Followers

Pages

Thursday, April 30, 2009

Selepas Penanti PRK Kota Alam Shah

Desas desus bertiup kencang menyatakan mungkin akan ada pilihan raya kecil di Selangor selepas selesai prk Penanti.

Kabarnya ADUN Kota Alam Shah yang sedang berada dalam tahanan ISA, M Manoharan sedang berkira-kira untuk mengosongkan kerusi DUN tersebut

Sekiranya ini berlaku, maka ini adalah pilihan raya kecil yang ke 7 selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Wednesday, April 29, 2009

Calon PKR di Penanti

– KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA –
28 April 2009


(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

————————————————————————————

– PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE —

28 April 2009


(Permatang Pauh, Penang) In the aftermath of the March 2008 political tsunami Malaysians have gone back to the polls five times. In four elections they have voted overwhelmingly in favour of Pakatan Rakyat and in the fifth, but for the influence of money politics and electoral fraud, demonstrated a growing preference for change and for a new style of politics.

The message is clear. The Malaysian people are eager to turn the page on Umno-led BN rule. They have embraced Pakatan Rakyat’s message of unity and are inspired by our commitment to eradicating corruption and addressing the needs of the poor and marginalized, particularly among the Malays and bumiputeras of Sabah and Sarawak.

I am pleased to announce KEADILAN’s candidate for the May 31st by election for the State seat of Penanti in Penang. En. Mansor bin Othman is KEADILAN’s Division Chief for Balik Pulau and Deputy State Chief of KEADILAN Penang. He has served on KEADILAN’s Supreme Council for over ten years and also served as the national Deputy Director of Elections. In addition, he served me honorably and with distinction as Political Secretary to the Deputy Prime Minister of Malaysia from 1996-1998.

Mansor has contributed immensely to the development of Penang and is ready to serve the people of Penanti from day one in office.

He earned a masters degree from USM and a Masters in Arts and a Masters of Philosophy from Yale University. He was an associate professor at USM and was also the Director of the Center for Policy Research.

Having served in the Committee for Community Education and the Committee for Youth Development Programs, he has contributed to improving both education and youth programs in Penang. As an Exco member of PEMADAM Penang, he worked tirelessly to raise awareness about drug abuse and the prevention of drug addiction. Mansor was also actively involved in the development of bumiputera entrepreneurs, notably through his role with TEKUN, a program designed to improve skills of businessmen in small and medium enterprises by providing them with microcredit facilities.

I would like to thank CM Lim Guan Eng immensely for joining us tonight and for his continued support of the Pakatan agenda. On behalf of KEADILAN I look forward to continued cooperation with DAP and PAS in the coming election. Their contributions have been instrumental in the previous by-election victories and have demonstrated the growing strength and cohesiveness of this coalition.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, April 28, 2009

BN Sasar Undi Simpati Untuk Penanti

Barisan Nasional (BN) harus 'berfikir di luar kotak' dalam strategi untuk mengatasi corak kempen pembangkang yang tidak bersopan seperti yang berlaku pada beberapa pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini, jika bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata BN harus merangka pendekatan baru pada pilihan raya kecil itu sehingga membuatkan pakatan PAS-DAP-PKR sentiasa teragak-agak dengan langkah BN seterusnya.

"Seperti yang kita sedia maklum, ramai di kalangan pemimpin akar umbi dalam pembangkang terdiri daripada bekas pemimpin Umno dan BN dan mereka tahu sangat akan pendekatan dan strategi BN seperti perang saraf dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melepaskan Motosikal keluaran Naza Bikes Sdn Bhd ke Iran dan Brunei di sini, Selasa.

Mukhriz juga berkata walaupun ada dakwaan kononnya BN berada dalam situasi parti bukan pilihan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, namun kedudukannya sebagai parti 'underdog' kadang-kadang ada kelebihannya tersendiri, yang mungkin boleh diguna pakai untuk meraih undi.

Beliau berkata, BN mungkin boleh mengguna pakai 'analogi undi simpati' yang digunakan pembangkang untuk meraih undi pada pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak 7 April lepas.

"Jika dikatakan PAS menang disebabkan undi kasihan pada pilihan raya Bukit Gantang, maka saya percaya BN ada peluang cerah jika guna pakai analogi sama dalam pilihan raya Penanti," katanya yang bersetuju dengan pendapat bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya BN bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Monday, April 27, 2009

Nenek Obama kerja haji bersama keluarga UAE

DUBAI: Nenek Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, menerima pelawaan daripada jutawan hartanah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Sulaiman Al Fahim, untuk mengerjakan fardu haji tahun ini.

