JUN 28 – Ke mana politik Melayu selepas ini? Itulah persoalan yang bermain di fikiran kita, apabila segala usaha bagi memastikan sekurang-kurangnya dua parti Melayu terbesar iaitu Umno dan PAS duduk semeja berunding, hancur berderai.
Ketika umat Melayu mendoakan akan wujud sedikit persefahaman antara kedua-dua parti itu tetapi semua tidak menjadi kenyataan apabila kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, biarpun Umno sudah menyatakan kesediaan untuk berbincang.
Pakatan berkenaan bukan hanya dianggotai oleh PAS tetapi juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang sudah pastilah dalam kamus politik mereka tidak ada istilah penyatuan atau perpaduan orang Melayu.
PAS yang keseluruhan ahlinya beragama Islam dan terdiri daripada orang Melayu terpaksa akur dengan tekanan PKR dan DAP, untuk menolak idea kerajaan perpaduan. Paling malang idea itu adalah cetusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pendirian PAS seolah-olah menunjukkan apabila berada dalam pakatan itu, mereka tidak mempunyai apa-apa suara lagi, selain daripada mengikut sahaja.
Itu hak PAS untuk membuat keputusan, malah menjadi hak PAS juga kalau mereka bersedia “dibuli” oleh PKR dan DAP, tetapi dalam masa yang sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tanggungjawab menyatukan umat Islam dalam satu saf biarpun berbeza ideologi politik terpikul pada bahu mereka sehingga kiamat.
Namun begitu apa yang lebih kita bimbangkan ialah apa kesudahannya terhadap kekuatan politik Melayu, selepas ini. Apakah ia akan semakin kuat dalam genggaman? Atau adakah ia akan terhakis sedikit demi sedikit hanya semata-mata kerana kita tidak mahu bersatu?
Kegagalan kita untuk mencapai kata sepakat biarpun dalam hal-hal menyentuh mengenai kepentingan Melayu dan Islam hanya akan melemahkan kekuatan politik orang Melayu. Ia disebabkan kita berpecah belah akibat ketaksuban kepada politik sempit masing-masing.
Ketika ini, kekuatan politik Melayu hanya bergantung kepada Umno dan PAS tetapi kita harus ingat bahawa ada pihak ketiga yang sudah pasti tidak mahu kekuatan berkenaan berterusan.
Melalui propaganda mereka sebelum ini dan dibantu oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang tamakkan kuasa semata-mata, mereka sudah berjaya meruntuhkan empayar kekuatan politik Melayu melalui Umno.
Apabila Umno berada dalam keadaan agak lemah dan sedang berusaha bangkit semula, mereka mengatur pula strategi supaya PAS juga menjadi kucar-kacir. Lanjutan itu, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencetuskan idea kerajaan perpaduan, mereka melihat ia kesempatan terbaik bagi mencetuskan perbalahan dalam parti itu.
Apabila perbalahan berlaku maka PAS akan menjadi kucar kacir dan sekali gus akan melemahkan parti berkenaan. Ternyata agenda mereka berjaya, PAS terbahagi kepada dua kelompok satu menyokong cadangan berkenaan manakala satu lagi pihak menentang.
Tetapi semua itu bukan agenda Umno seperti mana didakwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa “Umno sekarang berpesta. Pesta bahawa PAS sudah masuk perangkap. PAS sama PAS kalut, PAS dengan pakatan bergaduh. PAS sudah bercelaru, PAS dengan pakatan pun bercelaru. Umno sudah berjaya pecah belahkan orang PAS tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka Umno.”
Sebaliknya, ada agenda tersembunyi oleh pihak-pihak tertentu yang melihat idea kerajaan perpaduan hanya akan memperkukuhkan politik Melayu. Oleh itu, mereka mahu Umno dan PAS terus berbalah. Mereka tidak akan benarkan kedua-dua parti itu duduk semeja membincangkan soal orang Melayu dan umat Islam.
Bagi mereka, kalau kedua-dua parti berbuat demikian ia akan memberikan ancaman kerana kuasa politik akan kukuh kembali, tidak kiralah sama ada Umno atau PAS yang kuat.
