan yang akan berlangsung 25 dan 26 Mac ini.

Penghujung tahun lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata beliau ada menerima laporan berhubung aduan politik wang bagi jawatan tertinggi, Timbalan dan Naib Presiden parti.

Jumaat lalu, calon Majlis Tertinggi (MT) Datuk Mohamad Norza Zakaria dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua tuduhan rasuah.

Beliau yang meminta untuk dibicarakan dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun Mohamad Norza berkata, beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai anggota MT hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.

Sebaliknya, bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu berkata, beliau akan terus bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan Umno yang akan diadakan hujung bulan ini dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya.

Minggu lepas, dua pegawai Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk setiausaha politiknya yang bergelar Datuk sebelum dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

Ketika ditahan, SPRM menemui RM70,000 dalam kereta setiausaha politik itu, dipercayai untuk diagihkan kepada perwakilan Umno Wilayah Persekutuan pada Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini.

Setiausaha politik itu dan menterinya turut layak untuk bertanding kerusi MT.

Sunday, March 15, 2009

Tahniah Kepada Majlis Peguam

Bertempat di Hotel Legend, Kuala Lumpur, Majlis Peguam Malaysia telahpun melangsungkan Mesyuarat Agungnya kali ke 63. Syabas kepada Majlis Peguam kerana membuktikan, melalui usul-usul yang diluluskan sebentar tadi betapa mereka senantiasa tuntas mempertahakan kedaulatan undang-undang dan melawan kezaliman.

Tahniah saya ucapkan kepada Saudara Ragunath Kesavan, presiden yang akan mengetuai barisan kepimpinan Majlis Peguam yang baru. Moga terus membara semangat dan tekad menegakkan keadilan serta menjadi penerus keazaman yang dipamerkan oleh mantan presiden; Dato’ Ambiga Sreenevasan.

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, March 11, 2009

Maklumat Perisytiharan Aset Exco Dibuka Kepada Umum

Maklumat Perisytiharan Aset Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan dipaparkan dalam laman web kerajaan negeri di www.selangor.gov.my mulai 13 Mac ini.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata maklumat berkenaan meliputi aset seperti hartanah, saham dan wang yang dimiliki Exco sejak mereka mengangkat sumpah jawatan, iaitu pada 24 Mac tahun lalu.

Abdul Khalid berkata perisytiharan aset itu dibuat bagi memastikan mereka yang memegang jawatan tertinggi di Selangor, tidak sewenang-wenangnya menggunakan kedudukan untuk memiliki aset dengan cara yang tidak beretika atau tidak menurut undang-undang.

Tambahnya, maklumat perisytiharan aset yang turut memuatkan transaksi pemilikan atau pelupusan aset itu tidak melibatkan aset yang dimiliki anak-anak Exco berumur 21 tahun ke atas.

Beliau turut menjelaskan keputusan kerajaan negeri untuk tidak memasukkan maklumat aset yang dimiliki sebelum memegang jawatan sekarang.

“Selepas mendapatkan nasihat perundangan, kerajaan negeri mengambil keputusan supaya ia lebih baik untuk tidak memasukkan sebarang aset yang dimiliki Exco sebelum ini.

“Ini kerana, kerajaan negeri tidak berupaya melindungi keselamatan Exco dan keluarga masing-masing serta tidak dapat memberikan perlindungan insuran bagi tujuan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun katanya, maklumat itu sudah diberikan kepada Pejabat Menteri Besar dan boleh diumumkan bagi tujuan pengesahan, tertakluk kepada syarat dan kebenaran Jawatankuasa Khas Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi rehat Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor ke-12 petang tadi.

Dalam pembukaan persidangan semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menasihatkan kerajaan negeri melaksanakan secepat mungkin Pengisytiharan Harta dalam usaha meletakkan Selangor di hadapan dari aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik.

Tuesday, March 10, 2009

Harapan Rosmah untuk jadi isteri PM semakin kabur

Beberapa peristiwa dan gerakan terkini membawa pertanda yang semakin jelas impian Rosmah Mansor untuk menjadi isteri kepada perdana menteri menjelang April ini semakin pudar.