"Saya dapati beliau tidak pernah mengerjakan haji dan beliau ingin sangat nak pergi. Oleh kerana ibu kandung saya sudah tiada, keluarga kami ada tempat yang terluang. Saya mempelawa beliau dan beliau menerimanya," Ketua Pegawai Eksekutif Hydra Properties itu dipetik sebagai berkata oleh Arabian Business.

Penyedia berita perniagaan Dr Sulaiman dilaporkan bertemu Mama Sarah semasa melawat Kenya minggu lalu.

Dilantik sebagai duta muhibbah bagi menyokong Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau menjelajah Kenya untuk melancarkan kempen anti-malnutrisi di wilayah berkenaan.

"Ini sesuatu yang saya akan lakukan dengan lebih banyak lagi," katanya. - Bernama

INTERNET USAGE STATISTICS


Internet Users & Population Statistics for 35 countries and regions in Asia.

NOTES: (1) Asiatic Internet Usage and Population Statistics were updated for December 31, 2008. (2) Population numbers are based on data from the US Census Bureau.

Asia Pacific - Broadband Market Report
Asia’s share of the global broadband subscriber base stood at 37% by end-2007, with 128 million of the 350 million broadband subscribers in the world being in Asia. At the same time, the dominant fixed broadband technology continued to be DSL with 66% of the market. However, in a number of the more advanced markets of Asia (South Korea, Taiwan) DSL as a broadband platform was in decline as the number of FttH services began to expand. This report provides an overview of the broadband market in Asia Pacific. Table of Contents.

Asia - Mobile Communications, Data Services and 3G
While Asia’s mobile industry continues to be one of the fastest-growing markets in the world, the region’s penchant for innovation has also seen it push into new applications for the mobile telephony platform. Its venturing into wireless data services has been a case in point. But, most significantly, through the efforts of Japan and South Korea, in particular, and even China, to some extent, the region has been moving boldly into next generation mobile technologies, in both development and in application. When it comes to 3G, Asia has become the region to watch. This report provides an overview of the Asian 3G mobile market, together with information on mobile data services. Table of Contents.

More Telecommunications in Asia Market Reports
Get the latest Telecoms, Broadband and Internet in Asia reports,
see the information summary and table of contents.

U.S. Internet Business Report
Market research, industry analysis, corporate profiles, and decision makers in one resource. With the E-Commerce & Internet Industry data you get the competitive intelligence you need to fully understand business trends, markets, technologies, finances and the leading companies list.

Sunday, April 26, 2009

Dr Mansor disebut sebagai calon KeADILan Penanti

Timbalan Pengerusi KeADILan negeri, Dr Mansor Othman disebut sebagai antara tiga nama yang telah disenarai pendek sebagai calon pilihan raya kecil Penanti.

Senarai 3 nama tersebut telah diserahkan kepada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Pengerusi negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Datuk Zahrain Mohamed Hashim dilaporkan berkata, KeADILan negeri menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan dan mengumumkannya.

Zahrain menafikan nama beliau antara yang disenaraikan.

Kesungguhan Kerajaan Pakatan Selangor wajar dihargai.


Melalui Portal Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Dato' Ramli bin Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menyatakan seperti berikut:

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan/Agensi Kerajaan di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Selaras dengan perakuan ini, pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mana-mana Jabatan/Agensi Kerajaan di Negeri Selangor boleh menyampaikan maklum balas atau aduan melalui email secara terus kepada beliau di alamat: ramli@selangor.gov.my

atau

Encik Hassan bin Manaf, Setiausaha Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di alamat : hassanmanaf@selangor.gov.my

"Kerajaan Rakyat mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Walaupun saya menerima banyak aduan yang menuduh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak prihatin, kita harus memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk membuktikan kemampuan dan kesungguhannya untuk berubah.

Kepada rakyat Selangor khasnya dan Malaysia seluruhnya, andainya setelah pandangan demi kebajikan rakyat dan teguran demi kemajuan bersama telah diberi tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor masih lalai dan leka, lambat dan lembab, maka sila titipkan aduan kalian di blog ini. Biar kita laksanakan teguran dan aduan itu secara bersama."

Salam Takzim. Salam Perjuangan


Manohara Odelia Pinot di Bukit Jalil Stadium?


Ramai yang mungkin tidak perasan kehadiran model Indonesia yang hangat diperkatakan baru-baru ini berkaitan hubungannya dengan keluarga diraja Kelantan.

Maybe not many people spotted the presence of Manohara Odelia Pinot, the Indonesian model who had been allegedly kidnapped by her Kelantanese Royal husband Tengku Muhammad Fakhry.