Tetapi malangnya, gerakan tersirat ini tidak mampu dibaca oleh penyokong-penyokong PAS sehingga mereka sanggup mengecam sebarang usaha untuk Umno dan PAS berunding.
Penyokong-penyokong berkenaan melakukan serangan habis-habisan bagi menggugat pendirian kepimpinan PAS supaya jangan sesekali melaksanakan idea itu biarpun ia datang daripada Presiden PAS sekali pun.
Penyokong
Tindakan kelompok yang ingin melemahkan PAS ini menjadi mudah, apabila adanya penyokong parti itu sendiri yang bersikap menentang idea Abdul Hadi. Kesudahannya bagi mengelakkan kecelaruan dan kekeliruan yang berterusan, idea itu terkubur begitu sahaja.
Malangnya ia terkubur bukan kerana PAS yang membuat keputusan tetapi akibat tekanan PKR dan DAP. Pemimpin-pemimpin PAS boleh berhujah apa sahaja termasuklah demi menjaga keharmonian dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Namun di luar, orang Melayu terutamanya yang tidak mempunyai parti akan mempertikaikan tindakan PAS itu.
PAS akan mengalami kerugian di dalam pilihan raya kerana pengundi Melayu atas pagar sudah pasti terfikir, kenapa perlu memberikan undi bagi memperkukuhkan Pas, kalau parti itu sekadar mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh PKR dan DAP.
Akibat daripada tindakan itu, kemungkinan besar suara orang Melayu di dalam Parlimen akan semakin berkurangan dan hanya akan bergantung kepada Umno sahaja.
Inilah bahana yang harus difikirkan oleh seluruh orang Melayu, mereka tidak harus melihat dari sudut kepentingan politik kepartian semata-mata, sebaliknya perlu memikirkan mengenai survival kuasa politik Melayu di negara ini.
Apa pun, dalam soal mempertahankan kekuatan politik Melayu ini, ramai yang melihat masih ada cahaya di hujung terowong bagi membolehkan Umno dan PAS duduk semeja, berunding sesama mereka. Ia kerana biarpun perbezaan politik boleh menjadi tembok penghalang tetapi ikatan bahawa kita mengadap kiblat yang sama, suatu hari kelak pasti boleh menyatukan kita.
Persefahaman antara kedua parti itu amat penting demi masa depan politik orang Melayu, biarpun mereka berjuang dengan ideologi politik yang berbeza.
Bagaimanakah sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh musuh di padang pasir dapat membangun dan maju tanpa banyak halangan? Jawapannya ialah negara berkenaan mendapat pelaburan masuk secara besar-besaran dari luar.
Negara yang dimaksudkan di sini ialah Israel. Negara ini, dari segi politik dan ekonomi didokong oleh orang Yahudi diaspora. Maksud diaspora di sinilah ialah mereka yang bertebaran tinggal di luar daripada negara yang dianggap sebagai tanah air mereka.
Kedudukan ekonomi bangsa Yahudi sememangnya kuat, khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Daripada golongan yang berjaya dan kaya inilah, wang disalurkan kepada Israel untuk membangun dan memajukan negara itu. Walaupun orang Yahudi berkenaan bukannya warganegara Israel. Mereka adalah warganegara Amerika dan negara-negara Eropah. Tetapi kerana sayangkan bangsanya, mereka memastikan pelaburan dilakukan ke atas Israel untuk memajukannya.
Begitu juga dengan China. Bagaimanakah sebuah negara yang ekonominya dianggap telah musnah kerana mengamalkan sistem komunisme telah berjaya bangkit dalam jangka waktu yang singkat dari dekad 80-an. Bayangkan bagaimana sebuah negara komunis yang apabila menukar sistem ekonominya kepada bentuk pasaran, dalam masa 20 tahun telah berjaya menjadi negara paling tinggi kadar pertumbuhannya. Bagaimanakah Deng Xiaoping berjaya menarik pelabur asing untuk datang ke negaranya apabila dia meminda sistem ekonomi China?
Jawapannya ialah daripada diaspora China. Iaitu ahli-ahli perniagaan China dari seluruh dunia, yang sebenarnya sudah tidak menjadi warganegara China. Meraka telah menyalurkan dana pelaburan ke negara leluhur mereka. Maka rakyat Amerika, Britain, Kanada, Malaysia, Thailand, Singapura dan lain-lain menyalurkan dana pelaburan ke negara itu.