Pertemuan 'tidak dirancang' (walaupun ada kalangan pimpinan Pakatan sendiri mengatakan ianya telah dirancang) antara Abdullah dan Anwar di majlis Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor atas jemputan Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub (yang lebih selesa dikenali dengan panggilan Tok Ayah)adalah antara pertunjuk jelas seolah-olah memang ada perundingan dan kesepakatan antara Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim.

Semoga kesepakatan ini akan membuahkan hasil yang baik untuk rakyat dan negara. Itu yang rakyat hajatkan.

Sekiranya benar Abdullah Badawi dapat terus bertahan sebagai perdana menteri sehingga pilihanraya umum ke 13, maka kesejahteraan rakyat dirasakan akan lebih terjamin.

Peralihan kuasa perdana menteri kepada Najib Razak akan hanya merosakkan imej dan ekonomi rakyat serta negara.

Kenyataan Anwar berkaitan pertemuannya dengan Abdullah

Sultan Selangor gesa Exco isytihar aset segera

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa kesemua ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri itu - yang dipimpin Pakatan Raktyat -mengisytiharkan aset masing-masing secepat mungkin dalam usaha memastikan kerajaan yang bersih dan telus.

Baginda bertitah merasmikan mesyuarat pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke12 di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin turut menggesa proses pengisytiharan itu dipaparkan secara online agar boleh dilihat oleh semua pihak.

Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Baginda menegaskan proses tersebut penting bagi memastikan integriti dan akautabiliti kerajaan negeri sedia ada terpelihara.

Sultan Selangor juga bertitah agar semua pihak tidak menyalah tafsir peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan untuk kepentingan dan manfaat golongan tertentu.

Baginda bertitah semua pihak perlu menghormati dan akur sepenuhnya terhadap setiap peruntukan yang termaktub di dalam undang-undang negeri dan negara.

"Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masingmasing," titah baginda.

Baginda bertitah melalui pemerhatian serta pembacaannya, didapati kebelakangan ini banyak berlaku insiden melibatkan perbalahan yang dicetuskan oleh segolongan kelompok masyarakat dan demonstrasi-demonstrasi jalanan yang telah menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.

"Justeru itu, beta ingin menyeru kepada semua pihak agar memberhentikan segala tindak tanduk yang boleh menjejaskan imej negara ini dan menumpukan perhatian ke arah memupuk perpaduan yang erat di kalangan semua kaum," titah Sultan Sharafuddin.

Selain itu, Sultan Selangor juga bertitah bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengiktiraf hak setiap rakyat Selangor kerana ia telah menjadi prinsip asas sistem pentadbiran di negeri itu.

"Ini penting, terutamanya berkaitan dengan masalah pengambilan tanah kaum orang asli.

"Lewat kebelakangan ini, kaum orang Asli telah mengharungi masalah identiti yang terhakis dan sudah tiba masanya hak mereka dikembalikan dengan menyelesaikan masalah tanah mereka," katanya.


Monday, March 2, 2009

Pemilihan PAS guna kaedah Syura

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu bercadang menggunakan kaedah syura bagi pemilihan jawatan dalam parti itu pada Muktamar Tahunan Ke-55 Jun ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ini kerana PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin.

Kaedah syura iaitu perbincangan bagi mencapai persetujuan bersama, berkemungkinan besar digunakan dalam pemilihan muktamar tahunan parti itu yang dijangka diadakan pada Jun ini.

"Seboleh-bolehnya kita tak mahu ada perselisihan, nak lari daripada berselisih pun tak boleh kerana manusia ni tak sama, tapi kalau cara syura boleh (kurangkan perselisihan), tak apalah, asalkan syura tu tak bercanggah dengan asas bermesyuarat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Pelantikan Pengarah-pengarah Syarikat Dalam Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Tahun 2009 di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata, beliau berharap muktamar tahun ini akan dapat diadakan di salah sebuah negeri di mana Pas baru bertapak. BERNAMA