This picture of Manohara next to her husband had been published at Anwar Ibrahim’s blog and I was only aware about it after a fellow SOPO blogger Pak Bakaq blogged about his support to Manohara’s team. He was of course referring to Kelantan vs Selangor FA Cup final match last night, where Kelantan lost 4:1 in penalty shoot-out.

Sultan Kelantan had however denied that the Indonesian beauty had been kidnapped and that she had been living happily ever after with her prince husband

Image credit: Anwar Ibrahim Blog
Write-up credit: Air Travel

Saturday, April 25, 2009

Kerajaan Rakyat, Perjuangan Rakyat


Kata orang tua; "Yang lama dibuang jangan. Yang baru ditantang jangan"

Kadang-kadang yang baru cerewetnya lebih, yang lama masih setia menanti.

Rindu hati masih di sini. Bermula. Bergelora. Berubah. Bertaut. Bagi mereka yang prihatin, pautkan alamat blog ini di Blog kalian.

Blog ini bakal mengupas hala-lintar politik negera dengan lebih tegas, jelas, berani dan bertanggungjawab!!

Walau pendirian tetap sama dan perjuangan masih mampan tetapi landasan mungkin perlukan perubahan!!!

Blog ini saya aktifkan kembali sebagai Medan Bicara Minda yang TIDAK menyebahi mana-mana parti politik. Kerajaan Rakyat.blogspot milik semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan sunggup meluangkan sedikit masa untuk berkongsi pandangan dalam ruangan komen.

Salam Takzim. Salam Perjuangan.
Sofi - Kerajaan Rakyat


Final Piala FA, malam ini


KESEBELASAN skuad The Red Warriors yang turun dalam final Piala FA, malam ini bukan saja menggalas harapan tinggi penyokong, malah bekas pemain skuad Kelantan 1970 - kali terakhir negeri itu layak ke pentas final - turut mengharapkan sejarah baru dicipta di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Wan Hassan Wan Ibrahim, 58, - bekas pemain tengah Kelantan yang beraksi dalam final Piala Malaysia 1970 berharap anak didik Peter Butler mampu melangsaikan misi merebut kejuaraan domestik utama buat kali pertama - sesuatu yang gagal disempurnakan 39 tahun lalu.

Bagi Wan Hassan yang berusia 18 tahun ketika menyarung jersi Kelantan dalam aksi menentang Perak di Stadium Merdeka itu, skuad kali ini berpeluang cerah muncul juara berdasarkan prestasi konsisten yang ditunjukkan sepanjang musim ini.

“Sudah tentu saya mahu melihat Kelantan muncul juara sekali gus mengatasi pencapaian skuad 1970, saya yakin mereka mampu menjulang Piala FA, saya berkata begini bukan atas sentimen kenegerian, tetapi saya berasa mereka lebih baik berbanding Selangor.

“Bagaimanapun, sebagai skuad yang penuh tradisi dan berpengalaman, Selangor bukan calang-calang pasukan dan mereka bijak mengambil kesempatan jika pemain Kelantan leka seperti yang berlaku dalam dua perlawanan Liga Super sebelum ini,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Zuma hampir pasti dilantik Presiden Afrika Selatan


AFRIKA SELATAN: Keputusan pilihan raya Afrika Selatan yang disiarkan hari ini menunjukkan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) bakal menerajui kerajaan negara itu tetapi berdepan kemungkinan kekurangan undi majoriti dua pertiga di Parlimen.

Bagaimanapun, ia mengesahkan kemenangan keseluruhan parti pemerintah dan menyaksikan Jacob Zuma yang diselubungi dengan kontroversi, bakal dilantik Presiden.

Keputusan pilihan raya yang hampir selesai itu menyaksikan ANC hilang kuasa di wilayah terkaya negara itu kerana penentangan daripada pengundi pelbagai kaum.

Penyokong Zuma sudah meraikan kejayaan itu sejak berakhirnya tempoh pengundian Rabu lalu apabila kemenangan parti berkenaan tidak diragui lagi.

ANC berpendapat Zuma adalah pemimpin pertama yang mampu menyemarakkan pengundi sejak pemimpin lagenda, Nelson Mandela.

Namun ada pihak berpendapat, Zuma banyak berhutang dengan kesatuan dan pihak berhaluan kiri serta tidak mampu untuk memenuhi janjinya dalam menawarkan pekerjaan dan menyediakan aspek keselamatan sosial yang lebih kukuh. - AP

Sertai Umno? Ibrahim Ali buat keputusan Jun ini


Datuk Ibrahim Ali masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik pada ketika ini, tetapi akan menemui pengundi kawasan Pasir Mas awal Jun ini untuk mendapatkan input sama ada wajar kekal sebagai wakil rakyat Bebas ataupun menyertai Umno.