Kejayaan China ini mendorong India untuk melakukan perkara yang sama. Mengapakah India yang mengamalkan sistem demokrasi sejak merdeka gagal maju seperti China? Banyak pihak mengatakan ia adalah disebabkan oleh polisi sosialis kerajaan Kongres pada awal negara itu mencapai kemerdekaan. Maka kini mereka telah mengubah polisi dan mahu mencontohi China.
Banyak ahli perniagaan keturunan India di Amerika dan Eropah yang kini diundang untuk melabur di India. Walaupun mereka sudah tidak menjadi rakyat India, tetapi semangat mereka mendorong untuk memajukan India. Pada masa akan datang China dan India akan menjadi penjana ekonomi dunia yang penting.
Apa yang dilakukan oleh Yahudi, China dan India diaspora ini tidak dianggap sebagai amalan perkauman. Bagi pihak Barat, usaha diapsora ini adalah suatu yang dapat diterima.
Maka Malaysia pun patut mencontohi mereka. Walaupun Malaysia adalah negara kecil dan tidak ramai keturunan negara ini yang berjaya besar di Amerika dan Eropah berbanding diaspora Yahudi, China dan India. Namun terdapat mereka yang berketurunan Malaysia, walaupun sudah menjadi warganegara Amerika atau Britain yang berjaya dan mampu untuk menyalurkan dana pelaburan ke negara asal mereka.
Justeru di samping usaha untuk meningkatkan pelaburan asing, Malaysia wajar juga mencari jalan mempelawa diaspora bekas rakyat, sama ada dari kalangan kaum China, India dan juga Melayu sendiri yang berjaya atas usaha sendiri di luar negara untuk pulang membuat pelaburan.
Bukanlah bermakna mereka wajar membuat pelaburan atas semangat sayangkan negara semata-mata tetapi usaha perlu dibuat untuk menjadikan pelaburan di negara ini menarik dan menguntungkan untuk mereka.
Tidak mengapa kalau mereka kembali untuk melabur dalam syarikat mengikut kaum masing-masing. Yang penting negara ini perlu dikemaskan supaya menarik bagi para pelabur.
Begitu juga di kalangan orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan di Amerika, Britain, Australia dan lain-lain atas usaha sendiri. Mereka ini juga wajar digalakkan pulang untuk melabur di Malaysia. Bukan itu saja, mereka patut diajak untuk turut serta membangun dunia perniagaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Ketika berusaha dalam persediaan untuk membawa masuk banyak lagi pelaburan dari luar, wajar sekali penelitian semula dilihat kepada polisi-polisi lalu mengenai pembangunan ekonomi negara. Perkara-perkara yang boleh menjejaskan kedatangan pelaburan baik berupa persepsi mahupun realiti wajar ditangani.
Perancangan
Di sinilah perancangan ekonomi amat penting digunakan bagi meletakkan kedudukan kepada keadaan yang lebih baik, terutama dalam keadaan mencabar sekarang ini.
Berkaitan dengan perkara ini pula ialah bagaimana meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu, walaupun sudah banyak mencapai kejayaan tetapi masih lagi perlu dipandu. Banyak pengajaran dapat diperolehi daripada kelemahan dan kegagalan polisi-polisi lalu dalam usaha membangunkan ekonomi Melayu terutama dari segi badan-badan perniagaan strategik.
Dalam hal ini, sememangnya soal ekuiti milik Bumiputera wajar menjadi perhatian. Ini kerana polisi-polisi meliputi zaman Dasar Ekonomi Baru
(DEB) tidak berjaya sepenuhnya dalam memastikan ekuiti Bumiputera mencapai sasaran.
Pada masa lalu, soal perubahan keadaan ekonomi yang memungkinkan kehilangan ekuiti Bumiputera tidak diletakkan dalam jangkaan. Akibatnya setiap kali berlaku kegawatan ekonomi atau krisis kewangan, maka ekuiti Bumiputera akan menjadi mangsa.
Tambahan daripada itu juga, satu kaedah mesti dicari supaya Bumiputera tidak hanya menjadi rakan tidur dalam syarikat oleh kerana pegangannya yang rendah. Apa yang penting ialah penguasaan hakiki terhadap syarikat dan selanjutnya meningkatkan keupayaan berniaga bagi memajukan syarikat.