Bagaimanapun beliau akan menemui pengundi kawasan Pasir Mas awal Jun ini untuk mendapatkan pandangan sama ada perlu kekal sebagai wakil rakyat Bebas ataupun menyertai Umno.

"Buat masa ini biarlah dulu. Saya lebih selesa menjadi ahli Parlimen Bebas tak berpihak kepada mana-mana parti. Apa yang penting saya dapat berkhidmat sebaik mungkin di kawasan saya,"

"Saya akan adakan Konvensyen Perjuangan Rakyat di Pasir Mas pada 6 Jun ini... saya lihat inilah platform terbaik untuk saya mendapatkan maklum balas daripada pengundi-pengundi di kawasan saya.

"Saya mahu mendapat maklumat mengenai hala tuju dan masa depan saya sebagai ahli Parlimen.

"Jika mereka (pengundi Pasir Mas) mahu saya masuk parti Umno atau PAS saya akan mempertimbangkan opsyen berkenaan demi kebaikan mereka (pengundi)," katanya.

Mengulas lanjut mengenai konvensyen itu, Ibrahim berkata beliau mungkin juga akan mempertimbangkan cadangan untuk menyertai mana-mana parti politik yang dilihat sesuai dengan perjuangan yang dimahukan oleh pengundi-pengundinya.

"Kira-kira 1,500 dikalangan jentera pengundi di kawasan Pasir Mas akan mentertai konvesyen selama sehari ini.

"Insya-Allah kita akan buat di Kota Bharu cuma tempat masih belum ditetapkan lagi.

"Ini bermakna setiap peti undi di kawasan Pasir Mas akan diwakili oleh 32 orang. Saya mahu mereka membawa suara akar umbi. Sebaik berakhirnya konvesyen itu baru saya buat keputusan," katanya.

Jelasnya, beliau juga akan melihat kepada trend politik semasa sebelum sebarang membuat keputusan.

Pada 11 April lalu, Ibrahim berkata beliau menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh. Ibrahim sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr. Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008 Mac lepas.

Mat Sabu juga tanding Timbalan Presiden PAS


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau sedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sekiranya dicalonkan pada Muktamar parti itu Jun ini.

Menurutnya, beliau membuat keputusan tersebut bagi memenuhi permintaan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi yang mendesaknya bertanding jawatan berkenaan.

"Saya ingin berkhidmat membantu presiden.

"Insya-Allah saya yakin dapat membantu beliau (Presiden) berdasarkan pengalaman saya berhubung dengan masyarakat bukan Islam, kumpulan NGO berasaskan Islam dan DAP,"

Selain Mat Sabu, jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Nasharudin Mat Isa, kemungkinan akan disaingi oleh seorang lagi Naib Presiden, Datuk Husam Musa.

Bagaimanapun sehingga hari ini, Husam masih belum mengumumkan pendiriannya bertanding jawatan tersebut.

Ditanya adakah pertandingan merebut jawatan tertinggi akan menyebabkan perpecahan dalam PAS, Mat Sabu berkata: "Kita tidak ada kuota-kuota tertentu, kita tak perlu berkempen kerana kita tidak guna duit. Macam mana nak timbul perpecahan?

Tambahnya, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan dan memilih pemimpin yang layak menerajui PAS.

Wednesday, April 22, 2009

Inilah Antara Sebab RAKYAT Benci Kepada Raja


Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.

Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.

"Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya," wanita itu dipetik berkata.

Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi.

"Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan)," wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta.

"Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik."

Daisy berkata, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.

Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi.

Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan.

Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini.

Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula.

Manohara Odelia - yang pernah tersenarai "100 Pesona Indonesia" - lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.

Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.

Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan.

Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya diundang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.

Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, lapor Surya lagi.

Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun dipercayai satu program rasmi Najib ketika mengunjungi Indonesia pada bulan tersebut.

Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu "baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya."

"Saya sudah menganggap Tengku anak saya," Daisy dilaporkan berkata.

Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah.

Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan "permintaan istana Kelantan."

Beliau juga mendapat bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia selepas gagal ke Kuala Lumpur.

"Rasanya saya ingin mati mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya.

"Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya," Daisy dipetik berkata sambil berlinangan air mata.

Manohara Odelia mewarisi darah kacukan Perancis daripada bapanya Reiner Pinot Noack.

Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga model tersebut.

Jurucakap ibu pejabat polis, Abubakar Nataprawira berkata sampai saat ini belum mendapatkan laporan daripada keluarganya.

"Katanya (keluarga) sudah lapor, tapi belum ada laporannya," beliau dipetik berkata, sambil menambah kes tersebut diketahuinya daripada wartawan.