Apa yang perlu dirancangkan meliputi pelbagai lapisan daripada pelaburan untuk negara supaya ruang dana perniagaan menjadi luas. Seterusnya ia membolehkan rancangan-rancangan baru untuk mempertingkatkan dunia perniagaan Bumiputera.
Juga penting ialah dorongan baru bagi kesedaran untuk meningkatkan budaya perniagaan yang masih rendah. Bumiputera wajar ditingkatkan dengan kesedaran serta kemampuan berniaga setaraf dengan mana-mana bangsa yang berjaya di dunia. – Mingguan Malaysia
– Zulkiflee Bakar dan Zin Mahmud
Sunday, June 28, 2009
Friday, June 26, 2009
Teresa Minta Penjelasan Dari Ketua Polis Selangor
SHAH ALAM, 24 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok hari ini mengutuk keras tindakan pihak polis negeri membatalkan permit jamuan makan malam anjuran Parti DAP baru-baru ini.
Beliau berkata pihak polis tidak sepatutnya menghalang penganjuran majlis makan malam tersebut kerana pihak penganjur mempunyai permit untuk mengadakan majlis.
“Saya merasa kesal dengan tindakan pihak polis kerana kehadiran mereka pada majlis itu telah menakutkan orang ramai”, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco, disini, petang tadi.
Justeru, beliau hari ini turut meminta penjelasan daripada Ketua Polis Selangor, Dato’ Khalid Abu Bakar berikutan pembatalan permit penganjuran berkenaan di saat-saat akhir.
“Saya minta CPO negeri Selangor untuk memberi penjelasan serta penerangan kenapa beliau menegah ia diadakan”,katanya.
Dalam perkembangan berlainan, kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi menangani penularan wabak Influenza A (H1N1) di negeri ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kemiskinan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, kerajaan negeri sedia bertindak mengikut arahan Kementerian Kesihatan dalam usaha membendung penularan wabak tersebut.
“Walaupun wabak ini masih terkawal, kerajaan negeri harus memastikan ianya tidak menular ke kawasan-kawasan lain di negeri ini”, katanya.
Beliau berkata pihak polis tidak sepatutnya menghalang penganjuran majlis makan malam tersebut kerana pihak penganjur mempunyai permit untuk mengadakan majlis.
“Saya merasa kesal dengan tindakan pihak polis kerana kehadiran mereka pada majlis itu telah menakutkan orang ramai”, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco, disini, petang tadi.
Justeru, beliau hari ini turut meminta penjelasan daripada Ketua Polis Selangor, Dato’ Khalid Abu Bakar berikutan pembatalan permit penganjuran berkenaan di saat-saat akhir.
“Saya minta CPO negeri Selangor untuk memberi penjelasan serta penerangan kenapa beliau menegah ia diadakan”,katanya.
Dalam perkembangan berlainan, kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi menangani penularan wabak Influenza A (H1N1) di negeri ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kemiskinan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, kerajaan negeri sedia bertindak mengikut arahan Kementerian Kesihatan dalam usaha membendung penularan wabak tersebut.
“Walaupun wabak ini masih terkawal, kerajaan negeri harus memastikan ianya tidak menular ke kawasan-kawasan lain di negeri ini”, katanya.
Sunday, June 21, 2009
Wacana Pendidikan Rakyat
Ucaptama yang saya sampaikan bersempena Wacana Pendidikan Rakyat pagi tadi antara lain menyentuh kelemahan ketara sistem pendidikan yang mengakibatkan ramai pelajar tercicir dari arus pembangunan. Pendidikan yang seharusnya menjadi wahana penting buat rakyat keluar dari bahaya kemiskinan, rupa-rupanya masih gagal walau sudah puluhan tahun merdeka.Tatkala saya memimpin gerakan mahasiswa dahulu, antara teks yang menjadi rujukan adalah karya Paulo Freire, “Pedagogy of The Oppressed,” satu analisis tajam pemikir asal Brazil ini bersangkutan dasar pemerintah yang berterusan memastikan rakyat terkongkong melalui pendidikan. Dasar digarap sedemikian rupa agar mereka yang berkuasa tetap rakus bertakhta tanpa pertanggungjawaban kepada rakyat.