Tambahnya, apabila sudah dilaporkan, siasatan lanjut akan dibuat.
Credit: MalaysiaKini

Sunday, April 19, 2009

Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda


KUALA KANGSAR: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.

"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.

"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini, Ahad.

Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.

Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.

Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.

"Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.

"Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa," titah baginda.

Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.

"Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.

"Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah," titah baginda.

Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.

Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.

Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik.

"Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.

"Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan," titah baginda.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Azlan, pada majlis penganugerahan hari ini.

Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.BERNAMA

Friday, April 17, 2009

NICARAGUA ANGKAT THAKSIN SEBAGAI DUTA KHAS


BANGKOK: Thailand semalam berkata ia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Nicaragua selepas negara Amerika Tengah itu mengumumkan bahawa ia telah memberikan pasport diplomatik kepada mantan perdana menteri Thailand yang digulingkan, Encik Thaksin Shinawatra.

'Kami mempunyai hubungan diplomatik dengan Nicaragua tetapi tiada perjanjian ekstradisi,' kata jurucakap Kementerian Luar Thailand, Encik Tharit Charungvat, kepada agensi berita AFP.

Encik Tharit berkata Thailand 'belum lagi' mengeluarkan bantahan rasmi kepada pihak berkuasa di Managua.

Dalam kenyataannya, Nicaragua berkata Encik Thaksin telah dilantik sebagai 'seorang duta Nicaragua bagi misi khas' untuk membantu menarik pelaburan.

'Nicaragua boleh memberikan apa sahaja yang mereka mahu,' kata Encik Tharit kepada AFP.

Kelmarin, pihak berkuasa Thailand berkata mereka telah membatalkan pasport Encik Thaksin selepas para penyokongnya merempuh lokasi satu persidangan puncak Asia di sebuah pusat peranginan di kawasan pantai Thailand pada hujung minggu lalu hingga memaksanya dibatalkan.

'Kementerian boleh membatalkan atau menarik balik pasport jika ia boleh membuktikan bahawa seseorang itu telah menyebabkan kerosakan ke atas negaranya,' kata seorang jurucakap kerajaan Thai, Encik Panitan Wattanayagorn, ketika itu.

Encik Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006 dan hidup dalam buangan untuk mengelak diri daripada hukuman penjara dua tahun atas kesalahan rasuah.

Kelmarin, Encik Thaksin menggesa Raja Bhumibol Adulyadej, yang dihormati kebanyakan rakyat Thai, supaya membantu menghentikan pergolakan politik yang mencetuskan bantahan ganas. -- AFP, Reuters.

Wednesday, April 15, 2009

KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN STATUS ELIZABETH WONG


BERIKUT ialah kenyataan media keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor berhubung status Exco dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. KEPUTUSAN STATUS YB ELIZABETH WONG

SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk menawarkan YB Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.

Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.

DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, saya menjujung kasih ke atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik.

Perlu ditekankan disini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini. Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, pendirian ini juga harus di imbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini.(tamat)

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIMDATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, April 14, 2009

KAMBING ditahan reman dan didakwa di mahkamah

KOTA BHARU: Kehadiran lori milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan yang sarat dengan muatan 18 kambing untuk mendapatkan perintah tahanan lanjutan terhadap haiwan terbabit, mencuri tumpuan orang ramai di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, kelmarin.

Orang ramai tertanya-tanya sama ada haiwan itu 'direman' atau dijadikan bahan bukti untuk kes di mahkamah.

Kawanan kambing yang dibawa menaiki lori itu sebenarnya berada di situ untuk mendapat perintah tahanan lanjutan.

Semua kambing kacukan itu dirampas anggota Batalion 3 Rejimen Sempadan ketika disembunyikan dalam semak selepas diseludup masuk ke negara ini dari Thailand menerusi pangkalan haram Bechah Kaki, Rantau Panjang, pagi kelmarin.

Majistret Nor Haslinda Che Seman mengeluarkan perintah tahanan semua kambing terbabit dalam kamarnya selepas beliau keluar untuk melihat sendiri kambing-kambing yang dimuatkan dalam lori penguat kuasa JPV itu ketika prosiding berlangsung dalam kamar.

Perintah itu dikeluarkan mengikut Akta Binatang bagi membantu siasatan kes berkenaan, sementara menunggu jika ada pemilik tampil menuntut.

Jika tiada tampil menuntut, haiwan itu akan dilelong oleh JPV.

Jurucakap JPV berkata semua kambing terbabit dibawa menyeberangi Sungai Golok dengan perahu sebelum disembunyikan dalam semak apabila penyeludupnya terserempak anggota tentera yang melakukan rondaan.