Tiadanya kebebasan akademik tambah memburukkan keadaan. Pelajar dan pengajar dimomok-momokkan dengan segala macam hukuman sehingga membantutkan proses pembelajaran yang memerlukan pemikiran kritis sebagai pemangkin. Budaya ampu disangga dan melarat ke seluruh pembentukan peribadi setiap dari kita. Ketakutan pula diterima sebagai satu norma biasa masyarakat.
Agenda Pendidikan Nasional yang baru mestilah mengikis barah yang disebut tadi. Dunia akademik, baik pengajar dan pelajar, mestilah berani mendepani persoalan dan menjadi jurubicara rakyat. Usaha mestilah dijana bagi memecahkan kebuntuan kebobrokan sistem kehakiman, rasuah yang bermaharajalela dan kemunduran pendidikan. Kita tidak boleh sama sekali mengkhianati amanah ini. Terkesan sekali karya The Opium of the Intellectuals karya Raymond Aron ketika ini.
Tahun 1955 apabila buku ini diluncurkan, penulisnya mahu memecahkan tiga mitos yang menyebabkan trahison des clercs (pengkhianatan kaum intelektual). Saya kini meminjam wacana tersebut, berhasrat merobohkan tiga pembohongan yang dilemparkan kepada Keadilan; kononnya mengabaikan kemaslahatan umat Melayu, Islam dan derhaka kepada Raja. Nah sekarang sebenarnya siapa yang mengabaikan umat Melayu dan Islam?
Kekayaan beredar di kalangan mereka menyebabkan kebanyakan orang Melayu kekal dalam kemiskinan manakala Bahasa Melayu terus diinjak-injak. Kerakusan untuk terus berkuasa membuatkan mereka memperkudakan institusi kehakiman dan keadilan walaupun ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan syariat. Hakim-hakim yang tegas serta berani diketepikan, membuka ruang kepada mereka yang sedia menjadi pak turut.
Sampai sekarang rakyat tidak pasti apakah tindakan susulan yang bertanggungjawab terhadap kes VK Lingam. Manakala rakyat pastinya tidak melupakan penghinaan yang dilemparkan umno bn terhadap Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 itu. Mitos dan fitnah jahat penguasa ternyata tidak lagi ampuh membohongi rakyat.
ANWAR IBRAHIM
Posted by
Kerajaan Rakyat
at
11:48:00 AM
Wacana Pendidikan Rakyat
2009-06-21T11:48:00+08:00
Kerajaan Rakyat
Comments
Sunday, June 14, 2009
From The Office Of Anwar Ibrahim
13th June 2009, The massacre at Al Furqan mosque in Narathiwat’s Cho Airong district on Monday evening, which resulted in the death of 12 Muslim villagers and 11 seriously injured, represents the latest atrocity in the ongoing humanitarian tragedy that has resulted from the insurgency in Southern Thailand. The shooting of defenseless and unarmed villagers performing their evening prayers in a place of worship is an unconscionable and deplorable act, and I sincerely hope that the perpetrators will be swiftly identified and brought to justice by the Thai authorities.However, this tragic incident cannot be viewed in isolation from the long-running cycle of violence between the Malay Muslim insurgency movement and Thai military forces that has resulted in over 3,400 deaths since 2004. It is clear that restoring peace to this troubled region will not be achieved by the suppression of the insurgency movement through the use of force by military authorities. Harsh repression of the region’s Malay Muslim community in a bid to halt violent activities has proved counterproductive in the past and has only added to the level of resentment and grievances, fuelling the insurgency movement and aiding recruitment for violent groups.
I welcome the new approach of the Thai government of Prime Minister Abhisit Vejjajiva, in recognizing that a solution to the violence in the region will depend on bringing economic development and “justice and opportunities” to the troubled areas. While the other causes of the conflict, including valid concerns over the preservation of local culture, language and religion, must also be addressed, I believe that providing economic opportunities for the people in Southern Thailand is key to finding a long-term solution to the current conflict.