'Menyedari kehadiran anggota keselamatan, kumpulan penyeludup itu melarikan diri dan meninggalkan kambing-kambang itu dalam semak,' katanya. -- BHM, Harian Metro.

Monday, April 13, 2009

Bukan Perubahan Tapi Penipuan

Perjalanan saya ke Ipoh petang semalam ditemani hujan, agak lebat di sesetengah tempat, namun alhamdulillah semuanya selamat. Setibanya di Ipoh rombongan saya terus dibawa menuju ke kediaman YB Bukit Gantang yang baru Dato Seri Nizar di Sungai Rokam.

Sempat pandangan saya terarah kepada kehadiran anggota polis yang agak ramai dari biasa di sekitar kawasan tersebut. Sudah tentu mereka hadir bukan utk menjaga keselamatan saya yang selaku Ketua Pembangkang ini. Rupanya ceramah malam itu masih tidak diberi permit walhal acaranya di dalam dewan tertutup.

Ingatkan berkemundangnya slogan Perubahan mengiringi kabinet baru ini keadaan akan berubah.

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, April 8, 2009

Wujudkan Dana Khas Pilihan Raya Kecil

SHAH ALAM, 8 April - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berharap kerajaan Persekutuan dapat menimbang untuk menubuhkan dana khas pilihan raya kecil seperti yang dilaksanakan negara-negara maju.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah itu bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam soal perbelanjaan wang.

Abdul Khalid berkata kerajaan Persekutuan juga wajar menilai semula kos perbelanjaan pilihan raya kecil yang biasanya membabitkan jumlah yang besar memandangkan ia menggunakan wang pembayar cukai.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mengucapkan tahniah kepada pemenang di tiga kawasan pilihan raya kecil yang menyaksikan dua kerusi iaitu Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah dimenangi PR manakala kerusi Batang Ai, Sarawak kekal di tangan Barisan Nasional (BN).

“Sesungguhnya, kemenangan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau memberikan petunjuk betapa matangnya para pengundi di negara ini menggunakan hak-hak mereka yang dilindungi Perlembagaan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang tadi.

Beliau berkata walaupun segelintir pihak memainkan isu perkauman dan agama di dua kawasan berkenaan, namun majoriti pengundi dilihat lebih mengutamakan calon dan parti yang didukungi mereka.

Bagaimanapun Abdul Khalid berkata keputusan pilihan raya kecil di Batang Ai tidak menggambarkan sentimen sebenar penduduk tempatan yang masih dibelenggu dengan pelbagai sekatan termasuk akses terhadap media, komunikasi dan sistem pengangkutan.

Justeru katanya, pada masa depan tempoh masa untuk berkempen khususnya di kawasan pedalaman seperti di Batang Ai harus dilanjutkan bagi membolehkan bakal pengundi mendapatkan maklumat yang secukupnya. - NOOR ALLIA KASSIM

Monday, April 6, 2009

Selangor tuntut RM9.9 juta wang Balkis

MalaysiaKini: Kerajaan negeri Selangor meminta Jabatan Insolvensi memulangkan RM9.9 juta dana milik Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) kepadanya.

Ini kerana dana tersebut merupakan hasil sumbangan agensi-agensi kerajaan negeri, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Ahmad.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Selangor menulis surat rasmi kepada jabatan tersebut hari ini untuk mendapatkan kepastian mengenai kedudukan dana RM9.9 juta milik Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis).

Surat bertarikh 6 April dihantar melalui pejabat peguam yang telah dilantik.

Dalam surat itu, katanya, kerajaan negeri antara lain meminta pengesahan jika benar Jabatan Insolvensi sedang mengendali dana tersebut.

Minggu lalu, pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Selangor, Tairah Yusof telah memberitahu siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) bahawa wang tersebut sedang dikendalikan oleh Jabatan Insolvensi.

"Jika benar dana tersebut ada dalam pengendalian Jabatan Insolvensi Malaysia, (maka) kerajaan negeri Selangor meminta agar dana tersebut diberi dan diamanahkan kepada pihak kerajaan untuk tindakan sewajarnya.

"Perlu ditegaskan di sini, kerajaan negeri Selangor mempunyai tanggungjawab terhadap dana RM9.9 juta tersebut memandangkan dana tersebut adalah, antara lain, hasil sumbangan agensi-agensi kerajaan negeri," katanya.

Tambahan pula, tegas Nik Nazmi, mengikut nasihat undang-undang yang diberi kepada kerajaan negeri, pembubaran Balkis adalah salah di sisi undang-undang.

Kerajaan negeri Selangor berharap Jabatan Insolvensi akan bersikap profesional dalam mengendali kes ini dengan memberi pengesahan yang diperlukan secepat mungkin.

Sunday, April 5, 2009

UMNO dapat 3. PRK dapat 6,000

UMNO pagi tadi dapat 3 ahli baru: Seorang Tok Andir, seorang Nenek Andir dan seorang Anak Andir.

Parti KeADILan Rakyat dapat 6,000 ahli baru malam tadi.


Naib Presiden PPP, Dato V. Nadarajan bersama 6,000 ahli keluar daripada parti tersebut dan menyertai Parti KeADILan Rakyat.

Dihadapan lebih 15,000 hadirin beliau menyatakan sokongan padunya terhadap perjuangan PKR.

Serentak dengan itu enam bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan. Enam bahagian yang dibubarkan itu ialah Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok.

Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anggota Kepimpinan Tertinggi PKR malam ini. Nadarajah yang hadir bersama kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saturday, April 4, 2009

UNDI MELAYU BOLEH TENTUKAN SIAPA PEMENANG

TIGA hari lagi hari mengundi dan suasana di kawasan Parlimen Bukit Gantang semakin hangat.

Ketiga-tiga calon yang ingin merebut kerusi parlimen itu dan para penyokong masing-masing gigih meningkatkan kempen mereka.

Pelbagai taktik digunakan, termasuk taktik 'cemar-mencemari' satu sama lain dan janji-janji pembangunan bagi penduduk tempatan disajikan dalam majlis-majlis ceramah, dialog rakyat dan kunjungan calon demi meraih undi untuk Selasa ini.

Namun, usaha memancing undi sekitar 63.5 peratus pengundi Melayu di Bukit Gantang dipercayai menjadi faktor kritikal dan tumpuan di kalangan calon-calon yang bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen (AP) kawasan itu - khususnya Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Keseluruhannya, kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai sejumlah 55,562 pengundi berdaftar. Kira-kira 27.1 peratus daripadanya adalah pengundi Cina, manakala 9.1 peratus adalah pengundi India, dan 0.2 peratus pengundi kaum lain.

Kawasan pilihan raya kecil itu merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Terong, Changkat Jering dan Kuala Sepatang.

Ia diadakan selepas penyandang kerusi kawasan itu, Haji Roslan Shahrom, wakil PAS, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 9 Februari lalu.

Tiga calon - Encik Ismail Saffian (Umno-BN), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Encik Kamarul Ramizu Idris (calon Bebas) - akan bertanding untuk mengisi kerusi parlimen tersebut.

Undi Melayu

Bisikan-bisikan awal suara akar umbi dari kawasan-kawasan perkampungan Parlimen Bukit Gantang lebih memihak kepada Umno-BN berbanding PAS.

Seorang sumber Umno Bahagian Bukit Gantang berkata beliau yakin paras sokongan pengundi Melayu yang diberikan kepada parti itu selepas berkempen selama enam hari sejak hari penamaan calon kini melebihi 50 peratus.

Kelmarin, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan kemampuan Umno-BN menambat hati pengundi Melayu sebagai berpunca daripada 'angin perubahan sikap yang amat menggalakkan' bagi pihaknya.

BN melihat 'kejayaan' itu berpunca daripada keberkesanannya dalam melaksanakan pendekatan yang lebih mesra rakyat.

PAS pula mengakui parti itu berada di belakang Umno. Ia akur bahawa kurang mendapat sokongan khususnya di kalangan penduduk lebih tua di kawasan perkampungan.

Malah, satu sumber PAS semalam memberitahu akhbar Berita Harian bahawa parti itu telah memulakan kempen dengan sokongan kirakira 43 peratus daripada 35, 281 pengundi Melayu.

Namun, Pengarah Pilihan Raya Bukit Gantang PAS, Datuk Mustafa Ali, dalam sidang akhbarnya di markas PAS di Air Kuning, semalam berkata partinya tidak kehilangan pengundi lalu kerana PAS memang memulakan kempen pada paras sokongan lebih rendah daripada Umno.

'Sekarang ini kita sedang mengejar (mereka)... sudah dekat dah, tapi saya tidak akan dedahkan,' katanya.

Para pemerhati politik yang dihubungi semalam melihat beberapa isu, termasuk kedaulatan institusi raja, kekurangan pendedahan di kalangan penduduk kampung kepada media selain daripada media arus perdana, dan dakwaan calon PAS sebenarnya calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebagai faktor yang menarik pengundi Melayu daripada PAS kepada Umno.

Datuk Mustafa, bagaimanapun, menolak andaian itu sambil menekankan bahawa jumlah pengundi yang berbelah bahagi terhadap isu institusi raja hampir sama.