Given the depth of resentment and mistrust between the parties involved, the success of plans for economic development will depend on reconciliation between the local community and the Thai Government. I strongly recommend the setting up of an independent commission, staffed by impartial and highly respected members drawn from both the local community and the Thai Government, to hold public hearings to investigate cases of violence and stop abuses that have marred community relations in the region for the past half-century.
An important next step will involve evaluating and changing the policies that disregard the ethnic and cultural identity of the Malay Muslim community in the region. In this regard, it is imperative that the Thai authorities actively engage and cooperate with local religious leaders to gain the support of the local community.
Given the security implications to both countries of an escalation of the conflict and the risk of potential infiltration by foreign extremists, I would strongly urge the current Malaysian administration, in cooperation with the Thai Government, to take a larger and more active role in the resolution of the current conflict, capitalizing on the trust and goodwill between the communities in the region and Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
Leader of Opostion
Dewan Rakyat Malaysia
Tuesday, June 9, 2009
Titipan Presiden Parti Keadilan Rakyat
8hb Jun 2009
Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.
Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.
KEADILAN berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.
Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KEADILAN untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.
Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.
KEADILAN berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.
Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KEADILAN untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Posted by
Kerajaan Rakyat
at
3:45:00 PM
Titipan Presiden Parti Keadilan Rakyat
2009-06-09T15:45:00+08:00
Kerajaan Rakyat
Comments
Monday, June 8, 2009
Ambalat dan Manohara Bukan Isu Penting di Malaysia
Memanasnya hubungan Indonesia-Malaysia menyusul provokasi yang dilakukan Malaysia di perbatasan kedua negara di Ambalat, tidak menjadi isu penting media massa di negeri tetangga itu.Tidak hanya itu, kasus Manohara juga sepi dari pemberitaan media massa di Malaysia. Manohara mengaku dirinya dianiaya suaminya, Tengku Muhammad Fakhry, putra Raja Kelantan, Malaysia. Sementara di Indonesia, kedua isu itu menjadi berita penting dan menarik media massa baik televisi, media cetak maupun media online.
Sementara rencana pertunjukan musik dari para penyanyi Indonesia di Kuala Lumpur pada akhir pekan ini, menjadi salah satu agenda promosi di TV3 Malaysia. Sejumlah radio di Malaysia juga banyak menyuguhkan para penyanyi Indonesia dalam program siaran mereka.
Lagu-lagu yang dilantunkan penyanyi Ariel Peterpan dan Arman Maulana dari Grup Band Gigi, misalnya, sering diputar di sejumlah radio di negeri tetangga itu. Demikian juga sinetron Indonesia, antara lain ditayangkan TV3 dan 8 TV.
"Warga disini tidak ambil pusing dengan persoalan perbatasan di Ambalat maupun Manohara. Warga disini lebih suka mengerjakan hal-hal yang menjadi kepentingan mereka masing-masing. Kasus Ambalat dan Manohara, dianggap sebagai persoalan government Malaysia bukan masalah warga Malaysia," kata Wahyudin, salah seorang warga Indonesia yang bekerja di Petronas.
Posted by
Kerajaan Rakyat
at
7:43:00 AM
Ambalat dan Manohara Bukan Isu Penting di Malaysia
2009-06-08T07:43:00+08:00
Kerajaan Rakyat
Comments
Wednesday, June 3, 2009
Mansor angkat sumpah sebagai TKM 1, P. Pinang
PULAU PINANG: Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini hari ini.
Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I.
Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.
Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Mansor.
Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas Adun Penanti Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai, dan Law Heng Kiang.
Katanya beliau kini menjadi pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan Negeri, manakala jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Mansor sebagai TKM I.
"Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Negeri," katanya kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah di sini hari ini.
Beliau berkata Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.
"Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat," katanya.
Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim. BERNAMA
Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I.
Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.
Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Mansor.
Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas Adun Penanti Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai, dan Law Heng Kiang.
Katanya beliau kini menjadi pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan Negeri, manakala jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Mansor sebagai TKM I.
"Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Negeri," katanya kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah di sini hari ini.
Beliau berkata Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.
"Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat," katanya.
Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim. BERNAMA
Posted by
Kerajaan Rakyat
at
1:32:00 PM
Mansor angkat sumpah sebagai TKM 1, P. Pinang
2009-06-03T13:32:00+08:00
Kerajaan Rakyat
Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