Namun, penekanan isu perkauman yang sering ditimbulkan UmnoBN kepada pengundi Melayu - contohnya, penyebaran risalah 'Melayu Mesti Bijak Berpolitik' yang menggesa para pengundi Melayu di sana agar mengambil 'iktibar' daripada apa yang berlaku dalam senario sejarah politik Singapura - jelas memperlihatkan Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk memancing undi Melayu.

Ini, walaupun fakta yang diberikan dalam risalah itu bercorak negatif dan tidak objektif terhadap negara jirannya itu.

Namun, adanya pandangan di kalangan sesetengah pengundi Melayu bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar 'dianiayai' jentera BN boleh mengubah haluan pengundi Melayu terhadap PAS atas dasar simpati.

'Menjelang 7 April ini kita akan menutup jurang itu, insya-Allah. Bagaimanapun, dari segi sokongan pengundi Cina dan India di Bukit Gantang, PAS masih lagi mendahului BN,' kata Datuk Mustafa.

Berdasarkan beberapa pilihan raya lalu di kawasan berkenaan, undian Melayu hampir sama rata antara BN dengan PAS

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, 53 peratus pengundi menyokong BN, dan jika jentera Umno menjalankan tugasnya dengan baik, ia mungkin dapat menambat hati lebih ramai pengundi Melayu - lebihlebih lagi jika isu tengkarah pembangkang terhadap institusi diraja ditimbulkan dengan kerap.

Satu tinjauan Merdeka Centre baru-baru ini menunjukkan sebahagian besar tidak menyokong peralihan kuasa negeri Perak melalui lompat parti, tetapi lebih condong kepada diadakan pilihan raya untuk menghurai masalah perlembagaan negeri itu.

Namun, ia juga menunjukkan bahawa 50 peratus orang Melayu melihat peranan Istana mencerminkan keinginan rakyat, manakala 36 peratus menyatakan krisis politik di Perak itu akan menguntungkan pembangkang.

Satu lagi, perubahan kepimpinan dan pembaharuan yang cuba dibawa BN, serta penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Umno dijangka berita positif dan pendorong kepada pengundi Melayu yang masih menyokongnya untuk mengundi Umno.

Berdasarkan tinjauan rambang ke atas beberapa penduduk, ia satu kemungkinan yang tidak boleh diambil ringan.

Yang jelas, sokongan pengundi Melayu menjadi tumpuan BN dan PAS.

Kedua-dua parti, khususnya PAS, dijangka gigih menambat hati pengundi Melayu dalam dua tiga hari ini.

Undi Bukan Melayu

Mereka, khususnya pengundi Cina dan India, difahamkan menjadi tunggak kekuatan PAS di Bukit Gantang sejak pilihan raya umum Mac tahun lalu.

BN pula mengakui ia memerlukan lebih masa bagi menarik sokongan masyarakat Cina berbanding pengundi Melayu dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

'Masyarakat Melayu agak mudah. Masyarakat Cina, mengambil masa sedikit. Sebab itu kita perlu memberikan penjelasan, bercakap dengan mereka, berjumpa dengan pemimpin masyarakat mereka,' kata Tan Sri Muhyiddin malam kelmarin.

Ada lebih 15,000 pengundi Cina berdaftar di kawasan Parlimen Bukit Gantang, manakala pengundi India pula membentuk lebih 5,000 orang.

Bagi BN, fokusnya ialah untuk memancing peratusan undi lebih besar di kalangan 36.2 peratus pengundi itu.

Namun, difahamkan bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) telah bekerja keras dan berupaya menguasai sebahagian besar peratusan pengundi itu.

Maklumlah, Datuk Seri Mohammad Nizar fasih berbahasa Cina dan Tamil.

Setakat ini, calon PAS-PR dilihat mendahului pesaing lain.

Akhir kata...

Berdasarkan isu-isu yang ditimbulkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan seringnya penekanan diberikan terhadapnya, memancing undi Melayu adalah penting bagi BN dan PAS.

Malah, ia boleh menjadi penentu keputusan pilihan raya kali ini.

Sejauh ini, isyarat daripada kempen-kempen BN dan PAS menunjukkan bahawa pihak pembangkang perlu bekerja lebih keras untuk merebut kerusi parlimen kawasan itu daripada BN.

Namun, sedang masing-masing mempunyai peluang sama rata, perkembangan saat-saat akhir kempen mungkin tetap condong kepada pihak pembangkang Selasa ini.

Thursday, April 2, 2009

Dari Pakatan Rakyat Kepada DYMM Agong

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Peranchis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Bagida menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

Senarai seterusnya di SINI.